Anda di halaman 1dari 49

SISTEM SOSIAL ISLAM

Keluarga

Masyarakat

Secara umum ...


Keluarga didefinisikan sebagai sekalian orang

yang

mempunyai

perhubungan

keturunan antara satu sama lain atau melalui perkahwinan.

Masyarakat

merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu atau pergaulan hidup.

Tetapi kelaurga dan masyarakat


mempunyai maksudnya yang tersendiri

menurut pandangan setiap agama


masing-masing.

Menurut pandangan Islam


peranan individu-individu muslim tidak dipinggirkan kerana pembentukan sesuatu masyarakat berasas kepada institusi keluarga.

Keluarga merupakan kesatuan masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat.

Pembentukan keluarga penting untuk mengekalkan kesinambungan generasi manusia

kerana pengabaian pembentukan institusi


keluarga akan membawa kepada kehancuran

sesebuah masyarakat.

Kepentingan institusi ini jelas dilihat apabila Allah s.w.t. menurunkan undang-undang keluarga Islam sebagai panduan kepada seluruh institusi keluarga.

Ia diklasifikasikan oleh fukaha di dalam kitab-kitab fikah sebagai Munakahat yang bermaksud nikahkahwin.

Institusi keluarga dapat memelihara akhlak, tata susila dan kemuliaan manusia melalui ikatan perkahwinan.

Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk : peribadi individu yang baik
terbina

Keluarga yang baik


melahirkan

Masyarakat yang berdisiplin dan mantap


tertegak

Negara yang cemerlang


diredai

Allah s.w.t.

Perkahwinan
Islam telah menetapkannya sebagai asas pembentukan keluarga.

merupakan ikatan antara dua individu; lelaki dan

wanita melalui akad nikah dan ijab Kabul.

Melalui perkahwinan akan melahirkan institusi kekeluargaan dan seterusnya berkembang membentuk sebuah masyarakat.

Tujuan perkahwinan adalah untuk memperoleh zuriat, memelihara kehormatan diri, mencapai kegembiraan hati, ketenangan batin dan sebagai cara untuk menyalurkan naluri cinta, kasih saying dan tuntutan batin yang menjadi fitrah kejadian manusia.

Dalam sesebuah keluarga

Kaum wanita merupakan tiang yang kukuh dalam sesebuah perkahwinan.


Mereka mesti diberikan hak-hak yang sempurna dan tidak dapat dijual beli.

Tetapi dia tertakluk kepada peraturan yang mengehendakinya


tunduk dan patuh kepada kekuasaan lelaki ( suami ) di sepanjang hidupnya selama mana suaminya tidak melanggar

batas-batas agama.

Walau bagaimanapun
Kedua-dua pasangan suami isteri mempunyai tanggungjawab masingmasing terhadap keluarga mereka sendiri.

Hak dan Tanggungjawab mereka terbahagi kepada 3 kategori :

Tanggungjawab Suami

Tanggungjawab Isteri

Tanggungjawab Bersama

Hak dan Tanggungjawab tersebut ditentukan untuk menjamin atau mewujudkan keharmonian, kebahagiaan dan kedamaian rumah tangga yang dibina.

Hak danTanggungjawab Suami

bertanggungjawabmenyediakan tempat tinggal dan pakaian serta barang-barang keperluan kepada isterinya. Bertanggungjawab memberi perhatian dan jaminan keselamatan serta kebajikan isterinya. berhak untuk menerima layanan yang munasabah dan kasih sayang, termasuk zahir dan batin daripada isterinya. bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin.

bertanggungjawab merahsiakan kecacatan isteri dan rahsia rumah tangga daripada pengetahuan orang lain. bertanggungjawab bimbingan, nasihat dan didikan sesuai kepada isterinya bagi melaksanakan tanggungjawabnya kepada rumah tangga dan kepada Allah S.W.T. tidak boleh menggunakan kekerasan untuk mendapatkan sesuatu daripada isterinya.

tidak boleh melukakan hati dan

perasaan isteri sama ada dengan


perbuatan atau perkataan. bertanggunjawab sebagai pemimpin dan ketua bagi keluarga masing-masing.

