Anda di halaman 1dari 23

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

TAJUK 3

KECEKAPAN MATEMATIK

SINOPSIS

Kecekapan matematik merangkumi komponen asas matematik dan komponen matematik sosial. Komponen asas matematik akan menjelaskan konsep asas nombor, operasi asas matematik serta penyelesaian masalah. Komponen matematik sosial yang melibatkan wang, masa, ukuran dan sukatan. Pengetahuan yang diperolehi akan dapat membantu murid menyelesaikan masalahan yang berkaitan dengan kehidpuan seharian.
HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan komponen asas Matematik 2. Menjelaskan komponen Mateamtik Sosial


KERANGKA TAJUK

Kecekapan Matematik

Komponen Asas Matematik

Komponen Matematik Sosial

Rajah 3.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

28

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK KANDUNGAN ISI 3.1 Komponen Asas Matematik

3.1.1 Pra Nombor Menguasai konsep asas matematik (pengelasan, turutan, pengekalan, dan hubungan satu kepada satu)

Kemahiran pra nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan kepada murid-murid sebelum memperkenalkan konsep nombor. Kemahiran pranombor ini melibatkan pengelasan, turutan, pengekalan dan hubungan satu kepada satu.

a)

Pengelasan

Pengelasan ialah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Murid-murid akan didedahkan dengan kemahiran mengelaskan sesuatu benda konkrit dan semi konkrit mengikut ciri-cirinya seperti mengelaskan mengikut saiz (besar/kecil, panjang/pendek, tinggi/rendah), warna, bentuk dan jenis. Ini akan membantu murid mengenal sesuatu benda dan secara tidak langsung membantu murid membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang akan mereka pelajari dalam pelajaran selanjutnya. Pengelasan objek boleh dilakukan berdasarkan:

Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz) Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz) Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz) Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)

Murid-murid akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah mencampurkan semua barang 29

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK bersama. Murid-murid perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.

Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap, iaitu:

memilih dan membanding; mengumpul; memilih semula; mengasingkan kumpulan; dan memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.

b)

Seriasi/Turutan

Seriasi/turutan merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Kebolehan menyusun mengikut tertib atau turutan adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan. Ia merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam matematik. Muridmuird perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Ia

membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik dengan yang lain.

c)

Pengekalan

Pengekalan (Keabadian) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletak, disusun atau diatur di tempat atau dalam keadaan yang berbeza. 30

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK d) Hubungan Satu Kepada Satu

Hubungan satu kepada satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep hubungan satu kepada satu.

Contoh hubungan satu kepada satu adalah seperti: Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu. memadan bilangan yang sama. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.

3.1.2 Nombor

Konsep nombor ordinal dam kardinal perlu didedahkan dan diajar kepada murid-murid sejak awal lagi. Pengetahuan tenatang konsep nombor dapat mengubah struktur pemikiran murid-murid yang sering menghafal nombor tanpa mengenal makna nombor, lantas menjadi penghalang kepada murid-murid untuk membuat pertalian antara nombor ordinal dan nombor kardinal. Nombor kardinal digunakan untuk mengira beberapa objek dalam satu set atau kumpulan. Memahami nombor kardinal amat penting kerana dengan adanya kebolehan menjumlah serta mengenal kuantiti sesuatu objek, murid akan dapat

menggunakan nombor bulat untuk empat operasi matematik. Walaupun nombor kardinal perlu diberi lebih penekanan, namum murid juga perlu diperkenalkan dengan penggunaan nombor ordinal. Nombor ordinal ialah nombor yang digunakan untuk mengetahui kedudukan relatif sesuatu objek atau peristiwa. Contohnya membilang nombor secara menaik dan menurun. 31

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK a) Menghafal nombor

Aktiviti menghafal nombor boleh dijalankan secara berperingkat iaitu nombor dalam lingkungan 10 hingga 100. Aktiviti yang paling berkesan bagi kemahiran menghafal nombor ialah latih tubi. Kebolehan murid menghafal nombor akan membantu mereka menyelesaikan masalah matematik yang lain dengan lebih cekap dan pantas.

b)

