Anda di halaman 1dari 17

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

SEMESTER : MEI 2013 TUGASAN KURSUS INDIVIDU

NAMA

: ROSNAIDA BINTI MUHAMMAD NOR

NO MATRIK : 730620115402002 NO.KP NO.TEL EMAIL : 730620115402 : 0199760277 : cikgu.naida@gmail.com

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH 24050 KEMAMAN, TERENGGANU

KERTAS KERJA PROGRAM PEMANTAPAN KURIKULUM MURID MURID PENDIDIKAN KHAS INKLUSIF 2013

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

ABSTRAK Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana merekamemasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana danmengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibatsecara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Objektif kertaskerja ini adalah ingin merungkai setiap satu masalah berkaitan dengan perlaksanaan programinklusif yang berkesan. Permasalahan ini banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan yangdihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap individu di sekolah perlumemainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program inklusif

yangdilaksanakan.Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan peranansetiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan. Antara isu yang sering diutarakanialah burn-out dikalangan guru aliran perdana mengajar pendidikan khas. Oleh itu kertas kerja ini diharap dapat mengupas isu apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa,sekolah dan pihak luar dalam menjayakan program inklusif yang berkesan di sekolah

PENDAHULUAN Pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema(2010), ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan. Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan seperti kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu, adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan pendidikan inklusif ini ke arah kebaikan semua pihak. LATAR BELAKANG Sebelum abad ke 19, dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya. Awal abad ke 19, Thomas H,.Gallandet (1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Pada pertengahan abad ke 19, organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas. Pada tahun 1975 The Education of All Handicapped Act telah dibaca di Kongress Amerika dan menyebabkan kemunculan pendidikan segregated. Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini. Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa. Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan falsafah pendidikan khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan komunikasi, kemahiran motor dan

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

insan yang berkemahiran, berhaluan, beriman, berupaya, berdikari, mampu merancang dan meneruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. (Sabilah, 2006) Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di persidangan dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek tertentu seperti intelek, rohani, jasmani, emosi, social, bakat, nilai-nilai moral dan estetika. (Mohd Najib, 2006) OBJEKTIF Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama murid normal.

Barirah (1995) menyatakan 4 objektif pendidikan inklusif: i) Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat. ii) Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yg disediakan. iii) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas setanding dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. iv) Untuk mengelak daripada diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Objektif Pendidikan Inklusif Secara Ringkas: i) Semua murid boleh belajar ii) Bersifat individu iii) Berteraskan penghasilan iv) Penghargaan bagi semua v) Kurikulum yg merentas

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

vi) Pembelajaran aktif vii) Mempelbagai reka bentuk penilaian viii) Strategi pengajaran berteraskan penyelidikan pembelajaran ix) Menyemai peningkatan prestasi melalui kaedah `child centered`

SENARIO BERKAITAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI MALAYSIA YANG DIJALANKAN OLEH BADAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN. Selain daripada kesedaran di pihak guru dan ibu bapa komuniti sekeliling juga bertindak dalam membantu pelajar bermasalah pembelajaran. Mereka tidak dipinggirkan sewenangwenangnya. Dari pandangan global, pihak kerajaan menjadi tunjang masyarakat dalam menghapuskan jurang perbezaan diantara pelajar dalam aliran perdana dan pelajar berkeperluan khas, khususnya pelajar bermasalah pembelajaran. Di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia pada tahun 1964, Unit Pendidikan Khas telah di tubuhkan. Ianya telah di tukar menjadi sebuah jabatan pada tahun 1995 an di gerakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Unit ini berperanan bagi menyediakan program dan latihan dalam pendidikan khas untuk guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan pengetahuan guru-guru dan para kakitangan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas di samping menyedikan khidmat-khidmat pendidikan bagi pelajar berkeperluan khas dalam sistem pembelajaran inklusif. Seiring dengan keperluan semasa Kementerian Pelajaran telah mewujudkan posisi guru (LAT) iaitu Guru Pembantu Pelajaran. Mereka adalah guru-guru terlatih yang mempunyai Sijil Pendidikan Khas dari (UBD dan Kementerian Pelajaran). Atas misi menghapuskan jurang di antara pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dengan pelajar-pelajar berarus perdana, Kementerian Pelajaran telah menjalankan satu projek yang di namakan Projek Rintis ISD (Instrumen Senarai Semak Disleksia). Jabatan Pendidikan Khas menjalankan projek ini. Senario projek ini adalah untuk mengenalpasti murid yang tercicir kemahiran 3M (Mengeja, Membaca, Menulis).

