melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. Sistem bahasa merupakan komponen penting dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu tahun Empat, sistem bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Di bawah aspek pengajaran tatabahasa terdapat sistem bahasa iaitu morfologi atau pembentukan kata dan sistaksis atau juga merupakan kajian tentang pembinaan ayat. 3.1 Morfologi Bidang morfologi yang diberi tumpuan dalam HSP Bahasa Melayu tahun 4 ialah struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi kata asli bahasa Melayu dan kata pinjaman bahasa melayu. Selain itu, bentuk kata pula berfokus kepada kata tunggal, kata terbitan kata majmuk dan kata ganda. Seterusnya, bagi proses pembentukan kata bahasa Melayu pula
difokuskan kepada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan kata. Guru dinasihatkan supaya memberi penekanan kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna. Hal ini kerana pengimbihan merupakan pembentukan kata yang kompleks berbanding penggandaan dan pemajmukkan. Bagi golongan kata pula, guru perlu menekankan aspek pengajaran dan pembelajaran bagi kata nama, kata nama, kata kerja , kata adjektif dan kata tugas. Berdasarkan hasil pembelajaran yang terdapat di dalam HSP Bahasa Melayu Tahun Empat, terdapat pengajaran sistem bahasa bagi bidang morfologi yang dapat dilihat secara jelas pada hasil pembelajaran kemahiran lisan iaitu berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. Pada huraian hasil pembelajaran Aras 2, menjelaskan dengan terperinci tentang hasil pembelajaran yang secara jelas adalah pengajaran bagi bidang morfologi iaitu penggunaan kata ganti nama diri dalam situasi perbualan.
Gambar rajah: HSP Tahun 4; penggunaan kata ganti nama diri dalam perbualan
Seterusnya, kita lihat pula pada kemahiran menulis, bagi hasil pembelajaran 8.0, murid dikehendaki menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan. Murid diminta untuk membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Guru boleh menerapkan pembelajaran tatabahasa dengan berfokus kepada membina perkataan berimbuhan , kata ganda dan lain-lain yang berkaitan bidang morfologi.
Secara keseluruhannya, bidang morfologi dapat diterapkan dalam semua kemahiran sama ada kemahiran lisan, kemahiran membaca mahupun kemahiran menulis. Guru perlu kreatif dalam menerapkan pengajaran tatabahasa agar kemahiran yang di ajar dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
3.2 Sintaksis Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4, aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalah seperti yang berikut: a. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif. d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang. e. Binaan dan proses penerbitan ayat: i. ayat dasar ii. ayat tunggal iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan f. Aspek tanda baca Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat, dapat dilihat bahawa bagi setiap kemahiran terdapat unsur penerapan tatabahasa dari aspek sintaksis. Sebagai contoh dalam kemahiran lisan, guru menerapkan unsur tatabahasa iaitu sintaksis dalam aktiviti perbualan, perbincangan dan aktiviti lisan yang lain. Sebagai contoh, bagi hasil pembelajaran 1.2 iaitu bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila, guru dapat mengajar murid menggunakan ayat tanya dengan betul dan tepat penggunaannya.
Gambar rajah: HSP BM tahun 4; pengajaran kata tanya Selain itu, dalam kemahiran membaca juga diterapkan unsur sintaksis di mana pada huraian pembelajaran 5.0 Aras 1, murid dikehendaki untuk membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. Selain itu, murid juga dikehendaki menerangkan maksud frasa dan ayat yang dibaca. Melalui hasil pembelajaran ini, guru boleh membimbing murid untuk membaca mengecam sama ada ayat yang dibaca merupakan ayat majmuk atau ayat tunggal seterusnya meminta murid untuk memberikan alasan berdasarkan bahan bacaan yang dibaca.
Dalam kemahiran menulis, banyak hasil pembelajaran yang berfokus penerapan tatabahasa bagi bidang sintaksis. Sebagai contoh, dalam hasil pembelajaran 8.0, fokus diberikan kepada penulisan ayat tunggal dan ayat majmuk.
