Anda di halaman 1dari 10

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluuh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara

Hubungkait antara Falsafah Pendidikan kebangsaan dan Falsafah pendidikan Guru

Rukun Negara

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Pendidikan Kebanggsaan

Falsafah Pendidikan Negara atau Kebanggsaan (gabungan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan )

Menghasilkan individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Falsafah Pendidikan Guru ( Jenis guru yang dihasratkan)

Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebanggsaan

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebanggsaan. Dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebanggsaan, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. Falsafah Pendidikan Kebanggsaan menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebanggsaan adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebanggsaan ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan

manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

Falsafah Pendidikan Kebanggsaan juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebanggsaan, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN APLIKASINYA Kriteria yang dilafazkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan Tuhan. Selain itu penekanan dalam proses pembangunan masyarakat juga dititikberatkan seperti bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Daripada falsafah pendidikan berkenaan, kita dapat menghuraikan 17 elemen yang penting yang terdapat di dalam falsafah pendidikan. 1) Pendidikan suatu usaha berterusan 2) Perkembangan potensi individu 3) Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu 4) Insan yang seimbang dan harmonis 5) Unsur intelek 6) Unsur rohani 7) Unsur emosi 8) Unsur jasmani 9) Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan 10)Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan 11)Rakyat Malaysia yang berketrampilan

12)Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia 13)Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab 14)Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri 15)Rakyat Malaysia yang dapat member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. 16)Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri 17)Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

Oleh itu setiap elemen yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini telah dianalisis seperti berikut pendidikan suatu usaha berterusan. Pendidikan adalah suatu proeses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat persekolahan,setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Elemen yang seterusnya adalah, perkembangan potensi individu. Implikasinya adalah setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan seelokeloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi social dengan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan individu.

Seterusnya, perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu iaitu bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkaitkan atau diselaaskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis.. yang memberi implikasi amat penting bagi individu memiliki ilmu, sahsiah yang baik, percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik dan kesihatan diri yang baik. Elemen unsur intelek pula memperihalkan mengenai kemahiran asas 3M: membaca, menulis dan mengira. Sering berusaha untuk memperoleh dan menegmbang ilmu yang benar. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.(menyebarluaskan ilmu).. Unsur rohani mengaitkan dengan kesedaran dan kepercayaan kepada Tuhan. Bersyukur dengan pemberian Tuhan. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

Unsur emosi, iaitu seseorang itu mesti mempunyai emosi yang matang dan stabil. Individu itu juga perlu memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang dan mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. Unsur jasmani.. pula menerapkan tentang kesedaran tentang kepentingan kesihatan fizikal, mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial serta menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayaan kepada Tuhan. , mengakui tentang kewujudan Tuhan,mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam , menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan mengaitkan pula dengan proses mencintai ilmu pengetahuan, berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca dan mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

rakyat Malaysia yang berketerampilan Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri. Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Berpandangan jauh dan berinisiatif Memupuk pembawaan diri yang baik.

rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mempunyai perwatakan diri yang baik. Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Boleh dipercayai. Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dijalankan dengan baik.

Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap. Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Berfikiran waras dan berjiwa tenang Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

rakyat Malaysia yang dapat member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Berusaha untuk memajukan ekonomi Negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan. Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamana Negara.

Mematuhi perlembagaan dan peraturan Negara. Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan Negara.

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara Menjadikan Rukunegara sebagai amalan hidup. Memupuk persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat Cintakan Negara