Anda di halaman 1dari 14

Tajuk 1

Sinopsis

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pengajaran dan pembelajaran, serta prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Ia merangkumi peristiwa-peristiwa pengajaran dan kaitan dengan jenis-jenis pembelajaran Gagne. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru memahami dengan lebih baik prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran

seperti dikemukakan oleh Ewell dalam mengorganisasikan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran Menyatakan prinsip dan jenis-jenis pembelajaran Gagne Menunjukkan perkaitan antara pengajaran dengan pembelajaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengajaran dan Pembelajaran

Konsep Asas

Prinsip-Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran (Ewel)

Peristiwa Pengajaran dan Pembelajaran

Definisi Pengajaran & Pembelajaran

Penglibatan aktif Perkaitan dan Corak Konstruktivisme Pembelajaran informal Pengalaman langsung

Situasi Mendesak Maklum balas berterusan Suasana yang menyeronokkan Refleksi

Kemahiran Intelek Maklumat Verbal Strategi Kognitif

Sikap Kemahiran Motor

1.1

Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran merupakan satu proses di mana peluang disedia untuk murid menghasilkan suatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan dalam pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Secara praktisnya, pengajaran merupakan suatu yang pembelajaran diagnostik dan preskriptif. Guru menilai keperluan-keperluan strategi-strategi serta aktiviti-

yang spesifik dan mengaplikasikan

aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Ini merupakan faktor penting dalam pengajaran. Secara ringkasnya, pengajaran ialah : melibatkan diri dalam pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja berkongsi pengetahuan membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai (Noriati, Boon, dan Sharifah (2012) Definisi definisi pengajaran berdasarkan ahli psikologi yang lain: Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses interaktif, melibatkan classroom talk yang berlaku antara guru dan murid serta berlaku semasa aktiviti dilaksanakan ( Amidon,E ) Pengajaran adalah satu pertembungan antara seorang personel yang berpersonaliti matang dengan seorang yang kurang matang dalam proses membentuk pendidikan untuknya. ( Morrison, H.C)

Pengertian pembelajaran Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut. Ini berlaku jika perubahan tingkah laku tidak dapat diterangkan berdasarkan asas kecenderungan respons subjek, kematangan atau keadaan sementara seperti letih lesu, mabuk, desakan dan sebagainya (Bower dan Hilgard, 1981)

Mengikut Slavin( 2005) pula, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman. Definisi di atas tentang pembelajaran mempunyai tiga komponen: Pembelajaran mencerminkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku. Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah laku. Perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak sentiasa kekal. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu, tingkah laku yang telah dipelajari tidak dipamerkan. Perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi bukan pembelajaran. Anda belajar untuk mengelakkan kegagalan dan ketakutan anda memotivasikan anda untuk belajar. Perubahan tingkah laku ini adalah sementara: apabila keadaan motivasi berubah, tingkah laku juga berubah. Oleh itu, anda akan berhenti belajar apabila anda tidak rasa takut tentang kegagalan peperiksaan. Berhenti belajar adalah suatu contoh di mana keadaan sementara menyebabkan perubahan tingkah laku.
Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai persoalan Adakah pembelajaran itu kekal?

1.2

Prinsip Prinsip Pembelajaran Ewell Prinsip prinsip pembelajaran merupakan dasar-dasar yang menerangkan bagaimana pembelajaran boleh berlaku secara efektif. Secara umumnya, kesediaan untuk belajar, keinginan untuk belajar untuk menemui dan mengumpul pengetahuan, belajar secara eksperiential, pembelajaran secara aktif dan penyusunan dan pemeringkatan isi merupakan beberapa prinsip asas dalam pembelajaran.