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

Di samping itu, melalui media massa, media elektronik dan media cetak isu kanak-kanak berkeperluan khas ini telah giat di utarakan. Melalui pelbagai pertubuhan laman-laman web dan buku-buku kita boleh memperolehi maklumat yang pelbagai tentang kanak-kanak yang menghadapi simpton-simpton tersebut. Ini juga merupakan salah satu hasil tindakan untuk kesedaran dan

kebertanggungjawabkan umumnya untuk golongan pelajar berkeperluan khas dan khususnya secara tidak langsung untuk pelajar bermasalah pembelajaran. Beberapa pertubuhan dan persatuan masyarakat telah ditubuhkan dalam menyokong dan memberi bantuan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ini. Contohnya di New York sebuah pertubuhan yang di namakan Resources For Children With Special Needs atau d engan nama singkatan RCSN telah di tubuhkan. Ia bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan dari segi sosial, kognitif dan fizikal kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Badan pertubuhan ini memainkan peranan penting untuk menolong mana-mana kanak-kanak berkeperluan khas untuk mengenalpasti dan menguasai potensi mereka. Ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas juga di beri bantuan dalam membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk menguruskan anak-anak yang berkeperluan khas. Ibu bapa di bimbing untuk mendapatkan pendidikan yang sesuai untuk anakanak mereka. Dalam menunaikan rasa bertanggungjawab terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini di Malaysia satu kempen yang di namakan Kempen Pelan Pembangunan Pendidikan Khas Open Minds telah dilancarkan oleh Procter & Gamble 1999. Ianya bagi membantu lebih kurang 314,000 orang pelajar sekolah rendah yang mengalami disleksia. Di peringkat dunia, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan 2 April pada setiap tahun sebagai Hari Autisme sedunia bermula pada tahun 2008. Jika di lihat di negara Brunei, pihak kerajaannya telah mewujudkan Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC) yang mana berfungsi untuk menguruskan kanak-kanak autisme. CPC menyediakan penyelidikan, penilaian dan penyelarasan rawatan.

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

Pusat ini juga menawarkan perkhidmatan khidmat nasihat profesional untuk ibu bapa, guru-guru dengan kerjasama UPK dan Kementerian Pelajaran. Program pendidikan inklusif merupakan Program Percantuman atau Integratedyang di amalkan sejak tahun 1962 lagi. Bagi memastikan murid-murid bermasalah pembelajaran seiring dengan murid normal Kementerian Pelajaran telah menubuhkan dan membuka sebilangan sekolah dengan program rintis disleksia. Sekolah-sekolah tersebut di buka setiap negeri seperti Sekolah Sultan Yusof Batu Gajah dan Sekolah Kepayang, Ipoh di Perak. Manakala Sekolah Fakeh Abd Samad di Kuantan, Pahang dan banyak lagi. Kementerian juga membuka peluang kepada murid-murid yang di dalam kategori ini untuk menambah masa peperiksaan yang diduduki oleh mereka dari setengah jam hingga satu jam (bergantung kepada subjek). Selain pihak kerajaan, media massa juga menyebarkan peranan mereka dengan mengutarakan banyak isu tentang pendidikan inklusif. Melalui pendedahan dalam laman-laman di internet dan cetakan buku-buku member ruang kepada kita untuk menambah pengetahuan tentang keperluan murid-murid dan mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pendidikan khas.

Rentetan scenario ini, banyak pertubuhan diwujudkan bagi membela murid-murid yang berkeperluan khas. Mereka menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi untuk murid-murid berkeperluan khas selepas waktu persekolahan. Dengan rasa tanggungjawab juga, Protect & gamble telah melancarkan satu kempen iaitu Kempen Pelan Pembangunan Pendidikan Khas Open Mind. Program ini bertujuan untuk membantu lebih kurang 314,000 orang murid bermasalah disleksia.

POLISI KPM Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di manamana agensi.

Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut: Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain); Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana.

Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah pendidikan khas.Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini.

a. GELOMBANG 1 Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif. b. GELOMBANG 2 Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi menangani pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikankhas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.

c. GELOMBANG 3 Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN). Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025. MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH, KEMAMAN. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap murid-murid di Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, didapati ada seorang murid yang layak dipertimbangkan utnuk mengikuti kelas pendidikan inlkusif. Nazrol Amin bin Nasir ialah murid tahun 6 di sekolah saya. Murid ini menghadapi masalah pembelajaran memandangkan pada tahap umur 12 tahun, dia masih belum menguasai 3M. Nazrol Amin tidak menunjukkan tingkah laku yang ganjil yang boleh menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran. Dia juga tidak menganggu pengajaran dan pembelajran dalam bilik darjah. Saya akan berusaha untuk mendapatkan persetujuan daripada ibu bapanya untuk ditempatkan di kelas pendidikan inklusif.

