Anda di halaman 1dari 7

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ALHAMDULILLAH HIRABBIL ALAMIN WASSALATU WASSALAMU ALA ASHRAFIL AMBIA IWALMURSALIN WAALA ALIHI WASAHBIHI AJMAIN, SELAMAT

PAGI ,SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA

Yang berusaha, EN ZALZAIFULKHAFIZ BIN SULAIMAN, Penolong PPD Sains & Matematik (Rendah), selaku wakil rasmi PPD Kulaijaya. Yang Dihormati, En Syamsul Kamal bin Mohd Nasir, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Yang Dihormati, En Mohd Tahir bin Hj Ismail, GPK Kokurikulum, En Masaud bin Baharom GPK HEM, Pn Norazzah binti Misban GPK Petang, GKMP, Rakan-rakan Guru, AJK PIBG, Tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya dapat kita bersama-sama berkumpul untuk menjayakan Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga SMK Kulai Besar kali Ke-21, 2011. Sidang hadirin yang berbahagia. Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita. Dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi dalam lain-lain faktor sama ada dalaman atau luaran akan membentuk seorang murid yang patuh dengan aturan dan secara tidak

langsung mendidik seorang atlet berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan membina jati diri ke arah kepimpinan. Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh atau role model kepada pelajar lain. Dalam sukan pelbagai perkara dipelajari dari patuh kepada arahan jurulatih sehinggalah membina kesepaduan pasukan menerusi kesabaran, ketetapan masa, bertolak ansur, bekerjasama dan sebagainya. Saudara dan saudari sekalian, Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan. Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah, bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup sihat, dan merupakan pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan. Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang berlari berkaki ayam di atas trek rumput tetapi pada satu hari nanti dengan bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat yang ada murid tadi akan belari di persada trek antarabangsa mengibarkan bendera negara. Dalam kejohanan sedemikian rupa kejayaan selalu menjadi pengukuran yang jitu. Selalunya juara menjadi kebanggaan semua pihak sama ada menerusi sanjungan, pujian dan pemberian insentif. Kesinambungan untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi perlu disemat di hati sanubari setiap

murid

untuk

menjulang

nama

sekolah.

Untuk mencipta nama perlu kepada usaha yang gigih dan sepenuh tumpuan kepada latihan yang sepadu. Dalam hal ini atlet Malaysia amat beruntung kerana kerajaan sentiasa memberi pelbagai imbuhan dan kemudahan. Dalam konteks sekolah semua murid amat kerana pihak sekolah sentiasa memberi dorongan yang berterusan serta memberi seluas-luasnya kepada murid untukbergiat sukan. bertuah sekali galakan dan peluang yang dalam bidang

Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah. Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini sekali saya ingin mengambil kesempatan pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EN ZALZAIFULKHAFIZ BIN SULAIMAN , EN SYAMSUL KAMAL BIN MOHD NASIR - YDP PIBG serta para tetamu yang telah sudi menerima undangan kami pada

Majlis Perasmian Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-24, SMK Kulai Besar. Sekian.

TERIMA KASIH TUAN PENGERUSI MAJLIS Y. BERUSAHA EN. ABD. JALIL BIN A. RASHID PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN JBSN PULAU PINANG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN JBSN KEDAH PEGAWAI BELIA DAN SUKAN JBSN PERLIS TUAN TUAN PUAN-PUAN ASSALAMUALAIKUM WBT PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG SERTA PEGAWAI KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH JBSN PULAU PINANG KERANA SUDI MENJADI TUAN RUMAH BAGI KURSUS ASAS KAUNSELING PERINGKAT ZON UTARA. SETERUSNYA UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN-TUAN DAN PUANPUAN KERANA SUDI MELUANGKAN MASA UNTUK MENGHADIRI KURSUS INI BAGI MENAMBAHKAN ILMU DAN INPUT DALAM MENJALANKAN TUGASAN HARIAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN. BAGI MAKLUMAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN KURSUS INI ADALAH SATU LAGI PENDEKATAN YANG DIFIKIRKAN PERLU BAGI KITA SEBAGAI PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DALAM MELAKSANAKAN TUGASAN HARIAN YANG MELIBATKAN NGOS BELIA HARI INI. JIKA DIPANDANG DARI SUDUT ILMU, KAUNSELING MERUPAKAN ELEMEN YANG MAMPU MEMBANTU KITA MENJADI PEMUDAH CARA KEPADA PEMIMPIN - PEMIMPIN BELIA HARI INI DALAM MENGURUSKAN PERSATUAN MEREKA DENGAN LEBIH BERKESAN DAN LEBIH PROFESIONAL KHUSUSNYA DAN BELIA-BELIA SETEMPAT AMNYA.

