Anda di halaman 1dari 5

Sketsa Situasi :Seorang ibu tua sedang makan nasi berlaukkan ikan masin. Suami masuk.

Suami : Wahai isteriku, apa yang kamu makan tu?

Isteri : Makan nasi berlaukkan ikan masin sahaja kita hari ni, bang. Suami : Ikan masin lagi? Bosan aku. Nanti darah tinggi aku naik lagi la..

Isteri : Nak buat macam mana bang. Duit belanja dah habis. Ini sahaja yang boleh dimakan. Ada anak pun tak ingat kepada kita di kampung. Satu sen pun tak hantar belanja. Uhuk..uhuk.. Suami tu. : Tak mengapalah isteriku. Dia sibuk agaknya. Tak lama lagi dia balik lah

Isteri : Saya memang sayang anak kita bang. Tapi...kadangkala sedih juga. Asyik saya saja yang telefon mereka dulu. Tak pernah sekali pun anak kita telefon kita dulu. Macam cinta bertepuk sebelah tangan pula. Suami : Sensitif pulak orang tua ni. Biar saya pula yang telefon anak kita tu nanti. (Suami isteri makan bersama. Anak pulang ke kampung) Anak : Assalamualaikum....mak, abah... Cucu : Nenek. Atuk, kami dah balik. Isteri : Oh anakku....oh cucuku...(bersalaman dan berpelukan) Suami : Kenapa balik? Dah 10 tahun baharu nak balik. Nak minta duit ke? Anak : Mana ada ayah. Kami sibuk dan susah nak dapat cuti. Isteri : Kalau ye pun, kenapa tak telefon? Anak : Maafkan kami. Kami janji akan balik setiap bulan dan jumpa ayah dan mak. Isteri : Baiklah. Marilah masuk. Nyanyian Lagu Sayang: Sayang apa khabar denganmu Di siniku merindukan kamu Ku harap cintamu takkan berubah kerna di siniku tetap untukmu Sayang apa khabar denganmu Cubalah kamu telefon diriku Kurindu dengar suara indahmu Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaanku Jangan ragukan cintaku Sayang percayalah apa kataku Kernaku sayang kamu Sayang dengarlah permintaanku Jaga hatimu untukku Sayang dengarlah bisikan hatiku Kernaku sayang kamu.... Aaaa...(ulang) Pengajaran daripada cerita ini ialah: Kita mestilah sayangi ibu bapa kerana mereka telah menjaga kita dari kecil hingga dewasa. Selain itu, kita patut menghargai jasa dengan memberi wang belanja kepada mereka apabila kita sudah bekerja. Seterusnya, kita hendaklah mengambil berat terhadap ibu bapa seperti menelefon mereka atau balik ke kampung. Di samping itu, kita perlulah bertanggungjawab dan menjadi anak yang taat. Akhir sekali, kita haruslah menghormati ibu bapa kita.

Batu Belah Batu Betangkup Babak 1 (Di sungai) Mak Timah : Hmm sudah lama aku tidak makan telur ikan tembakul. Telur ikan tembakul sunggah sedap. Kamu pernah cuba? Kawan : Tidak. Rasanya aku hendak mencubanya hari ni. Senang ke cara menangkap ikan tembakul?

Mak Timah : Tidaklah susah sangat. Kawan : Timah, kamu pernah dengar cerita mengenai Batu Belah, Batu Bertangkup?

Mak Timah : Tidak. Ada apa dengan Batu Belah err.? Kawan : Batu Belah, Batu Bertangkup. Dengar kata, ia boleh menelan orang.

Mak Timah : Oh, dahsyatnya! Dimanakah terletaknya Batu Belah, Batu Bertangkup tersebut? Kawan : Ia terletak jauh ke dalam hutan.

Mak Timah : Ha, dah tangkap ikan tembakul! Kawan : Wah, nampaknya kamu makan sedap hari ni!

Mak Timah : Oh, baru aku teringat! Aku kena balik rumah supaya anak-anak aku tidak kelaparan. Kawan : Sudah tentunya mereka akan menyukai ikan tembakul ini. Aku hendak pulang ke rumah, hari pun sudah semakin gelap. Selamat tinggal.

