Anda di halaman 1dari 18

SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 1









DISEDIAKAN OLEH
NAMA : MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN
NO.MATRIKS : D20102040605
NO. H/P : 019 577 8072
KUMPULAN : UPSI01
NAMA PENSYARAH :- DR.MAZLINI BINTI ADNAN
Tarik serah tugasan :- 05.05.2013

PEMARKAHAN
1. TUGASAN 2
JUMLAH

SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 2





BIL


TAJUK

MUKA SURAT

1.

PENGHARGAAN


3

2.

PENGENALAN


4

3.


UNIT 3
SET


5 - 6


4.


UNIT 4
INDEKS


7 - 8

5.


UNIT 6
GEOMETRI KOORDINAT


9 - 12

6.


UNIT 7
TRIGONOMETRI


13 - 15

7.

UNIT 9
VEKTOR


16 - 17


8.

PENUTUP


17

9.

RUJUKAN


18
SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 3



Sekapur Sirih..

Akan ku abadikan diingatan hingga ke hujung nyawa
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Saya panjatkan sepenuh kesyukuran kepada tuhan yang maha esa kerana, saya
dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Harap semoga segala hasil usaha
yang sedikit ini dapat memberikan manfaat dan impak yang berfaedah kepada semua.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan khas buat Dr Mazlini Binti Adnan selaku Pensyarah Subjek Foundation Maths
(Matematik Asas) di atas segala tunjuk ajar, dorongan serta nasihat yang
memberangsangkan sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Sekalung terima kasih buat Pensyarah-pensyarah Universiti Pendidikan Sultan
Idris dan ucapan penghargaan kepada pelajar-pelajar senior dari Universiti Pendidikan
Sultan Idris atas kerjasama dan bimbingan yang diberikan. Juga tidak lupa kepada
sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak jemu memberi perangsang dan semangat.
Semoga usaha dan cita-cita yang diimpikan mencapai matlamat.
Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan usaha saya sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Kerjasama kalian amat dihargai. Hanya tuhan maha esa dapat membalas
segala jasa yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan
rahmat dari-Nya.


SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 4

Pengenalan
Perkataan matematik berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud suka
belajar. Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat
semulajadi matematik ialah menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar
pemikiran. Oleh sebab itu, matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam
sebarang usaha pembinaan insan.
Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa matematik suatu bidang yang amat penting
dan berkait rapat dalam kehidupan seharian kita. Laman web Wikipedia,
mendefinisikan bahawa Matematik adalah suatu pembelajaran atau kajian mengenai
kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain kajian
mengenai nombor dan gambar rajah.
Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan
penulisan dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk menghurai dan
mendalami hubungan fizikal dan konsep. Pengetahuan dan penggunaan matematik
adalah amat penting dalam kehidupan manusia dan digunakan dalam pelbagai aspek di
dunia ini. Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai
bidang seperti sains, kejuteraan, perubatan, sains sosial dan lain-lain lagi.
Jadi, penggunaan matematik terluas dan berhubung rapat dengan kehidupan
manusia. Oleh sebab itu, kegunanan bidang Matematik telah membuka mata
masyarakat dunia untuk menceburi bidang ini supaya mereka tidak lagi ketinggalan.
Pengetahuan tentang matematik membantu kita mengendalikan aktiviti seharian kita
dengan terurus. Sekarang kita akan lihat beberapa kepentingan dan aplikasi untuk tajuk
indeks, logaritma, geometri koordinat, trigonometri dan vektor dalam kehidupan
seharian kita.




SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 5

BAB 3
SET

PENGENALAN
Konsep set sering digunakan matematik di mana murid mempelajari pelbagai
bentuk teori set dari peringkat sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Secara
umumnya set ialah pungutan objek-objek yang tertakrif dengan jelas. Objek-
objek ini dinamakan unsur.
George Cantor dikenali sebagai bapa teori set kerana beliau adalah orang
pertama yang mempelopori cabang matematik ini terutamanya mengenai set nombor
tak terhingga (infinite). Sesuatu set boleh ditulis dengan cara perihalan atau tanda
kurung { } dan ia boleh dilabelkan dengan huruf abjad besar seperti A,B,C. Unsur-
unsur dalam suatu set diwakili oleh huruf kecil seperti a,b,c, dan diasingkan dengan
koma dan unsur-unsur yang sama tidak perlu diulang.

