Anda di halaman 1dari 5

1Malaysia amankah kita?

Assalamualaikum warahmatullah. Mari bersama kita fikirkan, sesekali renung dalam-dalam sampai tahap critical thinking, sampai tahap letak tangan atas dahi sebelum tido, Betul ke orang duk kata kita malaysia sebuah negara yang aman? Takde ke jalan keluar dari keadaan hari ini? camne nak buat nie...? bunuh, curi, rogol, rompak, rempit, zina, cabul, caci maki, kotor, rosak harta awam... adussss.... pening memikioq ye!

Amankah kita? kita ummat yang sering tidur! seringkali juga dikejutkan! then tidor balik, berapa kali terkejut! berapa kali buat-buat terkejut! dan berapa kali tue la jugak kita tidoq balik, bangun! tapi takleh bangun lama.. lenguh.. letih.. penat.. duduk... baring.. lena...

sejak aku mula faham dan ingat apa-apa peristiwa yang berlaku depan mata aku, apa yang didengar kat telinga.. sepatutnya apa yang berlaku hari ni dah tahap berat.. parah dan kritikal sangat... benda-benda yang tak pernah terlintas kat fikiran nak belaku dulu, kini semua lewat akal dan anggapan lama... Bunuh jadi perkara biasa didengar, dulu kalau dengar orang bunuh orang kat Palestin.. Bosnia.. dekat sikit! Thailand, Indonesia... Tapi sekarang dalam negara! dalam Malaysia yang didakwa sebagai sebuah negara aman! Amankah kita?

Amankah kita bila keluarga kita nak keluar sorang-sorang jalan malam-malam atau nak pi jalan jauh sorang-sorang masuk lebuhraya, bukankah otak kita ada rasa tak aman tentang keselamatan orang tersayang tentang kemungkinan yang akan berlaku! Amankah kita? Bunuh diri pun dah menjadi perkara yang sangat mengejutkan bila berlaku dalam negara kita... Amankah kita? Curi, rompak, samun.. rasanya kalau kita kumpul balik semua akhbar yang dibeli dalam masa setahun kat malaysia nie pasti takde satu pun yang terlepas dari di muatkan berita

curi, rompak, samun dll, sepanjang 365 hari pasti ada sekurang-sekurangnya 2,3 kes.. Amankah kita?? Rogol, cabul,zina dll... dulu kes-kes macam nie cuma tengok kat filem mat saleh.. kalau filem melayu yang ada adegan camni pasti meletup abis filem tue... sekarang.. bukan lagi dalam filem.. dah jadi suatu yang tak mengejutkan bila dengar berlaku kes-kes seumpama nie.. haritu kat penang, pastu KL, baru nie kat kuantan.. eh. semalam kat besut terengganu kita ada jugak kes seumpama! Esok,. dalam kampung sendiri, lusa! sebelah rumah, tulat dalam rumah sendri.? mak bapak tak rasa risau ke? ke dah lali sekarang ? Ingat, semua yang jadi mangsa tue adalah mereka yang sama macam kita, selalu sebut,dengar & baca perkataan HATI-HATI, JAGA DIRI kena jugak... Amankah kita? Dulu masa aku budak-budak.. duk kampung., sekarang pun dikampung jugak orang sebut RASUAH mungkin aku membayangkan sejenis kerja yang perlukan kelulusan yang tinggi, sebab biasanya yang terlibat kebanyakan orang atasan. SEKARANG! Ada kawankawan ditempat kerja aku yang lebih kurang sebaya umur aku nie... dah berani cakap.. "duk try nak merasuah aku arr..aku kabor ke ye" bila member-member nak bagi something untuk tutup mata supaya tak reject working papper yang menyusahkan pekerja-pekerja lain, Rasuah dah banyak sangat... dah luas sangat.. sampai ke budakbudak dah pandai... macam mana perjalanan generasi ini bila dewasa.. masuk alam kerja nanti.? Amankah kita? Riba? bunyi macam bahasa arab, dekat arab je la kot berlaku... itu pun pada zamanzaman jahiliah dulu.. tue yang aku faham dengan perkataan tue masa kecik-kecik dulu, Sekarang budak-budak pun dah pandai cakap bila ada member yang nak pinjam guli sebab dah abis guli nak main.. "pinjam sebiji, bayar 2 biji" kecik-kecik dah pandai besar nanti ? Percayalah sistem pinjaman dalam perbankan lebih menguntungkan sekiranya mengikut sistem yang diajar dalam ISLAM, yang bersih dari riba! Menguntungkan bagi pelanggan dan pihak bank.. bukan membebankan kita seperti hari ini yang kebanyakannya hidup berhutang! tak kira yang kerja kerajaan ke, swasta ke, student ke, kerja kampung ke semua kita terbeban kan.? so, Amankah kita ? Masa kecik-kecik dulu, kita hanya dengar perkataan Murtad bila dengar kisah-kisah nabi atau sahabat-sahabat nabi dulu ataupun bila sesekali rajin duk kat surau ada jugak ustaz yang sebut perkataan tue, Tapi tak terbayang kat kepala ada manusia berbangsa melayu yang berugama ISLAM sanggup murtad. Membayangkan diri sendiri yang tak pernah terlintas melakukan jenayah ugama paling dahsyat nie, begitu jugak agaknya mereka yang murtad pernah bayangkan dulu-dulu sebelum mereka murtad. Tapi akhirnya termurtad jugak mereka! Maksudnya, diri sendiri mungkin tak menyangka akan murtad! apatah lagi kita nak sangka orang lain, kakak kita, abang kita, anak-anak kita, sepupu kita, jiran, orang kampung mungkin kita sendiri? setakat ini belum ada dari mereka yang murtad membawa/membuat kebaikan pada orang lain yang dulu sedaranya. Bahkan, sanggup belasah bapak/adik beradik/ keluarga sedarah sedaging sendiri! Amankah kita? Banyak sangat kalau nak sebut ringkasnya begitulah kenyataan dan luahan hati aku yang sebenarnya turut rasa bersalah dengan benda-benda semua nie, Renung dalam diri yang banyak buat dosa! sampai bila nak terus berada dalam keadaan macam nie yang sebenarnya takkan ada dalam keadaan sama macam nie.. bahkan akan jadi lagi parah dan teruk lagi... perlukah aku tunggu hingga aku dah betul-betul kuat IMAN, cukup ibadah,

