Anda di halaman 1dari 3

BILANGAN PERMAIN UNTUK PERMAINAN PING PONG Bagi permainan ping pong ini, bilangan pemainnya sama sahaja

seperti permainan badminton. Dimana, dalam sesebuah gelanggang boleh bermain antara dua orang atau empat orang maksima. Untuk permainan dua orang adalah dikenali sebagai permainan ping pong perseorangan. Bagi pemainan perseorangan ini pula terbahagi kepada dua kategori iaitu perseorangan lelaki dan perseorangan perempuan. Dalam permainan perseorang ini akan melibatkan lawan satu dengan satu orang. Dimana, seorang akan berada disebelah gelanggang dan seorang lagi akan berada dalam gelanggang yang sama tetapi bertentangan dengan pemain yang satu lagi. Untuk permainan ping pong bagi empat orang pula dikenali sebagai bergu. Bagi permainan ping pong secara bergu ini terbahagi kepada beberapa kategori. Pertama adalah bergu lelaki, kedua adalah bergu perempuan dan ketiga adalah bergu campuran. Dalam permainan bergu ini akan melibatkan perlawanan secara berpasangan. Dimana sepasang pasukan akan berada disebelah gelanggang dan sepasukan lagi akan berada disebalah lagi secara bertentangan dengan bergu lawan. BILANGAN PERLAWANAN 2 orang JENIS PERLAWANAN Perseorangan lelaki Perseorangan perempuan 3 orang Bergu lelaki Bergu perempuan Bergu campuran

ASPEK KESELAMATAN Terdapat beberape perkara yang perlu diberi perhatian sebelum, semasa dan selepas menjalani aktiviti rekreasi dan latihan sukan ping pong. Pertama adalah memanaskan badan. Sebelum kita melakukan sesuatu aktiviti yang berbentuk sukan. Kita digalakkan untuk melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan melonggarkan sendi. Aktiviti ini perlu dilakukan sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat. Aktiviti gerak kendur juga perlu dilakukan untuk menyejukkan badan selepas menjalani latihan. Aktiviti memanaskan dan

menyejukkan badan perlu dilakukan untuk memastikan anggota badan, otot dan sendi kita bersedia untuk digunakan pada kadar yang maksimum. Kegagalan pemain untuk melakukan aktiviti ini akan menyebabkan kecederaan pada otot, sendi atau badan mereka. Kedua adalah melakukan aktiviti latihan secara bersistematik. Latihan perlu dirancang terlebih dahulu dan ditentukan sebelum melaksanakannya. Jangan sesekali melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya. Jika ingin melakukan aktiviti ping pong, pastikan aktiviti tersebut adalah bersesuaian dengan cara permainan dan selamat. Jangan sesekali mencuba perkara yang pelik semasa menjalani latihan. Jika latihan yang dijalankan tidak sistematik, berkemungkinan, akan ada masalah dan mungkin akan menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri atau orang lain. Ketiga, mengenalpasti kecergasan diri masing-masing. Seperti yang diketahui, setiap individu mempunyai kecergasan yang berbeza antara satu sama lain. Oleh sebab itu, pemain perlu menetapkan objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing terlebih dahulu. Hal ini amat penting dan perlu diberikan penekanan. Kegagalan dimana latihan yang dibuat terlalu sukar dan tidak mengikut kecergasan diri peserta boleh menyebabkan kecederaan berlaku kepada dirinya. Keempat, mengenalpasti kemampuan diri. Sebagai pemain ping pong, risiko untuk mengelami kecederaan adalah sama seperti sukan-sukan lain. Oleh sebab itu, jika ingin melakukan sesuatu aktiviti latihan ping pong, pastikan anda melakukan aktiviti tersebut mengikut tahap kemampuan masing-masing. Jangan sesekali memaksa diri melakukan aktiviti yang melebihi had keupayaan masing-masing.

Kelima adlah pastikan persekitaran dan tempat aktiviti adalah bersesuaian. Dimana, anda perlu memastikan persekitaran dan tempat permainan adalah selamat untuk diri sendiri dan orang lain. Antara aspek keselamatan yang boleh dititikberatkan adalah dari segi lantai yang tidak licin dan ruangan tempat permainan adalah luas serta cukup pencahayaannya. Keenam dari segi kemudahan peralatan. Pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti. alatan termasuklah juga pakaian perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Dari segi meja, belt dan bola ping pong yang digunakan mestilah sesuai dan selamat. Dimana, meja perlu dipasang dengan cara yang betul, selain itu, bola ping pong yang dibenarkan adalah bewarna jingga dan putih. Makan pakaian haruslah contra atau berbeza warnanya dari bola ping pong. Ketujuh, perlakuan yang betul. Anda dinasihatkan agar jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. Hal ini kerana ia boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain. Tahukah anda dalam permainan ping pong ini, sebenarnya tiada peraturan untuk keselamatan seperti goggles atau pelinding mata, pelindung kepala atau helmets ataupun pelindung dada. Kesemua peralatan yang digunakan perlu dirujuk dengan pengadil terlebih dahulu sebelummemulakan pertandingan. Oleh sebab itu, mungkin ada penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk menjamin keselamatan pemain dalam permainan ini. antaranya adalah

membenarkan pemain untuk memakai pelindung kepada seperti mana sukan lawan pedang. Walau bagaimanapun, setakat kini masih belum ada kecederaan yang teruk berlaku dibahagian kepala walaupun pukulan bola ping pong dibuat dengan kekuatan. Selain itu, ada juga sesetangah pihak yang menyarankan penggunaan pads dibahagian siku dan lutut pemain. Hal ini kerana banyak kejadian dimana pemain jatuh ketika perlawanan berlangsung. Permainan ping pong ini merupakan satu permainan yang pantas. Sedikit kesilapan seperti tersandung mungkin akan mencederakan bahagian lutut dan siku. Kecederaan yang seringkali berlaku adalah seperti kecederaan dan tekanan kepada bahu dan pergelangan tangan yang dikenali sebagai tennis elbow.