KEPENTINGAN SET DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Dalam kehidupan seharian kita, konsep set juga boleh digunakan seperti buku-
buku rujukan seorang pelajar, perkakasan komputer, buah-buahan tempatan di
Malaysia dan bulan - bulan dalam setahun. Dalam matematik pula, set adalah
penyelesaian sesuatu persamaan kuadratik, nombor integer dan set koordinat-
koordinat. Sesuatu set haruslah ditakrifkan dengan jelas dan tepat supaya unsur-unsur
dalam set itu dapat ditentukan. Contoh set yang ditakrifkan dengan jelas dan tepat
adalah seperti berikut :-
a) Set pelajar dalam Program Matematik yang memakai cermin mata
b) P={segi tiga, segi empat, pentagon, heksagon}
c) Q={6,9,12,15,18}
d) R={17,19,21,23}


SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 6

Contoh set yang tidak ditakrif dengan jelas dan tepat
a) Set pelajar dalam Program Sains yang rajin.
b) Set poligon yang mempunyai kurang daripada 7 sisi.
Oleh itu set ialah suatu kumpulan benda (unsur). Sesuatu set boleh diwakili
dengan sebuah gambar rajah Venn.

Misalnya :








Set kosong diwakili oleh C atau { }





















- X

- Z

- Y
SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 7

BAB 4
Indeks
PENGENALAN
Indeks adalah bahagian yang sangat penting di dalam aljabar. Indeks adalah
cara yang paling mudah untuk menulis pendaraban nombor yang sama berulang kali.
Semasa menggunakan logaritma, murid hanya memahami dan menghafal hukum
hukumnya tanpa memahami konsep sepenuhnya.
Ahli matematik dari Scotland, John Napier ( 1550 1617 ) mencipta logaritma.
Perkataan Yunani logaritma bermakna nombor nisbah. Beliau menggunakan asa
0.9999999 = 1 x 10
-7

untuk menghasilkan sifar logaritma tetapi ianya kurang
berfaedah.
Konsep asas logaritma boleh ditakrifkan sebagai ringkasan, pendaraban adalah
jalan pintas untuk membuat penambahan. Contohnya :- 3 x 5 bermakna 5 + 5 + 5.
Eksponen ialah ringkasan untuk pendaraban. Memandangkan logaritma saling berkaitan
dengan indeks, maka unit ini hendaklah dipelajari terlebih dahulu sebelum logaritma.

KEPENTINGAN INDEKS DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Penggunaan indeks sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Terutamanya
dalam bidang penyelidikan sains, kewangan, kejuruteraan dan lain-lain lagi. Rene
Descartes ialah seorang ahli matematik berbangsa Perancis yang memperkenalkan
tatatanda bagi indeks integer positif pada tahun 1637. Kemudian, tatatanda indeks
telah diperkembangkan lagi oleh seorang ahli matematik berbangsa Inggeris, Sir Isaac
Newton, yang memperkenalkan indeks negatif dan indeks pecahan.
Dengan penggunaan indeks, kita boleh menggambarkan bagaimana kuantiti di
alam semesta terbentuk, membiak dan mereput. Contohnya, kadar pertumbuhan
populasi manusia dan haiwan adalah secara eksponen. Secara amnya, indeks ditulis
sebagai
n
x dimana x didarabkan dengan dirinya sendiri sebanyak n kali. Ungkapan
nombor indeks berada dalam bentuk termudah apabila asasnya tidak berulang,
indeksnya bukan negatif dan kusanya tidak berlapis.
SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 8