suci dari segala dosa, baru lah boleh bersuara tentang benda-benda yang sepatutnya cukup membimbangkan nie? mesti lakukan sesuatu untuk selamatkan diri sendiri atau keluarga sekurang-sekurangnya.

Percaya atau tidak. semua nie berpunca dari keadaan sekeliling kita yang banyak mendorong kearah kemusnahan, siapa yang cipta persekitaran begini? Kita! Segalanya ditangan kita sendiri sebenarnya. Kita yang mengangkat sistem yang terbeban dibahu kita hari ini, Tangan yang memangkah ( X ) diatas sekeping kertas yang begitu berharga membantu berjalannya sebuah sistem yang membentuk persekitaran dan suasana hidup harian kita, silap memangkah, rosak marwah keluarga sendiri., terhina maruah sendiri, terguris hati sendiri yang terpaksa berbeban hidup sambil mendukung dosa yang sengaja di buat-buat tak tahu mana dan siapa puncanya! bukaklah mata perhatikan dan fikirkan sedalam-dalamnya! Percayalah! Akan janji ALLAH S.W.T. berkorbanlah demi kebaikan yang lebih dari apa yang kita suka dalam penilaian yang sangat sempit hari ini! Kembalilah pada sistem yang sepatutnya, jalan penyelesaian semua masalah hari ini dah ada diajar dalam buku manual ciptaan seorang manusia sebuah sistem yang di bekalkan langsung oleh pencipta, kembalilah pada Al-Quran.

sudah! cukuplah mari kita kembali pada ajaran islam, kepada pemerintah ambillah nasihat dan panduan dari para alim ulama yang berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Dan jangan ikut sesedap hati sendiri untuk membuat keputusan... Biar atas nama siapa pun, biar atas pertubuhan mana pun, biar atas parti mana sekali pun, aku mintak sangat rujuk balik dengan hati yang betul-betul nakkan jalan penyelesaian. Samada orang melayu islam, cina budha, india hindu, matsaleh kristian atau siapa-siapa pun. kalau korang betul-betul mahukan kebenaran! Demi kebaikan dan keamanan hidup kita yang tak berapa lama diatas bumi yang dah tua nie, cubalah buka, lapangkan hati bincang cara profesional dengan Al-Quran sebagai rujukan, pasti akan jumpa jalan penyelesaian yang berkesan.

Percayalah! kalau tak percaya cuba dulu, tak cuba tak tahu kalau dah cuba dan ternyata tak ada jalan penyelesaian yang berkesan dari Al-Quran/Hadis, terserahlah untuk anda melupakan kitab yang didakwa suci ini, Sebab aku dengan penuh yakin saat ini mengatakan pasti Quran tak menghampakan aku dan kalian... Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan diriku sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah P/S: Lorag Bahasa kampung

Anda mungkin juga menyukai