Anda di halaman 1dari 12

Baris 1

Baris 2
Baris 3
Baris 4
Baris 5
Baris 6
Baris 7
Baris 8
Baris 9
Baris 10
BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI
Baris 1
Baris 2
1.1 Pengenalan Latihan Industri
Baris 1
Baris 2
1.1.1 Pendahuluan
Baris 1
Bagi melayakkan seseorang pelajar Politeknik dianugerahi Sijil atau
Diploma, pelajar tersebut hendaklah menjalani satu sesi Latihan Industri atau
praktikal di mana-mana syarikat atau organisasi yang ditentukan oleh pihak
Politeknik bagi pihak pelajar. Latihan Industri tersebut akan dijalankan selama lima
bulan di syarikat atau organisasi yang berkenaan. Bermula dari Jun 2001, semua
Politeknik di Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan sistem yang
memberikan sepuluh masa kredit kepada pelajar yang menjalani Latihan Industri. Ini
bagi membolehkan atau meningkatkan semangat para pelajar supaya lebih tekun,
dedikasi dan bertanggungjawab ketika menjalani Latihan Industri untuk
memperolehi keputusan yang cemerlang pada semester Latihan Industri serta
menjaga nama baik Politeknik.

1
1.1.2 Objektif latihan industri
Baris 1
Tujuan diadakan Latihan Industri ini adalah bagi membolehkan para pelajar
menerokai ataupun didedahkan dengan keadaan sebenar alam pekerjaan serta cuba
untuk mempraktikkan ilmu serta pelajaran yang telah diperolehi di Politeknik. Para
pelajar juga secara langsung akan memperolehi pengetahuan yang tidak dapat
diperolehi daripada proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik kerana
sebahagian besar kandungan pembelajaran adalah berbentuk teori di dalam bilik
kelas. Sementara itu, pengajaran teori pula amat terhad dibandingkan dengan
fenomena dan realiti sebenar alam bidang perakaunan. Secara tidak langsung pula,
para pelajar akan memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang tidak ternilai
harganya. Ini sedikit sebanyak akan membantu para pelajar yang telah memperolehi
sijil atau diploma untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti atau mencari
dan menempuh alam pekerjaan nanti.
Baris 1
Baris 2
1.1.3 Objektif laporan
Baris 1
Laporan ini disediakan sebagai salah satu daripada tugasan yang wajib dibuat
bagi memenuhi kriteria yang yang ditetapkan setelah selesai menjalani Latihan
Industri. Ia disediakan berdasarkan apa yang yang telah dilakukan semasa menjalani
Latihan Industri berpandukan segala garis panduan dan format yang telah ditetapkan
oleh pihak Politeknik Kuching Sarawak.
Baris 1
Baris 2
1.1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar
Baris 1
Bagi setiap pelajar bidang perakaunan, pengurusan mahupun bidang-bidang
lain dari pelbagai institusi awam, latihan industri merupakan salah satu cabang
sukatan pelajaran yang diwajibkan kepada para pelajar. Bagi pelajar-pelajar
Politeknik, mereka wajib manjalani Latihan Industri pada semester keempat bagi
kursus Diploma dan semester ketiga bagi peringkat Sijil. Pada semester ini, para

2
pelajar akan menjalani Latihan Industri lebih kurang lima bulan. Pelajar-pelajar akan
ditempatkan di syarikat, firma dan jabatan-jabatan kerajaan mahupun awam
bersesuaian dengan kursus-kursus yang diambil oleh para pelajar. Para pelajar harus
faham bahawa Latihan Industri ini adalah merupakan salah satu cabang sukatan
pelajaran mereka. Disebabkan inilah Latihan Industri menjadi syarat wajib kepada
para pelajar Politeknik bagi melayakkan mereka dianugerahkan Sijil atau Diploma.
Jika mereka mengabaikan Latihan Industri, secara automatik mereka tidak layak
dianugerahi Sijil atau Diploma apabila tamat pengajian kelak. Sewaktu menjalani
Latihan Industri, penekanan yang diberikan adalah mengenai aspek disiplin kerana
para pelajar mewakili atau duta kecil Politeknik ke syarikat dan firma tempat mereka
menjalani latihan tersebut. Sikap serta disiplin para pelajar tersebut akan
mencerminkan imej dan reputasi Politeknik di mata pihak luar. Pihak Politeknik
mahupun syarikat berhak menghukum para pelajar sekiranya melanggar peraturan
dan disiplin yang telah ditetapkan dan pelajar tersebut mungkin terpaksa mengulang
semula Latihan Industri.
Baris 1
Akhir sekali, Latihan Industri juga dapat membantu serta menambahkan
pengalaman dan pengetahuan pelajar tersebut. Secara tidak langsung, ia turut
membuka minda serta mematangkan pemikiran pelajar tersebut dengan pendedahan
kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar.
Baris 1
Baris 2
1.2 Latar belakang firma
Baris 1
Baris 2
1.2.1 Pengenalan
Baris 1
Tan Jin Kok & Co. merupakan sebuah firma audit yang berdaftar di Kuching.
Firma ini diperakui sebagai “International Chartered Accountants”. Selain daripada
pelatih dari Politeknik, rata-rata penolong juruaudit di firma ini merupakan pelatih-
pelatih yang bakal memegang ijazah ACCA. Tan Jin Kok & Co. yang berusia kira-
kira 23 tahun sejak penubuhannya kini terletak di Lot 187, Tingkat 2, Jalan Song

