Anda di halaman 1dari 78

Hubungan antara elektron dan arus elektrik Jirim terhasil daripada partikel

yang kecil dikenali sebagai atom


Ditengah atom terdapat nukleus

yang terdiri daripada proton dan neutrons.


Disekeliling nukleus terdapat

partikel yang dikenali sebagai elektrons.


Proton bercas positif Elektron bercas negatif.

Unit untuk Cas Elektrik


Cas eletrik diwakili oleh simbol Q. Unit cas ialah coulomb, C 1 cas elektron = - 1.6 x 10-19c 1 cas proton = 1.6 x 10-19 C

Sesuatu Jasad adalah : a) Neutral , jika bilangan cas positif = bilangan cas negatif. b) bercas nagatif , jika bilangan cas negatif melebihi cas positif. c) bercas positif , jika bilangan cas positif melebihi cas negatif.

Arus Elektrik
Ditakrifkan sebagai kadar pengaliran cas
Arus , I = cas, Q/ time, t = I = q/t Unit SI = ampere, A

Medan Elektrik
Medan elektrik ialah kawasan dimana cas elektrik mengalami

daya elektrik ( daya tolakan dan tarikan)

Sesuatu jasad bercas negatif apabila diletakkan dimana-mana

titik di dalam kawasan ini ia akan tertarik ke arah sfera bercas (daya tarikan) sama ia tertolak daya tolakan.

Sesuatu jasad bercas positif apabila diletakkan di kawasan yang

Medan elektrik diwakili oleh garis-garis beranak panah. Yang

dikenali sebagai garis medan elektrik.

Garis ini mewakili magnitud dan arah medan itu. .Arah medan elektrik pada sebarang titik

menunjukkan arah daya yang bertindak pada jasad bercas tersebut.


Garis medan elektrik tidak pernah bertindih.
Kekuatan medan elektrik diwakili oleh keamatan

bilangan garis medan .


Lebih padat dan banyak garis, menunjukkan medan

elektrik yang kuat.

Soalan 1
Arus yang mengalir dalam mentol yang menyala ialah

0.5 A
A) Kira jumlah cas elektrik yang mengalir melalui

mentol dalam masa 2 jam.


B) Jika satu elektron membawa cas 1.6 x 10-19 C, cari

bilangan elektron yang boleh dipindahkan melalui mentol dalam masa 2 jam. ????????????????

Soalan 2
Cas elektrik yang mengalir melalui mentol ialah pada

kadar 20C setiap 50 saat. Berapakah arus elektrik yang ditunjukkan oleh ammeter. Whats the answer???????

Soalan 3
Jika satu cas 300C mengalir melalui satu mentol setiap

2 minit. Berapakah arus yang mengalir melaui mentol itu? ?????????????????

Soalan 4
Satu arus 200mA mengalir melalui satu perintang

selama 3 saat.Berapakah a) cas b) elektron mengalir melalui perintang itu

Soalan 5
Apabila kilat berlaku antara dua awan bercas, arus

elektrik 16A mengalir selama 0.8s. Berapakah cas yang dipindahkan ?

Soalan 6
Satu cas 20C mengalir melalui satu mentol dalam

setiap 50s. Berapakah arus yang dicatat oleh ammeter? ?????????????????????

Soalan 7
Satu miliammeter mencatatkan bacaan 200mA. Berapakah cas yang mengalir dalam masa satu minit.Berapakah bilangan elektron yang melaluinya dalam masa itu.
????????????????????

Soalan 8
Arus yang mengalir melalui perintang ialah 0.3A.

Berapakah masa yang diperlukan untuk 60C cas mengalir melaluinya????????????