Namum begitu, perbincangan akan menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh Ewell(1997). Ewell (1997) telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasi dalam bilik darjah. Lapan prinsip yang diadaptasi daripada model Ewell (1997) terdiri daripada yang berikut:

(a) Penglibatan Aktif Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam pengajaran guru. Pengetahuan tidak disampaikan harus kepada pelajar secara

langsung tetapi pelajar

boleh mereka dan membina pengetahuan. Cara

Mengikut Ewell(1997,p.6), the learner is not a receptacle of knowledge, but rather creates his or her learning activity actively and uniquely

pembelajaran jenis ini amat berbeza dengan model pengajaran tradisional iaitu kuliah atau pengajaran langsung.

Bruner(1961) mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan pembelajaran akan dapat mengingat kembali maklumat. Pelajar bukan sahaja bertingkah laku secara aktif tetapi Mayer(2004) mencadangkan aktif secara kognitif. pelajar harus

Murid bukan

sahaja menerima maklumat secara pasif tetapi mereka perlu

diberi tugasan yang dapat memberi peluang mereka meneroka bahan maklumat selain memimpinnya kearah pemahaman dan pembelajaran. Dalam proses ini, pelajar dapat menyelesaikan masalah serta mengemukakan cadangan, sesuatu topik dan berkebolehan

memberi pengertian baharu terhadap menghubungkait Ewell, 1997)

apa yang telah dipelajari

ke pada konteks yang baharu(

Contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif terdiri daripada: Perbincangan dalam kumpulan kecil Adakan diskusi atau forum secara online Pembelajaran koperatiif seperti think-pair-share dan pembelajaran jigsaw Latihan bertulis seperti one minute paper untuk pelajar meninjau dan membuat penilaian dan rumusan bahan pembelajaran.

(b)

Perkaitan dan Corak Pelajar mempunyai peluang menentu, menguji dan membina corak dan perkaitan apabila mereka membina makna daripada situasi pembelajaran. Proses kognitif ini "involves actively creating linkages among concepts, skill elements, people, and experiences" (Ewell, 1997, p.7). Pelajar dapat mengadaptasi terhadap konteks pembelajaran baharu dan

tugasan dengan mengkait, mengorganisasi dan menggunakan pengetahuan

dan kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur-struktur baharu. Apabila diberi tugasan, pelajar mendekatinya dengan membanding beza , memurni dan memilih daripada apa yang murid tahu untuk menyelesaikan masalah. Murid boleh menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada dan murid juga membuat perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada

masa depan. Tambahan pula, jika diberi satu konteks pembelajaran yang spesifik, murid boleh menggunakan pola-pola yang diketahui untuk menyusun semula serta mengektrapolasikannya secara bermakna di dalam situas baharu.

(c)

Pembelajaran Informal

Pembelajaran merupakan sesuatu dimana-mana sahaja sepanjang masa,

yang tidak formal dan boleh dipelajari

serta pada mana mana masa. Semua murid belajar

bersama guru atau tanpa guru. Pembelajaran informal memperoleh pengetahuan akibat

merupakan pembelajaran implisit, iaitu

interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya dan fasilitator selain daripada apa yang diajar secara eksplisit.(Ewell,1997b)

Secara umumnya, pembelajaran boleh berlaku dimana situasi sahaja, Peluang untuk belajar tidak semestinya berasaskan sekolah. Pelajar boleh mengenal pasti dan belajar dalam apa jua situasi pembelajaran dan ia tidak perlu dilaksanakan dalam bilik darjah. Misalnya, lawatan sambil belajar di mana pelajar berpeluang meneroka dan belajar. berinteraksi dengan persekitaran bertujuan untuk

Mengikut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2012) guru boleh mewujudkan kawasan di sudut pembelajaran untuk pelajar bermain pelbagai permainan tradisional di mana murid akan diberi peluang untuk bermain dalam kumpulan kecil dan belajar memanipulasi serta belajar cara bermain dengan betul. Dalam situasi sedemikian, murid belajar secara informal bagaimana

berinteraksi dengan rakan serta cara bermain alat-alat permainan tradisional yang tidak diajar oleh guru.

