Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT KELAB CATUR SK LKTP ULU PENGGELI 2009 Tarikh : 15.01.2010 Hari : Jumaat Masa : 10.

20 pagi Tempat : Tahun 6 Arif Kehadiran : 38/35 AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN 1. Guru Penasihat Kelab Catur, En. Abdul Manan bin Ngahiman mengucapkan selamat datang kepada ahli kelab catur bagi tahun 2010. 2. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli kelab catur yang terpilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan catur peringkat zon rengam layang dan daerah kluang bagi tahun 2009. 3. Pada tahun ini, adalah diharapkan masih terdapat murid yang dapat mewakili sekolah dalam pertadingan catur peringkat zon dan juga daerah kluang. AGENDA 2 : PERLANTIKAN JAWATANKUASA BAGI TAHUN 2010. 1. Ahli jawatankuaa yang akan dilantik terdiri daripada ahli kelab catur bagi tahun 2010. 2. Jawatan yang akan dipertandingkan adalah, Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan 4 orang ahli jawatankuasa. 3. Setelah diadakan pemilihan, butiran jawatankuasa adalah seperti dilampirkan.

AGENDA 3 : AKTIVITI BAGI TAHUN 2010. 1. Perjumpaan bagi kelab catur pada tahun 2010 akan diadakan pada hari rabu mengikut giliran yang telah ditetapkan. 2. Butiran aktiviti/ program adalah seperti lampiran.

AGENDA 4 : HAL-HAL LAIN. 1. En Azirul bin Ali Daud berharap ahli kelab catur berlatih bersungguh-sungguh semasa aktiviti dijalankan. 2. En Tg Zainudin bin Tg Abdullah menyatakan, kehadiran semasa aktiviti adalah dititikberatkan, dan berharap ahli kelab catur dapat menimba seberapa banyak kemahiran semasa aktiviti dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi. Disediakan oleh,

( NUR AZREEN BINTI IBRAHIM ) Setiausaha, Kelab Catur 2010, SK LKTP Ulu Penggeli, Kkluang. Disemak oleh,

. ( ZULHELMI BIN ABDUL RASHID ) Pengerusi, Kelab Catur 2010, SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang. Disahkan oleh,

( ABDUL MANAN BIN NGAHIMAN ) Guru Penasihat, Kelab Catur 2010, SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang.

Anda mungkin juga menyukai