Babak 2 (Di rumah) Mak Timah : Melur, Pekan! Emak sudah pulang. Melur, emak ada bawa pulang seekor ikan tembakul. Kamu pergilah menggoreng ikan tembakul ini. : Baiklah, mak. : Mak hendak berehat sebentar. Kamu makanlah ikan tembakul itu bersama Pekan. Jangan lupa menyimpan telurnya untuk mak.

Melur Mak Timah

Babak 3 (Setelah menggoreng ikan tembakul) Pekan Melur Pekan Melur : Kakak, cepatlah! Pekan sudah lapar. Pekan hendak makan. : Sabarlah, adik. : Mmm... Sedap sungguh ikan tembakul ini. : Janganlah gelojoh sangat. Nanti tercekik, masuk surat khabar.

Pekan

: Tidak mengapalah, kak. Jika Pekan masuk surat khabar, terkenallah Pekan.

Babak 4 (Setelah makan) Pekan Melur Pekan Melur Pekan Melur Pekan : Kakak, Pekan masih lapar lagi. Boleh tak Pekan ambil bahagian kakak? : Habis tu? Kakak nak makan apa? : Alaa... perempuan tidak payah makan pun boleh. : Ish Nah, ambil sahaja bahagian kakak. : Pekan masih lapar lagi. : Kakak akan gorengkan telur mata kerbau untuk Pekan. Tunggu sebentar, ya? : Lambat betul kakak menggoreng telur mata kerbau. Aku ambil bahagian ibu sahajalah. : Nah, ambil telur ini! Jangan minta lagi.

Melur

Babak 5 (Mak Timah merajuk) Mak Timah Pekan Mak Timah : Segar rasanya, setelah dapat berehat sebentar. : Mak, Pekan laparlah. Nak susu. : Baiklah, mak buatkan susu untuk Pekan. Sabar, ya? Melur, dimanakah kamu menyimpan telur ikan tembakul untuk mak? : Ada di atas para, mak. : Mana? Tiada pun. : Eh ada kucing masuk pulak! : Pekan, kamu jangan berpura-puralah. Mana ada kucing, kamu hendak tukar topik sahaja kerana bersalah kan? : Tapi memang ada kucing tadi. : Mak sudah masak dengan perangai kamu. Kamu memamng degil dan terlalu mengikut perasaan. Baiklah, memandangkan kamu berdua sudah tidak menyayangi mak lagi, lebih baik mak mati ditelan Batu Belah Batu Bertangkup.

Melur Mak Timah Pekan Mak Timah

Pekan Mak Timah

Babak 6 (Mak Timah ditelan Batu Belah, Batu Bertangkup) Pekan : Mak! Mak! Mak tidak boleh mati, mak belum lagi memberikan susu kepada Pekan.

Mak Timah Melur Mak Timah Melur/Pekan

: Nah, ini susu terakhir yang mak beri kepada kamu. : Mak, untuk Melur tak ada ke? : Ish ish. Ish Kamu sudah besar, Melur. Tak payahlah. : Mak! Mak! Janganlah pergi, kami sudah insaf, kami tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. : Mak sudah malas melayan kamu berdua. Selamat tinggal, anak-anak aku. Wahai Batu Belah, Batu Bertangkup, telanlah aku. Anak-anak aku sudah tidak menyayangiku lagi.

Mak Timah

*Lagu* Babak 7 (Jumpa nenek kebayan) Melur : Pekan, sekarang kita sudah menjadi anak yatim. Siapa yang hendak menjaga kita? Ayah kan ada. : Pekan, kamu ini memang sakit otak betullah! Tidak sedar dan pelupa. Arwah ayah kan dah tak ada, kamu masih nk ungkitkan pasal itu. : Maafkan Pekan, kakak. : Eh, nenek tidak apa-apa ke?

Pekan : Melur

Pekan Melur

Nenek Kebayan : Nenek baik sahaja. Apa yang cucu buat dalam hutan ini? Pekan : Nek... kesian kami. Mak... mak... baru sahaja ditelan Batu Belah Batu Bertangkup. Kami kami anak yatim. Kami tidak tau nak ke mana lagi.

Nenek Kebayan : Cu, jangan risau. Mulai hari ini, nenek akan pelihara dan jaga kamu berdua. Melur/Pekan : Terima kasih, nek. Kami amat menghargai jasa nenek.

Anda mungkin juga menyukai