3
Thian Cheok, 93100 Kuching, Sarawak. Terdapat 3 orang pekongsi Tan Jin kok &
Co. Ianya adalah seperti berikut :

Rajah 1.1: Pekongsi-pekongsi Tan Jin Kok & Co.


Baris 1
Baris 2
1.2.2 Sejarah Tan Jin Kok & Co.
Baris 1
Tan Jin Kok & Co. ditubuhkan pada awal tahun 1982 di Kuching sebagai
sebuah firma perakaunan yang memberi perkhidmatan pengauditan, kesetiausahaan
dan perkhidmatan melaporkan cukai pendapatan bagi syarikat persendirian,
perkongsian dan lain-lain.

Pengasas Tan Jin Kok & Co. ialah Encik Tan Jin Kok sendiri dan kemudian
disertai oleh dua orang rakan kongsinya iaitu Encik Ng San Chuan dan Encik Teo
Kin Mia. Menurut Encik Tan Jin Kok, tujuan penubuhan Tan Jin Kok & Co. adalah
bagi mengaudit keuntungan bagi syarikat-syarikat persendirian dan berhad. Di
samping itu, beliau juga mempunyai hasrat untuk memiliki sebuah firma
perakaunannya sendiri bagi memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya sehingga ke
peringkat ijazah. Keinginan beliau untuk memiliki firma perakaunan sendiri telah
mendorong beliau untuk menubuhkan sebuah lagi cawangan Tan Jin Kok & Co, di
bandar Miri pada tahun 1986. Ternyatalah beliau seorang insan yang mempunyai
impian yang amat besar.

Selain daripada itu, beliau turut menyertai Institusi Akauntan Malaysia.


Encik Tan yang berpengetahuan luas dalam bidang perakaunan, pengauditan &

4
percukaian juga merupakan seorang yang bergiat aktif dalam pelbagai persatuan.
Antaranya ialah :
 Malaysian Institute Of Accountants
 Association Of Chartered Certified Accountants
 Malaysian Association Of Certified Public Accountants

1.2.3 Sistem Pentadbiran Firma

Tan Jin Kok & Co. semakin menampakkan kemajuan dalam bidang yang
dipeloporinya. Ini dapat dibuktikan dengan bertambahnya pelanggan yang
berurusniaga dengan firma ini. Tambahan pula, penolong pengaudit yang bekerja di
firma ini semuanya berpengalaman dan berkebolehan dalam bidang ini. Sistem
pentadbiran firma ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

1.2.3.1 Bahagian Pengauditan

Tan Jin Kok & Co. menjalankan segala prosedur pengauditan berdasarkan
‘International Accounting Standard’. Proses pengauditan akan menghasilkan
sebuah laporan kewangan yang lengkap dengan akaun-akaun yang berkaitan serta
komen mengenai pertumbuhan syarikat klien. Pengauditan dilakukan oleh
penolong juruaudit dalam sesebuah firma. Laporan yang disediakan oleh penolong
juruaudit akan diimbas oleh juruaudit dan akhirnya perlu diluluskan oleh pengarah
firma ini. Hanya laporan yang tepat dan benar akan dihantar kepada pihak
Lembaga Hasil Dalam Negeri. Biasanya, kebanyakan pelanggan bagi firma audit
Ta n J i n K o k & C o . terdiri daripada perniagaan milik tunggaI, perkongsian,
perbadanan dan yang paling utama ialah syarikat sendirian berhad.

5
1.2.3.2 Bahagian Perakaunan

Antara pelanggan-pelanggan Tan Jin Kok & Co., terdapat juga pelanggan
yang tidak menyediakan akaun syarikat. Oleh itu, Firma ini juga menawarkan
perkhidmatan perakaunan kepada syarikat klien di mana pihak klien hanya perlu
menghantarkan segala rekod-rekod hasil, belanja, pendapatan dan juga aset syarikat
untuk proses penyediaan akaun syarikat tersebut. Di bawah operasi ini, para
penolong juruaudit akan membantu mengumpul dan mendokumentasikan
maklumat-maklumat perakaunan dengan menggunakan perisian perakaunan seperti
UBS dan ‘MYOB Premier’.