Kesan medan elektrik ke atas cas

Bola ping pong yang bersalut bahan konduktor


Apabila VLT dihidupkan perhatikan pergerakan bola pingpong

a) Bola pingpong tidak bergerak

- daya tarikan ke atas bola pingpong dari plat positif bermagnitud sama dengan daya tarikan dari plat negatif, F1=F2 - bola pingpong bersifat neutral

Apabila bola pingpong disesarkan ke salah satu plat.

b) Apabila bola pingpong bersentuh dengan plat positif , bola akan menerima cas positif .Bola pingpong yang bercas positif ditolak oleh plat positif dan ditarik oleh plat negatif. c) Sebaik bola pingpong bersentuhan dengan plat negatif, cas positifnya dineutralkan dan seterusnya bercas negatif.Pingpong yang bercas negatif akan ditolak oleh plat negatif dan dan ditarik oleh plat positif. Proses ini berulang sehingga VLT dimatikan.

Kesan medan elektrik keatas nyalaan lilin.

Tenaga haba menghasilkan ion-ion positif dan negatif di

sekitar nyalaan lilin.


Ion-ion positif akan ditarik ke plat negatif manakala ion-

ion negatif ditarik ke plat positif. Ion-ion positif yang lebih berat mengambil lebih banyak bahagian nyalaan ke arah plat negatif kerana ion tersebut bergerak lambat. Ion ion negatif (elektron) yang berjisim kecil mengambil bahagian nyalaan yang kur

Hubungan antara Arus dan Beza Keupayaan


Apabila bateri disambung kepada

mentol di dalam litar, ia akan mewujudkan medan elektrik .

- Terminal positif P mempunyai

keupayaan elektrik yang lebih tinggi dari keupayaan elektrik Q.


terminal menyebabkan cas mengalir merentasi mentol di dalam litar menyebabkan mentol menyala.

- Perbezaan keupayaan diantara dua

Beza Keupayaan
Makna beza keupayaan , V
- Kerja yang dilakukan untuk menggerakkan satu unit cas

diantara dua titik dalam medan elektrik


- Beza keupayaan , V = kerja ,W/ cas, Q Or -

V = Tenaga E/cas , Q

- V = W/Q = E/Q , UNIT SI ialah Volt (V)

Apakah 1 Volt??????
1 Volt = 1 Joule per coulomb.
Beza keupayaan merentasi 2 titik di dalam litar ialah 1

Volt jika 1 joule kerja dilakukan untuk mengerakkan 1 C cas dari satu titik ke titik yang lain .

Bagaimana mengukur beza keupayaan????


Beza keupayaan merentasi 2 titik dalam litar boleh

diukur menggunakan voltmeter.Voltmeter mestilah disambung secara selari diantara titik.

Bagaimana mengukur arus??


Ammeter mengukur arus dalam unit Ampere.
Mestilah disambung secara bersiri.

Soalan 1
Dalam litar yang tertutup, 6V bateri digunakan untuk

menggerakkan 40C cas elektrik melalui mentol yang menyala.Berapakah kerja yang digunakan untuk menggerakkan cas elektrik melalui mentol tersebut. ????????????????????

Soalan 2
Jika 72J kerja digunakan untuk membawa 6C cas

merentasi 2 plat logam yang selari, Berapakah beza keupayaan yang merentasi plat logam tersebut???????????

Hubungan antara arus dan beza keupayaan.


1.

Apabila beza keupayaan atau voltan bertambah, pengaliran arus juga bertambah.
Apabila beza keupayaan (V) diantara titik berkurang, arus (I) juga berkurang. Jadi beza keupayaan adalah berkadar terus dengan arus yang mengalir melaluinya

2.

3.

Hukum Ohm
Menyatakan bahawa

- Arus ,I yang mengalir melalui satu konduktor elektrik berkadar langsung dengan beza keupayaan ,V merentasinya dengan syarat suhu dan keadaan fizikal konduktor tidak berubah.

Dari Hukum Ohm


VI @ V/I = pemalar=kecerunan

Apakah konduktor Ohm & bukan Ohm?????


Konduktor yang mematuhi Hukum Ohm ialah

konduktor Ohm
Konduktor yang tidak mematuhi Hukum Ohm ialah

konduktor bukan Ohm

Pengertian Rintangan
Pengukuran berapa banyak rintangan konduktor

dalam pengaliran arus elektrik.