3.3 Sistem ejaan Sistem ejaan merupakan salah satu aspek sistem bahasa yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4. Perkara yang ditekankan bagi aspek sistem ejaan adalah seperti berikut: i. ii. iii. Pola Keselarasan Vokal Ejaan Kata Pinjaman Ejaan kata dasar dan kata terbitan.
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4, penekanan terhadap aspek system ejaan dapat dilihat pada huraian pembelajaran bagi
kemahiran menulis 9.1 yang memerlukan murid mengambil imlak bahan yang diperdengarkan. Aktiviti imlak merujuk kepada aktiviti di mana guru akan menyebut perkataan atau ayat dan murid pula menulis apa yang disebut oleh guru. Aktiviti imlak ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dari aspek ejaan bagi perkataan dan ayat yang didengar.
Gambar rajah: Huraian Sukatan Pelajaran BM tahun 4: Imlak Secara kesimpulannya, sistem ejaan dapat diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran bahasa yang diajar. Bagi kemahiran membaca, guru boleh menerapkan pengajaran sistem ejaan melalui kosa kata baharu yang diperkenalkan yang terdapat di dalam bahan bacaan yang disediakan. Selain itu, guru juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja murid melalui kemahiran menulis
3.4 Sebutan dan Intonasi Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4, sebutan dan intonasi ditekankan supaya murid dapat menyebut dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku. i. Sebutan Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku. ii. Intonasi Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola ayat yang berikut:
Jenis ayat Ayat penyata Ayat Seruan Ayat perintah Ayat tanya
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4, di dapati bahawa terdapat banyak hasil pembelajaran yang menjurus kepada aspek sebutan dan intonasi. Dalam pengajaran kemahiran lisan, terdapat banyak hasil pembelajaran yang menjurus kepada aspek intonasi dan sebutan. Sebagai contoh, kemahiran intonasi ditekankan bagi kemahiran bertanya dan menjawab dengan menggunakan ayat tanya, memberi arahan serta pesanan menggunakan ayat perintah dan memberikan penjelasan
menggunakan ayat penyata serta banyak lagi jenis-jenis ayat yang digunakan dalam aktiviti lisan bagi kemahiran bertutur.
Gambar rajah: Kemahiran lisan; bertanya dan menjawab secara bertatasusila Seterusnya, bagi kemahiran membaca, terdapat banyak hasil pembelajaran yang menjurus kepada aspek sebutan dan intonasi. Sebagai contoh, pada kemahiran 5.0 iaitu membaca menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
Gambar rajah: HSP BM Tahun 4; Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul
Berdasarkan pengajaran kemahiran membaca tersebut, guru boleh memberi penekanan terhadap sebutan dan intonasi suara semasa murid-murid membaca kuat bahan bacaan yang di sediakan. Bacaan mekanis boleh dilakukan oleh guru terlebih dahulu agar guru menjadi model kepada murid-murid dengan menunjukkan cara sebutan dan intonasi yang betul. Secara kesimpulannya, aspek sebutan dan intonasi banyak diterapkan dalam hasil pembelajaran kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Aktiviti yang menarik dapat dirancang dan dijalankan bagi setiap kemahiran ini supaya penerapan aspek sebutan dan intonasi dapat dilakukan secara maksimum dan meningkatkan kemahiran murid dalam penguasaan sebutan dan intonasi seterusnya dapat menggunakannya mengaplikasikan aspek sebutan dan intonasi yang betul dalam kehidupan seharian mereka.
3.5 Kesimpulan Secara tuntasnya, pengajaran sistem bahasa melayu telah diterapkan secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengajaran bagi setiap kemahiran bahasa yang terdiri daripada kemahiran lisan, membaca dan menulis. Cadanagn aktiviti bagi setiap hasil pembelajaran boleh diubahsuai agar muridmurid dapat menguasai kemahiran bahasa serta sistem bahasa secara khususnya. Oleh itu, peranan guru sangat penting dalam membantu murid menguasai sistem bahasa yang diterapkan melalui aktiviti yang kreatif dan menarik seperti aktiviti permainan bahasa dan lain-lain aktiviti yang
menyeronokkan..