Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL Minggu : 4 (26 Ogos 30 Ogos 2013)

1.Masalah Pada minggu keempat, saya mempunyai masalah dalam merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tajuk yang akan saya ajar sepanjang minggu tersebut. Hal ini telah menyebabkan suasana kelas setiap kali proses P&P dijalankan, begitu hambar dan tidak menarik. Secara tidak langsung mempengaruhi minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran guru.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya kurang membuat rujukan tentang aktiviti ataupun permainan yang boleh menghiburkan murid saya. Bagi subjek Bahasa Melayu, saya kurang mengadakan aktiviti permainan bahasa yang boleh dikaitkan dengan tajuk pelajaran, manakala bagi subjek Pendidikan Jasmani aktiviti yang dirancang kurang bersesuaian dengan kemahiran atau pelajaran yang hendak dicapai.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki i. Untuk menjana idea yang lebih kreatif dalam merancang aktiviti pelajaran, saya perlu merujuk sumber yang pelbagai seperti internet, buku, modul dan lain-lain. ii. Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid agar murid dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan berjaya dan mencapai objektif. iii. Menggunakan bahan maujud semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memberi gambaran yang jelas tentang pengajaran guru.

4. Tempoh Masa Masalah ini saya akan atasi secepat mungkin. Sebagai seorang guru, saya harus peka dengan keperluan murid dalam pembelajaran.

5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang proses pengajaran dan pembelajaran saya semasa berada di dalam kelas.

6. Tindakan Susulan Semasa membuat perancangan persediaan mengajar, saya perlu memikirkan aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan bersama langkah-langkah pengajaran yang dirancang yang oleh menghiburkan murid.