Menunjukkan nombor

Aktiviti menunjukkan nombor juga dapat mendekatkan murid dengan nombor secara tidak langsung mereka dibiasakan dengan nombor tersebut. Hal ini membantu murid-murid mengenal pasti nombor-nombor yang diperkenalkan. Guru boleh menggunakan carta nombor dan meminta murid menunjukkan nombor yang disebut oleh guru. Latih tubi seperti ini akan meningkatkan kecekapan murid dalam mengenal pasti nombor. Di samping itu juga, guru boleh menggunakan kad-kad nombor dan meminta murid mengumpul (mengasingkan) angka yang sama atau menunjukkan kad nombor yang guru sebut.

c)

Menulis Nombor

Sebaik-baiknya murid mula diperkenalkan dengan kemahiran menulis nombor setelah mereka dapat mengaitkan makna nombor dengan angka. Muridmuird juga boleh berlatih menulis angka ketika masih dalam proses pemantapan kefahaman tentang nombor. Menulis angka bagi sesuatu nombor harus dilakukan bersama-sama perwakilan model nombor, sama ada dalam bentuk konkrit atau gambar untuk mengukuhkan makna nombor itu. Sebelum menggunakan otot halus, menulis angka boleh dimulakan dengan menggunakan pergerakan otot kasar seperti menulis di udara, pasir dan sebagainya. Aktiviti lain yang boleh dijalankan adalah menyurih nombor-nombor timbul dengan jari

32

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK mengikut urutan, menekap mengikut urutan nombor dengan pensel warna atau acuan angka dan membentuk angka mengikut garisan titik-titik.

d)

Nilai nombor

Konsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting dalam sistem penomboran kerana kedudukan digit dalam sesuatu nombor mempunyai nilai tertentu. Murid-murid diperkenalkan kepada konsep nilai tempat apabila mereka sudah boleh membaca dan menulis angka bagi nombor 0 hingga 9 serta boleh membilang dengan mengumpul secara sepuluh-sepuluh. Antara pendekatan yang boleh digunakan untuk memperkenalkan nilai tempat adalah melalui pengumpulan bahan berkadaran seperti menggunakan lidi dan rod biji kacang. Untuk mengukuhkan konsep ini dalam kalangan murid-murid, guru boleh juga menggunakan kaedah permainan bingo dan kad lipat.

e)

Menyebut dan menulis nombor Bagi counting-on (urutan menaik), aktiviti yang boleh dijalankan adalah

membilang dan menyusun pembilang dari nilai kecil ke besar, meletakkan kad angka di bawah pembilang dan menyusun angka secara menaik dari kad angka yang diselerakkan. Bagi counting back (urutan menurun), aktiviti yang boleh dijalankan

adalah membilang dan menyusun pembilang dari nilai besar ke kecil, meletakkan kad angka di bawah pembilang, menyusun angka secara menurun dari kad angka yang diselerakkan dan melengkapkan turutan nombor secara menurun. Manakala, bagi skip counting (nombor di antara), murid dilatih untuk mengisi nombor yang tepat di antara dua nombor. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah meletakkan kad angka di antara kad-kad angka, menamakan nombor di antara dan mengisi tempat kosong dengan angka yang sesuai 33

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 3.1.3 Tempat perpuluhan

Perpuluhan merupakan lanjutan kepada nombor bulat dalam sistem asas sepuluh. Nilai tempat perpuluhan merupakan lanjutan nilai tempat yang lebih kecil daripada satu iaitu nilai tempat di sebelah kanan titik perpuluhan. Nilai tempat perpuluhan sebelah kanan titik perpuluhan ialah persepuluh (tenths); perseratus (hundredths), perseribu (thousanths) dan sebagainya. Konsep sebahagian daripada satu keseluruhan diwakili oleh perpuluhan. Satu

persepuluh ialah satu bahagian daripada sepuluh bahagian dan bahagian tersebut ialah satu per sepuluh. Satu perseratus ialah satu bahagian daripada seratus bahagian dan bahagian tersebut ialah satu perseratus. Manakala satu perseribu ialah satu bahagian daripada seribu bahagian dan bahagian tersebut ialah satu perseribu. Oleh itu, apa-apa perpuluhan boleh ditukarkan kepada pecahan dan sebaliknya sebagai 1/10, 1/100 dan 1/1000.

