Anda di halaman 1dari 18

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

NAMA : SITI MARINI BTE TAHIR


KURSUS : SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SAINS)
MATRIK NO. : 780212045404001 NRIC NO. : 780212045404 NO. TELEFON : 012-3672948

HBEF 3103: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

TUTOR : DR. IBRAHIM BIN MOHAMED ZIN


PUSAT BELAJAR : OUM, MELAKA SEMESTER/TAHUN : 1/2011
1

i.

SENARAI KANDUNGAN

BIL.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN

MODEL ASSURE

PERANCANGAN MODUL ASSURE

11

KESIMPULAN

16

BIBLIOGRAFI

17

1.

PENGENALAN

Teknologi Pengajaran didefinisikan oleh Persatuan Teknologi Pendidik Malaysia (1988) sebagai proses Teknologi Pendidikan yang kompleks dalam menganalisis teknik keperluan pendidik secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan mereka bentuk dan mengaplikasikan secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pengertian yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1991) pula menyatakan bahawa Teknologi Pendidikan adalah aplikasi media, system, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Merujuk kepada definisi teknologi pengajaran oleh Association for Educational Communication and Technology, 1979 (AECT) pula menyatakan bahawa teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal. (Dipetik daripada Yusuf Hashim, 1998, halaman 253) Namun, pada 1994 AECT telah menyatakan definisi teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber bentuk pembelajaran. Kesimpulannya, sesuai dengan perkembangan dunia, teknologi pengajaran adalah berperanan penting dalam penyediaan model pengajaran yang sesuai, teknik-teknik pengajaran yang maju serta perisian yang relevan dan pengurusan yang cekap. Ia juga selaras dengan seruan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan ICTL dalam P&P.

2.

MODEL ASSURE
3

Menurut Dick dan Reiser (1989), reka bentuk pengajaran ialah proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksanakan dan menilai pengajaran. Richey (1986), pula mendefinisikan sebagai mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, pembelajaran. Berdasarkan kenyataan satu, contoh model reka bentuk pengajaran iaitu Model Assure telah digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982). Model ini bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas yang amat sesuai bagi setiap pengajar mempunyai perubahan baru (2002). Model Assure ini berasaskan perbincangan yang mengandungi 6 langkah. A Analyse learner (analisis pelajar) S State objective (nyatakan objektif) S Select method, media and materials (pilih kaedah, media dan bahan) U Utilise media and materials (gunakan media dan bahan) R Require learner participation (dorongan penglibatan pelajar) E Evaluate and revise (nilai dan semak) penilaian dan penyelenggaran suatu keadaan bagi memudahkan

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


4

Tarikh Masa Kelas Bilangan Murid Mata pelajaran Tajuk Pengajaran Pengetahuan sedia ada : 1.

: 29 April 2011 : 60 minit : 1 Perdana : 23 orang : Dunia Sains dan Teknologi : Manusia Murid tahu bahawa manusia mempunyai anggota tubuh badan seperti mata, mulut, hidung dan lain. 2. Murid telah mengetahui cara-cara menggunakan computer seperti membuka dan menutup komputer.

Isi Pelajaran

: 2.1 Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, mulut, lidah, tangan dan kaki. 2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian tubuh manusia. 2.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran dan TMK , penulisan dan lisan.

Objektif Pengajaran : 2.1.1 (Sains dan TMK)

Nilai-nilai Murni : Mensyukuri nikmat yang diberikan Tuhan, menggunakan teknologi dengan berfaedah. Alat Bantu Mengajar : 1. 2. Gambar bahagian tubuh badan manusia Persembahan Microsoft Power Point tentang bahagian tubuh badan manusia. 3. Modul pembelajaran murid (menggunakan Microsoft Word dalam mata pelajaran Sains) Bahan Rujukan : Buku Teks Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1, Kuala Lumpur : DBP.
5

Model pembelajaran murid.

Langkah Penyampaian Berdasarkan Model ASSURE Langkah Set Induksi (5 m) Isi pelajaran Gunakan bahagian tubuh badan manusia. Kaedah Pengajaran Guru menggunakan perisian Microsoft Power Point untuk memperkenalkan pelbagai bahagian tubuh badan manusia. Guru memaparkan gambar bahagian tubuh badan manusia kepada murid, sebagai contoh gambar manusia. Guru memperkenalkan nama bahagian tubuh badan manusia kepada murid. Guru menyebut nama bahagian tubuh badan manusia. Murid mendengar dan mengulang apa yang telah guru sebutkan.

Gambar 1 Langkah 1 (10 m) Mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung,
6

Guru menerangkan mengenai cirriciri manusia (mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan dan

mulut, lidah, tangan dan kaki.

kaki). Murid melihat gambar dan mengenalpasti bahagian tubuh manusia.