(d)

Pengalaman Langsung Mengikut Ewell (1997) pembelajaran langsung merujuk kepada learning-bydoing, iaitu murid akan belajar jika mereka melakukkan aktiviti

pembelajaran secara langsung. Murid-murid diberi peluang pembelajaran untuk melibatkan diri secara aktif. Pengalaman langsung dapat membantu pelajar meneroka dan memperoleh pemahaman dan mencipta suatu idea. Kadang kala pengalaman lepas mempengaruhi murid untuk mempunyai tanggapan yang kurang tepat. Pengalaman langsung boleh membantu dalam memperbetulkan pemikiran murid (Halpern,&Associates,1994 dalam Ewell, 1997). Dengan pengalaman langsung, murid diberi peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara langsung objek atau fenomena yang ingin dikaji.

Rehat seketika dan buat renungan: Fikirkan beberapa contoh aktiviti pembelajaran langsung yang dapat dilaksanakan oleh anda dalam mata pelajaran pengkhususan anda.

(e) Situasi Mendesak Pembelajaran optimum cenderong berlaku jika murid berhadapan dengan masalah tertentu yang perlu diselesaikan mengikut kemampuannya. Oleh yang demikian guru boleh menyediakan pembelajaran yang kompleks dan mendesak untuk meminta murid meneroka pelbagai penyelesaian yang boleh diguna pakai serta inovatif. Guru juga boleh menyediakan pelbagai peluang untuk melibatkan murid dalam pelbagai kemahiran serta memberi jangka masa sesuai untuk pencapaian penguasaan kemahiran. Tambahan pula, guru mewujudkan situasi di mana murid boleh menggunakan pengetahuan dan kompetensi lepas sementara mengadaptasi kepada keadaan baharu. Antara cara termasuk

mewujudkan satu situasi yang kompleks dan bermotivasi agar merangsang perhatian dan usaha untuk mencari penyelesaian dan pastikan keputusan yang diperolehi boleh diaplikasi untuk kehidupan harian murid.

(f) Maklum balas Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu mengenai kesesuaian tindakan serta respons mereka. Maklumat ini

membolehkan murid untuk menyemak pencapaian serta memantau kemajuan pembelajaran. Mengikut Guskey (2001) maklum balas harus diagnostik, preskriptif dan sesuai dengan tahap pembelajaran murid. Peranan maklum

balas dalam proses pembelajaran bukan semata-mata pemerosesan maklumat tetapi ia seharusnya mempengaruhi proses-proses afektif dan motivasi pelajar. Maklum balas merupakan satu aspek penting untuk menambahbaik prestasi pelajar.

Pelbagai maklum balas dapat diperolehi di dalam bilik darjah. Guru memberi murid input secara lisan atau bertulis. Rakan sebaya juga memberi maklum balas kepada rakannya. Selain itu, murid mendapat maklumat balik tentang cadangan-cadangan prestasinya. penambahbaikan untuk membantunya membaiki

Secara rumusan, maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan atau insentif adalah perlu daripada guru serta rakan sebaya sepanjang proses pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan. Jika tidak ada maklum balas serta peluang untuk latihan, kemahiran-kemahiran yang dipelajari dengan baik boleh hilang begitu sahaja.

(g) Suasana yang menyeronokkan Ewell(1997) menerangkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

adalah konteks budaya dan interpersonal yang menyediakan banyak interaksi, pelbagai tahap sokongan peribadi dan mewujudkan banyak peluang

pembelajaran (ms 10). Kebanyakan daripada pembelajaran jenis ini bercorak kumpulan dan secara lisan.

Satu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk dengan guru

memastikan

suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. Susunatur meja dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan akan mewujudkan satu persekitaran yang merangsang penglibatan murid.

Tambahan pula, persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi suara dan intonasi guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran dalam bilik darjah. Suara guru yang jelas, berintonasi dan tidak tegang dapat mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. Ini akan menggalakkan pelajar bermesra dan berinteraksi dengan guru.