Indeks juga dapat mengukapkan nombor yang terlalu besar atau terlalu kecil
dalam bentuk lebih mudah. Contohnya, jarak antara bumi dan matahari adalah lebih
kurang 93 000 000 km. Dengan menggunakan indeks kita dapat menulis nombor ini
lebih mudah iaitu
7
10 3 . 9 km. Sesuatu nombor yang berbentuk kuasa dikatakan
berbentuk indeks dimana 10 dikenali sebagai asas dan 7 sebagai indeksnya. Maka,
indeks amat berguna dan memudahkan manusia menangani pelbagai kekangan dalam
kehidupan seharian.
Contoh :
Pn.Azna melabur wang sebanyak RM 20 000 pada kadar faedah 5% setiap bulan.
Jumlah wang terkumpul, W selepas t tahun diberi oleh persamaan,
t
W
12
12
05 . 0
1 20000
|
.
|

\
|
+ = . Berapakah wang terkumpul selepas 8 tahun?
Penyelesaian:
Gantikan t = 8 dalam persamaan yang diberi.
t
W
12
12
05 . 0
1 20000
|
.
|

\
|
+ =

) 8 ( 12
12
05 . 0
1 20000
|
.
|

\
|
+ =
= 29 811.71
Jadi, jumlah wang terkumpul oleh Pn.Azna selepas 8 tahun ialah
RM 29 811.71.





SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 9

BAB 6
GEOMETRI KORDINAT

Pengenalan
Geometri adalah sebahagian dari matematik yang mengambil berat persoalanan
mengenai saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. Geometri ialah
salah satu dari sains yang tertua. Pada mulanya ia hanyalah sebahagian jasad dari
pengetahuan praktikal yang mengambil berat dengan jarak, luas dan isipadu, tetapi
pada abad ketiga S.M. geometri telah diletakkan di dalam bentuk aksiom oleh Euclid
membentuk Geometri Euclid, yang hasilnya menetapkan piawai untuk beberapa abad
berikutnya. Bidang astronomi, khususnya memetakan bintang-bintang dan planet-
planet pada sfera cakerawala, bertindak sebagai sumber-sumber geometri terpenting
dari semasa satu setengah alaf berikutnya.
Dengan menggunakan konsep geometri kita dapat menentukan jarak di antara
dua titik yang dipanggil titik tengah. Selain itu kita juga dapat mengira kecerunan garis
sama ada kecerunan positif, kecerunan negatif, kecerunan sifar, kecerunan sama,
kecerunan bagi dua garisan berserenjang dan selari.
KEPENTINGAN GEOMETRI KORDINAT DALAM KEHIDUPAN
HARIAN
Selalunya geometri digunakan dalam pembinaan sesebuah bangunan, mereka
cipta sesuatu bahan baru dan sebagainya. Setiap benda yang berada di sekeliling kita
dibentuk dengan menggunakan geometri. Contohnya adalah seperti rumah, almari,
kereta, permaidani yang pelbagai, kerusi dan sebagainya. Setiap benda benda
tersebut memerlukan sudut dan paksi yang tepat semasa dibina supaya bentuk yang
dibina tidak mempunyai sebarang masalah. Oleh itu, bagi menentukan sudut-sudut
yang tepat kita akan menggunakan geometri kordinat.



SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 10

Aplikasi geometri koadalam beberapa bidang.
Dalam bidang kejuruteraan
Sebelum mencipta sesuatu produk jurutera akan mempunyai pelbagai idea
dalam pembinaan. Maka idea-idea pembentukkan produk tersebut akan diterjemahkan
dalam pelbagai lakaran atau sketsa dengan menggunakan geometri. Lakaran yang
dibuat dikenali sebagai lukisan kerja. Lukisan projek yang biasa digunakan ialah lukisan
isometrik, oblik dan ortografik.
Sebagai contohnya model sebuah bongkah dilukis dalam lukisan oblik adalah
seperti berikut.







