Anda di halaman 1dari 11

PENDIDIKAN UMAT ISLAM : SATU SEJARAH RINGKAS

Oleh : Asst. Prof. Dr. Mesut Idriz1 Suntingan dan Terjemahan : Hairil Irza bin Ramli2

Pengertian pendidikan di dalam konteks Islam secara totalnya datang dari gabungan perkataan tarbiyyah, talim dan tadib. Setiap perkataan ini membawa maksud seseorang manusia, masyarakatnya dan persekitaran mempunyai hubungan dengan Tuhan dan saling berkait antara satu sama lain, dan kesemuanya mewakili skop pendidikan dalam Islam sama ada dari segi formal mahupun tidak formal3. Telah kita ketahui sejak zaman awal Islam, sistem pendidikan bermula di masjid sebagai pusat, kemudian berkembang dengan pesat menjadi institusi pendidikan seperti maktab (pendidikan rendah)4, Bayt al Hikmah (Pusat Sumber / Perpustakaan)5, majalis (pertemuan

Penolong Profesor dan Pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berasal dari Macedonia 2 BA IRK(Hons) al-Quran dan as-Sunnah UIAM, Cert. Syariah, Usuluddin dan Dakwah, Rabitah Alam Islamiy, Makkah. 3 S.M.N al Attas, Aims and Objectives of Islamic Education, disunting oleh S.M.N al Attas (Jeddah : King Abdulaziz University, 1979) Appendix B, m.s 157 158; Untuk maklumat lanjut lihat Wan Mohd Nor Wan Daud, The Educational Philosophy and Practice of Syed Mohd Naquib al Attas (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), 1998), m.s 132 151. 4 Untuk lebih terperinci lihat Mehdi Nakosteen, History of Islamic Origins of Western Education , (Colorado : University of Colorado Press, 1964), m.s 46; George Makdisi, The Rise of Colleges ; Institutions of learning in Islam and the West, (Edinburgh : Edinburgh University Press, 1981), m.s 19; Ahmad Shalaby, History of Muslim Education, (Karachi : Indus Publication, 1979), m.s 18 - 23 5 Untuk lebih terperinci lihat Ahmad Shalaby, m.s 96 - 97

diantara ulama / tenaga pengajar dan pelajar) 6, Dar al Ulum (Mufrad : ilm)7 dan madaris (mufrad : madrasah sekolah atau kolej). Di samping itu, di dalam bidang perubatan, astronomi dan ilmu kebatinan wujud pula hospital, balai cerap dan zawiyah (tempat perkumpulan orang orang Sufi). Pada kurun pertama Hijrah, di dalam dan di sekitar masjid 8 telah bermula pembelajaran untuk memahami al Quran dan diikuti dengan pengajian hadith sesuai dengan peribadi umat Islam yang perlu dibentuk. Rasulullah SAW sering ditanya dalam perkara yang berkait dengan persoalan iman dan akhlaq, hadith dan isu isu yang berlaku di dalam dan di luar masjid. Disebabkan ini baginda duduk di dalam masjid dan dikelilingi oleh satu halaqah (bulatan)9 sahabat sahabat dan seterusnya mengajar mereka. Baginda akan mengulangi hadith sebanyak tiga kali sehingga para sahabat memahaminya. Setelah kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat mengadakan perbincangan dengan metod yang sama dan kemudian bermulalah pengajian secara sistematik dengan pengumpulan dan penyusunan hadith Nabi SAW. Daripada dua sumber ini; al Quran dan as Sunnah, lahir dan berkembang ilmu fiqh dan seterusnya pengajian ilmu kaji bahasa Arab (Arabic Philological) pula muncul dan dipelajari dengan penuh minat
6 7

Lihat George Makdisi, m.s 10 - 12 Ahmad Shalaby, m.s 99 - 102 8 Masjid, (tempat pengibadatan, khususnya tempat sujud, berasal dari kata dasar bahasa Arab sajada, sujud di hadapan Tuhan semasa solat) Lihat J. Pedersen dan G.Makdisi, Madrasa, Encyclopaedia of Islam.
9