Gaya kepimpinan guru mempengaruhi suasana emosi bilik darjah. Contohnya guru yang demokratik akan menerima idea murid secara terbuka, menggalakkan murid untuk menyoal dan memuji mereka dengan baik. Hal ini mewujudkan suasana emosi yang menyenangkan dan tenang. Manakala, kepimpinan

autokratik akan menyebabkan murid berada dalam keadaan tertekan kerana

tidak ada tolak ansur dari pihak guru, sentiasa dimarahi atau dikritik dan murid kurang berpeluang untuk memberi pendapat. Guru yang berkepimpinan laissez faire pula memberi kebebasan kepada murid untuk melakukan apa sahaja tanpa batasan akan mewujudkan suasana bilik darjah yang tidak selesa dan tidak terkawal. Oleh itu, guru perlu berkeyakinan, riang, dan mempunyai ciri kecindan untuk mewujudkan suatu suasana yang merangsangkan pembelajaran murid. Keadaan sebegini tidak menekankan pelajar sehingga menjejaskan prestasi mereka.

Persekitaran sebegini menyumbang kepada interaksi dan komunikasi berkesan dalam kalangan individu. Pembelajaran berkesan akan berlaku melalui aktivitiaktiviti yang melibatkan interaksi dalam suasana harmonis dan menyeronokkan. (h) Refleksi Refleksi merujuk kepada cara memikirkan mengenai pendidikan yang melibatkan kebolehan membuat pilihan yang rasional dan pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas pilihan yang dibuat.(Ross,1987)

Maksud refleksi ialah proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri kita. Ia adalah satu usaha bermakna untuk

menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran, membantu kita mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi, kita menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan sebagai kesannya, proses pendidikan dipertingkatkan.

Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberi tuju hala tentang apa yang telah capai dan apa yang perlu ditambah baik. Kesemua ini akan mengakibatkan penindahan pembelajaran ke situasi baharu serta memberi impak jangka panjang (Bransford et al., 1999). Situasi pembelajaran berkesan memerlukan tempoh masa untuk berfikir. Murid membuat refleksi terhadap dirinya sebagai pembelajar apabila mereka menilai proses berfikir yang digunakan untuk menentukan strategi yang terbaik untuknya. Renungan: Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Bagaimana guru menggalakkan melibatkan secara aktif di dalam aktiviti bilik darjah. Sejauhmanakah ia memberi impak dan pengalaman pembelajaran kepada anda?

1.3

Proses Pembelajaran dan Jenis Pembelajaran Gagne mengutarakan lapan fasa pembelajaran dalam proses pembelajaran iaitu: Peringkat I Motivasi Motivasi merupakan satu elemen penting dalam mendorong pembelajaran. Motivasi merupakan prasyarat yang diperlukan untuk pembelajaran berlaku. Zindi, Peresuh and Mpofu (1995, p.111 dalam Commonwealth of learning,2002) mendefinisikan motivasi sebagai satu proses atau kuasa dalaman organisme yang mendesak sesuatu untuk bertindak. Maka pembelajaran akan berlaku jika seorang pelajar itu bermotivasi. Peringkat II Memberi Perhatian Pembelajaran akan berlaku jika murid menumpukan perhatian kepada pengajaran yang disampaikan. Oleh itu, guru harus memastikan strategi yang digunakan dapat menarik perhatian murid sepenuhnya kepada pengajarannya. Antara cara

termasuklah

proses pembelajaran harus menarik dan menyeronokkan pelajar,

penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, penggunaan bahan pengajaran yang merangsang naluri ingin tahu murid dan menghubungkaitkan