Dalam lukisan isometrik pula bongkah yang sama dilukis seperti berikut






Lakaran yang dilukis dengan geometri akan memberi maklumat tentang dimensi
sesuatu projek iaitu tinggi, lebar dan panjang dengan tepat. Pelbagai lakaran yang
terbentuk akan memberi pelbagai pilihan. Daripada pelbagai lakaran idea yang
dibentuk, hanya satu idea ataupun satu lakaran yang paling sesuai akan dipilih. Setelah
jerutera melakar sesuatu produk dengan sudut ketinggian, lebar dan panjang yang
tepat barulah pelaksaana produk tersebut akan bermula.

SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 11

Bidang sains
Lazimnya saintis yang mengendalikan sesuatu experimen akan menggunakan
geometri kordinat bagi menganalisis data untuk mendapatkan keputusan yang tepat.
Data yang dikumpul akan diplotkan dalam bentuk graf mengikut paksi x dan paksi y.
Dengan menggunakan corak pada graf saintis boleh membuat kesimpulan ke atas
perhubungan pemboleubah yang diperolehi. Sebagai contohnya, dalam menganalisis
kesan pengambilan susu tepung di kalangan kanak-kanak pada jangka masa tertentu
boleh dilihat dalam bentuk grafik di mana paksi x menentukan jumlah pengambilan
susu manakala paksi y menentukan tahap pertumbuhan. Contoh graf adalah seperti
berikut:

y




0 X


Cara ini membolehkan saintis mengkaji dengan lebih mendalam dan dapat
menentukan sama ada penghasilan susu tepung ini memberi kesan negatif mahupun
positif kepada kanak-kanak.

Bidang Seni
Geometri juga sangat memainkan peranan dalam bidang seni. Ini bermaksud
dengan menggunakan geometri, kita dapat menghasilkan sesuatu rupa yang bersifat
tiga dimensi (3D) yang mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman, berstruktur
dimana mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan
Tahap
pertumbuhan
kanak-kanak
Jumlah pengambilan susu
(gelas)
SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 12

tepat dan sempurna, boleh dilihat dari semua arah dimana mempunyai lebih daripada
satu permukaan dan sebagainya. Sebagai contoh corak-corak geometri sangat
berkaitan dengan seni Islam. Rekaan abstrak ini tidak hanya menghiasi permukaan
monumen seni bina Islam, tetapi juga berfungsi sebagai elemen hiasan utama pada
permukaan yang luas meliputi semua jenis benda.

Geometri telah mencapai kemuncak tinggi di dalam dunia Islam di mana sumber-
sumber untuk kedua-dua bentuk dan corak-corak yang rumit sudah ada pada kalangan
orang Greek, Rom, dan Sasanid di Iran. Empat bentuk asas atau "unit pengulangan"
rekaan geometri Islam di mana corak yang lebih lengkap dibuat adalah melibatkan
daripada asas bulatan dan gabungan bulatan, segi empat atau sisi empat poligon, corak
bintang, segi empat dan segi tiga yang terlukis dalam sebuah bulatan serta melibatkan
pelbagai sisi poligon. Ia memberi ruang kepada kemungkinan percambahan corak yang
hebat dan dapat disesuaikan atau digabungkan dengan perhiasan jenis lain.
















SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 13

BAB 7
TRIGONOMETRI

Pengenalan
Trigonometri merupakan satu cabang matematik yang berkaitan dengan sudut,
segi tiga, fungsi trigonometri seperti sinus (sin), kosinus (kos) dan tangen (tan). Dalam
bahasa Greek trigonon memberi maksud tiga sudut dan metro memberi maksud
mengukur. Maka, trigonometri adalah pengukuran sudut tiga segi. Ahli Matematik yang
mula-mula mengamalkan konsep ini adalah seperti Ptolemy dan Hipparchus.
Daripada trigonometri ini, kita dapat mencari sudut dalam radian dimana =
180 dan 2 = 360. 1 radian bermaksud sudut yang dicakupi pada pusat bulatan oleh
lengkuk yang sama panjang dengan jejarinya. Selain itu kita juga dapat mengira
panjang lengkok, luas tembereng dan luas sektor sesuatu bulatan. Seterusnya dengan
menggunakan fungsi trigonometri iaitu sin, kos dan tan, kita dapat mencari nisbah bagi
sudut khas, sudut am, sudut sepadan, sudut positif dan negatif, sudut tirus dan
sebagainya.

