Anda di halaman 1dari 5

Konsep Strategi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan secara umumnya, strategi ialah kebijaksaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada 4 kategori yang utama, iaitu strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, strategi berpusatkan bahan dan strategi berpusatkan masalah. Strategi berpusatkan guru merupakan strategi paling lama diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya perkembangan sistem perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar hanya bersifat pasif. Maka, hanya komunikasi sehala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi. Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat yang wujud. Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru. Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita. Strategi berpusatkan murid pula ditekankan melalui KBSR. Ciri-ciri utama KBSR adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara. Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran. Teknik

perbincangan dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat.

Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka. Bagi strategi berpusatkan bahan, strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah. Ia bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan. Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh

mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru. Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau uji kaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan. Strategi berpusatkan masalah dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Ia boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Dalam strategi ini, pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Ia memerlukan proses penaakulan yang agak tinggi. Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian (hipotesis), menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar pendapat, bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, terdapat sembilan contoh strategi yang sentiasa digunakan, iaitu Belajar Cara Belajar, Kemahiran Berfikir,

Teori Kecerdasan Pelbagai, Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Akses Kendiri, Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Secara Konteksual dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Belajar cara belajar merupakan proses memperoleh teknik pembelajaran yang boleh diaplikasikan oleh murid sama ada bersama guru atau tidak atau semasa belajar di kelas atau di luar waktu sekolah. Teknik pembelajaran Belajar Cara Belajar meliputi kemahiran belajar yang efektif, mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber, strategi metakognitif, pengurusan masa, mengetahui gaya pembelajaran sendiri dan persediaan peperiksaan. Kemahiran berfikir merupakan satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesautu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai dalam minda individu. Kemahiran Berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu ,masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti HANDS ON dan MINDS ON. Pembelajaran ini hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara bermakna dalam minda mereka. Pembelajaran akan lebih menjadi berkesan jika maklumat di sampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bemakna kepada murid. Penekanan perlu di beri kepada pelbagai persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan (bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian). Sasaran murid yang boleh mendapat manfaat yang lebih darinya ialah kumpulan murid jenis sederhana. Pengajaran berlandaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan terbaik dan bertanggungjawab. Konsep KMD

ditujukan kepada kesedaran dan rangsangan murid supaya mereka berfikir panjang tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri

pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses pembelajaran secara Konstruktivisme, murid akan

menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Pembelajaran

masteri

merupakan

suatu

pendekatan

pengajaran

dan

pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses P&P yang berkualiti. Ia dilaksanakan dalam P&P kerana murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza, murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan dan murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (atau lebih dikenali sebagai ICT) secara berfikrah , terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (P&P). Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran akan : i. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran

ii. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan iii. Meningkatkan motivasi murid iv. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualised learning) v. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi serta mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama vi. Menwujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar vii. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid viii. Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum ix. Meningkat kemahiran ICT

Dalam konteks Teori Kecerdasan Pelbagai, Howard Gardner mendefinisikan kecerdasan seperti yang berikut : "An intelligence is the ability to solve problems or to create products that are valued within one or more cultural settings." Teori Kecerdasan Pelbagai bukan sahaja memperluas keluarga kecerdasan , malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) ialah kebolehan seseorang itu menyelesaikan

masalah yang dihadapi sebenar , kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perhidmatan yang bernilai dalam

lingkungan sesuatu budaya. Kecerdasan bukan terhad kepada IQ sahaja, malah kecerdasan seseorang itu boleh berubah mengikut masa dan kematangannya. Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) adalah satu pendekataan pembelajaran yang boleh memberi akses kepada sumber pelajaran dan membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran berdikari. Dalam program PAK, bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya pelajar belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Bagi membolehkan pelajar mendapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka. Program PAK menyediakan pentaksiran kendiri. Program ini dibentuk untuk menggalakan pembelajaran kendiri di mana pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran kendiri dengan menyedari mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. PAK melatih pelajar untuk belajar sambil memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan yang berbeza dengan eviromen pembelajaran yang kondusif. Pendekatan murid berdikari ini adalah berasaskan persepsi bahawa hanya murid itu sendiri yang boleh melakukan pembelajaran secara optimum. Ini dikukuhkan lagi melalui pemerhatian bahawa murid berbeza antara satu sama lain dari segi gaya, keperluan dan kadar pembelajaran. Adalah sangat penting bagi murid menentukan strategi pembelajaran yang terbaik dan sesuai dengan diri mereka. Ini akan menghasilkan individu yang boleh berfikir dan bertangungjawab ke atas pembelajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai