Anda di halaman 1dari 4

DASAR KOKURIKULUM SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN

A. GURU Melibatkan penyertaan semua guru dalam kegiatan kokurikulum kerana kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah. Setiap guru wajib menganggotai sekurang-kurangnya satu unit dalam bidang-bidang kokurikulum yang dianjurkan :a. Unit Beruniform b. Persatuan/ kelab c. Sukan dan permainan Kehadiran guru untuk aktiviti kokurikulumadalah wajib sama seperti hari-hari persekolahan.Kedatangan hendaklah direkodkan dalam Buku Kehadiran Kokurikulum di Pejabat Sekolah Untuk mendapatkan pelepasan bertugas, guru-guru dikehendaki memaklumkan dan mendapatkan kebenaran Pengetua. Setiap guru bertanggungjawab setiap bidang kokurikulum bergerak aktif mengikut program yang dirancang. Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan murid-murid dan sentiasa berada bersama murid semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Pelaksanaan aktiviti hendaklah mematuhi masa yang ditetapkan. Setiap guru hendaklah mengeluarkan arahan gerakerja dengan jelas supaya tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Setiap guru perlu menyediakan kertas kerja ke atas setiap perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum serta tuntutan perjalanan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak-pihak perbendaharaan / JPN Perlis Penggunaan peralatan dan inventori sekolah adalah di bawah tanggungjawab semua guru. Penggunaan peralatan dan inventori sekolah adalah di bawah tanggungjawab semua guru. Guru-guru yang dipilih untuk menghadiri kursus berkaitan kegiatan kokurikulum, permainan atau pengadilan, pelaksanaan kokurikulum hendaklah hadir dan menjadi kesalahan jikalau tidak hadir.

B. MURID Melibatkan penyertaan semua murid dalam kegiatan kokurikulum mengikut bakat, kebolehan dan minat pilihan mereka dalam bidangbidang: a. Unit Beruniform b. Persatuan / Kelab c. Sukan dan Permainan Setiap murid wajib menganggotai satu unit dalam bidang kokurikulum yang dianjurkan, satu unit beruniform, satu persatuan/ kelab dan satu permainan. Murid murid yang dikecualikan untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah murid murid yang mendapat pengesahan daripada doktor. Pengecualian hanya melibatkan aktiviti permainan sahaja. Kehadiran murid adalah wajib. Kedatangan yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan (sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan tidak akan diberi sijil penyertaan.) Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan berdisiplin semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Setiap murid perlu bergerak aktif mengikut program yang dirancang. Setiap murid perlu membayar yuran Unit Beruniform, persatuan/kelab dan sukan/permainan untuk kegunaan aktiviti dalam setiap unit tersebut mengikut kadar yang telah dipersetujui dan perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan. Sebarang penglibatan murid dalam aktiviti luar sekolah hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga murid dan pihak sekolah. Setiap murid hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja ketika menjalankan aktiviti kokurikulum.

SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN KEJAYAAN-KEJAYAAN SEKOLAH


(1) BIDANG / JENIS / (2) AKTIVITI TAHUN DAERAH/ ZON KOKURIKULUM 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2010 2011 2012 2013 2014 2015 PERINGKAT NEGERI KEBANGSAAN ANTARABANGSA

BERCERITA BM BERZANJI BOWLING TENPIN BOWLING PADANG TAEKWANDO KARNIVAL WAJADIRI ANAK PERAK AKUATIK BOLA SEPAK PIDATO FOLIO KERJAYA TOKOH MEMBACA BERZANJI BUKU SKRAP (KT-Thn4) NILAM PUBLIC SPEAKING

Anda mungkin juga menyukai