Rintangan (R) satu konduktor ialah nisbah beza

keupayaan , V merentasi konduktor itu terhadap arus , I yang mengalir melaluinya, iaitu, R=V I Unit untuk rintangan ialah volt per ampere (VA-1) = ohm ,

Keburukan Rintangan

Rintangan menyebabkan sebahagian tenaga elektrik

berubah kepada haba, jadi sebahagian tenaga elektrik tersebut telah hilang jika memindahkan elektrik dari satu tempat ke tempat lain melalui konduktor.

Kebaikan Rintangan
- Rintangan membolehkan kita menggunakan elektrik untuk haba dan cahaya. Haba dijanakan daripada pemanas elektrik atau cahaya daripada mentol yang menyala disebabkan oleh rintangan di dalam wayar.

Graf V vs I
Konduktor Ohm

Konduktor Bukan Ohm

Faktor yang mempengaruhi rintangan


Rintangan merupakan satu ukuran halangan terhadap

pengaliran arus dalam satu konduktor.


Daripada I = V/R , apabila V dimalarkan, arus I

adalah berkadar songsang dengan rintangan , R, iaitu

I 1/R

1. Panjang ,l
Konduktor yang dihasilkan dari

bahan yang sama and luas keratan rentas yang sama , rintangan R adalah BERKADAR TERUS dengan panjang , l RI Apabila panjang bertambah rintangan pun bertambah.

2. Luas keratan rentas, A


Konduktor dari bahan &

panjang yang sama, rintangan , R adalah berkadar songsang dengan luas keratan rentas. A
Jika luas keratan rentas

bertambah , rintangan berkurang.

Dawai tebal mempunyai

rintangan yang lebih rendah.

Jenis bahan
Rintangan wayar

bergantung pada jenis bahan yang digunakan

4. Suhu
Konduktor yang

dihasilkan dari bahan ,panjang yang sama dan luas keratan rentas yang sama, rintangan R bertambah dengan suhu.

Rintangan logam tulen bertambah dengan kenaikan

suhu. Rintangan semikonduktor berkurang dengan suhu.

Apakah Superkonduktor???
Konduktor yang rintangannya tiba-tiba berkurang ke

sifar apabila suhunya jatuh kepada suhu genting, Tc tertentu.

Kelebihan Superkonduktor
a) Arus akan terus mengalir walaupun punca elektrik dihentikan. b) mampu untuk menampung arus yang besar.

c) Sedikit sahaja kuasa yang hilang sepanjang pemindahan.


d) sedikit sahaja tenaga terbuang. e) Motor dan generator yang kecil boleh digunakan.

Kegunaan Superkonduktor
Penghantaran tenaga elektrik - Kabel/ wayar superkonduktor berintangan sifar

meningkatkan kecekapan penghantaran tenaga kerana tidak berlaku kehilangan tenaga haba.
o Dalam bidang komputer - Cip-cip komputer yang lebih cepat dan bersaiz kecil

dapat dihasilkan.

Dalam bidang pengangkutan - Kereta api yang terapung diperkenalkan dengan menggunakan magnet superkonduktor yang kuat.

Litar Bersiri & Selari


Litar Bersiri

- Dalam litar bersiri, 2 @ lebih perintang disambung supaya arus mengalir dalam satu laluan sahaja.

Mentol berkongsi beza keupayaan dari bateri,

menyebabkan mentol menyala dengan malap.


Kecerahan setiap mentol adalah sama kerana arus

yang mengalir melalui setiap mentol adalah sama.


Jika satu mentol dialihkan, litar akan terputus.

Litar Selari
Bagi litar selari, perintang disusun supaya arus, I dapat

mengalir melalui lebih daripada satu laluan.

Setiap mentol mendapat sepenuhnya beza keupayaan

dari bateri kerana disambung secara terus dengan bateri.Jadi setiap mentol menyala dengan terang.
Kecerahan setiap mentol dalam litar selari adalah

lebih tinggi berbanding litar bersiri.


Jika satu mentol dialihkan, mentol yang lain masih

berfungsi kerana litar tidak diputuskan.