Cara untuk membuka aplikasi Microsoft Word

Gambar 2 Murid mengikut arahan guru untuk membuka Microsoft Word dan memasukkan gambar anggota tubuh badan yang diambil daripada folder Picture seperti gambar rajah 1. Aktiviti 1 : Cara membuka aplikasi Microsoft Word Langkah 1. Klik start 2. Klik add programs 3. Klik microsoft office 4. Klik microsoft office word Aktiviti 2 : Cara memasukkan gambar
7

Murid mengikut panduan cara memasukkan gambar bahagian tubuh badan lain.

Murid akan memasukkan 4 gambar mengikut pilihan mereka.

Guru member panduan kepada murid bagi melaksanakan aktiviti mereka.

Langkah 2 (20 m)

Menaip teks menggunakan pelbagai saiz dan font dalam satu halaman dengan menggunakan pemprosesan perletakan (Microsoft Word)

Murid kemudian akan memasukkan Text Box untuk memasukkan nama bahagian tubuh badan yang dipilih.

Aktiviti 3 : Cara-cara memasukkan perkataan. Langkah 1. Klik insert 2. Klik text box 3. Klik horizontal

Langkah 3 (10 m)

Menyatakan fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian

Guru menceritakan tentang fungsifungsi dan kepentingan bahagian tubuh manusia berdasarkan yang disediakan murid.

Cara menyimpan dokumen dalam folder My Document.

Murid mendengar dengan baik tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian tubuh badan manusia.

Murid meneruskan penggunaan Microsoft Word dengan


8

menyimpan dokumen dalam folder My Document. Aktiviti 4 : Simpan dokumen Langkah 1. Klik file 2. Klik save as 3. masukkan nama fail dalam kotak file name 4. Klik save

Langkah 4 (10 m)

Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran TMK , penulisan atau lisan.

Guru meminta murid mencetak hasil kerja mereka dan menjelaskan gambar bahagian anggota tubuh badan yang dipilih.

Cara-cara memindah hasil kerja

Murid mencetak gambar anggota badan yang dipilih mengikut panduan guru.

Aktiviti 5 : Cara mencetak Langkah 1. Klik File 2. Klik print 3. Klik ok Guru menggalakkan murid menyediakan buku skrap digital mengenai anggota tubuh badan manusia dengan kreatif. Perbincangan tentang isi pelajaran dan mensyukuri Guru menyediakan lembaran kerja melabel bahagian tubuh badan manusia dan menyimpannya
9

nikmat yang diberikan Tuhan.

dalam My Document. Murid melabel gambar anggota tubuh badan dalam perisian Microsoft Word. Rumusan isi pelajaran dan nilainilai murni antara guru dan murid secara lisan.

Instrumen Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Tuliskan Ya atau Tidak bagi kenyataan di bawah. No. 1 Butir / Kenyataan Penggunaan perisian adalah menarik dan tepat mengenai
10

Ya / Tidak

tajuk/topik yang diajar. 2 Faham dan boleh membuat sendiri cara-cara menaip, simpan dan mencetak hasil kerja. 3 Memerlukan bantuan guru sepenuhnya bagi membuka dan menutup computer. 4 Dapat menambah pengetahuan yang lebih mengenai perisian Microsoft Word. 5 Guru banyak membantu murid dalam mengendalikan perisian Microsoft Word. Jumlah

3.

PERANCANGAN MODEL ASSURE (RPH) Setelah menggunakan Model Assure bagi rancangan mengajar ini, didapati ia lebih

berkesan dalam penyediaan merancang dan mengendalikan pengjaran yang memerlukan penggunaan media. Hal ini demikian kerana, ia memberi fokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop pengajaran yang luas. Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu: 1. A Analyse learner (analisis pelajar)
11

