Anda di halaman 1dari 16

MAY /2011

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

<NO MATRIKULASI> <NO. KAD PENGENALAN> <TELEFON> <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PUSAT PEMBELAJARAN>

HBHE3103

PENGENALAN

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO), didapati bahawa pembunuh utama manusia bukannya aids, malaria, kebuluran, kereta atau merokok, tetapi tabiat pemakanan manusia sendiri. Konsep 3 fives ini di golongkan oleh WHO sebagai satu saranan tentang 3 perkara utama penjagaan kesihatan bagi manusia di seluruh dunia. Badan kesihatan dunia WHO dalam survey menyatakan bahawa 30% orang dari jumlah penduduk di dunia di nyatakan sihat, 30% lagi di nyatakan sakit dan 70% di nyatakan berpotensi sakit. Yang 70% di nyatakan berpotensi sakit karena mereka akrab dan intim dengan hal-hal yang membahayakan kesihatan seperti makanan dan minuman segera, pewarna kimia, pengawet kimia. Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan keadaan social dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.Aspek kesihatan merupakan salah satu fokus utama .kajian yang dijalankan adalah mengenai Amalan Gaya Hidup Sihat

HBHE3103

KONSEP 3 FIVES MELALUI ASPEK KESELAMATAN MAKANAN

Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain. Mengapa Makanan kita mesti bersih ? Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan Iain-lain.Kita sering kali mendengar berlakunya keracunan makanan. Malah kematian berpunca dari keracunan makanan juga dilaporkan. Walaupun secara sedar atau tidak, ramai di antara kita biasa mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Dari Januari hingga Ogos tahun 2010 jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri dari pelajar sekolah. Daripada segi perundangan kita mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai terhadap bahayanya penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan. Tetapi jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut. Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda-tandanya termasuklah rasa mual, muntah, cirit- birit, pening-pening serta gangguan perut. Kebanyakan kes-kes keracunan makanan disebabkan oleh bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan-bahan kimia. Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kehilangan air dalam badan. Sekiranya tubuh kekurangan air dan terlalu serius, ia boleh membawa maut. Ada juga yang lebih serius, hingga melibatkan keracunan sistem saraf. Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius. tiga belas kes keracunan makanan melibatkan 801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan. Daripada

HBHE3103

Pemilihan makanan yang segar dan bersih dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan kepada ahli keluarga. Banyaknya kes keracunan makanan berlaku di kalangan masyarakat di Malaysia hari ini disebabkan kurangnya kepekaan dan keperihatinan para pengendali makanan termasuk ibu bapa dalam menjaga kebersihan penyediaan makanan. Malah ada dikalangan ibubapa yang tidak percaya bahawa anaknya mengalami keracunan makanan apabila disahkan oleh pegawai perubatan. Keracunan makanan adalah satu penyakit yang dialami selepas memakan makanan yang tercemar samada dengan bahan kimia, logam, mikroorganisma dan tumbuhan yang beracun.Keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Kesan bahaya keracunan makanan yang ketara ialah kehilangan air dalam badan. Jika mencapai tahap serius ia boleh membawa maut terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi seperti ibu-ibu yang mengandung, kanak-kanak dan orang-orang tua. Mengikut pakar pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Rajab Marsalam Khusyairi Pencemaran makanan yang menyebabkan keracunan boleh terjadi di mana-mana di persekitaran kita. Mikroorganisma seperti bakteria dan virus akan membiak berkali-kali ganda dalam satu masa apabila berada pada medium dan persekitaran yang sesuai. Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cara' penyediaan yang kurang betul. Umpamanya menyediaan makanan terlalu awal sehingga makanan tadi menjadi sejuk dan terdedah terlalu lama pada suhu bilik, terlalu lambat disimpan di dalam peti sejuk kerana terlalu lama masa penyejukkan makanan yang panas. Demikian juga cara pemanasan makanan mesti lah sempurna, iaitu suhu pemanasan nya seharusnya cukup tinggi untuk mematikan kuman, pencemaran silang (mencampurkan) antara makanan mentah dan makanan yang telah dimasak ataupun antara makanan yang telah lama dimasak dan baru boleh menyebabkan kontaminasi. Orang yang berpenyakit seharusnya dilarang mengendali makanan. Langkah-langkah pencegahan perlu untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan, antaranya mengutamakan asas kebersihan makanan. Pencegahan keracunan makanan seharusnya bermula daripada pembelian bahan mentah di pasar-pasar dan makanan di restoran-restoran. Keselamatan makanan sentiasa difikirkan ketika penyimpanan, pengendalian, memasak dan menghidangkannya.