Daya Gerak Elektrik & Rintangan Dalam

Apakah Daya Gerak Elektrik (d.g.e) , E .???????? - Daya gerak elektrik ialah jumlah tenaga /kerja yang dibekalkan oleh satu sel untuk menggerakkan satu unit cas dalam litar yang lengkap. Apakah maksud label 1.5V pada bateri? - Label voltan pada bateri @ sel menunjukkan nilai d.g.e
- Label 1.5V menunjukkan d.g.e sel ialah 1.5V.
- Sel kering mempunyai d.g.e 1.5V jika 1C cas menghasilkan

1.5J tenaga elektrik dalam keseluruhan litar.

Perbandingan d.g.e & beza keupayaan


Litar terbuka Litar tertutup

Tiada arus yang

mengalir. Bacaan voltmeter ialah 1.5V. Nilai d.g.e = bacaan voltmeter yang disambung secara terus dengan terminal sel. d.g.e = 1.5V

Arus mengalir dalam

litar. Bacaan voltmeter akan jatuh jika lampu disambung secara bersiri dengan sel.
Jika bacaan voltmeter

ialah 1.2V, maka beza keupayaan yang merentasi lampu ialah = 1.2V.

Menunjukkan tenaga

elektrik diberikan pada 1C cas yang bergerak melalui sel.

Menunjukkan tenaga

elektrik dipindahkan ke bentuk tenaga lain apabila 1C cas melalui komponen dalam litar yang tertutup
Diwakili oleh bacaan

Diwakili oleh bacaan

voltmeter dalam litar terbuka.


Diukur dalam JC-1 @

voltmeter dalam litar tertutup.


Diukur dalam JC-1 @

Volt, V.

Volt, V.

Suis S dalam keadaan

Keadaan Suis Terbuka Tertutup Keadaan Tidak menyala Menyala

mentol terbuka.Apa yang berlaku pada mentol diperhatikan. Suis S dalam keadaan tertutup Bacaan , apakah yang berlaku pada Ammeter,A mentol.

0A

0.2 A

Bacaan Voltmeter 3.0V

2.6V

Penerangan
Kenapa bacaan ammeter 0A apabila suis S dibuka

& ada bacaan apabila suis S ditutup?? - Bacaan ammeter adalah 0A apabila suis S dibuka kerana tiada cas yang mengalir dalam litar yang terbuka.Arus adalah 0A. - Apabila suis S ditutup , terdapat pengaliran cas dalam litar yang tertutup jadi arus elektrik terhasil.

Bandingkan perbezaan bacaan diantara dua voltmeter. Bacaan voltmeter apabila suis S dibuka adalah lebih tinggi daripada apabila suis S ditutup.
Apakah kerja yang dilakukan untuk menggerakkan 1C cas dalam litar yang lengkap. Bacaan voltmeter apabila litar dibuka ialah nilai d.g.e sel Bacaan voltmeter =3.0V 3.0J tenaga elektrik diperlukan untuk menggerakkan 1C cas dalam litar yang lengkap.

Kenapa terdapat perbezaan dalam bacaan keduadua voltmeter ?


Terdapat kejatuhan voltan beza keupayaan merentasi

sel.
Kejatuhan voltan beza keupayaan = d.g.e beza

keupayaan

0.4V = 3.0V -2.6V Ini disebabkan rintangan dalam sel tersebut.

Rintangan Dalam
Rintangan dalam, r ialah rintangan yang disebabkan

oleh elektrolit dan elektrod dalam satu sel @ punca elektrik. Kerja diperlukan untuk menggerakkan cas menentang rintangan dalam ,r tersebut. Ini menyebabkan terdapat kejatuhan beza keupayaan merentasi sel apabila cas mengalir melaluinya dan kehilangan tenaga haba dalam sel tersebut.

Persamaan melibatkan E, V,I and R


D.g.e dalam sel = E
B.K dalam litar terbuka = V Jatuhan dalam beza keupayaan dalam sel = Ir

@ @

Ir = E V E = V+ Ir E = IR +Ir

Soalan 1
Satu sel dengan d.g.e 2V dan rintangan dalam 1 disambung dengan perintang 4. Apakah bacaan voltmeter apabila disambung dengan perintang 4 ??