Kelas 1 Perdana seramai 23 orang adalah berumur 7 tahun. Ia mempunyai murid yang pintar kerana telah ditapis dengan ujian kelayakan kemasukkan. Mereka tidak mempunyai masalah asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Lebih mudah mengajar kerana mereka telah didedahkan dengan penggunaan komputer di rumah. Di dapati lebih 60% ibu bapa mereka adalah kakitangan kerajaan dan selebihnya bekerja di sektor swasta dan bekerja sendiri. Ini menunjukkan kemampuan memiliki sebuah komputer di rumah adalah tinggi. Sebelum ini, mereka telah diajar selama 5 minggu tentang cara-cara menggunakan perisian, buka dan tutup sesebuah komputer. Jadi, bagi topik kali ini, penggunaan komputer di bilik sains amat berguna untuk mempraktikkan pengetahuan sedia ada murid. 2. S State objective (nyatakan objektif) Tidak dinafikan, pencapaian objektif bagi sesuatu tajuk yang diajar amat penting. Ia bukan bertujuan menyekat murid untuk belajar, cuma menilai tahap minimum pembelajaran yang diperolehi. Berdasarkan objektif tajuk dalam RPH ini, di akhir pelajaran murid dapat : i. ii. iii. Mengenal pasti bahagian tubuh manusia. Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian tubuh manusia. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Objektif mrnunjukkan pencapaiannya kerana murid-murid sudah boleh membuka folder sendiri (My Document) dan membuat lembaran kerja dengan betul. 3. S Select method, media and materials (pilih kaedah, media dan bahan) Media dan sumber pengajaran adalah merujuk kepada bahan pengajaran seperti alat bantu mengajar dalam sesuatu pengajaran, bahan rujukan seperti sukatan pengajaran dan juga bahan. Pembelajaran seperti buku teks termasuk buku-buku kerja murid, bersesuaian dengan objektif dan tajuk ialah penggunaan komputer sebagai wadah utama. Dalam pembelajaran ini, murid diperkenalkan kepada perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word). Murid akan belajar bagaimana menghasilkan teks bergambar dalam satu halaman. Waima, semasa set induksi saya telah menggunakan perisian Power Point bagi persembahan tentang bahagian tubuh
12

badan manusia. Selain itu, murid digalakkan mengaplikasi cara-cara yang telah diajarkan bagi menghasilkan hasil kerja seperti buku skrap yang dikehendaki. Mereka juga menjawab latihan dan soalan-soalan dalam bentuk Mocrosoft Office Words. Saya telah menyediakan satu folder yang mengandungi pelbagai gambar bahagian tubuh badan manusia yang diletakkan dalam folder My Document. Murid perlu meneroka folder ini untuk mendapat lebih maklumat mengenai tajuk yang dipelajari. Di samping penggunaan komputer, murid perlu merujuk buku teks, buku latihan dan aktiviti serta modul pembelajaran murid (Mari meneroka Microsoft Word dalam mata pelajaran Sains) sebagai bahan utama untuk mendalami tajuk pelajaran. Ternyata bahawa pemilihan kaedah, media dan bahan yang sesuai dapat mempengaruhi suatu pengajaran berdasarkan kriteria yang difikirkan perlu. 4. U Utilise media and materials (gunakan media dan bahan) Setelah pemilihan bahan yang akan diguna dalam langkah pengajaran telah dilaksanakan, guru pula perlu merancang bagaimana bahan yang dipilih itu dapat digunakan secara optimum sehingga mencapai objektif pengajaran. Justeru itu, beberapa langkah perlu diambil oleh guru baik sebelum atau semasa pengajaran sedang berlangsung. Sebelum penggunaan bahan yang dipilih atau dibina, saya terlebih dahulu telah memeriksa media tersebut sama ada manual penggunaannya, bahan-bahan dan peralatannya masih dalam dalam keadaan normal baik dari segi paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teks supaya sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan dan bertepatan dengan objektif pembelajaran. Bahan-bahan tersebut perlu dikendalikan dengan baik dan bersesuaian juga dengan setiap tahap penyampaian isi pelajaran kerana ia akan memberi kesan yang positif atau sebaliknya kepada pembelajaran. Selain itu, saya juga mestilah mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan media pengajaran. Sebagai contoh, penggunaan komputer dan perisian-perisian yang ada di dalamnya saya perlu mengetahui cara-cara/langkah-langkahnya terlebih dahulu, agar memudahkan saya mengajar kepada murid, murid faham dan mengaplikasikannya selaras dengan konsep memahami dan mengahargai bahagian serta fungsi tubuh manusia yang sangat penting dalam kehidupan.
13

