Anda di halaman 1dari 2

Disiplin ialah sesuatu yang mengawal tingkah laku dan emosi seseorang.

Masalah disiplin kerap berlaku kerana seseorang itu tidak mempunyai kawalan atas perbuatan dan perasaan pada diri mereka untuk melakukan sesuatu yang salah atau tidak bermoral. Masalah ini kerap berlaku dalam kalangan remaja terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Golongan ini sering melakukan masalah disiplin atas tujuan dan kemahuan mereka sendiri bak kata hikmah , ikut hati mati , ikut rasa binasa. Namun, masalah disiplin ini juga berlaku disebabkan punca-punca yang tertentu. Antara punca masalah disiplin dalam kalangan pelajar ialah persikataran. Hal ini kerana persekitaran yang tidak elok menyebabkan seseorang individu terjebak dengan masalah disiplin. Persekitaran yang kurang harmoni seperti tempat yang sering berlakunya gejala negatif ini boleh menyebabkan seseorang itu untuk terjebak dalam kesalahan disiplin . Hal ini kerana pengaruh kuat daripada persekitaran sekeliling dapat memberi impak kepada diri pelajar bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Contohnya, di persekitaran seperti pusat beli-belah , kelab dangdut, lorong-lorong gelap dan sebagainya. Oleh itu, kita mestilah pandai memilih rakan untuk kita bergaul bersama agar kita bergaul secara sihat dan tidak tepedaya daripada anasir pidana. Di samping itu, sekolah juga merupakan salah satu punca penyebab kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian, peraturan sekolah yang kurang ketat menyebablam pelajar semakin berani untuk melanggar peraturan yang telah ditetapkan tersebut. Manakala, sikap keluarga yang suka bersikap campur tangan menyebabkan pihak sekolah sukar untuk mengambil tindakan kerana khuatir ibu bapa akan menunding jari kepada pihak sekolah atas kesalah anaknya sehingga akan melibatkan campur tangan pihak atasan kelak. Tuntasnya, pihak sekolah harus menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekolah dan mengetatkan lagi peraturan yang dijalankan di sekolah supaya dapat mengurangkan kes masalah disiplin bak kata pepatah, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Selain itu , kebejatan moral dan disiplin pelajar era globalisasi ini juga berpunca daripada institusi keluarga, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Keluarga merupakan sumber perdana untuk pelajar menerima kasih saying dan perhatian yang secukupnya. Namun, terdapat segelintir pelajar yang tidak mendapat perhatian keluarga kerana terdapat sebilangan kecil ibu bapa yang mempunyai sikap endah tak endak dalam menguruskan hal anak-anak. Sepatutnya ibu bapa perlu mengetahui hal anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, sentiasa memberi nasihat, membuat pemantauan terhadap aktiviti seharian anak-anak dan meluangkan masa dengan anak-anak pada hujung minggu. Sebagai intiha bicara, ibu bapa perlulah bijak untuk melahirkan anak-anak yang berjaya dan modal insan yang cemerlang. Tambahan pula, diri sendiri juga menjadi factor sampingan yang turut menyebabkan kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, segelintir pelajar mempunyai rasa ingin tahu terhadap perkara yang berisiko. Selain itu, mereka juga cenderung untuk bergurau secara berlebih-lebihan yang akan memudaratkan diri mereka sendiri dan orang lain bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Rentetan daripada itu, sebagai pelajar mereka juga menghadapi stress dan konflik dalam diri sendiri yang mendorong mereka melakukan masalah disiplin. Misalnya, kesukaran

dalam membuat kerja sekolah, tiada keyakinan diri dan sebagainya. Konklusinya, remaja perlu bijak menangani masalah yang dialami mereka kerana pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara. Tuntasnya, masalah disiplin dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan sekiranya rakyat bersatu padu sejajar dengan kata yang pernah diucapkan oleh mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Malaysia menjadi negara maju pada tahun wawasan 2020 direalisasikan bak kata peribahasa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlulah berganding bahu bagi membentuk disiplin pelajar agar mereka lebih cemerlang. Seterusnya , dengan kes masalah disiplin sifar akan menaikkan nama sekolah sekali gus mempamerkan sisi yang baik kepada imej negara terhadap pelancong .

Anda mungkin juga menyukai