1. Perbezaan di antara ayat dan perenggan. Perenggan adalah himpunan beberapa ayat yang membincangkan suatu topik kecil dalam suatu rencana. Dalam keadaan tertentu, perenggan boleh terdiri daripada sebuah ayat. Sesuatu ayat mengandungi hanya satu fakta atau idea utama. Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Perenggan merupakan satu kumpulan ayat yang berkaitan, yang membangunkan satu idea utama. Dalam penulisan akdemik, perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan. Setiap kali berlaku peralihan daripada sesuatu isi atau fokus, anda perlu memulakan perenggan baru. Panjangnya perenggan berbeza, tetapi lazimnya sesuatu perenggan bagi penulisan akademik atau ilmiah terdiri dariapda 4 hingga 12 ayat. Sesuatu esei, laporan, artikel atau kertas kerja akan terdiri daripada beberapa perenggan. Ciri-ciri utama perenggan pengenalan: Penarik, menyampaikan latar belakang maklumat dengan tepat dan ringkas dan mengemukakan tesis penulisan Ciri-ciri pendahuluan karangan Pendahuluan karangan seboleh-bolehnya menggambarkan tajuk perbincangan dan keseluruhan isi yang hendak dibincangkan dalam perenggan isi karangan. Pembaca akan membuat kesimpulan awal tentang apa-apa yang ditulis setelah membaca pendahuluan. Sehubungan dengan itu, anda sekurang-kurangnya mesti berupaya untuk mengetahui dan menulis beberapa jenis perenggan pendahuluan. Terdapat 7 jenis perenggan pendahuluan : Secara umumnya, perenggan pendahuluan terbahagi kepada : a. Pendahuluan jenis definisi. b. Pendahuluan jenis pendapat. c. Pendahuluan jenis situasi/suasana. d. Pendahuluan jenis persoalan. d. Pendahuluan jenis peribahasa. e. Pendahuluan jenis puisi. f. Pendahuluan jenis sejarah. Perbezaan tujuan perenggan deskriptif/phujahan. Tujuan penggunaan penulis deskriptif adalah untuk memindahkkan pengamatan, pemerhatian atau pengalaman penulis kepada pembaca (Adenan Ayob, 2003). Penulis dapat memberikan gambaran visual atau dapat menerangkan sesuatutopik agar pembaca dapat melihat dan membayangkan perkara tersebut dengan jelas. Dengan perkataan, lain penulisan deskriptif merangksangkan segala pancaindera pembaca (penglihatan, bunyi, bau, rasa, sentuhan dan pendengaran). Dalam sesuatu penghujahan, hujah tersebut haruslah mempunyai tesis atau pun idea utama untuk dipertahankan. Permikiran yang jelas, logik dan waras serta mengambil kira pihak lawan merupakan komponenkomponen untuk memujuk pada pembaca. Di samping itu, penulis haruslah mempunyai bukti-bukti yang kukuh bagi menyokong hujahnya.Perenggan argumentatif sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep, pandangan, cadangan, proses, atau sejarah sesuatu, dengan menggunakan mana-mana teknik sama ada deduktif, induktif atau analogi. Cara penulis menunjukkan kebenaran pendapat sama ada menentang, menyookong atau menunjukjkan sikap berkecuali. Kebenaran yang hendak ditunjukkan mestilh berasakan fakta atau bukti yang konkrit. Kebenaran tidak berasaskan emosi sahaja.
2.
3.
4.