Perkara ini perlu dilaksanakan terutamanya jika bahan yang dipilih melibatkan teknologi-teknologi terkini yang memerlukan latihan untuk mengendalikannya. Selain dari itu, keperluan bilik yang akan digunakan juga perlu diambil perhatian seperti pengamatan cahaya, punca kuasa dan sebagainya. Dalam penggunaan dan bahan semasa pengajaran dijalankan adalah fasa yang amat kritikal kerana walau secanggih manapun media yang dihasilkan, jika ia gagal dikendalikan dengan baik, ia akan memberi impak yang amat negatif kepada pembelajaran. Oleh itu, seiring dengan penerapan kaedah inkuiri penemuan dalam pembelajaran, saya juga telah membuat satu percubaan bagi menggunakan media sebelum pengajaran. Akhirnya saya telah berjaya menggunakan media dan bahan yang dinyatakan dalam pengajaran sebenar. 5. R Require learner participation (dorong penglibatan pelajar) Menurut Wan Abdul Kadir (2005), bagi memastikan proses pembelajaran berlaku, murid perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Media pembelajaran yang baik membolehkan penyertaan secara langsung murid dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklum balas. Penglibatan murid boleh berlaku secara individu atau berkumpulan menggunakan berbagai teknik pengajaran. Kaedah inkuiri penemuan dan perbincangan boleh digunakan untuk melibatkan murid dalam proses pengajaran seperti dalam set induksi seterusnya, langkah kedua dan keempat. Dalam langkah-langkah ini, murid membuat inkuiri penemuan sendiri dan berbincang dengan guru serta rakan sekelas mengenai konsep memahami bahagian-bahagian dan fungsi-fungsi anggota tubuh badan manusia. Guru yang berkesan adalah guru yang mengetahui bagaimana menyesuaikan bahan yang digunakan agar memenuhi penglibatan semua murid selaras dengan objektif pengajaran. Bagi menunjukkan bahawa proses pembelajaran berlaku, saya memastikan murid memberi maklum balas atas hasil penglibatan mereka dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 6. E Evaluate and revise (nilai dan semak) Sepanjang pengajaran saya, beberapa penilaian telah dijalankan untuk memastikan murid-murid memahami isi kandungan dan tajuk kemahiran yang mereka
14

pelajari. Ini termasuklah penilaian dalam bentuk-bentuk soalan seperti mengisi tempat kosong yang dibina melalui program Misrosoft Word atau secara lembaran kerja yang mana proses menjawab dan menanda jawapan telah dilakukan bersama murid dan guru. Menurut Heinich (1982), penilaian perlu dibuat secara berterusan, bersepadu dan menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi murid serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika murid-murid boleh melaksanakan tugasan yang diberi, ini bermakna mereka memahami apa yang disampaikan guru, dengan secara tidak langsung objektif pengajaran tercapai. Kita dapat mengetahui pencapaian dan aras kefahaman murid melalui tindak balas yang baik, iaitu hasil daripada aktiviti sama ada bertulis ataupun lisan. Di samping itu, penilaian secara instrumen soal selidik juga menandakan murid dapat mencapai objektif yang dimahukan. Melalui instrumen ini, saya dapati 80% daripada 23 orang murid menandakan ya dan 20% menandakan tidak. Soalan instrumen yang mempunyai 5 soalan dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaupun murid lancar membaca tetapi saya terlebih dahulu telah menerangkan apa yang perlu dibuat sebelum kertas instrumen ini diisikan. Alhamdulillah dalam 23 orang murid, 18 menyatakan ya bagi semua soalan dan 5 orang menyatakan tidak untuk soalan instrumen 2. Dilaksanakan sebagai sebahagian penilaian, contoh soalan instrumen yang dilampirkan sedikit sebanyak menjadi panduan saya menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Setiap penilaian yang dibuat perlu seimbang dari semua aspek termasuk sikap dan nilai-nilai murni yang ditunjukkan murid mahupun media pengajaran sebelum digunakan. Oleh itu, penggunaan Model ASSURE dalam pengajaran dan pembelajaran adalah baik bagi merealisasikan peranan dan kerjasama antara guru dan murid.

15

4.

KESIMPULAN Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan

mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugasan mereka dengan jujur dan penuh minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tercapai. Model ASSURE boleh digunakan bagi membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran,
16

pengetahuan dan sikap yang diharapkan di samping mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik. Dalam model ini, Analisis Pelajar sangat perlu jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan dengan cirri-ciri murid, pengetahuan sedia ada, cara dan gaya pembelajaran mereka sama ada dari kalangan murid auditori, visual atau kinstetik. Objektif pengajaran pula perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada pengatahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari dan ia merupakan tahap minimum yang perlu dicapai oleh murid daripada pengajaran. Selain itu, kaedah pengajaran yang digunakan haruslah berkait rapat dengan objektif, kandungan pengajaran dan kumpulan sasaran atau murid kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza sama ada secara kelas, berkumpulan atau individu. Pemilihan media pula harus bersesuain dengan kaedah yang dipilih dan keperluan penggunannya dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media sedia ada, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Di samping itu, murid juga harus dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, kuiz dan projek bagi memastikan proses pembelajaran berlaku. Bagi melihat keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran yang melibatkan aspek pencapaian murid dan pembelajaran yang dihasilkan seterusnya melalui keberkesanan media dan kaedah pengajaran yang digunakan. Ini jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran. Melaluinya, guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan agar melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

5.

BIBLIOGRAFI www2.unca.edu/education/edtech/techcourse/assure.htm itchybon1.tripod.com/hrd/id15.html http://lms.oum.edu.my/myvle/modules


17

Wan Zah Wan Ali, Ramlah Hamzah, Rosini Abu, HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan Bahasa, OUM, 2011

18

Anda mungkin juga menyukai