34

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 3.1.4 Operasi asas matematik (penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian)

Operasi asas merangkumi operasi tambah, operasi tolak, operasi darab, dan operasi bahagi.

a)

Operasi Tambah

Operasi tambah merupakan asas untuk menumbuh dan mencambahkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik. Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka alami semasa peringkat awal menguasai kemahiran ini memberi pengaruh yang besar terhadap penguasaan kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat seterusnya. Sebelum operasi tambah ini

diperkenalkan, murid-murid hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran seperti membilang 1 hingga 10, menyusun kumpulan benda 1 sehingga 10, membaca dan menulis angka 1 hingga 10, memadankan angka daripada 1 hingga 10 dengan perkataan nombor, mengenal simbol 0 dan perkataan nombor sifar dan memahami maknanya serta mengabadikan nombor. Dua kaedah biasa yang digunakan untuk menjelaskan konsep penambahan ialah Penyatuan set, dan Pengukuran pada garis nombor.

Konsep Tambah

Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah. Contoh: 3 + 2 = 5

Juzuk tambah

Hasil tambah

Dua

kaedah

biasa

yang

digunakan

untuk

menjelaskan

konsep

penambahan ialah penyatuan set dan pengukuran pada garis nombor. Bagi penyatuan set, penambahan nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan 35

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK objek dengan satu set objek yang lain yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama untuk menjadikan suatu set objek yang disatukan. Bagi pengukuran pada garis nombor, garis nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak di antara titik pada garis bernilai 1.

Fakta Asas

Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap sebutan (juzuknya) ialah nombor 1 digit. Menguasai fakta asas tambah sangat penting kerana fakta asas ini merupakan asas kepada pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Kepelbagaian aktiviti akan membantu murid dalam menguasai pembentukan konsep fakta asas tambah dengan lebih berkesan di samping latihan untuk peneguhan. Operasi tambah secara konkrit perlu didedahkan terlebih dahulu untuk mengembangkan kefahaman murid tentang penambahan. Kemudian, strategi yang berkesan (strategi berfikir) diperkenalkan berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Akhirnya murid dikehendaki mengingat dan menghafal semua fakta asas tambah. Murid akan mampu menyatakan semua fakta asas tambah dengan cepat dan tepat sekiranya diajar dengan cara yang berkesan.Seseorang guru mestilah memastikan muridnya telah mempunyai konsep penambahan yang

mantap(termasuk simbol yang terlibat) sebelum meminta mereka mengingati fakta asas tambah.

Operasi

Seseorang murid boleh didedahkan dengan operasi penambahan, sebaik sahaja mereka telah menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid akan didedahkan dengan kemahiran menambah nombor 2 digit dengan nombor 1 digit, dan menambah nombor 2 digit dengan nombor 2 digit. Murid juga akan dibiasakan dengan kemahiran menulis ayat matematik dan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk lazim. Operasi tambah ini akan 36

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK didedahkan secara berperingkat iaitu operasi tambah dalam lingkungan 10, operasi tambah dalam lingkungan 18 tanpa/dengan mengumpul semula, operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa atau dengan mengumpul semula dan operasi tambah dalam lingkungan 100 tanpa atau dengan mengumpul semula.

b)

Operasi Tolak

Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Operasi tambah melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set objek, sedangkan operasi tolak pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak merupakan proses menterbalikkan operasi tambah. Kemahiran yang diajar pada peringkat ini

adalah menulis ayat matematik, melengkapkan ayat matematik, menolak secara spontan fakta asas tolak, menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim dan penyelesaian masalah berkaitan penolakan.

Konsep Tolak

Konsep penolakan dapat difahami melalui beberapa pendekatan iaitu pengasingan atau mengambil jalan keluar, perbandingan, pelengkap dan penyekatan.

Pengasingan atau mengambil jalan keluar merupakan satu subset dikeluarkan daripada satu set objek. Contohnya: Terdapat 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buah buku dimasukkan ke dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas meja tersebut?

Perbandingan ialah perbandingan antara dua set objek yang berasingan. Set objek pertama disusun semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada pasangan dikenali sebagai baki atau beza. Contohnya:

37

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong kek. Berapakah bilangan gula-gula melebihi bilangan kek?

Pelengkap adalah bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa lagi perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan. Contohnya: Saya ada 6 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh memuatkan 10 ekor kuda. Berapa ekor kudakah yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu?