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

KEPERLUAN LOGISTIK Untuk mewujudkan kelas pendidikan di sekolah, banyak perkara yang perlu diambil kira. Ianya meliputi banyak aspek. Di sini saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang perlu ada. Tenaga Pengajar Yang Terlatih a. Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing) Di antara peranan yang dimainkan oleh guru pendidikan khas dalam PdP adalah : Mengajar murid berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum dan selepas sesi PdP. Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum PdP. Aktiviti pengukuhan dan pengayaan juga mudah dan senang untuk dilaksanakan. Mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa program pendidikan inklusif dijalankan. Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudah cara di program inklusif bagi aktiviti amali dank o-akademik untuk mata pelajaran dan topic tertentu. Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran. Waktu PdP guru pendidikan khas (guru pembimbing) boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan jumlah waktu yang diperuntukkan. Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikut keperluan dan kesesuaian.

b. Peranan Guru Besar Guru Besar perlu menitik beratkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin Program Pendidikan Inklusif dapat ditadbir dengan sempurna. Di antaranya adalah : Mempengerusikan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di sekolah. Memastikan guru pembimbing yang dilantik terdiri dari personalia terlatih dalam bidang pendidikan khas.

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

Memastikan guru pendidikan khas (guru pembimbing) menumpukan seluruh tenaga, kepakaran dan kemahirannya untuki meningkatkan keberkesanan PdP.

Memastikan guru pendidikan khas (guru pembimbing) melaksanakan senarai tugas serta menggunakan Garis Panduan Inklusif di Program pendidikan Khas Integrasi secara optimum.

Memastikan guru pendidikan khas (guru pembimbing) membimbing murid khas mengikuti matapelajaran tertentu terutama matapelajaran teras.

Jadual waktu pendidikan khas mestilah diselaras mengikut perjalanan jadual waktu aliran perdana mengikut keperluan.

Membuat pemantauan program pendidikan inklusif serta memastikan semua peraturan dan prosedur kerja yang ditetapkan dipatuhi.

Pihak Pengurusan Di antara peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan adalah : a. Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik. b. Merakam program siaran TV Pendidikan untuk diguna pakai mengikut jadual waktu yang sesuai. c. Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat pendidikan dan pengetahuan kepada murid-murid pendidikan khas serta membantu dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan.

Bilik Resos Adalah bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran sebelum dan selepas program pendidikan inklusif. Ia juga dijadikan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan tambahan PdP pendidikan khas. Kita hendaklah mengetahui cirri-ciri rekaan resos bagi menentukan peralatan yang disediakan dalam bilik resos sesuai.

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

CIRI-CIRI REKABENTUK RESOS Rakan pembimbing Rakan pembimbing memainkan peranan penting dalam membantu rakan-rakan pendidikan khas di kelas mereka dengan menerima dan bergaul dengan baik akan kehadiran pelajar berkeperluan khas di dalam bilik darjah mereka. Mereka juga bertindak sebagai rakan pembimbing dan menjadi role model kepada murid inklusif di kelas mereka. Murid pendidikan inklusif akan rasa diterima dan dihargai serta merasa termotivasi dengan situasi yang wujud itu seterusnya akan meningkatkan rasa penghargaan kendiri mereka.

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

Ibu bapa Di antara peranan yang dimainkan oleh ibu bapa murid pendidikan inklusif adalah : a. Memberi sokongan dan motivasi kepada murid berkeperluan khas b. Membantu mengulang kaji di rumah c. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif

PENUTUP Matlamat utama pendidikan inklusif ini ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Prospek untuk melanjutkan pelajaran bagi murid-murid bermasalah pembelajaran yang berumur 14 tahun dan tamat di sekolah rendah Program Kanak-kanak Khas lebih luas kerana mereka boleh meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah dan matapelajaran pra vokasional dan dititik beratkan seperti yang di rujuk dalam surat KP (BS-PK) 8501/PPP-KBP/Jld.JLD.IV/(4) bertarikh 3 Disember 1991 kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Untuk ini mereka boleh membuat permohonan dengan mengisi borang-borang BPKKK (Pindaan 2003-Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-kanak Keperluan Khas) berumur 0-18 tahun. Borang-borang ini boleh di peroleh daripada hospital kerajaan, unit pediatrik, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan cawangan Persatuan Disleksia. Kesimpulan Guru dan ibu bapa mestilah menjadi penganjur dan pelopor kepada kanak-kanak yang memerlukan pendidikan inklusif dengan lebih berkesan lagi. Walaubagaimanapun, segala usaha kearah ini tidak mungkin tercapai tanpa komitmen dari pihak-pihak lain. Kesedaran untuk mengambil tindakan seperti ini amatlah penting kerana ia akan memberi kesan dan implikasi yang berpanjangan ke atas perubahan sosial di masa hadapan. Ini kerana anak-anak istimewa hari ini adalah pemimpin masyarakat, guru, penulis, ahli politik, doktor dan sebagainya. Life is like a box of chocolate, you wouldnt know what you might get, until you open and eat them. Forrest Gump

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

Disediakan oleh: .............................................. (ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR) Pengerusi Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, 24050 Kemaman, Terengganu.

disahkan oleh ..................................................... (ZAKARIA BIN SALLEH) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, 24050 Kemaman, Terengganu.

730620115402002

ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR

BIBLIOGRAFI Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Robertson, K., Chamberlain, .B & Kasari, C. (2003). General Education Teachers Relationships with Included Students with Autism. Journal of Autism and Development Disorder, 33(2).

Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-50

Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.