Anda di halaman 1dari 34

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA

TAJUK KAJIAN
MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT MURID TENTANG KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) ( MELALUI AKTIVITI INKUARI PENEMUAN) DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 SK KEDONDONG

OLEH : AIDA LAILA BT ABDUL HALIM SK KEDONDONG 17010 PASIR MAS KELANTAN

AMBILAN JAN 2011

ABSTRAK

Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid Tahun Empat yang kurang menguasai cara menjawab soalan bahagian B kertas sains yang melibatkan kemahiran proses sains (KPS), jesteru itu murid-murid ini tidak berminat untuk menjawab soalan B. Seramai 11 orang murid Tahun Empat Cakna terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, soal selidik, membuat pemerhatian, dan berdasarkan ujian bulanan. Hasil daripada tinjauan, saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS). Apa yang jelas soalan yang berbentuk Kemmahiran Proses Sains amat sukar untuk dijawab oleh pelajar dan mengelirukan mereka . Begitu juga dengan soalan latihan lain yang diberikan, segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian B, Melalui aktiviti yang lebih menjurus kepada kaedah inkuari penemuan bagi meningkatkan kefahaman murid tentang KPS dan menarik minat mereka di dalam menjawab soalan berbentuk KPS ini, saya menerangkan juga kepada murid tentang kaedah mendapatkan maklumat daripada soalan. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini saya telah meminta mereka membina peta minda. Saya percaya jika murid dibimbing dengan kaedah atau cara yang betul, mereka boleh akan berminat dan memahami lebih mendalam tentang Kemahiran Proses Sains melalui aktuviti inkuari penemuan di samping mendapatkan markah yang lebih baik lagi pada bahagian ini. Diharap dapatan kajian ini akan memberi maklumat kepada pihak-paihak berkenaan sperti pentadbir sekolah, guru-guru tentang keberkesanan penggunaan Kaedah Pembelajaran Inkuiri dalam mata pelajaran Sains. Di samping itu ia akan memberi peluang dan pengalaman kepada guru-guru Sains untuk mengetahui dan mempelajari teknik-teknik yang digunakan dalam kaedah Pembelajaran Inkuiri.Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada guru-guru mata pelajaran lain untuk mencuba pendekatan kaedah Inkuiri ini. Kepada pihak PPD dan JPN akan dapat mengambil langkah proaktif memperkenal dan melaksanakan pendekatan kaedah Inkuiri ini di sekolah-sekolah khususnya untuk mata pelajaran Sains dan mata pelajaran lain amnya.

ISI KANDUNGAN Muka surat Abstrak Isi Kandungan Pengenalan Pernyataan Masalah Kajian Fokus Kajian Objektif Kajian Kumpulan Sasaran Pelaksanaan Kajian Kajian Literatur Metodologi Penyelidikan Melaksanakan Tindakan: a) b) c) Aktiviti 1- Meningkatkan Kefahaman Aktiviti 2- Glossari dan Wordlist Aktiviti 3- Peta Minda i ii

Refleksi Kajian Cadangan Lanjutan Rujukan

Pengenalan

Murid Tahun 4 dalam kelas saya terdiri daripada murid yang sederhana dan murid yang lemah pencapaiannya. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan yang diberi semasa proses pengajaran di dalam kelas memang dapat dikenal pasti mereka menghadapi masalah semasa mempelajari mata pelajaran Sains. Terutamanya di dalam memahami Proses Sains pada sesuatu bab yang di ajar. Berdasarkan latihan yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS). Terdapat juga segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian B, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun penerangan tentang soalan telah diberikan. Selain daripada itu, melalui soal jawab saya dengan murid, saya mendapati ada di antara mereka tidak memahami kehendak soalan, tidak memahami istilah sains, dan perkataan Sains dalam Bahasa Inggeris serta tidak memahami sebahagian tajuk yang telah diajar. Kegagalan murid mendapat markah pada bahagian B semasa peperiksaan amat merugikan. Jika murid-murid yang lemah dibimbing dan didedahkan dengan teknik menjawab soalan bahagian B dengan betul, saya merasakan masalah ini akan dapat diatasi. Masalah segelintir murid yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah kesukaran untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan yang mereka hadapi. Sesungguhnya markah yang diperolehi dari bahagian B ini akan membantu murid di dalam pemarkahan Bahagian A. Walaupun untuk mendapat markah penuh 20 markah di bahagian B namun ramai murid saya mencapai 13 markah ke atas untuk kertas Sains Bahagian B ini.