Hak dan Tanggungjawab Isteri

Bertanggungjawab mentaati suami selama ia tidak bertentangan dengan akidah dan akhlak Islam.

Bertanggungjawab untuk memberi layanan yang

baik dan kasih saying kepada suami termasuk


zahir dan batin.

Bertanggungjawab memelihara kehormatan dirinya terutama semasa ketiadaan suaminya.

Bertanggungjawab merahsiakan kecacatan suami

dan rahsia rumah tangga daripada pengetahuan


orang lain.

Wajib menutup aurat, memelihara pandangan matanya dan tidak membenarka lelaki lain masuk ke rumahnya ketika ketiadaan suami.

Bertanggungjawab mendapatkan keizinan daripada


suami terlebih dahulu jika hendak keluar dari rumah atau untuk berpuasa sunat.

Hak dan Tanggungjawab Bersama

kedua-dua suami isteri berhak mengecap dan menikmati kebahagiaan rumah tangga yang dibina oleh mereka. bertanggungjawab bersama-sama mewujudkan dan mengeratkan perhubungan silaturahim

dengan keluarga kedua-dua belah pihak.


berhak mendapatkan layanan, pergaulan yang baik, kasih sayang dan belas kasihan dalam rumah tangga yang dibina.

setiap suami isteri berhak untuk mempusakai harta peninggalan, jika berlaku kematian salah seorang daripada mereka.

perlu bersama-sama bertanggungjawab

menjaga, mendidik, memberi bimbingan dan


nasihat kepada anak-anak supaya berahklak mulia dan berlandaskan kepada akidah dan ahklak Islam.

perlu menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa untuk menguruskan perkahwinan anak-anak mereka apabila sampai masa untuk berkahwin.

Tanggungjawab Anak

mentaati ibu bapa dalam segala hal selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. menyahut seruan dan panggilan ibu bapa mereka dan segera hadir apabila diperlukan. tidak patut meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapanya. harus sentiasa berdoa untuk kedua-dua ibu bapan mereka sama ada ketika hidup mahupun sesudah meninggal dunia.

melaksanakan wasiat yang dtinggalkan oleh


ibu bapa. Anak-anak harus selalu menyebut segala kebaikan ibu bapa dan melupakan segala kesilapan dan kekurangannya.

Masyarakat Islam

Masyarakat Islam
Menurut konsep kemasyarakatan Islam, masyarakat Islam merujuk kepada kelompok manusia yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam iaitu melaksanakan suruhan dan meninggalkan

larangan Allah s.w.t. .

Hakikatnya, masyarakat Islam ialah orang Islam yang hidup bersama-sama dengan masyarakat bukan Islam dalam sesuatu kelompok masyarakat dan masyarakat ini melaksanakan kehidupan berlandaskan nilainilai Islam.

Untuk mendirikan sesebuah masyarakat yang

melaksanakan nilai-nilai keislaman


merupakan suatu kewajipan yang dibebankan ke atas bahu semua warga Islam.

Masyarakat Islam yang pertama

masayarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w


dan para Sahabatnya di Madinah, sebaik sahaja

Baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah pada


tahun 622 Masihi.

Rasulullah s.a.w. kemudiannya membentuk sebuah

Negara Islam pertama melalui penggubalan


Piagam Madinah ( Sahifah Madinah )

Umat Islam yang di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w telah melaksanakan tugas mendirikan masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai Islam dengan cekal, gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal dan menjadi contoh dan model bagi mesyarakat manusia selepasnya.

Proses Pembentukan Masyarakat Islam

Berdasarkan kepada ilmu tentang asas-asas

ajaran Islam :

1.

Syariah ( undang-undang Islam )


Merupakan garis panduan terpenting.

