Anda di halaman 1dari 10

PANDUAN MENGGUNAKAN KAMUS DEWAN

1. Susunan Kata Masukan


1.1. Kata dasar (i) Perkataan-perkataan yang dimuatkan di dalam kamus ini disusun menurut urutan abjad kata dasarnya yang dicetak dengan huruf tebal. (ii) Kata-kata dasar yang berupa homonim (kata-kata yang sama ejaannya dan sebutannya tetapi berlainan maknanya) diperturunkan berasingan diikuti dengan angka-angka I, II dan seterusnya sebagai penanda yang memisahkan: ketam I ketam II; mengetam ketam III ketam IV (tertutup rapat-rapat) (memotong padi) (alat pelicin kayu) (sj haiwan)

1.2 Kata terbitan (i) Kata terbitan dimuatkan di bawah kata dasar yang berkenaan: persenyawaan terdapat di bawah nyawa; keberangkatan di bawah angkat, dan sebagainya. (ii) Dua atau beberapa kata terbitan yang membawa makna yang sama ditempatkan bergandingan dan dipisahkan dengan tanda koma, misalnya: berbelasan, berbelas-belas dlm jumlah antara 11 hingga 19 .... kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat, berlaku spt orang Barat. (iii) Kata terbitan yang dipisahkan daripada kata dasar sebelumnya oleh tanda koma bernoktah (;) menunjukkan bahawa takrif dan sebagainya yang diberikan adalah berkaitan dengan kata terbitan yang berkenaan sahaja dan tidak meliputi kata dasarnya: tampi; menampi 1. membersihkan beras (padi, kacang, dll) dgn nyiru yg digerak-gerakkan:.....[merupakan takrif bagi menampi]. ungkap; mengungkap mengeluarkan atau melahirkan isi hati .... (iv) Kata terbitan yang terbentuk hasil daripada pengimbuhan dengan awalan tertentu seperti yang berikut, yang membawa makna tertentu, tidak dimuatkan kecuali ada pertimbangan tertentu: (a) ber- yang hanya membawa erti ada atau mempunyai (misalnya berjari, bermodal, berpeluru); (b) ter- yang membawa erti superlatif, iaitu pangkat atau peringkat yang penghabisan atau tertinggi (misalnya tertinggi, terindah, dan lainlain); (c) ter- yang hanya membawa erti pasif dan sama fungsinya dengan awalan pasif di; (d) di- yang membentuk kata kerja pasif juga tidak dimuatkan. Pengguna kamus hendaklah merujuk kepada bentuk aktif sesuatu kata kerja untuk mengetahui makna bentuk pasifnya yang berawalan di- (dengan pengubahsuaian yang sewajarnya);

(e) se- yang membawa erti sama ... dengan (sebesar, semulia, dan sebagainya) umumnya tidak dimuatkan, demikian juga se- sebagai awalan yang bererti satu. Kata terbitan yang berawalan sedemikian bagaimanapun dimuatkan berasaskan sesuatu keistimewaan atau pertimbangan tertentu (misalnya, sebaya, sebau). 1.3. Frasa, ungkapan, kata majmuk, kata ganda Rangkai kata yang berupa frasa, ungkapan, kata majmuk, dan kata ganda yang menerima turunan atau membentuk kata terbitan melalui pengimbuhan, umumnya dijadikan kata masukan yang tersendiri. Misalnya kata aneka ragam yang mempunyai turunan beraneka ragam dan keanekaragaman dijadikan kata masukan yang tersendiri. Rangkai kata yang tidak menerima sebarang pengimbuhan untuk menghasilkan kata terbitan umumnya dimuatkan di bawah kata pertama pada rangkai kata yang berkenaan, misalnya kerja lembur pada kerja dan pelabuhan bebas pada pelabuhan. Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan tertentu apabila sesuatu rangkai kata itu ditempatkan di bawah kata yang bukan kata pertama, iaitu apabila difikirkan bahawa kata tersebut lebih penting atau menjadi tumpuan takrif.

2.
2.1

Ejaan - kata standard dan variasi


Ejaan yang digunakan dalam kamus ini ialah ejaan Rumi baru yang telah diisytiharkan pemakaiannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972, dan sejajar dengan pedoman serta senarai perkataan yang terdapat di dalam Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (DBP, 1991). Atas beberapa pertimbangan, sebilangan besar perkataan yang berbeza daripada bentuk standard masing-masing, iaitu yang merupakan variasi kata, serta bentuk tertentu variasi ejaan, masih dimuatkan dalam kamus ini sebagai kata masukan yang dirujukkan kepada bentuk ejaan standard, dengan tanda anak panah. Untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna umum, perlu diberi penjelasan yang berikut:

2.2 Bentuk standard dan ejaan rasmi Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan (seringkalinya dengan maklumat-maklumat selanjutnya). Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. 2.3 Variasi kata (i) Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini.