HBHE3103

Kontaminasi makanan boleh dielakkan dengan menutup makanan daripada dicemari oleh lalat, meminimumkan persentuhan dengan makanan, memastikan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak diasingkan. Pembuangan sampah yang tidak sempurna juga boleh menyebakan kontaminasi. Kehadiran haiwan peliharaan dan perosak juga perlu dielakkan bagi memastikan persekitaran tempat memasak dalam keadaan bersih.

Bakteria merupakan sebahagian daripada persekitaran. Adalah penting memastikan semua peralatan yang digunakan bersih terutamanya diri pengendali makanan itu sendiri. Pengendali makanan perlu memastikan tangan, rambut, kuku dan pakaiannya bersih sebelum menyentuh bahan-bahan makanan. Tangan perlu dibasuh dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas, mengganti lampin bayi, merokok dan sebagainya yg boleh menyebabkan tangan menjadi kotor. Tangan juga perlu dibasuh terlebih dahulu apabila telah memegang daging bahan mentah seperti ayam dan sebagainya sebelum memegang makanan. Pengendali atau penjual makanan mestilah sihat dan perlu mendapat suntikan bagi menghindari daripada menghidapi penyakit berjangkit. Pertumbuhan bakteria juga boleh dielakkan dengan menggunakan sekali sahaja peralatan memasak dan kemudian dibasuh dengan sempurna. Permukaan yang digunakan ketika memasak juga perlu dibasuh dan dikeringkan menggunakan kain pengelap pakai-buang. Adalah perlu menggunakan peralatan yang berbeza untuk makanan mentah dan juga makanan yang telah dimasak.Daging dan ikan adalah makanan yang paling berisiko tinggi yang mempunyai banyak mikroorganisma penyebab keracunan makan semulajadi padanya.

HBHE3103

Memasak dengan sempurna makanan yang bersumberkan haiwan boleh memusnahkan bakteria ini. Daging dan ikan yang beku daripada peti sejuk yang dicairkan pada suhu persekitaran mestilah tidak melebihi 2 jam. Sebaiknya dicairkan dalam ketuhar gelombng mikro dan terus dimasak. Jangan menyimpan semula daging yang telah dicairkan. Pengendali makanan juga perlu bijak merancang penyimpanan bahan mentah mengikut keperluan.

Untuk sayur-sayuran dan buah-buahan pembasuhan yang sempurna penting sebelum dimasak dan dihidangkan bagi menyingkir segala kotoran yang di sebabkan oleh tanah, bahan kimia dan sebagainya. Bakteria lambat membiak suhu yang rendah, manakala suhu yang panas melebihi 63C sudah cukup untuk mematikan mikroorganisma yang menjadi penyebab keracunan makanan. Suhu yang sederhana, pada suhu bilik adalah membahayakan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan bakteria. Oleh itu perlu dielakkan makanan terdedah pada suhu bilik dalam jangkamasa yang lama. Sebaiknya makanan disimpan dalam keadaan sejuk atau panas. Makanan yang dijual dalam keadaan panas, mestilah diletakkan pada suhu sekitar 63-70C. Makanan yang perlu dihidangkan dalam keadaan sejuk mesti disimpan didalam keadaan sejuk juga. Makanan yang

HBHE3103

kering perlu disimpan dalam almari yang kering dan mempunyai pengudaraan yang baik. Sayur dan buah-buahan perlu digunakan secepat mungkin. Buah-buahan dan sayus-sayuran yang reput perlu dibuang segera. Semasa memasak makanan, para pengendali perlu memastikan makanan dimasak sehingga sempurna. Penggunaan jangkasuhu adalah penting untuk memastikan suhu pemanasan melebihi daripada 63C. Elakkan menggunakan jari semasa merasa/mencuba atau mencicah makanan. Sebaiknya gunalah sudu yang bersih dan sudu tersebut tidak digunakan semula. Secara umumya ada tiga tips penting untuk mencegah keracunan makanan iaitu pastikan asas kebersihan makanan, makanan dimasak dengan sempurna dan makanan yang disajikan panas perlu disimpan dalam keadaan panas dan makanan yang disajikan sejuk perlu disimpan dalam keadaan sejuk.

