Anda di halaman 1dari 6

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

1.0 PENULISAN ILMIAH (BAHAGIAN A) Pada tahun 2011, era pendidikan mengalami transformasi secara besar-besaran dengan pengenalan KSSR dan KSSM bagi menggatikan kurikulum yang sedia ada iaitu KBSR dan KBSM dirintis oleh murid tahun 1 dan murid tingkatan 1. Implementasi kurikulum baru tersebut telah diumumkan pada jun 2010 oleh kementerian pendidikan Malaysia dan akan diimplementasikan sepenuhnya menjelang tahun 2016 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Ini bagi memastikan seluruh murid sekolah rendah dapat mencapai literasi asas selepas enam tahun menjalani pendidikan formal. Selain kurikulum, kaedah pentaksiran yang baharu juga diperkenalkan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah selaras dengan kurikulum tersebut. Kini pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (KSSR) ini telah mencapai tahun ke-3 diteruskan oleh murid tahun 3 dan tingkatan 3. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dikenali dengan singkatan (PBS), atau School Based Assessment (SBA). Ini kerana, pentaksiran adalah amat penting jika ingin mengetahui tahap pencapaian penguasaan murid dalam subjek yang diajar (Nordin, 2002). Transformasi ini ini selaras dengan National Key Result Areas (NKRA) Malasysia ke 2 seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Implementasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini menyebabkan UPSR tidak lagi menjadi altenatif atau pemberatan utama ketika menguji pencapaian murid. Ujar ketua menteri pendidikan negara, pemansuhan UPSR dan PMR dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek perbelanjaan mengurus, penggunaan sumber manusia dan mengurangkan beban tugas guru untuk mengendalikan perperiksaan (Yassin, 2010).Menurut pelan perancangan pendidikan UPSR diteruskan sehingga 2016 tetapi kini soalan-soalan ujian tersebut akan lebih menguji kemahiran berfikir lebih daripada format soalan tahun-tahun sebelum ini (Laporan Awal Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 2013). PBS merupakan pentaksiran yang bersifat lebih holistik menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah
1

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

Pendidikan Malaysia).

Kebangsaan

(Informasi

PBS

Kementerian

Pendidikan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada 2 komponen utama iaitu akademik dan bukan akademik.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Akademik Pentaksiran pusat Pentaksiran sekolah

Bukan Akademik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentakssiran Psikometrik

Rajah 1.0: Komponen-Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

Instrumen penilaian atau evidens adalah disediakan sendiri oleh pihak sekolah berpandukan standard pembelajaran yang dikeluarkan oleh lembaga perperiksaan.Penilaian PBS KSSR adalah berbentuk band, yang terdiri daripada band 1 hingga 6 seperti pada jadual. Band Standard Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara asas Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah diperlajari Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi

Jadual 1.0: Band dan cirri-ciri standard yang perlu dikuasai oleh murid

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

Menurut Jurnal The Implementation of School Based Assestment In Primary School Standard Curriculum mengkaji 4 aspek utama iaitu kefahaman guru untuk mengaplikasikan PBS, Kebolehan guru untuk mengaplikasikan PBS, kemudahan yang diberi untuk PBS, dan

kecukupan masa yang digunakan. Sebanyak 157 orang responden daripada pelbagai sekolah rendah dari seluruh negara yang terdiri daripada 61 lelaki dan 96 perempuan. Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa guru memahami kehendak dan pelaksanaan PBS, guru mampu melaksanakan PBS, dan kemudahan yang disediakan untuk PBS adalah mencukupi. yang Walaubagaimanapun, negatif terhadap responden masa banyak untuk

memberi

respon

bebanan

melaksanakan PBS di sekolah (Othman, 2013). Oleh itu, masa untuk guru mengajar dan aktiviti lain seperti PBS dan kokurikulum patut dikaji semula kerana masa yang terlalu banyak semasa melaksanakan dan merekod PBS. Pelaksanaan formatif Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dan pentaksiran sumatif Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, UPSR (KBSR) ini banyak perbezaan tetapi berdasarkan tunggak yang sama iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, dan berakhlak mulia,

bertanggungjawab,

berketrampilan

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah Pendidikan Kebangsaan

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

Tunggak PBS KSSR dan KBSR adalah sama iaitu pembentukan secara menyeluruh insan secara seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Selain itu, PBS Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan PBS Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mempunyai banyak perbezaan daripada aspek kriteria dan pelaksanaan. KBSR Menggunakan sukaran pelajaran dan huraian sukaan pelajaran yang berpandukan KBSR. Hasil sasaran setelah proses pembelajaran yang ingin sebagai dicapai sesuatu dan Sasaran ketika mengajar Perbezaan Kurikulum KSSR Menggunakan Dokumen

kurikulum KSSR yang dikenali sebagai Dokumen Standard Standard kandungan dan

standard pembelajaran sebagai sasaran sewaktu merancang

menamatkan pengajaran

pembelajaran dan pengajaran

pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menurut kementerian pendidikan untuk menambah kebolehan murid untuk mempelajari bahasa ingeris. Namun, ketika perbincangan parlimen 2013, timbalan menteri pendidikan menyatakan bahawa PPSMI adalah bertujuan untuk murid mudah mencari maklumat secara global dan universal (Yap, 2013) Ujian seperti UPSR Dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ujian Sumatif yang dikeluarkan oleh pihak sekolah Manakala penilaian formatif disediakan oleh guru dan penilaian penggal disediakan Strategi Penguasaan Bahasa Inggeris MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012

Instrumen penilaian

Intrumen disediakan oleh pihak sekolah standard dikeluarkan perperiksaan berpandukan prestasi oleh oleh yang lembaga

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

oleh sekolah

(ujian sumatif yang lain tidak lagi wajib dijalankan)

Bagi UPSR dinilai oleh guru-guru luar yang dilantik oleh lembaga perperiksaan Mengikut gred seperti A, B, C, D, E, dan F

Penilai

Dinilai oleh guru subjek

Teknik

Menggunakan

band

dari

penilaian tahap hingga 6 murid

Lebih kepada format sumatif, menilai isi pembelajaran murid bagi 6 tahun pemahaman murid terhadap pengajaran pembelajaran dan

Format

Formatif, menguji kefaman murid bagi setiap proses pengajran dan pembelajran yang dijalankan

Jadual 2.0: Perbezaan Antara Pentaksiran KSSR dan KBSR Daripada kenyataan tidak rasmi, Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi tahun 4 pada tahun 2014 adalah amat berbeza dengan PBS tahun 13. Dokumen standard kurikulum disatukan dengan dokumen standard prestasi maka terhasilah Dokumen standard kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dimana lebih mudah digunakan dan dirujuk oleh guru. Penggunaan band ditukar kepada tahap penguasaan yang lebih lengkap dan menyeluruh. Sistem offline dalam bentuk excel digunakan sebagai rujukan guru bagi melaporkan perkembangan kepada ibu bapa dan tidak perlu merekod dalam talian bagi mengelakkan bebanan talian (Khodori, 2013).

Anda mungkin juga menyukai