Pernyataan Masalah Kajian Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan Untuk mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan budaya sians dan teknologi. Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti bersemangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata dan tepat serta menghargai sumbangan sains dan teknologi. Warganegara sedemikian dapat dibentuk sekiranya pendedahan awal kepada sains dan teknologi diberikan. Sains secara amnya dilihat sebagai satu bidang ilmu pengetahuan dan juga sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru. Sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah, sains dapat memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar mereka di samping mendapatkan ilmu pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga memerlu dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang positif. Pembelajaran sains dapat menggalakkan semangat ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketabahan, ikram terhadap hidupan dan menghargai alam sekitar. Sains di peringkat sekolah rendah membolehkan murid mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar mereka melalui pengalaman dan juga penyiasatan. Kurikulum sains ini digubal untuk murid Tahap I dan Tahap II sekolah rendah, iaitu Tahun 1 hingga Tahun 6. Penekanan diberikan kepada pembelajaran menerusi pengalaman dan relevan kepada kehidupan harian murid, pendekatan inkuiri, perkembangan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, penyelidikan dan penyelesaian masalah, aplikasi prinsip sains, dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni.Untuk menguasai sesuatu kemahiran Sains muridmurid haruslah terlebih dahulu menguasai Kemahiran Proses Sains.

Ramai pengkaji menjelaskan bahawa kemahiran saintifik adalah amatpenting dalam membangunkan pemikiran saintifik untuk membantu pelajarmenjalankan aktiviti penyiasatan, penerokaan, pembuktian, inkuiri dan menjaditeras dalam penciptaan dan inovasi (Fusco dan Barton, 2003; Hidalgo, 2007).Kemahiran saintifik ini terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiranmanipulatif. Kemahiran proses sains pula terbahagi kepada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu.Walau bagaimanapun, kajian mendapati kebanyakan pelajar gagal untukmenguasai kemahiran saintifik khususnya kemahiran proses sains bersepadu yangmelibatkan keupayaan untuk mengenalpasti pemboleh ubah, membina hipotesis, menjalankan eksperimen, mendapatkan bukti dan membina kesimpulan(Onwuegbuzie, 2000; Rohana, 2003). Pelajar juga gagal untuk meramal dan membuat inferens dengan berkesan (Soyibo, 2000).

1.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan keputusan ujian bulan Februari yang dijalankan, hampir keseluruhan murid gagal menjawab dengan cemerlang soalan-soalan di bahagian B iaitu mendapat markah kurang dari 13/20 markah. Hanya seorang sahaja yang mendapat markah melebihi 13/20 markah, seramai empat orang mendapat markah antara 10-15, manakala bilangan murid mendapat markah bawah daripada 10 adalah seramai 16 orang. Memandangkan hasil ujian yang tidak memuaskan dan amat membimbangkan, maka saya terfikir untuk membuat kajian bagaimana untuk meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan pada bahagian B ini. Antara kelemahan murid-murid ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti berikut : tidak menguasai kemahiran proses sains. tidak memahami kaedah guru mengajar tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari. tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah tidak memahami istilah kemahiran proses sains (KPS)

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid tidak dapat menjawab soalan di bahagian ini, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada kaedah atau teknik yang dapat meningkatkan kefahaman murid di dalam menjawab soalan Kemahiran Proses Sains Bahagian B dengan menekankan kepada aktiviti inkuri penemuan. Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.

2.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan minat murid dan kefahaman murid terhadap Kemahiran Proses Sains .

Objektif Khusus

Meningkatkan pengetahuan murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B.

ii

Meningkatkan pemahaman murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B

iii Membantu murid mengingat kaedah atau teknik menjawab soalan sains dengan betul. iv Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan menggunakan aktiviti inkuari penemuan v Meningkatkan peratus lulus murid bagi mata pelajaran Sains.

4.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 11 orang murid Tahun 4 SK Kedondong yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan.

5.

PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut. Perincian terhadap masalah tersebut dilihat daripada aspek berikut : a) Pengetahuan sedia ada murid memahami maklumat yang terdapat di dalam soalan melalui temu bual dan soal selidik. b) Latihan menjawab soalan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa menjawab soalan Sains Bahagian B. c) Ujian bagi mengenal pasti tahap pemahaman murid selepas mempelajari sesuatu topik dalam subjek Sains.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

a) Hasil Temubual Dengan Murid Hasil temu bual dengan murid saya mendapati sebahagian 10/25 orang murid tidak dapat mengaitkan soalan dengan tajuk yang dipelajari, 15/25 tidak menguasai teknik menjawab soalan, tidak membaca soalan dengan teliti dan ada juga yang tidak berminat untuk menjawab soalan.

b) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B juga ditinjau dengan terperinci melalui buku latihan murid. Sebahagian murid tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberikan.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid seperti berikut :

i) ii)

Tidak memahami kehendak soalan. Murid belum menguasai istilah penting dalam KPS seperti membuat inferens, hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan mentafsir data.

iii)

Kurang menggunakan maklumat yang diberi didalam soalan sama ada maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta palang, gambar rajah dan pernyataan ayat.

c) Kelemahan murid menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian Topikal yang diadakan setelah selesai sesuatu topik