(ii) Variasi kata yang ketara terhasil daripada pelat atau kegagalan menyebut perkataan dengan betul dan tepat, atau variasi yang difikirkan selama ini amat jarang ditemui, tidak lagi dimuatkan dalam cetakan baru ini - misalnya, khanduri (bentuk standardnya, kenduri); lafal (lafaz), petenah (fitnah) dan lain-lain. 2.4 Variasi ejaan (i) Variasi ejaan bagi perkataan-perkataan tertentu diperturunkan sebagai rujuk silang dengan tanda anak panah yang merujuk kepada bentuk dan ejaan yang standard semata-mata untuk kemudahan pengguna yang mungkin masih keraguan tentang bentuk atau ejaan yang standard. Kemasukan variasi demikian dibataskan kepada bentuk kata yang tertentu sahaja. (ii) Ejaan lama (a) Perkataan-perkataan dalam ejaan lama yang luput oleh pelaksanaan sistem ejaan baru dan difikirkan tidak seharusnya menimbulkan kesulitan pada masa kini tidak dimuatkan sama sekali. (b) Perkataan dalam ejaan lama sedemikian umumnya ialah yang tertakluk kepada peraturan-peraturan ejaan yang tertentu seperti: (i) peraturan yang berkaitan dengan keserasian vokal pada suku kata praakhir dan suku kata akhir tertutup (misalnya balek menjadi balik; langsong menjadi langsung dan lain-lain); (ii) peraturan yang berkaitan dengan penggunaan gugus konsonan bagi pengejaan kata asing yang tertentu (keritik menjadi kritik, sekerip menjadi skrip dan lain-lain); (iii) peraturan-peraturan lain yang diyakini sudah dimaklumi pengguna bahasa Malaysia. (iii) Suatu senarai kata yang bertujuan untuk membantu pengguna mendapatkan ejaan kata yang betul bagi kata-kata yang banyak variasinya dalam ejaan lama diberikan di bahagian akhir Kamus ini.

3.

Sebutan
Sebutan yang diberikan terbatas kepada keterangan bagi sebutan huruf e pada kata dasar. Huruf e yang disebutkan [ ] (iaitu e pepet) tidak diberikan keterangan sebutan sedangkan e taling diberikan keterangan sebutannya dengan lambang . bela semak bela (bla) semak(smak)

4.

Etimologi
Keterangan etimologi tidak diberikan selengkapnya tetapi hanya sekadar untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu tetapi masih terasa sifat-sifat keasingannya tanpa memperhitungkan taraf atau peringkat kemeresapan perkataan yang berkaitan di kalangan pengguna bahasa. Maklumat yang terbatas ini diharap dapat menjadi titik permulaan pengkajian dsb tentang kata-kata pinjaman.

5.

Tanda tilde (tanda ~ )


Tanda tilde atau tanda ~ yang terdapat pada kata masukan pecahan (seperti frasa, ungkapan, dan sebagainya) dan pada contoh penggunaan kata digunakan untuk menggantikan kata dasar atau kata terbitan yang ditakrifkan sebelumnya: abah III; abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali; ~ kuda alat kuda.... ~ kuda dimaksudkan: abah-abah kuda. helah (hlah) 1. akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ utk memerangkap dia; tipu ~ tipu daya.... Tanda ~ dimaksudkan menggantikan kata helah.

TANDA
~ pengganti kata dasar atau kata terbitan (sila lihat Panduan Penggunaan Kamus Dewan, Bahagian 5); bererti lihat; = bererti atau, sama dengan; tanda ini dipakai sebagai peringatan bahawa kata yang berkenaan: (a) jarang dipakai; (b) penggunaannya terbatas kepada sesuatu daerah atau lingkungan sahaja; (c) sudah kuno atau mati; (d) disangsikan kebenarannya (disebabkan oleh salah baca, salah tulis, salah dengar dan lain-lain).

