Anda di halaman 1dari 4

Cadangan dan Pemantapan

Cadangan dan pemantapan terhadap Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) ini perlu diambil kira bagi memantapkan lagi matlamat dasar ini. Seperti yang kita sedia maklum, dasar ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6 dan kemudian diikuti pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 bagi sekolah menengah. Bagi saya, dasar 1M 1S bukan hanya tertumpu kepada pelajar sekolah sahaja, tetapi sebaliknya melibatkan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Hal ini kerana, apabila pelajar sekolah tersebut berjaya memasuki IPTA ataupun IPTS, bakat sukan yang mereka miliki akan terhenti setakat itu sahaja. Namun jika dasar ini diteruskan ke peringkat universiti, tidak mustahil mereka masih boleh mengembangkan bakat dalam sukan tersebut. Apabila bakat ini diasah sudah tentu dapat melahirkan pelajar yang aktif bersukan dan mampu mewakili universiti ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, apa yang saya dapat lihat, pelajar universiti ini kebiasaanya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti kuliah dan membuat tugasan yang diberikan oleh penyarah. Sebaliknya mereka tidak meluangkan masa untuk bersukan mahupun beriadah kerana tiada masa dan lebih gemar menghabiskan masa dengan komputer riba. Hal ini dilihat sangat serius kerana berkecenderungan melahirkan pelajar yang tidak aktif serta tidak mengamalkan budaya hidup sihat. Oleh itu, usaha untuk mewajibkan dasar 1M 1S sepatutnya tidak tertumpu kepada murid sekolah sahaja, sebaliknya perlu diteruskan ke peringkat universiti agar matlamat untuk melahirkan modal insan yang seimbang akademik dan sukan akan tercapai. Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar universiti kurang memberi tumpuan terhadap aktiviti sukan kerana kurangnya pendedahan daripada pihak universiti. Dalam kes ini, seharusnya pihak universiti perlu peka dan bersama-sama menyemarakkan aktiviti sukan agar dapat melahirkan pelajar yang sihat bukan sahaja dari aspek intelek, malah fizikal dan jasmani juga. Usaha untuk memantapkan dasar ini perlu diteruskan dengan memperbanyakkan kemudahan prasarana untuk kemudahan murid-murid bersukan. Kemudahan sukan seperti gimnasium, padang, gelanggang dan alatan sukan lain perlu ditambah untuk menarik minat murid-murid agar menceburkan diri dalam sukan mereka masing-masing. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar sekolah sebelum ini, tidak dapat dinafikan antara punca

mengapa pelajar kurang menceburkan diri dalam sukan adalah kerana kurangnya kemudahan yang disediakan. Hal ini kerana kurangnya kemudahan infrastruktur sukan menyebabkan pelajar tidak mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk melakukan aktiviti sukan di sekolah. Malah, ada sesetengah sekolah yang kurang memberi perhatian terhadap kelengkapan atau alatan sukan menyebabkan aktiviti sukan di sekolah tersebut kurang aktif. Bagi saya, kelengkapan sukan yang asas perlu diperbanyakkan lagi dan usaha penambahbaikan kelengkapan sukan perlu diusahakan untuk menarik minat murid sekolah. Untuk memancing minat murid sekolah menyertai sukan, KPM seharusnya bertindak dengan memberikan baju tshirt percuma kepada setiap murid agar dapat menaikkan semangat mereka untuk bersukan. Dengan adanya tshirt percuma tersebut, ia merupakan salah satu usah galakan ke arah yang lebih positif. Penubuhan lebih banyak sekolah sukan di Malaysia ini dilihat sebagai satu cara untuk memantapkan dasar 1M 1S ini kerana dengan adanya sekolah sukan ini mampu untuk melatih serta membentuk murid menjadi atlet Negara. Negara kita kini semakin ketandusan atlet untuk menyertai serta mengharumkan nama Malaysia di kejohanan antarabangsa. Oleh yang demikian, dasar 1M 1S perlu dimantapkan dengan menubuhkan lebih banyak sekolah sukan Pelajar yang berjaya memasuki sekolah sukan ini diukur berdasarkan kelayakan dan pencapaian yang cemerlang dalam bidang sukan. Oleh itu, dengan penubuhan lebih banyak sekolah sukan diharap dapat menyuntik semangat pelajar-pelajar lain untuk terus bergiat aktif dan menanam cita-cita menjadi atlet Negara suatu hari nanti. Setakat ini di Malaysia hanya mempunyai dua buah sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar di Johor. Cadangan mewujudkan sekolah sukan di setiap negeri dilihat satu cadangan yang masih relevan untuk melahirkan lebih banyak pelajar yang aktif bersukan. Sekolah sukan ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek sukan tetapi akademik juga diutamakan demi melahirkan modal insan yang seimbang. Guru-guru di sekolah diberikan latihan asas dalam bidang sukan agar dapat membimbing murid-murid ketika aktiviti sukan sedang dijalankan. Latihan kepada guru-guru ini dilihat sebagai satu cara memantapkan sukan di sekolah. Guru-guru dilatih dengan pelbagai jenis sukan antaranya melibatkan bahagian balapan dan olahraga. Kaedahnya dengan menghantar guru-guru tersebut menyertai kursus atau bengkel-bengkel berkaitan sukan agar mendapat input untuk dipraktikkan di sekolah. Selaras dengan itu, modul berkaitan teknik pengajaran aktiviti sukan di sekolah diperkenalkan kepada guru-guru sebagai