Untuk halaqah lihat Mehdi Nakosteen, m.s 45; Ahmad Shalaby, m.s 216 - 219

oleh umat Islam di dalam masjid. Maka, masjid terus dimanfaatkan bagi tujuan pembelajaran kebanyakan subjek pengajian Islam. Jelas kepada kita bahawa, umat Islam pada awal dekad perkembangannya, menumpukan sebahagian besar perhatian mereka kepada ajaran agama, berdasarkan kesedaran mendalami agama inilah, maka amat sesuai pengajiannya diadakan di masjid selain digunakan bagi tujuan ibadah. Selepas penyebaran Islam, bilangan pelajar meningkat secara mendadak dan natijahnya, bertambahlah halaqah (circles) di dalam masjid. Tidak dapat dielakkan lagi, kewujudan halaqah ilmu yang banyak ini telah menimbulkan gangguan kepada mereka yang sedang beribadah. Sedangkan pada masa yang sama diskusi dan perdebatan subjek - subjek baru begitu rancak diadakan. Pembelajaran subjek subjek ini tidak cukup jika hanya dikendalikan di dalam masjid sahaja kerana para pelajar terikat dengan adab yang perlu dihormati disamping perlu dalam keadaan tenang dan senyap. Oleh sebab itu, pengajian ilmu kemudiannya berpindah dari masjid ke tempat tempat lain terutamanya madrasah (jama : madaris)10. Walaupun madrasah berkembang, ia tetap mengambil masa yang lama untuk meleraikan pertindihan antara masjid dan madrasah. Walaupun telah muncul madrasah, masjid tetap memainkan

peranannya sebagai sekolah seperti dahulu dan pengasingan antara


10

Madrasah bererti kolej, ia berasal dari suku kata Arab darasa, membaca atau mempelajari. Lihat Ibid

masjid dan madrasah hanya sedikit 11 (seolah olah tidak wujud). Contohnya, Universiti al Azhar telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiyyah pada 359 Hijrah / 970 Masihi pada asalnya adalah sebuah masjid tetapi kemudiannya, diuruskan secara formal pada 378 Hijrah / 988 Masihi dan diisytiharkan sebagai pusat pengajian tinggi. Madrasah telah muncul seawal kurun ke 9 Masihi., tetapi madrasah yang terkenal wujud pada 459 Hijrah / 1066 1067 Masihi yang diasaskan oleh wazir (menteri) Nizam al Mulk di Baghdad 12. Pada masa pemerintahan beliau, madrasah berkembang di Iraq, Khurasan dan bahagian lain di negeri negeri umat Islam, dan telah menaikkan reputasi beliau sebagai orang yang bertanggungjawab membina madrasah (dan mengembangkannya). Selain Nizam al Mulk, terdapat 2 pemerintah juga terkenal di Damsyik; Nur al Din az Zinki (541 569.H / 1146 1163 M) dan Salah al Din al Ayyubi (570 589 H / 1174 1173 M) yang memainkan peranan penting dalam aktiviti ini dan ianya bukan sahaja berkembang di bandar bandar sekitar Damsyik bahkan menular ke Palestin, Mesir dan Hijjaz. Salah al Din juga mempunyai reputasi yang baik sebagai orang yang banyak
11 12

Untuk maklumat lanjut, lihat George Makdisi, m.s 21 34. Madrasah ini dikenali sebagai Madrasah al Nizamiyyah dan kewujudannya merupakan satu perubahan besar dalam pendidikan Islam kerana sebelum itu, persoalan pendidikan adalah tanggungjawab masyarakat terutamanya golongan kaya. Mereka melaburkan wang untuk memastikan pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan berjalan lancar. Sejarah juga telah membuktikan bahawa dalam sistem pentadbiran kerajaan Khilafah Abbasiyyah, tidak wujud kementerian atau jabatan pendidikan kerana semua umat Islam pada masa tersebut amat mementingkan ilmu dan berlumba lumba mendirikan pusat pengajian dengan membiayai sendiri segala hal ehwal pendidikannya. Bahkan para pelajar tidak dikenakan yuran pengajian dan bagi pelajar yang jauh, disediakan asrama yang juga percuma. Maka, kewujudan Madrasah al Nizamiyyah mengubah hal ini, dan pihak pemerintah mula mengambil tanggungjawab menyediakan pendidikan yang tersusun kepada rakyat dan pada masa yang sama menggaji para guru yang mengajar di sekolah ini - Penterjemah