Jenis2 plagiarisme yg kerap dilakukan oleh pelajar universiti. 1. Potong dan tampal ialah amalan mengambil beberapa ayat atau perenggan atau artikel daripada sesuatu sumber secara verbatim atau sepenuhnya tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan.Rujuk kepada katun disebelah. Beri pendapat anda tentang jawapan yang diberikan oleh pelajar kepada gurunya. Terdapat pelajar yang menyalin sesuatu esei atau artikel daripada jurnal atau internet dan menyerahkannya sebagai hasil karyanya. 2. Menggantikan ayat-ayat asal daripada sesuatu sumber dengan perkataan sendiri tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan, iaitu parafrasa. Pelajar membaca beberapa sumber dan tulis semula bahagian-bahagian tertentu menggunakan perkataan sendiri dan kemudian mengabungkannya untuk menjadikan satu esei baru. Walau pun anda menggunakan perkataan sendiri, ia adalah plagiarisme selagi anda tidak memberi penghargaan sewajarnya serta menyenaraikan rujukan yang digunakan. Contoh: Penulisan Pelajar: Pemikiran di andaikan sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperolehi dan diolah melalui proses penakulan. Juga proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat dan individu mempunyai kuasa mengawal proses berkenaan.Pelajar telah menggantikan penulisan asal menggunakan perkataannya sendiri tetapi tidak memberi penghargaan kepada beberapa konsep dalam penulisan asal. Pembetulan: Pemikiran di andaikan sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperolehi dan diolah melalui proses penakulan (Presseisen, 1987). Menurut Ruggerio (1988) proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat dan individu mempunyai kuasa mengawal proses berkenaan. Walau pun anda menggunakan perkataan sendiri, anda mesti memberi penghargaan kepada keterangan Presseisen (1987) dan Ruggerio (1987) tentang pemikiran. 3. Mengambil idea daripada sesuatu sumber tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan. Plagiarisme tidak hanya terhad kepada mengambil ayat atau perenggan atau esei orang lain. Sekiranya, pelajar meminjam idea (seperti konsep, teori, kaedah) orang tanpa memberi penghargaan sewajarnya kepada penulis asal, anda dianggap sebagai telah memplagiat. Rujuk kepada kartun disebelah. Apakah yang dilakukan oleh orang dibelakang pelukis? Apakah implikasinya? Contoh: Penulisan Pelajar: Penyusunan grafik digunakan untuk mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan lama atau sedia ada pelajar.Pelajar tidak memberi penghargaan kepada idea penyusanan grafik yang perkenalkan oleh Ausubel pada tahun 1968. Pembetulan: Penyusunan grafik (Ausubel, 1968) digunakan untuk mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan lama atau sedia ada pelajar.Apabila anda menggunakan idea orang lain, anda mesti memberi penghargaan kepada pengasas idea berkenaan. Anda tidak boleh mengakui idea orang lain sebagai idea anda. Jika anda tidak memberi penghargaan kepada idea orang lain, pembaca mungkin menganggap itu adalah hasil karya anda. 4. Anda tidak boleh menggunakan esei atau tugasan yang anda telah menyerahkan untuk satu kursus dan menyerahkannya untuk kursus yang lain. Walau pun anda telah menggunakan perkataan sendiri dan idea-idea adalah hasil karya anda sendiri, menyerahkannya untuk kursus lain dianggap sebagai plagariasme. 5. Sesetengah pelajar mengambil ayat dan perenggan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan kemudian menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Cina atau Bahasa Tamil atau Bahasa Arab dan sebagainya. Ini tidak salah sekiranya idea-idea yang dikemukakan oleh penulis dalam Bahasa Inggeris diberi penghargaan dalam esei bahasa yang telah diterjemahkan. Sesetengah pelajar beranggapan kerana penulisan asal adalah dalam Bahasa Inggeris mereka tidak perlu memberi penghargaan. Lebih-lebih dengan perisian terjemahan yang canggih (seperti Google translate) sesetengah pelajar telah mengambil artikel dalam Bahasa Inggeris dan terjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dan menyerahkannya sebagai hasil karya mereka. Ini dianggap sebagai plagiarism
1.
Ayat Topik Ayat pertama dlm perenggan Memperkenalkan idea secara nenyeluruh yg akan dibincangkan dlm perenggan. Mempunyai 2 bahagian i.Topik - Makanan yg rendah lemah dan (ii) Idea yg mengawal adalah baik utk kesihatan. Berfungsi utk member idea kpd topic. Berguna dlm perenggan yh menganalisis/mhujah Bantu utk mfokus dan myatakan perenggan. Mbimbing dan mbangunkan idea utama Mbantu pljr memahami hujah yg kompleks Contoh Ayat Topik Terlalu luas Percutian sy di Bali sungguh seronok. Terlalu sempit - Percutian sy di Bali sungguh seronok kerana pantai yg bersih dan pemandangan yg indah.
BAB 5 Maklumat ialah fakta atau perkara yang diperolehi dalam satu keterangan (Ahmad Khair Mohd Nor et al, 2005).
o Memilih maklumat yang relevan o Mengorganisasi maklumat yang dipilih (menyusun maklumat)