panduan. Dengan adanya guru yang berkemahiran ini maka tidak musthail aktiviti sukan di sekolah menjadi lebih seronok dan aktif sekaligus mencapai matlamat dasar 1M 1S. Di samping itu, institusi perguruan perlu banyak melahirkan graduan dalam bidang sukan dan kejurulatihan sebagai pelapis untuk masa hadapan. Hal ini pernting agar muridmurid dapat menerima pelajaran dan tunjuk ajar yang berkesan dalam sukan. Para graduan dalam institusi perguruan perlu dilatih dengan kemahiran mengajar sukan yang berkesan agar dapat membantu sekolah sekaligus mencapai objektif dasar 1S 1M ini. Graduan dalam bidang sukan ini sangat diperlukan untuk membantu mencapai matlamat 1S 1M ini kerana mereka merupakan tenaga pengajar bagi murid di sekolah kelak. Untuk lebih menarik, graduan yang cemerlang dalam bidang sukan ini dihantar ke luar negara untuk mendapatkan latihan yang lebih bagus kerana kita percaya dan yakin bahawa negara luar mempunyai lebih kepakaran dalam bidang sukan. Negara-negara luar seperti China, Jepun dan banyak lagi mempunyai tenaga pengaajar yang hebat. Malahan, kelengkapan dan kemudahan sukan lebih maju dan canggih menjadikan graduan kita lebih hebat dan berkemahiran. Contohnya untuk melaksanakan sukan memanah, bukan sebarangan orang yang boleh mengajar cara menembak atau memanah dengan betul. Hanya guru atau tenaga penagajar yang berkemahiran sahaja mempunyai kuasa untuk mengajar. Maka dengan adanya graduan seperti ini akan dapat membimbing guru-guru lain untuk sama-sama membantu melaksanakan dasar ini. Namun, tidak banyak guru yang berkemahiran dalam acara olahraga di sekolah kerana melibatkan teknik-teknik yang tertentu. Oleh itu, perbanyakkan tenaga pengajar dalam acara olahraga khususnya untuk menyeimbangkan acara sukan di sekolah. Tajaan biasiswa ditawarkan kepada pelajar sekolah sukan yang cemerlang juga merupakan satu usaha penambahbaikan kepada dasar 1M 1S ini. Pada kebiasaannya kita mendengar pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik sahaja berjaya mendapat tajaaan biasiswa, tetapi cuba kita tawarkan peluang ini kepada pelajar sukan yang cemerlang, sudah tentu perkara ini dianggap sebagai satu galakan ke arah yang lebih positif. Tajaan biasiswa ini juga boleh meliputi tajaan menyambung pelajaran dan kemahiran mereka di luar negara yang sememangnya menjadi impian setiap atlet. Tajaan menyambung pelajaran ke luar negara ini diharap dapat memantapkan kemahiran sukan mereka sendiri dan memanfaatkan ilmu yang diperolehi dengan mempraktikkan di Malaysia sekaligus dapat menurunkan ilmu kepada murid-murid di sekolah.

Seterusnya, cadangan kepada dasar 1S 1M ini tidak terhenti setakat ini sahaja, sebaliknya perlu mempergiatkan lagi sukan yang kurang mendapat sambutan di peringkat sekolah contohnya sukan renang, memanah, berkuda dan banyak lagi yang kurang aktif kerana masalah tiada kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Dalam hal ini, saya melihat sesuatu sukan itu kurang diminati kerana kurangnya kemudahan yang ada menjadikan minat atau kecenderungan murid-murid terbantut. Malah, tiada galakan serta promosi atau pendedahan terhadap sukan tersebut menjadikannya kurang diminati. Sukan berkuda antara sukan yang kurang mendapat perhatian sebenarnya terutama di peringkat sekolah kerana beranggapan sukan ini agak sukar dilakukan. Sebaliknya tanggapan seperti ini perlu dihapuskan kerana dalam dunia sekarang tiada yang mustahil. Murid-murid perlu dilatih untuk meminati sukan ini kerana kita sebenarnya kekurangan atlet dalam sukan berkuda. Penubuhan kelab equestrian di peringkat sekolah adalah perlu bagi saya untuk memupuk minat murid-murid dalam acara berkuda. Sepatutnya dari sekolah lagi mereka sudah didedahkan dengan sukan-sukan seperti ini. Kurangnya pendedahan terhadap sukansukan yang dianggap tidak terkenal ini menjadikan sukan tersebut semakin mundur walhal ada murid-murid yang meminati sukan tersebut. Sukan renang dilihat mempunyai banyak halangan untuk dilaksanakan di sekolah kerana memerlukan kolam renang sebagai medium utama. Tetapi bagi saya ini bukanlah suatu masalah besar yang menghalang perkembangan sukan ini.

Anda mungkin juga menyukai