Manakala dalam konsep penyekatan, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat. Contohnya: Terdapat 7 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna biru dan yang lain berwarna merah. Berapa buah keretakah yang berwarna merah?

Fakta Asas

Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan nombor 1 digit daripada nombor 1 digit atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit. Terdapat dua kaedah untuk memperkenalkan fakta asas tolak iaitu mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan dan mengekalkan bilangan unsur dalam set asal.

Operasi

Biasanya operasi tolak diajar mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul semula kepada tolak dengan mengumpul semula. Sebelum mempelajari operasi tolak dengan mengumpul semula, murid perlu mahir kemahiran yang berikut: fakta asas bagi tolak menolak nombor yang sama nilai tempatnya nilai tempat bagi angka

38

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK menulis nombor dalam bentuk tambah menggikut nilai tempat dan menulis nombor berkenaan dalam bentuk yang lain.

c)

Operasi Darab

Konsep Darab

Darab mempunyai pertalian rapat dengan tambah, iaitu tambah berulangulang. Misalnya, tiga set yang mengandungi 2 objek diertikan sebagai 3 x 2 dan lima set yang mengandungui 4 objek diertikan sebagai 5 x 4. Darab bermakna kali ganda. Jika ayat seperti 3 x 6 = 18 boleh disebut tiga kali ganda enam menghasilkan lapan belas. Nombor 3 dan 6 dipanggil faktor darab, tanda x merujuk kepada operasi ganda, tanda = merujuk kepada hasil dan nombor 18 mewakili hasil darab atau nombor terbitan operasi darab. Cara menulis operasi darab adalah dengan cara menegak dan cara mendatar.

Fakta asas

Fakta asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau satu digit, misalnya daripada 0 x 0 hingga 9 x 9. Bagi menjamin komputasi efisien (jawapan yang tepat dan menjimatkan masa), murid digalakkan menghafal fakta asas darab. Ada 10 fakta seperti 0 x 0, 1 x 1, 2 x 2, 3 x 3, hingga 9 x 9, iaitu pergandaan nombor itu sendiri dan 45 fakta lain bersimetri (45 + 45). Fakta bersimetri ialah seperti 4 x 7 = 7 x 4. Fakta darab perlu dibantu dengan manipulasi objek fizikal, model dan jadual fakta. Murid digalakkan membuat pertalian antara satu fakta dengan fakta-fakta lain secara abstrak berdasarkan pengalaman konkrit mereka seterusnya memikirkan pertalian antara berbagaibagai fakta, menggunakan hukum operasi darab dan menggunakan algoritma standard.

39

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Operasi

Operasi ialah kaedah penyelesaian matematik secara teratur dan bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan. Matlamat akhir pembelajaran operasi ialah kebolehan dan kebolehan menyelesaikan masalah menggunakan algoritma yang efisien. Peringkat awal pendekatan nilai tempat untuk memantapkan kefahaman proses darab melalui latihan angka puluh atau gandaan sepuluh. Kebolehan menyelesaikan kira-kira darab amat bergantung pada kemahiran mengingat kembali fakta asas dengan cepat dan tepat. Pendekatan nilai tempat memerlukan pencerakinan nombor kepada puluh dan sa dan Hukum Taburan digunakan sebagai pendekatan.

d)

Operasi Bahagi

Operasi bahagi memerlukan tahap kematangan berfikir yang lebih tinggi untuk memahami konsep dan algoritma bahagi. Untuk pembelajaran yang efektif, murid perlu faham tentang konsep dan sifat milik, atau hukum operasi bahagi di samping penyediaan kaedah dan pendekatan yang terancang oleh guru untuk memudahkan proses memahami operasi ini.

Konsep Bahagi

Operasi bahagi mempunyai pertalian menyongsang dengan operasi darab. Misalnya, 5 p = 10, iaitu untuk mendapatkan faktor pendarab p maka 10 mesti dibahagi dengan 5. Operasi bahagi juga mempunyai pertalian dengan penghitungan, iaitu turutan selangan nombor dihitung ke belakang (reverse).