Jadual 1 : Hasil tinjauan Penguasaan Murid Menjawab Soalan KPS Berdasarkan Ujian Topikal. ( contoh soalan - Rujuk Lampiran 1)

Perkara yang ditinjau Murid tidak dapat menjawab Soalan (a) Soalan (d) Murid tidak dapat menjawab soalan mengawal pemboleh ubah (b) Murid tidak dapat menjawab soalan mentafsir data (c)

Bilangan murid

16 18 15

16

KAJIAN LITERATUR

2.1. Pengenalan Sejak tahun 1989, kurikulum sains di negara England telah menguji kebolehan pelajar sekolah untuk menjalankan tugas penyiasatan saintifik seperti membuat pengukuran, membandingkan ciri-ciri yang diperhatikan, mencari perhubungan di antara pembolehubahpembolehubah dan lain-lain lagi Seperti yang dinyatakan sebelum ini, dalam pendidikan sains, kemhiran proses Sains asas perlu dikuasai dahulu sebelum menguasai kemahiran proses sains bersepadu. Isu sains dan matematik yang dibawa oleh Wan Fuzaini (2007), sifat keterbukaan kurikulum. Beliau mengungkapkan bahawa, kurikulum haruslah sejajar dengan keperluan masyarakat setempat. Oleh itu, kurikulum haruslah mampu menyediakan masyarakat yang diperlukan oleh pembangunan masyarakat diingini. Selain itu agensi-agensi luar seperti PETROSAINS, Planetarium, dan Pusat Sains Negara perlu mengambil tanggungjawap bagi memupuk minat dalam bidang sains (dalam Robiah Sidin, 2003 dan Wan Fuzaini, 2007). Jadi kemahiran proses adalah proses-proses kognitif atau cara pelajar berfikir semasa mereka menjalankan penyiasatan (membuat melalui pemikiran). Ia merupakan kemahiran memperolehi dan memproses maklumat di sekeliling untuk mencari jawapan secara sistematik. Ianya berbeza daripada kemahiran manipulatif yang berbentuk psikomotor (Gott dan Dugan, 1995). Menurut Wellington (1989) dan Screen (1986), kedua-dua kemahiran ini penting kerana ia akan kekal selepas faktafakta menjadi lapuk atau dilupai. Namun demikian, adalah usaha untuk membudayakan sains dan teknologi ini membantu pelajar dalam menguasai proses sains yang asas? Menurut Anizah(2004), tahap kemahiran pelajar mengendalikan peralatan makmal adalah ditahap sederhana. Sedangkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains, kemahiran ini adalah asas untuk melakukan sesuatu penyiasatan tentang persekitaran.

Jadual Kemahiran Proses Sains KEMAHIRAN PROSES SAINS Memerhati TAKRIFAN Menggunakan penglihatan, pendengaran,

sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena. Mengelas Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya. Mengukur dan menggunakan nombor Membuat pemerhatian secara kuantitatif

dengan menggunakan alat berunit piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Kebolehan penting mengukur. Membuat inferens Membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Kesimpulan awal itu mungkin betul ataupun tidak. Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Berkomunikasi Mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf, gambarajah, model, atau jadual. Menggunakan perhubungan ruang dan masa Memperihalkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa. Mentafsir maklumat Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada maklumat yang terkumpul. Mendefinisi secara operasi Memberi definisi tentang sesuatu konsep menggunakan untuk nombor adalah

menguasai

kemahiran

dengan

menyatakan

perkara

yang

perlu

dilakukan dan diperhatikan. Mengawal pembolehubah Dalam suatu penyiasatan, pembolehubah yang boleh mempengaruhi keputusan eksperimen perlu dikawal. Membuat hipotesis Sesuatu kenyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkata atau peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya. Mengeksperimen Menguji sesuatu hipotesis yang melibatkan kemahiran kemahiran proses di atas.