Apabila membeli makanan diluar, memang sukar bagi kita untuk membezakan antara makanan bersih dan yang telah dicemari. Hanya pengendalian dan cara penyediaan yang bersih dan teliti sahaja dapat mengatasi dan mengelakkan keracunan makanan. Oleh itu adalah lebih baik makanan seharian adalah makanan yang dimasak sendiri kerana dengan memasak sendiri kita boleh menentukan mutu dan kebersihannya.

HBHE3103

ASPEK 3 FIVES MAKANAN YANG SIHAT

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada penyakit. Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gulagula.

HBHE3103

Asas pemakanan yang paling mula adalah semenjak kita masih bayi , Umum mengetahui bahawa susu ibu itu untuk baik untuk anak namun sejauh mana kebaikannya memberikan sebab yang lebih kuat untuk ibu untuk menyusukan bayinya dengan susu ibu sahaja, Menurut Kaunselor Laktasi Bertauliah merangkap Pengarah Urusan Lunatots.com, Puan Siti Nur Suraya binti Mohamed Ali berkata : Antara kebaikan susu ibu untuk bayi mengikut sumber kajian ialah: 1. Bayi yang disusukan dengan susu ibu kurang mengalami risiko kematian akibat diarrhea

(cirit birit) berbanding bayi yang disusukan dengan susu formula (bagi usia seawal 12 bulan pertamanya) 2. Susu ibu juga membantu mengurangkan risiko penyakit Haemophilus Influenza bagi bayi

berusia dibawah 6 bulan. 3. Susu ibu memindahkan antibodi yang dibina oleh badan ibu kepada bayi yang membantu

memberikannya perlindungan awal daripada penyakit. Kebaikan menyusukan anak kepada ibu tidak kurang menariknya: 1. 2. Mengurangkan risiko kanser rahim, kanser payudara dan kanser serviks. Memberikan ketenangan dan mood yang lebih baik. Hormon yang dihasilkan semasa

menyusukan anak akan menyebabkan ibu berasa gembira dan tenang. Ini dapat membantu mengurangkan masalah sindrom kemurungan selepas bersalin. 3. Mengurangkan berat badan. Penyusuan susu ibu amat membantu ibu membakar lemak

dengan cara menukarkannya kepada susu ibu yang berkhasiat. Ianya diet yang mudah berbanding senaman diluar rumah.

HBHE3103

Kita memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan seharian serta makanan yang mampu memberi dan menambahkan tenaga bagi memastikan badan kita mampu melakukan kerja-kerja harian dan otak kita pula mampu berfikir. Kesihatan yang baik juga berpunca daripada pemakanan yang seimbang dan sempurna kerana kesihatan merupakan aset penting bagi kita. Sekiranya tanpa tahap kesihatan yang baik kita akan diserang pelbagai penyakit dan sukar untuk melakukan aktiviti harian dengan sempurna. Namun masih ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa faktor pemakanan yang tidak sihat juga mengundang kepada masalah kesihatan yang boleh membawa maut dan secara tidak langsung merupakan punca utama penyakit yang kronik seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

10

HBHE3103

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan. Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut? Terlalu banyak lemak dan kolesterol Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja. Terlalu banyak gula Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

11

HBHE3103

Terlalu banyak garam Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema). Terlalu sedikit serat Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh. Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa. Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak. Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.

12

HBHE3103

ASPEK 3 FIVES DALAM KEHIDUPAN YANG SIHAT

Bersenam menjadi salah satu faktor penting untuk megekalkan kesihatan yang baik. Bersenam akan membantu mengekalkan berat badan dan 'fitness' atau stamina. Disamping itu dengan bersenam akan membantu mencegah penyakit seperti Darah Tinggi , Kencing Manis , Sakit Jantung dan sebagainya. Apakah jenis senaman yang baik ? Itu persoalan yang sering kita tanya. ia bergantung kepada apa yang kita mahukan samada uuntuk menurunkan berat badan atau sekadar mengekalkan stamina. Menurut pakar senaman Dr Kevin Zahari , bahawa secara umumnya , senaman yang baik adalah 'low impact' atau senaman yang tidak terlalu agressif dan akan menyebabkan masalah sakit sendi atau kecederaan lainnya.