YANG BERHORMAT MENTERI BELIA DAN SUKAN JUGA BERSETUJU BAHAWA SEMUA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S44 S17 PERLU ADA KEMAHIRAN ASAS DALAM KAUNSELING MEMANDANGKAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BEGITU DEKAT DENGAN NGOS DAN BELIA-BELIA SETEMPAT. PERMASALAHAN YANG TIMBUL TERUTAMANYA YANG MELIBATKAN MASALAH SOSIAL SELALU DITUJUKAN KEPADA BELIA DAN YANG AKAN DIPERSALAHKAN ADALAH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SERTA PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH OLEH ITU APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN ADALAH MENJADI PEMUDAH CARA KEPADA PEMIMPIN BELIA DAN BELIA-BELIA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KAUNSELING BAGI MENGATASI PERMASALAHAN INI. MENGGUNAKAN PENDEKATAN KAUNSELING JUGA BOLEH MEMBERI RUANG KEPADA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN SELURUH NEGARA MENJADI LEBIH PROFESIONAL DALAM MENANGANI SATU-SATU ISU YANG MELIBATKAN PERMASALAHAN BELIA DAN MELAKSANKAN TUGASAN HARIAN. KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENJADIKAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEBAGAI KAUNSELOR KERANA UNTUK MENJADI SEORANG KAUNSELOR MEMAKAN MASA YANG LAMA DAN MEMERLUKAN PEMBELAJARAN YANG KHUSUS BUKANNYA KURSUS 4 HARI 3 MALAM. KITA TIDAK AKAN MENJADI SEORANG KAUNSELOR DALAM MASA YANG SESINGKAT ITU TETAPI TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BOLEH MENJADI PEMUDAH CARA DENGAN MENGUNAKAN PENDEKATAN KAUSELING. MENJADI SEORANG KAUNSELOR MEMERLUKAN PENGIKTIRAFAN MAJLIS KAUSELOR MALAYSIA DAN UNTUK MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN TERSEBUT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN PERLU ADA SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH BADAN TERSEBUT. SEHUBUNGAN DENGAN ITU KURSUS ASAS KAUNSELING INI ADALAH SATU CARA DAN PENDEKATAN UNTUK MENJADIKAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DALAM MENANGANI PERMASALAHAN DALAM MEMBANTU NGOS DAN BELIA-BELIA JUGA SECARA TIDAK LANGSUNG TERMASUK KAKITANGAN BAWAHAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG MEMPUNYAI SEBARANG MASALAH. CAWANGAN KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH TELAH MELAKSANAKAN SATU LAGI KURUS KAUNSELING KHAS UNTUK PEMIMPIN - PEMIMPIN NGOS IAITU KURSUS KEFAHAMAN KAUNSELING. DENGAN PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN AGAK BERBEZA.

MODUL-MODUL YANG TELAH DISAMPAIKAN KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN ADALAH DARI SEORANG PAKAR KAUSELING DARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA IAITU PROF, DR. FATIMAH YUSOF YANG MEMBERI CERAMAH KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEPANJANG 4 HARI 3 MALAM. BELIAU MERUPAKAN PEMBUAT MODUL BAGI KEDUA-DUA KURSUS KAUNSELING INI. AKHIR KATA SAYA BAGI PIHAK KEMENTERIAN BERHARAP TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DAPAT MENGAPLIKASIKAN INPUT-INPUT YANG TUANTUAN DAN PUAN-PUAN PEROLEHI DALAM KURSUS INI UNTUK MENDAPATKAN OUTCOME YANG CEMERLANG SATU HARI NANTI. SEKALI LAGI SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG KERANA KERJASAMA YANG DIBERIKAN SERTA KOMITMEN TUAN-TUAN DAN PUANPUAN MENGHADIRI KURSUS INI. SAMPAIKAN SALAM SAYA KEPADA PENGARAH TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN. DOA SAYA MENGIRINGI TUANTUAN DAN PUAN-PUAN SELAMAT PULANG KE DESTINASI MASING-MASING DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM SAYA MENUTUP RASMI KURSUS ASAS KAUNSELING PEGAWAI-PEGAWAI BELIA DAN SUKAN BAGI ZON UTARA. ASSALAMUALAIKUM WBT