Kassim, Abu Hassan (2003) dalam kajiannya, menyatakan bahawa aspek kemahiran saintifik iaitu membuat inferens dan mengawal pembolehubah hanya dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran pada tahap sederhana. lebih menyedihkan lagi adalah aspek membuat ramalan dan membuat hipotesis adalah di tahap yang lemah.Walau bagaimanapun dalam kajian yang lain, Kasim, Abu Hasan dan Rohana Hussin (2003) tahap penguasaan aspek membuat hipotesis, mentafsir maklumat dan membuat ramalan oleh pelajar adalah di tahap yang baik. Sedangkan kemahiran membuat inferens masih di tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, seandainya kurikulum bersepadu sains yang dibangunkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ini diteliti dan diamalkan oleh para pendidik, ia sememangnya mampu menghasilkan pelajar berdaya saing yang diingini Secara ringkasnya, amalan pendidikan sains di sekolah masa kini lebih kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru kerana sistem pendidikan Malaysia yang mementingkan peperiksaan piawai iaitu Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Guru sains merasakan mereka mesti menyampaikan sebanyak mana fakta dan maklumat kepada pelajar bagi persediaan untuk peperiksaan (Rose Amnah Abd Rauf, Abd Rashid Johar, Lilah Halim & Siti rahayah Arifin, 2004). Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, terdapat banyak idea-idea Teori Pembelajaran dalam membantu guru-guru menjalankan sesi tersebut dengan berkesan. Setiap mata pelajaran, akan ada teori yang bersesuaian dan berkesan dalam menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran. Ideologi daripada Teori Pembelajaran Konstruktivisme adalah pengaruh besar dalam pembelajaran mata pelajaran Sains. Pengaruh psikologi yang sangat menonjol melibatkan kemahiran berfikir terhadap Sains semenjak 1980 adalah melalui sudut pandangan Konstruktivisme. (Fensham, 1980). Berdasarkan kenyataan oleh Fensham itu, maka mata pelajaran Sains sememangnya sesuai diajar di dalam kelas berdasarkan konsep Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Menurut Borich dan Tombari (1997), Konstruktivisme ialah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang terhadap murid-murid membina kefahaman sendiri terhadap apa yang dipelajari dan mengaitkannya dengan apa yang mereka sedang pelajari iaitu antara idea dan fakta. Pendek kata, Konstruktivisme itu adalah ideologi binaan. Secara amnya, ramai berpendapat dan berpandangan bahawa Sains hanya boleh dipelajari melalui ujikaji untuk membuktikan hipotesis, menghafal fakta dan teori di dalam makmal. Hasilnya, strategi pengajaran Sains hanya berpusatkan guru sementara penglibatan murid adalah terbatas. Aktivitiaktiviti pengajaran yang menggalakkan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran amat kurang digunapakai oleh guru-guru dalam sesi-sesi pengajaran mereka. (Jemaah Nazir Sekolah, 1992). Sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan apabila terdapat penglibatan murid-murid secara aktif terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru kerana proses membina kemahiran dan menggunakannya merupakan antara konsep pendidikan di sekolah rendah. Teori Konstruktivisme memberi keutamaan terhadap murid-murid dalam membina pengetahuan berdasarkan proses psikologi yang aktif dengan membina ilmu pengetahuan ke dalam struktur kognitif berasaskan pengalaman sedia ada yang ada pada murid-murid. Melalui perspektif Konstruktivisme, proses pembelajaran bermakna dan berkesan itu terbina dengan sendirinya melalui murid-murid tersebut apabila pengetahuan sedia ada mereka bertindakbalas terhadap maklumat yang sedang dipelajari membentuk kefahaman dan makna. Oleh itu, melalui pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran yang bermakna akan diberi keutamaan selain penyusunan kurikulum dan konsep asas yang menggalakkan murid-murid membuat penyiasatan dan penilaian dalam mengemudi pembelajaran mereka. Pendekatan pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran merangsang murid-murid untuk membina pengetahuan melalui pengalaman adalah Konstruktivisme, yang sangat sesuai digunapakai dalam kelas atau darjah pengajaran mata pelajaran Sains.

Terdapat pelbagai kelebihan dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme ini bagi mata pelajaran Sains. Manfaat itu bukan sahaja tertumpu kepada muridmurid, malahan kepada guru, terutama sekali dalam mencapai objektif pengajaran, disamping memberikan input yang banyak kepada murid-murid melalui apa yang ingin disampaikan dalam isi pelajaran. Kesesuaian penggunaan konsep konstruktivisme dalam Sains ini telah lama dipraktikkan dan sehingga sekarang ia sesuai digunakan. Apatah lagi, sains memerlukan sokongan logik dan fakta bagi membuktikan kebenaran, maka murid-murid akan dapat manfaat di dalam pembelajaran secara konstruktivisme ini melalui idea-idea sedia ada untuk dikaitkan dengan idea-idea yang baru dipelajari. Malah, mata pelajaran Sains juga berkaitan dengan penyelidikan yang inovatif. Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud (Briner M., 1999). Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian masalah yang terdapat di dalam pembelajaran secara konstruktivisme yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi cabaran mereka untuk menyelidik dan meneliti secara mendalam.Ini bermakna menggunakan kaedah inkuri penemuan dalam pengajaran akan membolehkan pelajar mengambil peranan matematik mengenai strategi pengajaran yang mereka amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang mencari dan menemukan fakta melalui kaedah sainstifik yang mereka lakukan sendiri. Ini bermakna pelajar seharusnya membina hipotesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya, kemudian menguji hipotesis untuk menunjukan kebenarannya. Melalui langkah ini ahli sains berupaya memperolehi ilmu baru dan menolak data sains yang ditemui sebelum ini. Oleh yang demikian, dijangkakan melalui pendekatan pembelajaran inkuiri, pelajar dapat memahami sifat sins yang didak muktamat dan boleh lentur.(Martin 1985) Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiripenemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan hasil inkuiri-penemuan. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh murid sendiri. Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan murid mempelajari kemahiran proses

sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada danberkomunikasi apa yang dipelajari. National Science Teachers Association Amerika Syarikat mencirikan inkuiri-penemuan sebagai: Penyoalan dan penyediaan masalah yang boleh diselesaikan (Questioning and formulating solvable problems). Membuat refleksi dan membina pengetahuan daripada data (Reflecting on, and constructing knowledge from data). Berkolaborasi dan menukar maklumat untuk mencari jawapan (Collaborating and exchanging information while seeking solutions). Membina konsep dan perkaitan daripada data empirikal (Developing concepts and relationships from empirical data). Secara umumnya, inkuiri-penemuan merupakan proses yang aktif terlibat dalam pemikiran sains (scientific thinking), penyiasatan dan membina pengetahuan. Kebaikan sains sebagai inkuiri-penemuan dapat dihayati melalui kata-kata Kessen (1964) di bawah; There is joy in the search of knowledge; there is excitement in seeing however partially, into the workings of the physical and biological world; there is intellectual power to be gained in learning the scientist's approach to the solutions of human problems. The first task and central purpose of science education is to awaken in the child, whether or not he will become a professional scientist, a sense of the joy, the excitement and the intellectual power of science. There is joy in the search of knowledge; there is excitement in seeing however partially, into the workings of the physical and biological world; there is intellectual power to be gained in learning the scientist's approach to the solutions of human problems. The first task and central purpose of science education is to awaken in the child, whether or not he will become a professional scientist, a sense of the joy, the excitement and the intellectual power of science. ( Kessen, 1964: 4 )

Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, prescriber of appropriate activities, stimulator of curiosity, pencabar idea murid dan sumber rujukan (resource person). Pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan memerlukan guru sains yang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus. Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah, iaitu seseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan idea, pengujian idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme untuk mencapai tujuan tersebut. Mengajar sains dengan menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan bukanlah sesuatu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi guru pelatih. Setelah mengikuti lima semester input akademik dan kaedah pengajaran sains di maktab-maktab perguruan, guru pelatih diharapkan boleh mengajar sains secara inkuiri-penemuan semasa mereka menjalani praktikum. Sungguh pun begitu, beberapa persoalan mungkin timbul semasa guru pelatih menjalani praktikum iaitu; adakah guru pelatih mengajar mata pelajaran sains secara inkuiri-penemuan? Apakah masalahmasalah yang mungkin dihadapi oleh guru pelatih ini semasa mereka mengajar mata pelajaran sains secara inkuiri-penemuan? Untuk menjawab persoalan ini, satu kajian perlu dilakukan untuk menyediakan jawapan kepada persoalan tersebut. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang diberi focus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan pelajar. Ini adalah selaras dengan seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan perkembangan secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah pendidikan sains juga telah menggariskan Sains merangkumi tiga komponen utama iaitu proses, hasil dan sikap. Sains sebagai suatu proses. kemahiran proses sains adalah asas untuk mempelajari sains. proses menitikberatkan cara untuk memperolehi pengetahuan sains. menggunakan prosedur empiris dan analisis untuk menerangkan fenomena alam semesta. melibatkan pengalaman hands-on dan minds-on. melibatkan pembentukan hipotesis , merancang , mengeksperimen , mengumpul dan menganalisis data serta membuat rumusan.

Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah untuk memenuhi kehendak KBSR dan Falsafah Pendidikan Negara amnya. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan akan memberi implikasi yang buruk terhadap pencapaian pelajar dan cita-cita falsafah Pendidikan Negara. Diharap dapatan kajian ini akan memberi maklumat kepada pihakpaihak berkenaan sperti pentadbir sekolah, guru-guru tentang keberkesanan penggunaan Kaedah Pembelajaran Inkuiri dalam mata pelajaran Sains. Di samping itu ia akan memberi peluang dan pengalaman kepada guru-guru Sains untuk mengetahui dan mempelajari teknik-teknik yang digunakan dalam kaedah Pembelajaran Inkuiri. Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada guru-guru mata pelajaran lain untuk mencuba pendekatan kaedah Inkuiri ini. Kepada pihak PPD dan JPN akan dapat mengambil langkah proaktif memperkenal dan melaksanakan pendekatan kaedah Inkuiri ini di sekolah-sekolah khususnya untuk mata pelajaran Sains dan mata pelajaran lain amnya. Daripada dapatan ini juga diharap perancang kurikulum atau perancang modul pembelajaran memberi penekanan terhadap penggunaan pendekatan Pembelajaran Inkuiri. Apakah perlunya kita mengutamakan penguasaan kemahiran proses sains? Berdasarkan Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan, kemahiran proses sains melibatkan pemerhatian, pengkelasan, pengukuran, berkomunikasi, menggunakan nombor, membuat inferens, membuat ramalan dan penggunaan perhubungan ruang-masa.