pembelajaran baharu dengan pembelajaran lepas serta menggunakan illustrasi yang konkrit dan menarik.(Noriati et. al,2012) Peringkat III dan IV Perolehan dan Ingatan Dalam proses pembelajaran, guru perlu memastikan maklumat yang disampaikan disimpan di dalam ingatan jangka panjang murid. Maka, guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang dapat membantu murid dalam proses mengingati apa yang diajar. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti gambar, video klip dan bahan visual untuk memudahkan pemahaman dan ingatan murid. Peringkat V Ingat kembali dan Retrieval Pada peringkat ini, maklumat yang disimpan di dalam ingatan jangka panjang akan diingat kembali dan digunakan oleh murid. Retrieval merujuk kepada proses

mengesan maklumat yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran pelajar ( Yelon & Weinstein ,1977 IN Noriati et.al, 2012). Justeru itu, guru perlu mengambil kira pengalaman murid semasa menyediakan bahan pembelajaran agar murid dapat membuat perkaitan pengalaman baharu dengan pengetahuan sedia ada murid.

Pemeringkatan

bahan

pembelajaran

secara

sistematik

akan

memudahkan

pemahaman dan maklumat diingat kembali dengan mudah oleh murid. Peringkat VI Generalisasi Pengaplikasian maklumat yang diingat kembali dalam situasi-situasi baharu berlaku pada peringkat ini. Proses pemindahan pembelajaran telah berlaku dan sesuatu pengajaran dianggap sebagai berjaya jika murid dapat mengaplikasi apa yang telah dipelajari dalam situasi yang lain didalam atau diluar sekolah. Peringkat VII Prestasi Pada peringkat ini, pembelajaran telah berlaku jika murid menunjukkan perubahan tingkah laku atau prestasinya dapat diperlihatkan. Gerak balas murid dapat menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku. Melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru boleh memperlihatkan gerakbalas murid dan ini merupakan indikator berlakunya pembelajaran. Peringkat VIII Maklum balas dan Peneguhan Dalam peringkat proses pembelajaran ini, maklum balas diberi tentang apa yang telah pelajari oleh murid serta maklum balas diberi sebagai motivasi setelah murid mencapai objektif pembelajaran. Berdasarkan gerak balas murid terhadap soalan soalan yang dikemukakan oleh guru, maklum balas tentang prestasi mereka diberikan. Maklum balas bertujuan untuk memaklum tentang prestasi pelajar serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Maklum balas guru harus semerta untuk murid membuat tindakan selanjutnya.

Jenis Pembelajaran Pengetahuan mengenai proses pembelajaran Gagne yang dijelaskan di atas amat relevan dan berguna kepada setiap guru. Maka, semua jenis pembelajaran Gagne seperti kemahiran intelek, kemahiran verbal, kemahiran psikomotor atau sikap

mengikut proses pembelajaran yang sama. Seperti yang dikemukakan oleh Gagne, terdapat sembilan langkah pengajaran (events of instruction).

Gagne, Wager, Golas, dan Keller (2005: 195 ) mengemukakan sembilan peristiwa pengajaran dan kaitannya dengan proses pembelajaran

Peristiwa Pengajaran Menarik Perhatian Maklum pelajar tentang objektif Merangsang ingatan kembali pengetahuan sedia ada/pembelajaran lepas Mengemukakan bahan rangsangan Memberi bimbingan pembelajaran Menggalakkan Perlakuan Menilai prestasi

Kaitan dengan Proses Pembelajaran Penerimaan corak-corak impuls neural Meletus satu proses kawalan eksekutif (executive control) Retrieval pengetahuan sedia ada dalam ingatan jangka pendek Menekankan ciri-ciri untuk persepsi pilihan (selective percepttion) Pengekodan semantic ; klu untuk retrieval Meletus organisasi respons Meletuskan retrieval; memberi ruang untuk peneguhan

Memberi maklum balas tentang prestasi Menentukan peneguhan

Merangsang penyimpanan dan Memberi klu dan strategi-strategi untuk pemindahan retrieval (diterjemah daripada Gagne et al.,2005:195)

