Anda di halaman 1dari 7

Kod Etika Keguruan

Disediakan oleh : Nur Syahirah binti Abu Bakar Aena binti Nasir Muhamad Helmi bin Khaizuran

Etika
Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahliahli berkenaan.

Kod Etika
Nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua ahli yang menjalankan pekerjaan tersebut. Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.

merupakan garis panduan yang menyenaraikan nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh guru-guru Malaysia.

setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:

tanggungjawab terhadap pelajar

tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Kod Etika Perguruan

tanggungjawab terhadap ibu bapa

tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

(a) Tanggungjawab terhadap Pelajar


Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar

Bersikap adil terhadap setiap pelajar


Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

(b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa


Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.