membina madrasah selepas Nizam al Mulk13. Tidak hairanlah, semasa zaman pemerintahan kerajaan Ayyubiyyah dan Mamluk, bilangan madrasah meningkat dengan kadar yang luar biasa. Sebagai contoh di Asia Kecil, madrasah berkembang di bawah Seljuq, yang tertua dikenalpasti wujud pada 7 H / 13 M dan di Tunis, banyak madrasah dibina dibawah pemerintahan kerajaan Hafsiyyah (625 941 H / 1228 1534 M), dan yang tertua dikenali sebagai Madrasat al Marad yang wujud pada 650 H / 1252 M. Di Sepanyol (Andalusia) sehingga kurun ke 7 Hijrah / 13 Masihi, masih tiada lagi madrasah dan pengajian masih dijalankan di masjid., tetapi pada kurun berikutnya, wujud satu madrasah yang diasaskan oleh Nasrid Abu Yusuf al Hajjaj pada tahun 750 H / 1349 M di Granada14. Semasa zaman pemerintahan kerajaan Khilafah Uthmaniyyah, madrasah pertama diasaskan oleh Orkhan Ghazi (1288 1360 M) di Iznik. Selepas menawan bandar ini pada tahun 1331, beliau menukar satu gereja kepada madrasah dan kemudiannya madrasah ini boleh dikatakan sebagai salah satu institusi yang penting, dan pada kurun ke 14, ia menjadi pusat pendidikan yang terpenting Khilafah Uthmaniyyah15. Kemudian, semasa kurun ke 15 dan 16 Masihi, bilangan madrasah meningkat di bandar bandar lain Khilafah Uthmaniyyah seperti Bursa, Edirne, Aksaray, Istanbul dan bandar bandar lain di Balkan seperti Skopje (bahasa Turki, Uskup), Bitola (bahasa Turki, Manastir) dan Sarajevo (bahasa Turki, Yeni
13 14 15

Madrasa, EI.; Ahmad Shalaby, m.s 205 210 Madrasa, EI M. C. Baysun, Mescid Islam Ansiklopedisi

Bosna)16. Salah satu sumbangan terpenting Khilafah Uthmaniyyah ialah mewujudkan sistem madrasah yang dipelopori oleh Sultan Sulaiman al Qanuni (Sulayman The Magnificent or Lawgiver, 1494 1566) sepanjang 1520 1566 M apabila madrasah Sulaimaniyyah

ditubuhkan17. Seperti yang telah disebutkan,pendidikan dalam Islam

bertunjangkan (pengajian) agama itu sendiri, dan menjadi subjek dasar (fundamental) yang diajar di masjid. Pengajian Al Quran dan hadith yang mula dipelajari di madrasah kemudiannya disusuli dengan pelajaran fiqh, bahasa Arab dan ilmu kalam (teologi), diikuti pula dengan beberapa subjek lain seperti tafsir al Quran, usul al - fiqh, nahu dan adab (kesusasteraan)18. Setelah perkembangan sistem pendidikan pada kurun

berikutnya, ilmu pengetahuan yang diajar di madrasah secara umumnya boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan. Seperti yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun di dalam kitab terkenalnya, al Muqaddimah, ilmu terbahagi kepada ulum al aqliyyah yang berasaskan kepada observasi (pemerhatian) daripada pancaindera dan

16

Lihat Cahid Baltaci, XV XVI. Asirlar Osmanli Medreseleri, (Istanbul: Irfan Matbaasi, 1976), m.s 72 - 555 17 Lihat Mehmet Ipsirli, Scholarship and Intellectual Life in the Reign of Suleyman the Magnificent, in The Ottoman Empire in the Reign of Suleyman the Magnificent , disunting oleh Tulay Duran, (Istanbul : Istanbul Research Centre, 1988), m.s 18 58, passim 18 Untuk maklumat perkembangan subjek subjek ini secara terperinci, lihat Bayard Dodge, Muslim Education in Medieval Times (Washington: The Middle East Institute, 1962), m.s 31 - 88