KEPENTINGAN TRIGONOMETRI DALAM KEHIDUPAN
HARIAN
Terdapat banyak kegunaan trigonometri dalam kehidupan kita. Bidang-bidang
yang selalu menggunakan trigonometri termasuk pandu arah (di lautan dan angkasa
luar, serta untuk kapal terbang), teori muzik, analisis pasaran kewangan, elektronik,
teori kebarangkalian, statistik, biologi, pengimejan perubatan (imbas tomografi
berkomputer dan ultrabunyi), farmasi, kimia, teori nombor, seismologi, meteorologi,
oseanografi, banyak jenis sains fizikal, ukur tanah dan geodesi, seni bina, fonetik,
ekonomi, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan jentera, kejuruteraan awam, grafik
komputer, kartografi, kristalografi dan pembangunan permainan.


SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 14

Aplikasi trigonometri dalam beberapa bidang
Bidang Senibina
Sebagai contohnya dalam senibina, jurutera menggunakan trigonometri untuk
menentukan ketinggian bangunan. Dengan menggunakan trigonometri jurutera
mengukur saiz dan dimensi bagi mendirikan bangunan tanpa membuat pengukuran
dengan berjalan mengelilingi bangunan setiap kali. Pada masa yang sama konsep
trigonometri ini digunakan untuk menentukan bentuk geometri serta bagi menentukan
jumlah bahan, tenaga kerja yang diperlukan dalam mendirikan struktur sesuatu
bangunan. Ini bukan sahaja menjadikan bangunan tersebut kukuh tetapi cara ini
memberikan pengukuran yang tepat.

Bidang Angkasa
Astronomi selalu menggunakan konsep trigonometri untuk mengira jarak
bintang-bintang yang dekat, mengukur jarak antara tanda tempat dan dalam sistem
pandu arah satelit. Sebagai contohnya, juruterbang yang berlepas dari lapangan
terbang Australia dapat mengetahui sudut atau arah mana yang perlu diambil untuk
berlepas dan arah atau sudut yang mana yang hendak diambil untuk membelok di
awan selepas berlepas bagi memandu pada laluan yang betul sehingga mendarat di
lapangan terbang. Dalam keadaan ini, konsep trigonometrilah yang menentukan sudut
berlepas dan sudut membelok sesuatu kapal terbang.









SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 15

Bidang muzik
Bunyi yang kita dengar diperolehi dalam bentuk gelombang. Gelombang bunyi ini
dicipta dengan menggunakan fungsi asas trigonometri, iaitu sin dan kos melalui
pengiraan matematik oleh pakar-pakar bidang muzik. Pengiraan inilah yang menjadikan
gelombang muzik menentukan bunyi sama ada pic tinggi ataupun pic rendah. Contoh
gambaran gelombang muzik yang dibentuk dari trigonometri adalah seperti berikut.























Bunyi
kuat
Bunyi
perlahan
Pic tinggi
Pic rendah
SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 16

BAB 9
VEKTOR

Pengenalan
Dalam Sains Fizikal dan Kejuruteraan, vector ialah objek geometri yang
mempunyai magnitude (panjang) dan arah Vektor sellaunya diwakili dengan satu
bahagian garis dalam arah yang tertentu, diwakili dengan anak panah. Vector sering
digunakan untuk memperihalkan kuantiti fizikal yang berarah dan juga kuantiti yang
boleh dinyatakan dengan satu nombor berunit. Kadangkala ia juga dikenali sebagai
vektor Euclidean, vektor spatial, vektor geometri atau vektor matematik.