2.2. Tinjauan kajian lepas Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka.Pelajar memilih dan mengintepresikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman yang membolehkan individu melangkau maklumat yang diberikan Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan. Brooks & Brooks (1993) Menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Mereka membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek , idea dan perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan peraturan yang telah mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat meerangkan maklumat yang baru ini dengan lebih baik. Menurut Zahari (1992), Jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang diajar serta menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan, maka latihan yang disediakan akan menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. Pelajar- pelajar lebih berminat dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi pengajaran yang digunakan dibilik darjah.(S.Sukumaran ,1991; Burden dan Byrd, 1994) Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul dalam setiap diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita- citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajar berminat dengan subjek dan kaedah yang dijalankan. Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia boleh merupakan pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu sendiri. Oleh itu minat berkait rapat dengan desakan ,motif, gerak balas emosi dari aspek disiplin kerja dan hasil penglaman dalam alam sekitar. Menurutnya lagi Jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana ia kan menghsilkan produk yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat.

2.3. Kesimpulan Berdasarkan kajian literature, didapati kaedah inkuri dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi melahirkan interaksi yang baik diantara pelajar. Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam bidang tertentu.

METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Merancang Tindakan Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan. a) Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini iaitu: i. Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B ii. Penggunaan Glosari Sains atau kamus iii.Latihan menjawab soalan Sains Bahagian B iv.Membina mengikut topik yang dipelajari

3.2. Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Meningkat Kefamahan Murid Tentang Konsep Fotosentisis

1. 1. OBJEKTIF a) Umum Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap mata pelajaran Sains. Mengenalkan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar. b) Khusus i . membantu 11 pelajar Tahun 4 Cakna menguasai konsep fotosintesis . ii. membantu pelajar menguasai kemahiran tafsir carta dengan bantuan gambarajah,carta dan peta konsep. 1.2. METADOLOGI Metadologi yang digunakan : i . Pemerhatian ii. Ujian Diagnostik iii. Ujian Post iv. Soal Selidik untuk murid,guru dan ibu bapa.

1.3. PERLAKSANAAN KAJIAN a) Tinjauan Masalah i . Prestasi pencapaian subjek Sains dalam peperiksaan dalaman masih belum mencapai target dari segi kualiti gred. ii . Pelajar masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas dalam konsep bagi topic Sains. iii. Pelajar kurang mahir dalam mengembangkan idea dengan menggunakan perkataan sendiri terutama dalam soalan Bahagian B. iv. Kecenderungan pelajar dalam subjek Sains bergantung kepada topic yang tertentu sahaja. v. Pelajar kurang mendapat motivasi dari ibu bapa dalam mempelajari Sains. b) Perlaksanaan program i .Membuat ujikaji berbentuk inkuiri- penemuan ii Membina kefahaman terhadap konsep iii Pembimbing rakan sebaya iv Membina carta,peta minda dan gambarajah v Ujian Post vi Kajian soal selidik c) Tindakan yang dijalankan i Menjalankan Ujian Pra ii Membuat ujikaji berbentuk inkuiri penemuan iii Murid membina kefahaman melalui ujikaji iv Bimbingan rakan sebaya dari gred A semasa aktiviti berkumpulan v Membina carta proses fotosintesis dengan bimbingan rakan dan maklumat dari rujukan . vi Mempamerkan carta fotosintesis untuk penilaian. vii Ujian Post

1.4 .DAPATAN KAJIAN a) Analisis Data i Analisis Ujian Pra ii. Analisis Pemerhatian iii Analisis soal selidik iv. Analisis perlakuan murid v. Analisis Ujian Post b) Rumusan i Pemahaman murid tentang konsep fotosintesis lebih kukuh ii Kaedah inkuiri penemuan secara berperingkat dan dapatan yang diulang-ulang dapat membantu murid membina konsep dengan kukuh. iii.Aktiviti berkumpulan dengan bimbingan rakan sebaya membantu pelajar terlibat secara aktif dan bahan rujukan diguna dengan sepenuhnya apabila hasil dipertandingkan. 1.5 REFLEKSI KAJIAN a.) Pencapaian murid Murid dapat mengatasi masalah kekeliruan konsep pertukaran gas semasa fotosintesis. b) Rumusan Pemerhatian Pertandingan antara kumpulan dalam menghasilkan carta memberi galakkan yang baik pada setiap pelajar. c) Proses Pengajaran dan pembelajaran Kefahaman murid terhadap Konsep Fotosintesis dapat diperkukuhkan dengan teknik pengajaran yang pelbagai.

1.6. CADANGAN Saya bercadang untuk meneruskan teknik pengajaran berkumpulan dan inkuiri penemuan dalam membina konsep fotosintesis. Tumbuhan hijau boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Dengan kehadiran cahaya matahari, air, karbon dioksida dan pigmen hijau pada daun, mereka boleh membuat makanan sendiri.

