Anda di halaman 1dari 2

KOMPLIKASI HYPEROPIA ATAU MASALAH RABUN DEKAT Individu yang menghidap penyakit jenis hperopia mempunyai tanda tanda

a yang boleh dilihat. Antaranya ialah ialah seperti mengalami penglihatan yang kabur dimana mereka tidak mampu untuk melihat objek yang dekat dengan jelas dan terang seperti membaca buku. Keupayaan akomodasi menurun semakin usia meningkat. Disamping itu, gejala perit mata juga akan berlaku sekiranya penggunaan akomodasi yang berterusan untuk penglihatan yang jauh. Selain itu, penghidap hiperopia juga akan mengalami sakit sakit kepala sama seperti penghidap astigmatisme dan myopia. Sakit kepala akan berlaku apabila mata digunakan untuk melihat objek yang lebih dekat. Walaubagaimanapun, sakit kepala ini akan hilang apabila berhentinya penggunaan mata untuk melihat objek yang dekat. Bagi penghidap hiperopia ini jua, penghidap akan merasa sensitif pada cahaya. Kesan hperopia akan bertambah sekiranya tidak dirawat dengan segera. Misalnya menonton television dengan jarak yang dekat akan merosakkan mata. Akibatnya penglihatan tidak berapa jelas dan hal ini menyusahkan individu secara berterusan. RAWATAN UNTUK HYPEROPIA Terdapat beberapa cara untuk merawat hpropia. Individu yang mengalami masalah rabun dekat boleh menggunakan tiga kaedah iaitu menggunakan kaca mata, menggunakan kanta lekap dan pembedahan refratik. Kaca mata Kaca mata adalah lensa tipis untuk mata guna menormalkan dan mempertajam penglihatan (ada yang berangka dan ada yang tidak). Sekarang selain menjadi alat bantu penglihatan, kaca mata juga sudah menjadi pelengkap gaya serta menjadi alat bantu khusus untuk menikmati hiburan seperti kaca mata khusus tiga dimensi tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas, tetap dapat melihat objek jauh dengan jelas.

Kanta lekap Ketika mula diperkenalkan, kanta lekap tidak lebih daripada pengganti kaca mata. Golongan berkaca mata yang merasa rimas, boleh beralih kepada kanta lekap untuk mencari kelainan biarpun sukar melakukannya kali pertama. Namun pemeriksaan mata secara menyeluruh sepatutnya dilakukan mengetahui kesesuaian seseorang untuk menggunakan kanta lekap. Ini kerana kanta lekap akan memberi kesan secara langsung terhadap metabolisme dan fisiologi kornea mata. Jika ingin memahami fungsi kanta lekap, pengguna perlu menjalani pemeriksaan mata yang teliti dan mendapatkan preskripsi pakar mata sebelum menggunakan kanta lekap. Ini bagi mengelakkan berlakunya komplikasi yang tidak diingini pada mata anda kelak Seperti cermin mata, kanta lekap adalah sejenis alat bantuan penglihatan Cuma berbeza dengan cermin mata yang berbingkai dan pemakaiannya boleh dilihat, kanta lekap pula diperbuat daripada plastik, lebih kecil, nipis, ringan dan melekap pada mata. Bagi individu yang menggunakan kanta lekap tanpa merujuk pakar, risiko mengalami masalah mata adalah tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi pengguna kanta lekap ialah jangkitan, alahan hingga lebih kronik, risiko menjadi buta. Sehubungan itu, individu yang ingin menggunakan kanta lekap, sama ada untuk pembetulan penglihatan atau tidak, perlu membuat pemeriksaan mata dengan doktor bertauliah. Pembedahan Refratik ( LASIK ) Rawatan LASIK merupakan prosedur pembedahan laser paling popular untuk mengoptimumkan daya penglihatan dan menjadi pilihan kerana tempoh pemulihan yang pantas serta kurang komplikasi (kesan sampingan) berbanding pembedahan refraktif lain. Prosedur ini adalah satu kaedah di mana rawatan laser dilakukan ke atas kornea untuk mengubah bentuk kornea bagi membolehkan imej difokus dengan baik ke atas retina. Kaedah ini dikatakan selamat kerana LASIK mempunyai risiko yang kecik dan komplikasinya adalah sangat jarang (1% sahaja). Komplikasi yang sering berlaku ialah mata kering (seminggu selepas prosedur).

Anda mungkin juga menyukai