Diantara senaman yang sebegini adalah seperti berjalan (laju, bukannya berlengang kangkung) , mengayuh basikal , berenang dsbgnya. Senaman yang menyeronokkan adalah senaman yang melibatkan 'game' seperti badminton, golf , tenis , squash dan lain-lain sukan. Lain -lain senaman yang baik adalah seperti seni mempertahankan diri , mendaki gunung , 'jungle tracking' dan juga lain-lain. Senaman adalah alat bantu kecergasan yang mempunyai peranan besar dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Malah, dengan bersenam ia mampu membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan meningkatkan motivasi rohani dan jasmani. Ada empat asas senaman yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan dan riadah. Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna dan mengelak daripada kecederaan tulang, sendi dan otot. Namun, harus diingatkan senaman mempunyai manfaat yang berbeza-beza dan ia harus dilakukan secara perlahan-lahan dan mengikut teknik yang betul bagi mengelakkan sebarang kemudaratan pada kesihatan tubuh. Empat asas senaman ialah:

13

HBHE3103

1. Senaman Ketahanan Aktiviti kecergasan yang dikategorikan dalam senaman ini berkesan melancarkan sistem pernafasan dan degupan jantung selain meningkatkan kesihatan paru-paru dan sistem peredaran darah. Ketahanan tinggi bukan saja baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda melakukan aktiviti seperti menaiki tangga. Mengamalkan senaman jenis ini melindungi diri daripada penyakit yang disebabkan faktor usia seperti kencing manis, strok, sakit jantung dan kanser kolon. Antara yang tergolong dalam senaman ini adalah aktiviti berjalan kaki, joging dan berenang. 2. Senaman Keseimbangan Senaman jenis ini membantu melindungi masalah biasa yang dialami golongan dewasa misalnya, terjatuh. Bagi, warga tua terjatuh mampu menyebabkan sendi dan bahagian badan tidak berfungsi dengan baik dan keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu perkara. Sebahagian daripada senaman keseimbangan ini mampu menguatkan otot kaki dan memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal berfungsi. Senaman jenis ini adalah tekan tubi dan lompat tali. 3. Senaman Fleksibiliti Ia adalah senaman regangan. Mempraktikkan senaman regangan pada bahagian otot dan tisu akan membuatkan tubuh menjadi mudah lentur dan bebas melakukan pelbagai posisi dan gerakan. Ahli terapi fizikal dan pakar kesihatan menggunakan teknik senaman regangan bagi membantu pesakit melakukan pemulihan sendi akibat kecederaan. Antara contoh senaman jenis ini ialah yoga, gimrama dan aerobik. 4. Senaman Kekuatan Senaman jenis ini bertujuan membina otot tubuh bagi memberi kelebihan kepada diri melakukan sesuatu pekerjaan. Senaman kekuatan membantu meningkatkan kadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah. Ia penting kerana penyakit seperti kencing manis
14

HBHE3103

dan obesiti adalah masalah kesihatan yang paling banyak berlaku di kalangan orang dewasa. Malah, senaman jenis ini mampu mengurangkan risiko asteoporosis. Angkat berat adalah jenis kekuatan. Justeru, pilihlah senaman yang tepat dan bersesuaian dengan kemampuan anda. Pilihan senaman yang tepat penting bagi mengelak kecederaan. Senaman perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat. Ramai yang terlalu tergesa-gesa ketika melakukan senaman, sekiranya aktiviti kecergasan dilakukan secara mengejut tanpa melakukan pemanasan ringan ia mampu menyebabkan tisu dan otot badan cedera. Kecederaan ini kadang kala mengambil masa lama untuk pulih.

15

HBHE3103

RUJUKAN Al-Isa AN. (2004). Factors associated with overweight and obesity among Kuwaiti kindergarten Female teachers. Nutrition Health. 18 (1), pp 67-71. Kementerian Kesihatan Malaysia. Rekod Kesihatan dan Perkembangan Kanak-kanak KKM disesuai daripada Carta National Center for Health Statistics USA. Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku Panduan Kempen Cara Hidup Sihat. 1997. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2004). Buku tahunan perangkaan 2004. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad. Jas Laile Suzana (1998). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jones, D. H., Havel, Y., & Lewinson, R. M. (1992). Living arrangements: Knowledge of health risks and stress as determinants of health risk behaviour among college students. Journal of American College Health, 41(2), 43 - 48.

16