Anda di halaman 1dari 4

PUSAT SUMBER SEKOLAH SK JELAI 3 (F)

KERTAS KERJA PONDOK BACAAN

DISEDIAKAN OLEH:
PN. AZIAH BINTI OTHMAN

PENYELARAS PSS

PUSAT SUMBER SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 3 (F) 73480 GEMAS, NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA PONDOK BACAAN
1.0 Nama Program Pondok Bacaan 2.0 Rasional Pondok Bacaan adalah sebagai satu cara pendekatan perpustakaan bagi mengalakkan murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan. Pondok Bacaan akan memberi kemudahan bahan bacaan kepada para murid yang tidak berkesempatan pergi kepustakaan. Murid-murid lebih mudah berinteraksi, bertukar pendapat dan berbincang dengan lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa mengganggu murid yang lain. Murid-murid juga dapat menambahkan bilangan bahan bacaan dalam buku rekod nilam mereka. 3.0 i. ii. iii. iv. Objektif. Menggalakkan para murid menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas atau rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong murid lebih bersemangat untuk menjadi murid yang terbilang dan cemerlang. Membudayakan sikap membaca di mana sahaja mereka berada. Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah, khusus bagi membantu kecemerlangan murid. Modus Operandi Pondok Bacaan i. ii. iii. iv. v. vi. 5.0 Terbuka kepada semua murid dan guru. Bahan bacaan disediakan di dalam bakul. Pondok Bacaan diwujudkan di wakaf sebelah kantin sekolah. Para murid bebas menggunakan Pondok Bacaan semasa waktu rehat pada pukul 10.10 pagi hingga 11.00 pagi. Pondok Bacaan disediakan dengan bahan bacaan ringan dan berfaedah untuk kemudahan murid. Di Pondok Bacaan para murid dibolehkan makan dan minum semasa mereka menggunakan kemudahan bahan bacaan.

4.0

Kumpulan Sasaran. Murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F).

6.0

Tarikh Perlaksanaan Penggal kedua ( Jun hingga November 2013 )

7.0

Implikasi Kewangan JUMLAH (RM) 30.00 50.00 40.00 50.00 30.00 200.00

BIL. 1 2 3 4 5

PERKARA Bakul (6 x RM5) Riben Kain langsir (8 meter x RM5) Cat Runcit JUMLAH

8.0

Sumber kewangan Peruntukan PSS Keperluan pembiayaan/sumbangan RM 50.00 RM150.00 RM200.00

9.0

Pelaksanaan

Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Setiausaha AJK

: : : : :

En. Adam Bin Hj. Omar, Guru Besar En. Zahari Bin Hj. Mokhtar, GPK 1 Pn. Aziah Binti Othman Pn. Zaini Binti Ramli Pn. Samsila Binti Sulaiman Pn. Maziah Binti Malek Pengawas Perpustakaan SK Jelai 3 (F) i. AJK guru akan memastikan persiapan Pondok Bacaan dan perjalanan program berjalan seperti yang dirancang. AJK murid akan bertugas secara bergilirgilir mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tugas AJK merangkumi membawa bahan bacaan ke pondok bacaan dan merekodkan penggunaan bahan bacaan kedalam fail yang disediakan.

ii.

iii.

10.0 Penutup Semoga hasrat sekolah untuk memupuk tabiat membaca dan belajar di mana juga akan tercapai. Akhirnya akan dapat melahirkan murid yang berketrampilan, berdikari dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..

Pn. Aziah Binti Othman Guru Perpustakaan & Media SK Jelai 3 (F) REKOD PENGGUNAAN BAHAN BACAAN PROGRAM PONDOK BACAAN SK JELAI 3 (F) BULAN : _________________________

NO

TARIKH

BILANGAN BAHAN

BILANGAN PENGGUNA

PENGAWAS BERTUGAS

Anda mungkin juga menyukai