Anda di halaman 1dari 11

Sejarah Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila
F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua
tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah
diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang
pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun
begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler
dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan
yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada
tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun
lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada
tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di
Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan
Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone.
Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan
Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di
Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan
Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah
Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia),
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913
Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau
Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922
Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan
Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM
Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

Secara Ringkasnya:

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )

2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )

3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )

4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)

5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )

6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )

7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )

8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )

9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )


10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )

11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )

12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan
Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1
Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun
1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia
sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Sejarah Pengakap Dunia

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-
Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar
London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell
bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England.
Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama
ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan
diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah
Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah,
belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai
Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876,
kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan
di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan
Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang
bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan
ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-
askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa
di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama
kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar
berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan
pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan
British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam
peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000
orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga
beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya
memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral
ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-
Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera
Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu
perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut
serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya
dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat
patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu,
menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau
Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys".
Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta
perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu
wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di
England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun
1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di
seluruh dunia.

Biodata BP

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya
akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara


Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

Undang - Undang Pengakap


Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,
Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang
dibawahnya.

Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa
negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala
patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat

Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
Hormat Pengakap

1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan
dan penghormatan.

2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.

3. Selapas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.

5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

Simpulan dan Ikatan

SIMPULAN DAN IKATAN

BUKU SILA
Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama
besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali
tersebut senang dibuka semula
BUNGA KETI
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali
perahu dengan tali kapal

BUNGA KETI BERGANDA


Kegunaannya : -
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar
dan dapat digunakan dengan selamat.

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT


Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana
Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya

SIMPUL MANOK (Clove Hitch)


Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)


Kegunaannya : -
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali
yang licin
SIMPUL PULIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga
digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh

LILIT BALAK
Kegunaannya : -
Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang
Balak

TINDIH KASIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat
lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti
kucing terjatuh ke dalam telaga
SIMPUL PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)
Kegunaannya : -
Untuk Mematikan Hujung Tali Supaya Tidak Terurai

Lagu Pengakap

Yepi, Yey, Yey,Yey,


Yepi, Yey, Yey,Yey,
Yepi, Yey, Yey,Yey.
Saya Pilih Pengakap Saja,
Siang Jadi Kenangan,
Malam Jadi Impian
Cintaku Semakin Mendalam
Lagu Undang-Undang
Dipercayai taat berguna,
Bersahabat berbudi,
Kasihkan binatang menurut perintah,
Tabah hati berjimat, Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan
Kalau rasa gembira
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan.
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, petik jari.
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, cubit peha.
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, hentak kaki.
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, kata horey.
Selamat Jumpa
Selamat Jumpa, Selamat Jumpa,
Selamat Jumpa Kawanku,
Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku,
Senang Hey, Riang Hey,
Hura, Hure, Hiro,
Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey,
Hura, Hure, Hiro.
Di sini kita berkumpul
Di sini, di sini kita berkumpul,
Di sini, di sini kita berkumpul,
Salam, salam,salam,salam, salam, hoi..
Here we're, here we're Here we're again,
Here we're, here we're Here we're again,
Hello, hello, hello, hello, hello, hoi..
Cai ceni, cai ceni wama chai cehe ni,
Cai ceni, cai ceni wama chai cehe ni,
Auma, auma,auma, auma, auma, hoi…
Engapo, engapo, engapo ring ghe
Engapo, engapo, engapo ring ghe
Manikam, manikam, manikam, manikam, manikam, hoi…
Saya dari Malaysia suka hati,
Saya dari Malaysia suka hati,
Suka, suka, suka, suka, suka hati,
Saya dari Kuala Lumpur suka hati,
Saya dari Kuala Lumpur suka hati,
Suka, suka, suka, suka, suka hati,
Di sini senang, di sana senang
Di sini senang, di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang,
Di sini senang, di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang,
Saudara, saudari,
La…la…la….la…la..la…la……,
Saudara, saudari,

Logo & Lencana Pengakap


Logo Pengakap Dunia Logo pengakap Malaysia Logo Pengakap Perempuan

Lencana Keahlian Logo Scout Net Logo Jambori Dunia 1999

Logo Jambori Dunia 2003 Logo Jambori Dunia 2003 Logo Jambori Dunia 1947

Logo Jambori Dunia 1995 Logo Jambori Dunia 2007

Anda mungkin juga menyukai