Gagne(1985) mengemukakan lima jenis pembelajaran utama termasuk: (a) (b) (c) (d) (e) Kemahiran intelek Maklumat verbal Strategi-strategi Kognitif Kemahiran psikomotor Sikap

(a) Kemahiran Intelek

Kemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan prosedural dan setiap murid belajar berinteraksi dengan persekitaran dengan menggunakan simbol. Dalam proses ini, bahasa lisan digunakan untuk menghadapi

persekitaran secara simbolik. Pada peringkat permulaan, membaca, menulis dan menggunakan nombor adalah jenis-jenis simbol asas yang dipelajari. Apabila pembelajaran berlanjutan, simbol digunakan secara kompleks untuk membeza, menggabung, mengklasifikasi, menganalisis dan mengelompokkan objek, et.al 2012). Mengikut Gagne, pembelajaran bermula daripada yang mudah ke tahap yang kompleks. Pembelajaran tahap tinggi bergantung kepada peristiwa dan simbol-simbol lain.(Noriati

pembelajaran pada tahap rendah. Gagne telah menggariskan lapan jenis tugasan pembelajaran:
Pembelajaran Isyarat : Individu belajar untuk memberi respons umum terhadap sesuatu signal.

Pembelajaran Rangsangan-Respons: Pelajar memperolehi satu respons yang tepat terhadap rangsangan yang didiskriminasikan. Rantaian: Satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan- respons dikuasai Assosiasi Verbal : Pembelajaran rantaian yang dalam bentuk verbal Pembelajaran Diskriminasi: kebolehan untuk membezakan antara satu ciri objek daripada objek lain. Sebagai contoh, pelajar dapat membezakan antara b dengan d Pembelajaran Konsep: Kebolehan untuk mengkasifikasi objek dan peristiwa mengikut ciri-ciri tertentu. Pembelajaran Hukum: Satu peraturan adalah satu rantaian dua atau lebih konsep. Penyelesaian Masalah: Pelajar berkebolehan menggabung beberapa hukum/peraturan yang mudah untuk menghasilkan sesuatu.

Gagne telah mencadangkan tugasan pembelajaran untuk kemahiran intelek boleh disusunatur dalam hierarki mengikut kesukaran: mengenal pasti rangsangan, menjana respons, mengguna istilah, diskriminasi,

membentuk konsep, mengaplikasi hukum dan menyelesaikan masalah. Perkara penting dalam hierarki ialah mengenal pasti prasyarat yang harus disempurnakan untuk memudahcara pembelajaran pada setiap peringkat. Hierarki pembelajaran ini merupakan asas untuk menyusunatur

pengajaran agar murid dapat menguasai kemahiran secara sistematik.

(b) Maklumat Verbal Kemahiran verbal merujuk kepada kebolehan individu menyata sesuatu fakta atau satu set peristiwa secara lisan, atau secara bertulis. Gagne mendefinisi maklumat verbal sebagai mengetahui sesuatu atau declarative knowledge (Gagne,1985 :48). Dalam pembelajaran, sebelum murid dapat membuat demikian, murid perlu mempunyai kemahiran intelek untuk menyebutkan

pernyataan. Guru perlu menarik perhatian murid kepada ciri-ciri penting sesuatu yang ingin diajar dan menyampaikan maklumat dalam chunks dan mengekod pembelajaran secara bermakna. Bimbingan diberi untuk membantu murid untuk menyebut atau menyatakan sesuatu fakta atau idea secara verbal.

