Anda di halaman 1dari 14

Modul Literasi Dan Numerasi Sekolah Rendah

Bahasa Malaysia

OBJEKTIF KURSUS 1. Mendedahkan para peserta kursus pelbagai teknik yang menarik dan berkesan untuk mengajar kemahiran lisan, membaca dan menulis 2. Menggunakan maklumat daripada Ujian Diagnostik untuk merangka dan melaksana program intervensi menurut masalah kemahiran asas berbahasa. 3. Menguasai kemahiran pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk meningkatkan pembelajaran murid dari segi persekitaran fizikal dan iklim bilik darjah yang kondusif. 4. Menangani masalah tingkah laku murid dengan menggunakan pelbagai teknik pengurusan tingkah laku yang sesuai dan berkesan.

MODUL LINUS JADUAL KURSUS

HARI / MASA HARI PERTAMA

8.30 10.30PAGI

11.00-1.00PTG

2.30-4.30PTG PENDAFTARAN

8.30-10.30MLM TAKLIMAT URUSETIA PENDEDAHAN AWAL PROGRAM LINUS HURUF DAN SUKU KATA KV + KV & BENGKEL PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELBAGAI TAHAP & BENGKEL

HARI KEDUA

TAKLIMAT MODUL GURU/MURID BPK KEMAHIRAN V+KV DAN KVK & BENGKEL

TAKLIMAT MODUL GURU/MURID BPK MEMBACA DAN MENULIS KVK+KV DAN KVKK & BENGKEL PENILAIAN LPM

UJIAN DIAGNOSTIK & BENGKEL KEMAHIRAN DIFTHONG DAN MEMBACA RANGKAI KATA & BENGKEL PERJALANAN PULANG

HARI KETIGA

HARI KEEMPAT

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

UNIT SATU HURUF MASA 2 JAM

KEMAHIRAN : 1.1 Mengenal bentuk huruf dan menulis huruf kecil a z.

OBJEKTIF 1. Mendapat pendedahan pelbagai strategi mengajar huruf kecil (i, l, t dan k) dengan betul. 2. Merancang aktiviti yang menarik dan berkesan untuk memperkenalkan huruf kecil (i, l, t dan k). 3. Mengaplikasikan strategi mengajar dan kemahiran menulis huruf kecil (i, l, t dan k).

AKTIVITI 1: PERMAINAN BELON AJAIB Bahan yang diperlukan: Kad huruf kecil (i, l, t dan k), 4 biji belon yang berisi huruf kecil (i, l, t dan k) dua dimensi berukuran 10cmx15cm Tempoh Masa: 10 minit

- aktiviti pecahkan belon - mengeluarkan huruf dalam belon dan menyebut huruf

AKTIVITI 2: JOM NAIK KERETA API Bahan yang diperlukan: Kad huruf kecil (i, l, t dan k) ditulis di kertas A4

Tempoh Masa: 15 minit

- aktiviti menulis huruf dalam barisan

AKTIVITI 3: ENJIT-ENJIT MENCARI JODOH

Bahan yang diperlukan:


Gelung rotan, kad huruf kecil (i, l, t dan k), sampul surat yang mengandungi 4 kad huruf dua dimensi, huruf kecil (i, l, t dan k) yang ditulis atas kadbod, seni kata lagu.

Tempoh Masa: 20 minit

- aktiviti padanan
- menyanyi lagu huruf

AKTIVITI 4: MARI TEKAP DAN WARNA


Bahan yang diperlukan: Kad huruf kecil i, l, t dan k, warna pensel.

Tempoh Masa: 15 minit - menekap huruf - mewarna huruf

AKTIVITI 5: BENGKEL

Bahan yang diperlukan:


Kertas warna, gam, tisu bewarna, kertas A4, plastisin, gunting, pen marker, pensel warna dan akhbar lama

Tempoh Masa: 60 minit - tugasan kumpulan

KUMPULAN 1 Kumpulan anda dikehendaki merancang aktiviti mengajar huruf n, o, z, x, u, v, w sahaja berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas warna, gam, tisu dan kertas A4. KUMPULAN 2 Kumpulan anda dikehendaki merancang aktiviti mengajar huruf a, c, e, m, s, r, i berdasarkan bahan yang disediakan.Bahan tersebut adalah plastisin, kertas A4, gunting dan gam.

KUMPULAN 3 Kumpulan anda dikehendaki merancang aktiviti mengajar huruf g, j, p, q dan y berdasarkan bahan yang disediakan seperti kertas A4, pen marker dan pensel warna.
KUMPULAN 4 Kumpulan anda dikehendaki merancang aktiviti mengajar huruf b, d, f, h, l, t, k berdasarkan bahan yang disediakan seperti akhbar lama, gam dan gunting.

Anda mungkin juga menyukai