Anda di halaman 1dari 5

Pada suatu hari Sang Arnab sedang menikmati buah lobak yang masak di kebun buah-buahan dan sayursayurannya.

Nyum nyum nyum, lazatnya, kata Sang Arnab.

Tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelaparan. "Tolong, tolong, aku amat lapar. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang Monyet dengan sedih. "Bolehkah kamu berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan?", pinta Sang Monyet tadi. Sang Arnab berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang Monyet. "Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", balas Sang Arnab. "Terima kasih Arnab", seloroh Sang Monyet gembira.

Melihatkan pepohon buahbuahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang Monyet berasa tamak. Tibatiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang merah menyala. "Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet. "Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya. Pilihlah buah yang lain", tegah Sang Arnab.

"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas. Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Arnab, Sang Monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus memakannya dengan gelojoh.

Tiba-tiba Sang Monyet menjerit, "Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!" Dengan muka yang merah kerana menahan pedas, Sang Monyet berlari ke arah sungai berdekatan untuk minum air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu. Sang Arnab menggelenggelengkan kepalanya sambil berkata, Inilah padahnya kalau tidak mahu mendengar kata

Anda mungkin juga menyukai