Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN BINA GURU INSAN (BIG) FASA INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU, SABAH

Tarikh : 22 25 Februari 2011 Tempat: Kem Malanggang Pada 22 Februari 2011 bersamaan dengan Hari Selasa , seramai 99 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Sem 1 PC1, PC2, BM dan juga dua kelas KPLI diiringi dengan beberapa orang jurulatih telah menyertai Bina Insan Guru Fasa Pertama di Kem Malanggan. Kami bertolak pada awal pagi dengan bus sekolah dan tiba di Kem Malanggng pada waktu tengah hari. Sebelum memulakan BIG tersebut, beberapa orang jurulatih telah memberi taklimat. Taklimat tersebut dijelaskan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan aspek keselamatan perlu diteliti. Selain itu, alatan membina khemah dan cara menggunakannya juga diterangkan. Dalam taklimat tersebut, kami juga diberitahu bahawa penilaian khemah akan dijalankan dari segi kekukuhan, kebersihan, keceriaan dan lain-lain. Selepas itu, kami juga membahagikan kumpulan untuk mendirikan khemah sendiri di tempat yang sesuai. Semua pelajar telah siap mendirikan khemah sendiri, maka aktiviti flying fox dijalankan. Setiap ahli perlu memakai pakaian yang telah disediakan dan mengikuti arahan menjalankan seecra individu. Ini telah memberi peluang kepada setiap ahli melatih keberanian sendiri.

Gambar 1 : Persediaan sebelum menjalankan aktiviti Flying Fox

Gambar 2 : Flying Fox sedang dijalankan

Gambar 3 : khemah-khemah yang didirikan. Pada waktu malam pula, semua guru pelatih menjalankan ice breaking mengenali antara satu sama lain. Pembahagian kumpulan juga telah dijalankan. Pada akhirnya, kami mendengar taklimat tentang persediaan untuk keesokan hari aktiviti mengembara hutan daripada jurulatih.

Pada 23 Februari 2011 bersamaan Hari Rabu, aktiviti mengembara telah dijalankan. Sepanjang perjalanan kembara, kami telah melakar peta perjalanan kembari bermula dari mula hingga tamat dan mengumpul sebanyak 5 jenis tumbuhan herba yang berpotensi untuk dijadikan ubat alternatif sekiranya berlaku kecemasan. Di samping itu, kami juga membuat kajian dalam sesebuah kampung yang bernama Kampung Tombung. Dalam menjalankan sesi temu bual dengan penduduk setempat, kami telah menyediakan hamper kecil yang barang hamper itu disumbangkan oleh setiap ahli kumpulan kami sebagai penghargaan kepada penduduk kampung yang membantu memberi maklumat kepada kami. Selain itu, ahli- ahli kumpulan juga berpeluang belajar enam ayat yang biasa digunakan ketika berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Seterusnya, semua peserta ahli mengutip ranting-ranting kering sebagai persediaan aktiviti masak dalam hutan. Peserta- peserta telah menyediakan hidangan untuk dinilai kualiti oleh para jurulatih.

Gambar4 : Kampung Tombung

Gambar 5 : aktiviti memasak dalam hutan

Gambar 6 : kajian dijalankan semasa berada di Kampung Tombung

Pada hari seterusnya iaitu 24 Februari 2011 bersamaan Hari Khamis, semua peserta menerima taklimat dari jurulatih tentang cara rafting dan perkara-perkara yang perlu ditimbangkan. Kami memakai pakaian yang bersesuaian dan bersedia rafting. Setiap kumpulan mempunyai seorang jurulatih yang berpengalaman lama membimbing aktiviti rafting. Dalam aktiviti tersebut menguji kerjasama antara kumpulan dan keberanian untuk menempuh cabaran yang akan datang. Pada hari terakhir pula, semua ahli dikumpul bersama menjalankan senaman pada awal pagi dan sesi moral. Setelah mendengar taklimat yang diberikan oleh jurulatih, semua ahli menyimpan khemah masing masing ke tempat asal. Penilaian khemah juga diberikan oleh para jurulatih. Kebersihan tapak perkhemahan juga dijaga. Pada 10 pagi, semua ahli bersama beberapa orang jurulatih telah bertolak balik ke IPG Kampus Gaya.

Anda mungkin juga menyukai