KEPENDEKAN
Ar Br C IB Id Jh Jk Jw Kd Kl Ml bd bh bk bkn bp dgn dll dlm dr drpd dsb kep ki Arab Brunei Cina Indonesia-Belanda Indonesia Johor Jakarta Jawa Kedah Kelantan Melaka bahasa dalam bahasa halus bahasa kasar berkenaan (dengan) bahasa percakapan dengan dan lain-lain dalam dari daripada dan sebagainya kependekan kiasan antropologi biologi percetakan ekonomi fizik geologi geografi perhutanan kejuruteraan kimia komunikasi komputer linguistik matematik seni muzik psikologi kesusasteraan Mn NS Ph Pl Pn Pr Sb Si Sl Sr Tr Minangkabau Negeri Sembilan Pahang Perlis Pulau Pinang Perak Sabah Singapura Selangor Sarawak Terengganu

Ant Bio Cetak Eko Fiz Geo Geog Hut Kej Kim Kom Komp Lin Mat Muz Psi Sas

Sbina Sej Suk Tani Ubat Udg

seni bina sejarah sukan pertanian perubatan undang-undang

Kamus Digital Dewan Edisi Ketiga

Versi 1.0

Abjad A
a I huruf pertama abjad Rumi. a II 1. sr utk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan: itu dia, ~, macam itulah caranya!; 2. sr utk menunjukkan terlupa akan sesuatu: nama bukunya ... ~, nanti saya cuba ingatkan! A.A. kep Asia-Afrika. A.B. kep anggaran belanja. aba I = aba-aba Id kata(-kata) perintah dlm latihan tentera (senaman) dll: Satu ..., ~ Wit dr kerusinya. aba II; ~-daba hama, kuman. abad jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yang lampau beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun 1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemilangan (gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kirakira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama-lamanya; berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun lamanya. abadi 1. sentiasa ada atau wujud (tidak bermula atau berakhir), wujud selama-lamanya, kekal: Tuhanlah satu-satunya yg ~; 2. wujud atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak berkesudahan, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~; mengabadikan 1. menjadikan abadi, mengekalkan: kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadikan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui percetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar yg terkorban; terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan; pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan. abadiah, abadiat Ar kekekalan. abah I arah, tuju: tak tentu ~nya; mengabah menuju; mengabahkan mengarahkan, menujukan: ~ kapal ke tempat yg tertentu. abah II ayah, bapa (biasanya sbg kata panggilan oleh seorang anak kpd bapanya). abah III; abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali; ~ kuda alat kuda (spt tali kekang, pelana, dsb); ~ perahu tali-temali perahu; ~ tenun alat (perkakas) tenun. abai cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr; mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tanggungjawab; 2.
-------------------------------- - - - -------------------------------- - - - -------------------------------- - - - -------------------------------Hakcipta Terpelihara KaryaNet Sdn. Bhd. 2002 dengan izin Dewan Bahasa dan Pustaka KDD( 1)

Kamus Digital Dewan Edisi Ketiga

Versi 1.0

memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau mengendahkan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disediakan, dll), membiarkan atau melepaskan, mensiasiakan: sayang sekali peluang keemasan itu kauabaikan; terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan; keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; keabaian perihal abai; pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll); pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb). abaimana (Sanskrit) sl dubur, kemaluan. abaka sj tumbuhan (pokok) yg seratnya dibuat tali belati, Musa textilis. abang I 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki, adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit; 4. panggilan kpd suami; ~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain); berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang; berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg pengasih dan bertimbang rasa. abang II Jw merah. abar; abar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan masyarakat; berabarkan mempunyai (sesuatu) sbg dinding atau penyekat, berdindingkan: rumah yg ~ buluh; mengabar 1. mengurangkan, meredakan: ubat yg dapat ~ keadaan payah orang sakit; 2. menghalang, menyekat: pertempuran-pertempuran ~ jalannya mesyuarat. abau sj kura-kura, labi-labi; main ~ main tampuk labu. ABC 1. abjad Rumi: budak itu sudah pandai membaca ~; 2. kep air batu campur. Abd. kep Abdul. abdas (Parsi); berabdas mandi hadas. abdi orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yg diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan: ~ negara Id pegawai kerajaan; mengabdi 1. menjadi abdi (hamba): orang kulit hitam dr Afrika pernah dipaksa ~ di Amerika Syarikat; 2. berlaku spt abdi, menumpukan seluruh jiwa dan tenaga (kpd atau utk kepentingan seseorang atau sesuatu): rela ~ kpd negara; mengabdikan 1. menghambakan, memperhamba: ~ tawanan perang; ~ diri kpd negara; 2. menggunakan sepenuhnya: tenaganya diabdikannya kpd negara; pengabdian perihal (perbuatan dsb) mengabdi atau mengabdikan: Tetapi Allah tidak membebani
-------------------------------- - - - -------------------------------- - - - -------------------------------- - - - -------------------------------Hakcipta Terpelihara KaryaNet Sdn. Bhd. 2002 dengan izin Dewan Bahasa dan Pustaka KDD( 2)