Akhlak perlu ditanam dan disuburkan dalam pembinaan sesuatu masyarakat dan kegagalan untuk menitikberatkan

akhlak akan mengkucar-kacirkan sesuatu masyarakat.

Melalui akhlak, pembentukan peribadi mulia Muslim

merupakan tunggak masyarakat yang cemerlang dan ia


akan menentukan kestabilan serta keharmonian sesebuah masyarakat.

2. Ibadah
penekanan diberikan kepada pembinaan tempat peribatanan.

3. Persaudaraan
bermaksud sesuatu ikatan antara seseorang individu dengan individu yang lain termasuk

Bantu-membantu dan bekerjasama dalam


semua perkara.

Konsep Kejiranan

dijelaskan oleh para pengkaji sosiologi membawa

maksud, orang yang tinggal berhampiran dengan


rumah seseorang tetangga. Berjiran pula ialah tinggal berhampiran dengan rumah

seseorang.

Kejiranan bermaksud perhubungan dengan jiran atau hidup sebagai jiran.

kejiranan adalah hidup saling bersebelahan antara satu sama lain dan wujud komunikasi antara mereka dalam jangka masa yang lama dan berpanjangan. Allah S.W.T. telah menjadikan manusia untuk hidup

secara berkelompok iaitu hidup sebagai masyarakat


sosial. Ini bermakna seseorang manusia itu tidak boleh hidup secara bersendirian kerana sifat atau naluri

mereka yang memerlukan antara satu sama lain.

diperintahkan antara manusia itu untuk saling kenal-mengenali, berkeluarga, saling berhubungan,

tolong-menolong atas dasar kebajikan


dan takwa dan dilarang saling bermusuhan serta rosak-merosakkan.

Hadis Rasulullah s.a.w. dengan jelas menggariskan iaitu jiran tetangga adalah orang yang tinggal 40 buah rumah di sekeliling rumah kita.

Jika dibandingkan dengan golongan lain dalam masyarakat, mereka yang dikenali sebagai jiran tetangga mempunyai hak-hak tertentu yang mesti ditunaikan.
Menurut pandangan Islam, kita perlu menghormati hak jiran, tolak ansur, tolong-menolong, menjaga maruah jiran, dan amal makruf nahi mungkar.

Islam telah menggariskan bahawa terdapat tiga kategori jiran.

Setiap kategori jiran itu mempunyai haknya masing-masing. Jiran yang paling banyak haknya perlu
ditunaikan ialah jiran yang beragama Islam

dan mempunyai hubungan kerabatnya


(kekeluargaan ) dengan kita.

seseorang jiran yang bukan Islam tetapi tidak


memusuhi orang Islam juga harus dihormati, bahkan diiktiraf oleh Islam akan haknya sebagai jiran.

Kita harus berbuat baik dengan golongan jiran tersebut dan seharunya menolong mereka apabila mereka ditimpa kesusahan.

Agama Islam juga melarang keras perbuatan


menganiayai jiran tetangga sendiri.

agama Islam juga sangat menuntut supaya kita berbuat baik pula terhadap mereka.
agama Islam juga sangat

menuntut supaya kita berbuat


baik pula terhadap mereka.

Secara keseluruhannya
Kita dapat lihat dan faham bahawa peranan
keluarga merupakan komponen sangat penting dalam proses pembentukan masyarakat.

Tidak boleh diabaikan pula pembentuknan peribadi individu kerana peribadi yang baik akan membentuk keluarga yang baik, dari keluarga

yang baik akan melahirkan masyarakay yang


baik dan seterusya lahirlah sebuah Negara yang

cemerlang dan gemilang di bawah keredaan


Allah s.w.t.

Tanpa institusi keluarga, kewujudan masyarakat dan Negara tidak akan sempurna.

Oleh itu, Islam memandangkan keluarga sebagai sebuah institusi pencorak masyarakat yang bakal dibina. Sekiranya keluarga yang dibentuk itu beriman, maka akan lahirlah masyarakat yang beriman. Dan begitu juga sebaliknya.