Contoh:4 x 2 -----0-2-4-6-8 8 2 -----8-6-4-2-0

40

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Operasi bahagi boleh dianalogikan sebagai tolak berulang-ulang. Cara menulis ayat matematik bahagi, contohnya: 9. 18 2 = 9, 18 9 = 9, 9 9 = 0 ( Penolakan berulang 2 kali )

Nombor 18 dipanggil dividen, nombor 2 dipanggil faktor pembahagi dan nombor 9 ialah hasil bahagi.

Dua model pembahagian adalah seperti Model Kuotatif dan Model Partitif. Model Kuotatif adalah memberi gambaran berapa kumpulan dapat dibuat daripada sesuatu dividen atau sebilangan besar unsur atau ukuran. Manakala, Model Partitif atau sama rata adalah memberi gambaran berapa banyak unsur dalam satu kumpulan atau kelompok. Kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta-fakta asas darab berkait rapat dengan kebolehan menyelesaikan persoalanan bahagi secara ekonomik. Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab sekiranya sesuatu nombor boleh dibahagi dengan nombor lain tanpa sebarang baki nombor bernilai.

Fakta Asas

Fakta bahagi mempunyai faktor pembahagi dan dan hasil bahagi bernombor satu angka. Bagi setiap fakta darab yang disongsangkan akan menghasilkan satu fakta bahagi. Contoh: 14 2 = 7

Aktiviti untuk membantu pembelajaran fakta bahagi ialah pengelasan objekobjek, Penggunaan pengalaman harian, manipulasi objek-objek, melukis dan menganalisis gambar dan mencari jawapan melalui pertalian.

Operasi

Bahagi ialah songsangan darab, kecuali bagi hal-hal yang melibatkan baki. Keupayaan murid menyelesaikan kira-kira bahagi bergantung pada kebolehan mereka menyongsangkan fakta darab . Sebelum menyelesaikan 41

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK ( ) 8 = 9, murid perlu berkira-kira 9 8 = ( ). Persamaan dengan variasi kedudukan pengisi ( ) dapat membina pemikiran berbalik dan songsangan.

Algoritma bahagi standard diperkenalkan setelah murid mahir mengolah cara berfikir dan fakta darab.

3.1.5 Pecahan Pecahan ialah nomboh nisbah. Ia merupakan nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda. Pecahan juga merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah. Pecahan biasanya dinyatakan dalam bentuk a / b di mana a dan b ialah integer dan b tidak bersamaan dengan 0. Integer a dinyatakan sebagai pengangka dan integer b di bawah disebutkan sebagai penyebut.

Pecahan terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu pecahan wajar, nombor bercampur, pecahan setara, salingan dan "penyebut halimunan" serta pecahan kompleks.

Pecahan wajar terbahagi kepada pecahan wajar dan pecahan tak wajar. Pecahan wajar adalah pecahan-pecahan yang pengangkanya mempunyai nilai yang lebih kecil daripada nilai penyebut. Pecahan wajar mempunyai nilai yang kurang daripada 1. Contohnya:

... Pecahan tak wajar pula adalah

pecahan-pecahan yang pengangkanya mempunyai nilai yang sama atau lebih besar daripada nilai penyebut. Pecahan tak wajar pula mempunyai nilai yang lebih besar daripada 1. Contohnya :

Nombor Bercampur ialah campuran nombor bulat dan pecahan wajar. Penambahan ini dinyatakan tanpa menggunakan tanda operasi seperti "+". Contoh: . Satu pecahan tak wajar boleh digunakan untuk

42

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK menyatakan satu nombor bercampur. Contoh: sebagai boleh ditulis

. Nombor bercampur boleh ditukar menjadi pecahan tak wajar dalam

tiga langkah: pertama, darabkan nombor bulat dengan penyebut pecahan. Kedua, tambah pengangka pecahan pada hasil darab di atas. Ketiga, hasil tambah langkah 2 adalah pengangka untuk pecahan (tak wajar) baru, dengan penyebut 'baru' nya kekal sama dengan penyebut untuk pecahan asal nombor bercampur. Di sebaliknya, pecahan tak wajar juga boleh ditukar menjadi nombor bercampur dalam tiga langkah: pertama, bahagikan pengangka dengan penyebut. Kedua, hasil bahagi (tanpa baki) menjadi nombor bulat manakala bakinya menjadi pengangka untuk pecahan. Ketiga, penyebut baru untuk pecahannya adalah sama dengan pecahan tak wajar yang asal.