(c) Strategi Kognitif Mengikut Gagne(1985), kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapat mengawal dengan sendiri proses-proses dalaman iaitu memberi perhatian, belajar, mengingat dan memikir pemerosesan maklumat. Dalam proses memperoleh kemahiran intelek, pelajar perlu menguasai strategi untuk mengaktif serta menguruskan pembelajaran, ingatan dan menggunakan kemahiran sendiri. Jika pelajar menguasai kemahiran dalam memberi perhatian ( salah satu strategi kognitif), pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam semua mata pelajaran tanpa mengira kandungan. Justeru itu, pelajar perlu menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan strategi mengingati kembali yang telah dipelajari. Sebagai contoh, strategi mengingati boleh dibuat melalui penggunaan mnemonic kata kunci dan sesuatu. Strategi kognitif dirujuk sebagai proses

pemetaan konsep serta penyusun awal ( Tan et al.,2003; Woolfolk, 2004 seperti dalam Noriati et. al.,2012). Guru dapat membantu pelajar menguasai strategi kognitif dengan menunjukcara strategi kepada pelajar disamping menyediakan pelbagai situasi untuk mereka melatih strategi tersebut sehingga mereka menguasai strategi tersebut. Guru juga perlu memberi maklum balas yang bermakna terhadap penggunaan strategi kognitif tersebut dari aspek keaslian dan kreativiti.

(d) Kemahiran Psikomotor Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan individu melakukan sesuatu perlakuan dengan menggunakan otot-otot manusia.Jenis pembelajaran ini memperlihatkan individu berkebolehan melakukan perlakuan secara tepat, dan betul dengan pergerakan otot. Antara contohcontoh adalah apabila murid-murid mula belajar dalam kemahiran psikomotor seperti menulis huruf dengan pensil dan kertas, bermain, melompat atau berlari dan sebagainya.

Apabila individu dapat menyusunatur pergerakan secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan baik, serta menepati masa dianggap sebagai telah menguasai kemahiran psikomotor. Kelicinan dan ketepatan masa dalam perlakuan menunjukkan bahawa perlakuan ini mempunyai tahap tinggi dalam organisasi dalaman. Maka adalah kebiasaan sesuatu kemahiran psikomotor

akan bertambah baik dari segi ketepatan masa dan kelancaran melalui latihan berterusan melalui satu jangka masa panjang.( Noriati et. al,2012). (e) Sikap Sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan peribadi terhadap objek, orang perseorangan atau peristiwa.(Gagne,1985). Penekanan adalah kesan sikap terhadap tingkah laku iaitu pilihan tindakan yang dilakukan oleh individu. Hasil daripada perlakuan atau tingkah laku akan merupakan tanda rujukan tentang sikap individu. Demi memupuk sikap yang diingini, guru perlu kaitkan kejayaan dengan sikap tertentu, kaitkan juga sikap dengan model yang disanjungi ramai serta sentiasa mengaturkan tindakan

peribadi dikaitkan dengan sikap yang diingini. Disamping itu, maklum balas diberi kepada perlakuan atau prestasi yang berjaya. Secara umumnya, tindakan setiap individu amat dipengaruhi oleh sikap. Sikap boleh dipelajari daripada pelbagai cara dan dapat dikuasai melalui pengalaman yang berjaya, pemerhatian orang dihormati dan berpengalaman. Guru harus memberi maklum balas kepada murid yang berjaya melaksanakan tugas agar dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini. TUGASAN TERARAH Kaitkan peristiwa-peristiwa pengajaran Gagne dengan merujuk kepada jenis-jenis pembelajaran Gagne.

1.4 Rumusan Tajuk ini membincangkan tentang konsep pengajaran dan pembelajaran, prinsipprinsip pembelajaran dan jenis-jenis pembelajaran Gagne. . Secara kesimpulan, setiap jenis pembelajaran memerlukan keadaankeadaan dalaman dan luaran yang berlainan. Juga dalam setiap jenis pembelajaran ini sembilan peristiwa pengajaran harus dilalui. Tajuk ini penting kerana guru perlu mempunyai kesedaran tentang prosesproses yang berlaku dalam minda murid dan kaedah untuk digunakan untuk memudahcara pembelajaran konsep dan kemahiran secara optimum.

Anda mungkin juga menyukai