Melalui proses ini, kanji dihasilkan dan ianya boleh dikesan dengan menitiskan larutan iodin pada daun. Bahan sampingan yang dihasilkan ialah gas oksigen. Oksigen diperlukan oleh semua benda hidup. Semakin banyak tumbuhan yang membuat makanan pada waktu siang, semakin banyak kandungan oksigen di bumi. Oleh itu, kita harus menanam lebih banyak tumbuhan untuk menambahkan kadar oksigen di persekitaran kita.

Aktiviti 2 : 2.1. Penggunaan Glosari Sains, Wordlist dan kamus Saya menggalakkan murid merujuk pada buku glosari sains yang dibekalkan oleh kementerian, dan wordlist (rujuk lampiran) yang disediakan oleh saya untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami secara berterusan dan menambah penguasaan istilah dan perbendaharaan kata sains dalam bahasa Inggeris. Setiap murid diberikan Wordlist atau senarai perkataan sains dalam Bahasa Inggeris. Diakhir setiap pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengadakan kuiz teka kata secara spontan untuk dijawab oleh murid berdasarkan topik yang dipelajari. Contoh soalan Kuiz : Questions Answer

Species of plant or animal that are almost extinct

Endangered

An interaction in which two or more organisms living in the same habitat, trying to gain control of the same resources

Competition

Pemerhatian : Dari pemerhatian yang dibuat, seramai 8 orang murid telah mencatat perkataan-perkataan yang mereka tidak faham di dalam buku vocabulary mereka. Murid juga berminat dengan aktiviti kuiz yang dijalankan. 2.2. Refleksi : Murid-murid sememangnya boleh menguasai kosa kata sains dalam B.Inggeris sekiranya mereka sentiasa membaca, merujuk dengan menggunakan buku glosari sains senarai perkataan sains dan berbincang sesama mereka. Perbendaharan kata murid akan lebih meningkat lagi.

Aktiviti 3 : Menggunakan Peta Minda di dalam pembelajaran inkuari Penemuan

Saya juga mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat topik-topik yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini saya meminta mereka membina peta minda (rujuk lampiran) berdasarkan topik yang telah dipelajari.Murid yang lemah akan dibimbing oleh guru. Berdasarkan peta minda yang dibina, murid diminta memahami konsep atau fakta yang terkandung di dalam peta minda tersebut

3.1. Pemerhatian Melalui pemerhatian semasa P&P dijalankan, kebanyakan murid dapat membina peta minda berdasarkan topik yang dipelajari. Ini menunjukkan aktiviti membina peta minda dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka terhadap topik yang dipelajari. Namun masih terdapat murid yang lemah membina peta minda terutamanya murid yang masih lemah dalam bacaan dan tidak boleh membaca. Untuk mengatasi masalah ini guru membimbing murid dengan membaca nota dan memberi panduan kepada murid yang lemah. ( Rujuk Lampiran 1) 3.2. Refleksi Aktiviti membina Peta minda dalam P&P dengan menggunakan kaedah inkuari penemuan dapat menarik minat murid dalam pembelajaran. Selain itu, peta minda juga dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap topik- topik yang telah dipelajari.

7. REFLEKSI KAJIAN

Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang prestasi murid menjawab soalan diukur daripada pemeriksaan buku latihan, lembaran kerja, markah penilaian ujian dan peperiksaan yang dijalankan. Berdasarkan Peperiksaan Percubaan Negeri didapati markah

paling minima yang diperolehi oleh murid selepas kajian ini ialah 2 markah. Tidak ada lagi murid yang mendapat 0 markah. Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh saya semasa menjalankan aktiviti yang dirancang seperti murid tidak serius dan bersungguh-sungguh menjawab soalan. Kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan pencapaian murid menjawab soalan Sains bahagian B walaupun tidak sepenuhnya. (Lampiran 2 )

8. CADANGAN LANJUTAN Memandangkan bilangan murid yang mendapat markah bahagian B Sains bawah 13 markah masih ramai maka saya akan meneruskan kajian ini dengan membuat penambahbaikan seperti mengadakan program Mentor Mentee yang melibatkan dua orang guru sains. Murid akan di bahagikan kepada dua kumpulan supaya murid dapat dibimbing dengan lebih berkesan untuk mencapai sasaran markah bahagian B iaitu mendapat markah lebih daripada 10 markah.

Rujukan :

Chong Ah Hoi @ Chong Thian Fook (1990). Menilai tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu bagi program sains paduan. Universiti Teknologi Malaysia.