1.2.3.3 Bahagian Pencukaian

‘MS Tax Consultants’ adalah ditubuhkan khas untuk tujuan pencukaian.


Pencukaian bermaksud satu proses untuk menentukan jumlah cukai yang perlu
diperuntukkan terhadap seseorang atau sesebuah syarikat setelah mengetahui
pendapatan atau keuntungan yang diperolehi seseorang atau sesebuah syarikat.
Untuk tujuan pencukaian, para juruaudit perlu menyediakan jadual pengiraan cukai,
segala peraturan semasa mesti dipatuhi. Kadang-kala, cukai yang diperuntukkan
merupakan anggaran sahaja kerana ianya tidak semestinya sama atau dipersetujui
oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri. Untuk itu, pelarasan akan dilakukan
pada tahun berikutnya.

1.2.3.4 Bahagian Kesetiausahaan

Gerak kerja ini dijalankan oleh TNT Management Sdn.Bhd. Kakitangan di


bawah jabatan ini perlu melakukan segala kerja penaipan termasuk laporan penyata
kewangan yang telah disediakan oleh para penolong juruaudit. Selain itu, kegiatan
utamanya adalah terlibat dengan penyediaan maklumat berkanun syarikat, penyata
kewangan syarikat, penukaran syer dan pendaftaran statutori sesebuahah syarikat.

6
Encik Bujang Lal Chan merupakan setiausaha syarikat yang berlesen yang dilantik
oleh Tan Jin Kok & Co. bagi menguruskan pendaftaran statutori syarikat-syarikat
yang menggunakan perkhidmatan kesetiausahaan di Tan Jin Kok & Co.

1.2.4 Carta Organisasi Firma

Dalam syarikat Tan Jin Kok & Co., pekongsi utama ialah Encik Tan
Jin Kok, Encik Ng San Chuan dan Encik Teo Kin Mia. Ketiga-tiga mereka
merupakan ketua tetapi dalam hal-hal pengurusan, kuasa yang lebih
diserahkan kepada Encik Terence Tan dan Pn. Michelle See yang memegang
jawatan pengurus juruaudit yang bertanggungjawab dalam segala hal yang
berkaitan dengan pengauditan. Selain itu, pengurus juga bertanggungjawab
dalam berurusan dan membuat perbincangan dengan pelanggan serta
mengagihkan tugas kepada para penolong juruaudit dan mengesahkan
laporan kewangan sebelum ditandatangani oleh pengarah firma. Begitu juga
dengan jabatan lain, jabatan pencukaian dipertanggungjawabkan kepada Encik
Mark Kueh dibantu oleh empat orang pembantu. Jabatan Kesetiausahaan
diserahkan kepada Pn. Tan Seok Hwang untuk diuruskan manakala jabatan
pentadbiran diuruskan oleh Pn. Maureen Lau.

7
1. Lim Tee Ying 7. Tang Siew Yun
2. Annie Tiong 8. Tan Tien Hui
3. Chan See Ting 9. Goh Hoong Hui
4. Stella Chai 10. Sim Ching Muk
5. Kho Su Yee 11. Jennifer Tan
6. Tan Mei Chin 12. Yeo Peng Ye

Rajah 1.2: Carta Organisasi Jabatan Pengauditan

Rajah 1.3: Carta Organisasi Jabatan Percukaian

8
Rajah 1.4: Carta Organisasi Jabatan Kesetiausahaan

Rajah 1.5: Carta Organisasi Jabatan Pentadbiran

9
Rajah 1.6: Gambarfoto Bangunan hadapan Tan Jin Kok & Co.

10
BAB 2: RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Pengenalan

Ringkasan aktiviti latihan industri adalah ringkasan atau rumusan latihan


yang telah saya laksanakan setiap minggu dari minggu pertama hingga ke minggu
terakhir. Sepanjang latihan ini seperti yang dijadualkan bermula 14 Julai 2008 hingga
13 Disember 2008 kira-kira selama 22 minggu termasuk cuti. Jadual berikut
menunjukkan ringkasan aktiviti yang telah dilaksanakan.

Jadual 2.1 : Ringkasan Aktiviti Latihan Industri


Minggu Aktiviti
Pertama i) Mengaudit laporan pertengahan tahun syarikat.
ii) Membuat laporan perbelanjaan.
Kedua i) Membuat semakan bil-bil bulanan.
ii) Membuat laporan perbelanjaan.

Kedua puluh dua i) Menyemak semula bil bulanan.


ii) Membuat kira-kira jadual perbelanjaan.

11
Bab seterusnya hendaklah mengikut susunan yang serupa dengan bab
ini.

Sila rujuk buku GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK


KPTM.

12