KEPENTINGAN VEKTOR DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Dalam kehidupan seharian vektor digunakan dalam pelbagai masalah dalam
geometri tiga dimensi. Banyak kuantiti yang kita temui dalam kehidupan seharian dan
dalam bidang sains dan juga teknologi mempunyai sama ada magnitude atau arah.
Suatu kuantiti yang yang diperihal oleh madnitud dan arah dinamakan vektor. Contoh
vektor yang digunakannya adalah sasaran, halaju, pecutan dan daya. Apabila suatu
kuantiti yang hanya diperihal oleh magnitude dinamakan scalar. Contoh scalar yang
digunakannya adalah panjang, suhu, jisim dan ketumpatan.
Vektor juga boleh diwakili secara geometri sebagai tembereng garis berarah
supaya panjang tembereng garis dengan skala tertentu menandakan magnitude bagi
vektor manakala arah tembereng garis menanda arah bagi vektor.
Vektor juga dikenali sebagai kuantiti pecutan dan kuantiti kuasa. Contohnya
adalah angin. Angin adalah satu contoh vektor kerana ia mempunyai magnitude dan
juga arah. Maka dengan mudah angin boleh diwakili dengan vektor.
Begitu juga dengan mana-mana objek yang bergerak. Lokasi sesuatu titik di
satah koordinat Cartesian boleh dinyatakan sebagai pasangan tertib(x,y) dimana ianya
contoh vektor yang spesifik. Vektor (x,y) mempunyai jarak tertentu (magnitude) dan
sudut (arah) secara relatif dari asalan (0,0).
SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 17

Secara kesimpulannya vektor amat penting dalam kehidupan seharian
memudahkan pemasalahan dalam geometri tiga dimensi.

Penutup
Justeru itu, matematik mempunyai banyak peranan dan kepentingan dalam
kehidupan seharian kita. Matematik merupakan suatu cara yang membolehkan manusia
mendapat kuantiti atau nilai berapa banyak, berapa besar, berapa cepat, berapa
panjang, berapa luas, berapa ruang dan sebagainya. Tambahan pula, matematik adalah
suatu badan ilmu yang amat berguna kepada saintis fizik dan sosial, ahli falsafah, ahli
logik dan artis. Dengan ini, ia menjadi alat dalam kehidupan untuk menyelesaikan
masalah seharian kita.
Matematik juga membolehkan manusia mengkaji pola, mengkaji masalah sosial,
mereka bentuk yang menarik dan seimbang. Selain itu, ia menjadi alat yang berguna
untuk membantu ahli sains mencari kebenaran yang berkaitan dengan fenomena fizikal
di alam sekeliling. Di samping itu, ia juga berguna untuk aktiviti urusniaga, perjalanan,
makanan, pembelajaran, rancangan, membuat kerja, dan kebanyakan aktiviti sosial
manusia.
Matematik ialah satu cara berfikir yang sistematik yang melatih manusia
bertaakul secara logik dan rasional. Dengan ini, manusia berupaya menjalankan tugas
kompleks dengan cekap dan berkesan, khasnya dalam bidang kerja pengurusan dan
pentadbiran dan sanggup merancang dasar serta mengambil tindakan yang sistematik
dan rasional.
Oleh yang demikian, kemajuan negara bergantung kepada kemajuan sains dan
teknologi serta perkembangan perdagangan dan ekonomi yang berkaitan rapat dengan
penggunaan matematik. Oleh itu, kita haruslah mempelajari matematik kerana
kepenggunaannya tidak terhingga dalam suatu bidang. Kegunaannya amat terluas
dalam pelbagai bidang. Maka, kita perlu mahir dalam bidang matematik supaya kita
dapat menikmati kehidupan dalam dunia ini.

SMU 3023- Foundation Maths Tugasan 2 Semester 2 Sesi 2012/20132013

MANGALISWARI A/P GNANASEGARAN D20102040605 Page 18


1. Modul Matematik Asas Sem 5, UPSI.
2. http://www.thefreedictionary.com/index
3. librarykpm.moe.gov.my
4. http://www.kamaludin.net/sumber/Model%20Konstruktif.pdf
5. pendidikanjarakjauhmalaysia.blogspot.com/
6. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia(1998).
Konsep dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matematik.
7. http://en.wikipedia.org/wiki/Vektor