Anda di halaman 1dari 9

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

FIZA. NISA. CHRISTINE. JOO ING. MUBARAK.

SEJARAH

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975)mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

SEJARAH

Menurut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baharu demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

PENGENALAN

Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval.

PENGENALAN

Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Galbraith, 1994). Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

PRINSIP

Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat. Pengaliran maklumat dua hala. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

EMPAT PROSES UTAMA


1) Pengekodan ('Encoding') Proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. 2) Penyimpanan ('Storage') Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. 3) Mengingat Kembali ('Retrieval') Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. 4) Lupaan ('forgetting') Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Model pemprosesan maklumat sama seperti model komputer, iaitu terdiri daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/ working memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory). Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara satu hingga tiga saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ingatan jangka pendek itu akan hilang serta merta.

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Ingatan jangka panjang dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu ingatan episodik, semantik dan procedural. Ingatan jangka pendek adalah ingatan yang bekerja atau ingatan sedar. Pengajaran konsep bermula dengan teori perkembangan Piaget dan Burner. Matlamat pengajaran konsep adalah untuk membantu pelajar memperoleh pemahaman mata pelajaran yang dipelajari dan bagi menyediakan asas untuk pemikiran tahap tinggi. Pengajaran konsep direka bentuk untuk mengajar konsep utama dan diaplikasikan kepada pelajaran lain.

Anda mungkin juga menyukai