Anda di halaman 1dari 2

Ujian Alternate Hand Wall Toss Ujian ini dijalankan bagi menguji tahap koordinasi mata dan tangan

n Peralatan dan kemudahan : o Bola Tenis, dinding yang rata, pita penanda, jam randik, pencatat. Kelebihan : o Tidak memerlukan kos yang banyak o Peralatan yang digunakan mudah didapati o Peralatan sedikit o Mudah dilaksanakan o Mencabar Kelemahan : o Kebolehan menangkap bola boleh dipengaruhi oleh kekuatan balingan bola serta arah balingan o Kemahiran melambung dan menyambut bola juga mempengaruhi keputusan ujian Prosedur perlaksanaan ujian : i. ii. iii. Peserta berdiri dengan keadaan kaki dibuka seluas bahu menghadap dinding. Jarak antara peserta di garisan permulaan dan dinding adalah sejauh 2 meter. Peserta akan memulakan balingan bola tenis ke arah dinding dengan tangan kanan/kiri dan akan menyambut bola yang terlantun di dinding dengan tangan yang berbeza (kanan/kiri). iv. v. Proses ini akan dilakukan secara berulang dan berterusan selama 30 saat. Balingan dengan tangan kanan yang disambut dengan tangan kiri dan balingan dengan tangan kiri yang disambut dengan tangan kanan dikira sebagai 1 ulangan. vi. Peserta akan diberi tiga kali percubaan dan catatan jumlah ulangan yang terbanyak akan diambil sebagai catatan.