Pecahan setara ialah pecahan yang mempunyai nilai-nilai yang sama. Contohnya, dan ialah setara dengan .

Salingan sesuatu pecahan ialah pecahan dengan pengangka dan penyebutnya diterbalikkan. Contohnya, salingan untuk , ialah . Oleh kerana hasil bahagi sebarang nombor dengan 1 adalah sama dengan nombor itu, nombor bulat juga boleh ditulis dalam pecahan dengan menggunakan 1 sebagai penyebut: 17 = (kadang-kadang 1 dirujuk sebagai "penyebut halimunan").

Kecuali untuk sifar, setiap pecahan atau nombor bulat memiliki satu salingan.

Pecahan kompleks (atau pecahan majmuk) ialah pecahan yang pengangka atau penyebutnya mengandungi pecahan. Contohnya, . Untuk

memudahkan satu pecahan kompleks, pengangka perlu dibahagi dengan penyebut seperti dalam pecahan yang lain. Contohnya:

43

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

3.1.6 Perpuluhan

Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan sepuluh sebagai asas. Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan, mungkin kerana manusia mempunyai sepuluh jari di tangan. Perpuluhan juga merujuk kepada pecahan perpuluhan, sama ada secara berasingan atau berbeza dengan pecahan kasar. Contohnya: 0.75, 0.2, 1.25 dan 0.006.

3.1.7 Penyelesaian masalah

Penyelesaian

Masalah

boleh

didefinisikan

sebagai

satu

proses

kognitif yang menggunakan maklumat sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamat. Terdapat beberapa model

penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985).

Dalam penyelesaian masalah terdapat dua jenis masalah iaitu masalah rutin dan masalah bukan rutin. Masalah rutin ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan. Ia bertujuan melatih murid-murid untuk menguasai kemahiran asas terutamanya kemahiran aritmetik yang melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Masalah rutin juga aplikasi secara terus yang menggunakan

44

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK formula matematik, mengikut prinsip matematik, secara teori dan persamaan. Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam matematik yang paling mudah atau asas bertujuan untuk memudahkan murid menguasai konsep algoritma.

Manakala masalah bukan rutin pula ialah penyelesaian masalah yang unik iaitu memerlukan murid-murid mangaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah mereka pelajari dan kuasai. Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau dicongak, tidak seperti menjawab soalan yang berbentuk pengiraan. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik iaitu merangkumi perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya. Dalam

penyelesaian masalah matematik, lebih daripada satu strategi digunakan untuk memperoleh penyelesaiannya. Strategi strategi yang biasa digunakan di sekolah rendah adalah seperti teka dan semak, menetapkan maklumat dalam carta, jadual atau graf, melihat kepada susunan, mempermudah masalah, simulasi atau lakonan, melukis rajah, menggunakan kaedah songsang dan lainlain.

3.2

Komponen Matematik Sosial

Matematik sosial dapat ditafsirkan sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian sesebuah masyarakat. Ia mempunyai fungsi yang sangat besar dalam kehidupan bermasyarakat. Antaranya ialah: membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli secara lebih terancang. membolehkan manusia mengurus kehidupan dengan lebih baik apabila mempunyai pengetahuan berkaitan dengan masa dan waktu. 45

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK membolehkan manusia mengira umur, hari, bulan dan tahun. membolehkan manusia menentukan jangka masa untuk melakukan sesuatu.

3.2.1 Wang

Murid-murid diperkenalkan dengan duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen serta wang kertas RM1, RM2, RM5 dan RM10. Murid-murid juga diajar perkaitan antara duit syiling dengan wang kertas dan cara menulis wang dalam bentuk simbol sen dan Ringgit Malaysia. Murid-murid juga didedahkan dengan kemahiran menyatakan perbandingan nilai wang. Kemhairan ini penting supaya murid-murid dapat menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian yang melibatkan wang seperti belanja harian membeli-belah dan tambang kenderaan yang menggunakan kiraan sen dengan melibatkan jumlah dan baki.

3.2.2 Masa

Murid-murid diperkenalkan dengan konsep masa dan menyatakan masa. Mereka perlu didedahkan dengan kemahiran menamakan bahagian-bahagian dalam sehari semalam iaitu pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam. Pemahaman murid boleh dikukuhkan dengan meminta murid-murid merekodkan aktiviti-aktiviti mengikut bahagian siang dan malam.

