Anda di halaman 1dari 2

KETOKOHAN KEPIMPINAN AL-RAZI

KEPIMPINAN DALAM BIDANG PERUBATAN DAN PENULISAN :

Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad menjadi Gabenor Ray, Al- Razi di beri kepercayaan untuk memimpin rumah sakit ( hospital) selama 6 tahun dari 290 296 H bersamaan 902-908 M. Pada masa ini juga, al-Razi menulis buku al-Thibb al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad. Seterusnya, beliau dilantik menjadi pengarah disebuah hospital utama di Baghdad semasa pemerintahan Adhud Daulah. Al- Razi menjadi perintis dalam bidang pediatrik ( berkaitan kanak-kanak) obstetrik ( ilmu perbidanan) dan ophtalmologi ( berkaitan mata). Beliau digelar Bapa Pediatrik oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga menjadi orang pertama mengenalpasti penyakit hay fever dan penyebabnya. Al- Razi memiliki sikap ketegasan dalam kepimpinannya. Beliau menentang sekeras-kerasnya amalan penipuan dan penyelewengan dalam amalan perubatan.Padanya, penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam rawatannya kedua-dua elemen ini harus diutamakan. Al-Razi juga menunjukan nilai kasih sayang , dan kepercayaan yang tinggi sebagai pemimpin ( ketua hospital) . Beliau menekankan hubungan yang baik diantara doktor dan pesakit. Beliau menyarankan agar wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini.Beliau berpegang kepada teori bahawa komen yang positif daripada doktor akan menguatkan semangat kepada pesakit dan membuatkan mereka rasa lebih selesa serta membantu proses pemulihan. Sebagai pengawai perubatan, beliau memiliki sikap tanggungjawab yang tinggi kepada pesakitnya. Beliau amat mementingkan cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat kesimpulan tentang sesuatu penyakit agar dapat memberikan perawatan dan pemulihan yang lengkap dan mendalam. Sebaik sahaja bersara, beliau kembali ke kampungnya di Rayy dimana beliau telah mengajar kesihatan dihospital tempatan dan menyambung minatnya dalam bidang penulisan. al Razi turut memimpin dunia melalui medium penulisan apabila beliau berjaya menghasilkan banyak karya yang menjadi rujukan dan panduan utama dunia Islam mahupun barat. Beliau menjadikan medium penulisan sebagai cara untuk memberi pendedahan kepada dunia tentang klasifikasi penyakit dan cara rawatannya ( kitab al-Hawi,kitab alMansur, kitab al-Asrar ) malah beliau turut membincangkan persoalan falsafah,sains,ketuhanan,al-quran,ilmu kalam,geometri,fiqh dan usul fiqh.

KETOKOHAN GALEN

Ketokohan Galen ditonjolkan apabila, beliau menjadi doktor kepada Gladiators yang merupakan sebuah pasukan tentera, semasa beliau berumur 28 tahun. Hal ini telah memeberikan peluang yang besar kepada Galen untuk membuat pemerhatian mengenai anatomi dan fisiologi manusia.

Galen juga sering mengadakan ceramah umum dan demonstrasi mengenai anatomi manusia. Beliau juga mula menulis beberapa karya utama beliau pada anatomi dan fisiologi, dan sering terlibat dalam polemik dengan doktor lain.

Galen telah dipanggil untuk merawat Marcus Aurelius dan menjadi doktor peribadi Marcus Aurelius yang merupakan seorang emperor.

Anda mungkin juga menyukai