Anda di halaman 1dari 4

NOTA EDU

PISMP MT SEM 5

2 JANUARI 2013

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Pengertian dan Konsep Budaya (BAB 1) Definisi Budaya 1. Kepelbagaian budaya adalah cara atau gaya hidup pelbagai masyarakat dan bangsa. 2. Budaya ini merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah, kesusasteraan, politik, muzik, lukisan, seni bina, falsafah, idea, tabiat dan nilai kepercayaan yang merupakan turun-temurun dari generasi ke generasi. 3. Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. 4. Budaya adalah lambang kejayaan sesuatu masyarakat atau bangsa. 5. Budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Buddhi dan Daya. *Buddhayah = kata jamak bagi Buddhi 6. Buddhi (Sanskrit) bermaksud kecergasan fikiran dan akal. Konsep ini menerangkan bahawa budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut. 7. Manakala Daya (Melayu) bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Ia bermaksud bahawa seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang semulajadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. 8. Apabila digabungkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya adalah merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut. 9. Dalam Bahasa Inggeris, budaya disebut sebagai culture yang berasal daripada bahasa Latin Colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan. 10. Menurut : Kamus Dewan (2007) Budaya merupakan tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.

NOTA EDU

PISMP MT SEM 5

2 JANUARI 2013

Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Nik Safiah Haji Abdul Karim Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Penggerak ini dimiliki oleh semua individu dan melaluinya sesuatu perkara itu dapat dilaksanakan. Ini bermaksud bahawa kemampuan seseorang menggunakan segala tenaga sama ada berbentuk fizikal mahupun rohani, kearah

menggerakkan jiwa bagi mencapai hasrat yang diingini. Hasrat dan nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk norma dalam masyarakat. E.B. Tylor Keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan. Koentjaraningrat (2002) Keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran dalam semua aspek kehidupan. Budaya mempunyai 7 unsur utama :
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Agama dan upacara keagamaan Sistem dan organisasi kemasyarakatan Sistem pengetahuan Bahasa Kesenian Sistem ekonomi Sistem teknologi dan peralatan

Bourdieu Proses sosial di mana budaya dan struktur sosial saling berinteraksi.

NOTA EDU

PISMP MT SEM 5

2 JANUARI 2013

L.A. White Satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat), idea, sentimen (nilai) bergantung kepada simbol-simbol.

Kroeber & Kluckohn Entiti yang mengandungi pola implisit dan eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui simbol dan mengambil bentuk metarial.

Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ~ Amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam pelbagai bidang hidup, untuk member kepuasan dan merangsang pembangunan hidup masyarakat tersebut.

Andreas Eppink ~ keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan, serta struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat .

11. Sebagai kesimpulan : Dari segi bahasa : Budaya merupakan satu cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini. Dari segi istilah : Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi.

12. Dalam konteks pendidikan : Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid-murid dididik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Sebagai pendidik, menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia.
3

NOTA EDU

PISMP MT SEM 5

2 JANUARI 2013

Ini penting bagi memastikan apabila murid keluar dari sistem persekolahan, mereka akan mempunyai nilai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.

5 Komponen Budaya 1. Simbol atau lambang 2. Bahasa 3. Nilai dan kepercayaan 4. Norma 5. Teknologi

Anda mungkin juga menyukai