Murid-murid juga diperkenalkan dengan muka jam fungsi jarum panjang dan jarum pendek, di simpang menyatakan waktu dalam pecahan jam seperti membahagikan muka jam pada 4 sukuan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah menamakan waktu dalam jam dan pecahannya, membuat jadual harian dan mendapatkan maklumat daripada jadual sedia ada.

46

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Murid-murid juga didedahkan dengan kemahiran membaca maklumat dari kalendar hari, hari bulan, minggu, bulan dan tahun serta penyelesaian masalah yang berkaitan dengan masa dan waktu.

Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas, sebelum dan antara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku) dan waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).

Unit arbitrari yang boleh digunakan untuk pengukuran masa adalah seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir. Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa ialah Tempoh Masa (duration) terbahagi kepada pengalaman satu, pengalaman dua, pengalaman tiga dan pengalaman empat:

a)

Pengalaman Satu

Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat. Contoh: apabila muzik dimainkan, murid mula bertepuk tangan dan berhenti apabila muzik dihentikan. kerusi berirama (musical chair) statue dance

b)

Pengalaman Dua

Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan. Contoh: Pantas, perlahan.

47

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Berjalan pantas. Berlari dengan perlahan

c)

Pengalaman Tiga

Membuat perbandingan mengikut selang masa (time interval). Contoh: Masa yang diambil untuk memenuhkan sesuatu bekas dengan air atau pasir. Kadar denyutan nadi dalam satu minit. Turutan

d)

Pengalaman Empat

Menjangka, mengingat dan menerangkan turutan peristiwa tertentu. Contoh: Dari bayi kepada kanak-kanak kemudian remaja dan dewasa. Kitaran hidup rama-rama. Kitaran hidup katak. Rutin harian. Cara-cara membuat sandwich.

3.2.3 Ukuran dan Sukatan

Pengukuran adalah satu proses memberi satu nombor kepada ciri (attribute) contohnya panjang, berat, kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa sesuatu objek atau peristiwa. Kebolehan mengukur terbentuk daripada pengalaman, pengelasan, perbandingan dan turutan.

48

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Proses aktiviti pengukuran perlu melibatkan murid-murid merekodkan ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan ukuran yang dilakukan. Dua jenis unit boleh digunakan dalam pengukuran iaitu:

a)

Arbitrari (arbitrary) jengkal, paper clip, tapak kaki, langkah.

b)

Unit piawai sentimeter - panjang liter - isipadu kilogram - berat meter persegi - luas darjah celcius - suhu meter padu isipadu

Dalam pengajaran, pengukuran dan sukatan melibatkan penentuan saiz dan kuantiti benda seperti lebih panjang, lebih pendek, lebih besar, lebih kecil, lebih berat, lebih tebal dan sebagainya. Peringkat awal pengajaran memberi tumpuan kepada perbandingan saiz fizikal, kuantiti dan nilai benda tanpa melibatkan pengenalan tentang unit ukuran serta operasi unit ukuran. Bahanbahan seperti benang, kayu, tangan, kaki, pensel, tuas dan lain-lain boleh digunakan untuk memahami konsep panjang, pendek dan seterusnya. Skema pengajaran awal tentang panjang dan jarak melibatkan jadual peringkat pengajaran seperti pengenalan, menjelaskan ukuran panjang, tinggi dan jarak secara mudah. Selain itu, pengenalan kepada unit ukuran standard, keperluan menggunakan unit-unit yang lebih ganjil, latihan menggunakan pembaris meter

49

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK dan pita ukur serta kemahiran menggunakan alat-alat ukuran panjang dan penukaran antara unit-unit ukuran juga perlu diajar.

Latihan

1. Cadangkan aktiviti P&P yang sesuai untuk membantu murid menguasai konsep asas Matematik (Pranombor).

Perbincangan ( 1 jam)

Dengan merujuk pada buku teks Matematik Tahun 1 3, kenal pasti konsep asas Matematik yang diajar. Bincangkan sama ada contoh dan aktiviti yang ditunjukkan sesuai untuk mengajar murid pemulihan. Cadangkan contoh dan aktivti yang sesuai untuk murid pemulihan.

50

Anda mungkin juga menyukai