pertimbangan19; dan juga ulum al naqliyyah yang bergantung kepada Tuhan dan berasaskan periwayatan termasuklah sains linguistik20. Ilmu yang termasuk dalam kumpulan pertama ialah ilmu mantiq (logik), aritmatiqi (aritmetik), handasah (geometri), hayah (astronomi), musiqi (muzik), tabiiyyat (fizik) dan ilahiyyat (metafizik). Maka, perlu dinyatakan di sini , bahawa setiap ilmu ini ada pembahagiannya tersendiri. Bagi ilmu yang termasuk dalam kumpulan kedua ialah al Quran, hadith, fiqh, usul al fiqh, kalam, tasawwuf (mistik), tabir al ruya (tafsir mimpi), lughah (bahasa), nahu (tatabahasa), bayan (retorik) dan adab (kesusateraan). Juga sebahagian ilmu dalam kumpulan ini ada pembahagian khususnya. Walaubagaimanapun, tidak semua subjek / ilmu yang disebut di atas diajar di madrasah. Sebagai contoh, tib (perubatan) yang merupakan sebahagian dari ilmu tabiiyyat (fizik) dipelajari di hospital dan dikenali sebagai bimaristan. Bamiristan Salihiyyah di Jerusalem ditubuhkan oleh kerajaan Fatimiyyah merupakan satu hospital paling hebat pada masa tersebut dan boleh dijadikan contoh terbaik21. Dalam pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah, subjek subjek di madrasah digolongkan kepada tiga bahagian; ulum al juziyyah, ulum al aliyah dan ulum al aliyah . Subjek subjek bagi ulum al
19

Ibn Khaldun, al Muqaddimah Ibn Khaldun, disunting oleh Khalil Shahada, Cetakan Pertama (Beirut : Dar al Fikr, 1981), m.s 549 20 Ibid., m.s 549 550. 21 Abdul Jalil H. Abdul Mahdi, Al Madaris fi Bayt al Maqdis fil asr al Ayyubi wa al Mamluki , jilid 1, (Amman : Maktabat al Aqsa, 1981), m.s 343 - 350

juziyyah

ialah dan

hisab

(matematik),

handasah

(geometri), subjek

haya yang

(astronomi)

hikmah

(eng.,wisdom).

Subjek

terkandung dalam ulum al aliyah ialah kalam, balaghah termasuklah maani, badi wa bayan, mantiq, sarf dan nahw. Manakala subjek subjek bagi ulum al aliyah ialah tafsir al Quran, hadith, usul al hadith, fiqh, usul al fiqh dan cabang cabangnya 22. Namun begitu, bermula kurun ke 14, subjek subjek ulum al juziyyah dimansuhkan pengajiannya di madrasah kecuali subjek hikmah. Ini disebabkan isu isu kontroversi yang timbul berhubungkait tentang persoalan aqidah hasil perbahasan dan perdebatan ilmu terbabit. Sementara dua kumpulan ilmu yang lain tetap diteruskan dan dititkberatkan23. Dengan perluasan kuasa Islam dan berkembangnya kebudayaan serta pemikiran Islam yang sejajar dengan ilmu agama, para ulama mula mengarang pelbagai jenis buku / kitab selain ilmu agama seperti falsafah, logik dan sains. Selain itu, sejumlah terjemahan buku / kitab dari bahasa lain ke bahasa Arab mula muncul dan giat dijalankan. Kebanyakan karya asli yang diterjemahkan ini diajar di madrasah dan digunakan sebagai buku teks. Sebahagian dari usaha ini adalah seperti berikut:

22

Huseyin Atay, Fatih Suleymaniye Medreseleri Ders Programlari ve Icazet Nameler . (in Vakiflar Dergisi, jilid : 13, Ankara, 1981), m.s 190 - 194 23 Mescid Islam Ansiklopedisi. Subjek hikmah, berdasarkan kepada Baysun di dalam Islam Ansiklopedisi, telah dimansuhkan, sedangkan berdasarkan kepada Atay adalah sebaliknya, ia adalah salah satu subjek terpenting di sekolah (madrasah) agama. Lihat Huseyin Atay, m.s 191, 194 - 195