Huraian Sukatan Pelajaran Sains KBSR Tahun Empat. (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan (1997). Sains: Panduan Penilaian Kerja Amali (PEKA). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Mokhtar Ismail (1995).Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Prof. Madya Dr. Salihan Siais, Kertas kerja Konvensyen Pendidikan Sains dan Matematik Sekolah Rendah Luar Bandar, Seremban, 2002.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lampiran 1 : Menyiasat Alam Bahan : Sifat-sifat Bahan : Sifat Bahan : 60 minit : 4 : Memahami sifat-sifat bahan : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat mengenalpasti bahan konduktor/penebat elektrik Pendekatan/ Kaedah/ Strategi : Pendekatan - Inkuri penemuan Tema : Menyiasat Alam Bahan Tajuk : Sifat-sifat Bahan Sub Topik : Sifat Bahan Tempoh : 60 minit Tahun : 4 Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat mengenalpasti bahan konduktor/penebat elektrik Tema Tajuk Sub Topik Tempoh Tahun Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran Pendekatan/ Kaedah/ Strategi : Pendekatan - Inkuri penemuan Strategi Mengeksperimen dan Perbincangan

Fasa (Masa)

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran & pembelajaran

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Mengapa terdapat jenis bahan dalam satu alat elektrik

Jenis aktiviti : Bercerita - Guru menceritakan tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil. - Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid. Kemahiran saintifik: Komunikasi Nilai murni : Berhati-hati

Meramal Idea (10 minit)

1. Mengedarkan Mengenalpasti pelbagai jenis objek objek konduktor dan kepada murid, penebat elektrik. Seperti paku, kertas buku, pensil kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen,

Kemahiran saintifik: Meramal, Mengelas Nilai murni :

sudu plastik, getah pemadam dan rod kaca. 2. Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik. 1. Murid membina litar lengkap. 2. Murid menyambungkan objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap. 3. Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung dalam litar lengkap. 4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberi. 1. Guru meminta setiap kumpulan murid membentangkan hasil keputusan eksperimen. 2. Setiap kumpulan murid memberikan kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen masingmasing. ( Aras tinggi) 3. Guru mengukuhkan hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik.

Kerjasama, berani

Pemerhatian Mengeksperimen (25 minit) bahan yang diberi dalam litar elektrik.

Kemahiran saintifik: Mengeksperimen, Pemerhatian

Nilai Murni : Berkerjasama Jujur

Penjelasan (15 minit)

- Bahan konduktor (pengalir elektrik) - Bahan penebat (bukan pengalir elektrik)

Refleksi (5 minit)

Senarai bahan konduktor dan penebat elektrik

1.Murid membuat peta minda. i)Bahan konduktor ii)Bahan penebat 2.(Lampiran kerja disediakan)

Lampiran 1 Standard Kandungan: 5.1 Memahami sifat-sifat bahan. Standard Pembelajaran: 5.1.3 Mengenalpasti konduktor dan penebat Tandakan ( / ) bagi objek yang dapat menyalakan mentol.

OBJEK

KEADAAN MENTOL SELEPAS DISAMBUNGKAN OBJEK

MENYALA

TIDAK MENYALA

Getah Pemadam

Pensil kayu

Pembaris plastik

Karbon pensil Duit Syiling 10 sen

Sudu plastik

Lampiran 2 Analisis Markah Sains Bahagian B dalam Ujian April dan Ujian Pertengahan Tahun

Berdasarkan analisis markah ini terdapat peningkatan pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahan Tahun

Markah

Bilangan Murid
Ujian Bulanan (April) Peperiksaan Pertangahan Tahun

16 - 20 10 15 0-9

0 0 11

1 10 0

PERBANDINGAN KEPUTUSAN UBB APRIL DAN UBB JUN BAGI 11 ORANG PELAJAR 4 CAKNA SK KEDONDONG BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 NAMA RESPONDEN AHMAD MUNIR SAIFUL ADLI KAMAL AIZAT SUHAIMI MOHAMAD SHAFIQ IMRAN SHARUL AIMAN ZAIRI HAMLI SYAFIQAH SITI AYUNI NAJAH UMAIRAH MARLULI A/P EH PON UBB APRIL 8 6 9 8 9 5 7 6 6 8 9 UBB JUN 13 11 16 14 14 15 13 14 12 13 15

Panduan mendapatkan jawapan bagi Sains Bahagian B:

Lampiran 3

Kemahiran Proses Sains - KPS ( Science Process Skills SPS) yang diuji dalam Kertas Soalan Sains UPSR Bahagian B.

1. Inferens ( Inference) 2. Hipotesis (Hyphothesis) 3. Mengawal Pemboleh ubah (Variables / Things) 4. Mentafsir data (Interpreting data ) 5. Meramal (Prediction) 6. Application (Aplikasi)

Panduan mendapatkan jawapan bagi Sains Bahagian B: Fahamkan maklumat yang diberi pada Fahamkan soalan perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual

cari kata kunci ( keyword) dan gariskan seperti change, observe, keep the same, two information, aim/ purpose, hyphothesis, relationship, conclusion, inference, reason, trend, pattern.

Cari jawapan dari :

i)

perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual

ii) iii) iv)

Topik yang dipelajari atau Kemahiran berfikir logic atau Pengalaman hidup seharian

Anda mungkin juga menyukai