Sebagai contoh, semasa pemerintahan kerajaan Ayyubiyyah dan Mamluk, di madrasah madrasah Jerusalem, sejumlah kitab telah dipelajari di bawah subjek tafsir, antaranya : al Kashshaf an haqaiq al tanzil oleh al Imam Abi al Qasim al Zamakhshari, (wafat 537 H / 1143), Maalim al Tanzil fi al Tafsir oleh al Imam Abi Muhammad al Bugawi (wafat 516 H), Mafatih al- Ghaib oleh al Imam Fakhrud Din al Razi (wafat 606 H/ 1209), Anwar al Tanzil wa asrar al Tawil oleh al Imam Abdullah al Baydawi (wafat 685 / 1280) dan banyak lagi. Pada madrasah yang sama, subjek mantiq (logik) diajar

menggunakan kitab al Shamsiyyah oleh Najmud Din Umar al Qazwini (wafat 693 H) dan Tahdhid al Mantiq wa al kalam oleh Sadud Din al Taftazani (wafat 1389) dan lain lain lagi24. Semasa pentadbiran Uthmaniyyah, madarasah madrasah di Istanbul dan bandar bandar yang lain (termasuk bandar - bandar utama Balkan), di bawah pengajian fiqh terdapat beberapa kitab yang dipelajari, seperti; Hidayah karangan Burhanud Din al Mirginani (wafat 593 H), Durar dan tahqiqnya Gurar karangan Molla Husrev (wafat 885 / 1480), Multaqa al Abhur oleh Halabi Ibrahim (wafat 1549 M) dan sebahagian kitab yang lain25.

24

Untuk maklumat lanjut pada kitab lain dan berkaitan dengan subjek lihat Abdul Jalil H. Abdul Mahdi, Al Madaris fi Bayt al Maqdis fil Asr al Ayyubi wa al Mamluki , jilid : 1, m.s 13 113. 25 Untuk maklumat lanjut pada kitab lain dan berkaitan dengan subjek secara terperinci, Lihat Mescid Islam Ansiklopedisi; Mehmet Ipsirli, Scholarship and Intellectual Life in the Reign of Suleyman the Magnificent, m.s 30 35; Huseyin Atay, Fatih Suleymaniye Medreseleri Ders Programlari ve Icamet Namler, (in Vakiflar Dergisi, jilid 13, Ankara, 1981) m.s 194 195; Ismail Hakki Uzuncarsili, Osmanli Devletinin Ilmiye TeskilYti, (Ankara: Turk Tarihi Kurumu Basimevi, 1988), m.s 20 - 31

Profesor profesor yang mengajar di madrasah dikenali dengan beberapa gelaran berdasarkan pengkhususan mereka seperti

mudarris, syeikh dan ustaz. Gelaran mudarris umumnya diberikan kepada profesor dalam bidang fiqh (undang undang / hukum hakam) dan gelaran syeikh untuk profesor yang mendalami bidang seperti al Quran, hadith, nahu dan mantiq. Mereka akan dipanggil dengan Syeikh al Qiraah, Syeikh al Hadith, Syeikh an Nahw dan kedudukan / posisi mereka pula digelar Mashyakhat al Qiraah, Mashyakhat al Hadith dan sebagainya26. Manakala gelaran ustaz merupakan satu gelaran kehormat dan penggunaannya berterusan sehingga hari ini di negara negara Arab dan dalam dunia pendidikan kontemporari Barat hari ini ia setaraf dengan profesor27. Para pelajar (talaba, tullaab, mufrad : taalib) secara

sistematiknya dilatih oleh profesor dalam pelbagai jenis bidang pengajian Islam dan dibenarkan memilih profesor mereka sendiri mengikut kemahuan mereka. Pelajar pelajar yang akan menimba ilmu di bawah pengawasan profesor dan apabila tamat pengajian dengan cemerlang, secara tradisinya akan memperolehi lesen untuk mengajar (tauliah mengajar) yang dikenali sebagai ijazah, sama ada dari seorang profesor mahupun lebih. Sebagai tambahan, tradisi

26 27

George Makdisi, m.s 153; dan Madrasa EI Madrasa EI

10

penganugerahan ijazah mempunyai sejarah yang panjang dalam kehidupan pendidikan umat Islam28.

Wallahualam

28

Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk kepada Kertas Kerja Tradisi Penganugerahan Ijazah dalam Sistem Pendidikan Umat Islam oleh penulis yang sama dan juga telah siap saya menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu - Penterjemah

11

Anda mungkin juga menyukai