Soalan 2
Mentol M disambung dengan bateri .Voltmeter juga disambung merentasi bateri.Apabila suis dibuka, bacaan voltmeter ialah 6.0V. Apabila suis ditutup, bacaan voltmeter ialah 4.8V. a) Apakah d.g.e bateri? b) Jika perintang mentol M ialah 8 , apakah arus yang merentasi M apabila suis ditutup? c) Cari nilai rintangan dalam , r bateri.

Soalan 3
Apabila suis S dibuka, bacaan voltmeter ialah 1.5V.

Apabila suis ditutup, bacaan voltmeter ialah 1.35V dan bacaan ammeter ialah 0.3A. Cari nilai : a) d.g.e b) rintangan dalam , r c) rintangan , R

TENAGA & KUASA ELEKTRIK


Apakah maksud tenaga elektrik

- Tenaga elektrik ialah keupayaan arus elektrik melakukan kerja. - Tenaga yang dipindahkan oleh sesuatu alat elektrik kepada bentuk tenaga lain apabila terdapat arus mengalir melaluinya. - Tenaga yang dibekalkan oleh sesuatu punca elektrik seperti sel @ bateri apabila arus mengalir dalam litar tertutup.
-

HUBUNGAN ANTARA TENAGA ELEKTRIK , VOLTAN , ARUS & MASA


Beza keupayaan , V merentasi 2 titik ialah tenaga, E

dipindahkan oleh 1C cas , Q merentasi 2 titik. V = E/Q arus adalah kadar pengaliran cas , Q = It E = VQ = Vit Dari Hukum Ohm, V = IR E = I2Rt or I =V/R , E = V2t/R Unit tenaga elektrik ialah Joule, J

Maksud Kuasa Elektrik


Kuasa ialah kadar pemindahan tenaga elektrik .
Kuasa = Tenaga/Masa

P =E/t, P = Vit/t=VI, UNIT =Js-1 =Watt=W Untuk perintang & lampu, P =VI , V=IR P= VI , P=I2R , P =V2/R

Kadar Kuasa
Satu cerek yang dilabel 240V 1500W bermaksud cerek itu

akan membebaskan 1500J tenaga elektrik setiap 1 saat jika disambung dengan beza keupayaan 240V.

Rumus tenaga digunakan - Jumlah tenaga elektrik yang digunakan dalam masa yang

diberi - Tenaga digunakan (E) = Kuasa (P) x Masa(t) E = Pt

a) Kuasa diukur dalam unit kilowatt ( kW) b) Masa diukur dalam unit jam (j)

Semakin tinggi kuasa yang dibekalkan oleh tenaga

elektrik, semakin banyak tenaga yang digunakan dalam setiap saat.


Alat elektrik Kipas Televisyen Komputer Penyaman udara Mesin basuh Pemanas air Kuasa /W 50 100 200 1000 1800 3600 Masa /J 1 1 1 1 1/2 1/2 Tenaga Digunakan /J

Apakah kWh????????
1 kilowatt-jam mewakili jumlah tenaga yang

digunakan dalam masa 1 jam oleh alat elektrik pada kadar 1 kilowatt. 1kWh = 1 unit tenaga E = Pt 1kWh = 1kW x 1 jam = 1000W x 3600s = 3.6 x 105 J

Kos penggunaan elektrik


Kos = bil.unit x kos per unit

Jika kos untuk 1 unit elektrik ialah 21.8sen, kira kos penggunaan lima 36W lampu fluoresen jika lampu dibuka 5jam sehari untuk bulan January. E = Pt = 5 x 0.036kW x 5 jam x 31 = 27.9 unit. kos = 27.9 x 21.8 = RM6.10

Kecekapan Alat Elektrik


Kecekapan ialah peratus kuasa output kepada kuasa

input. Kecekapan = Tenaga output/Tenaga input x 100% = Kuasa ouput/kuasa input x 100% Biasanya kecekapan alat elektrik kurang daripada 100% kerana bukan semua tenaga input ditukarkan kepada tenaga output yang berguna.

Soalan 1
Sebuah cerek elektrik disambung merentasi 240V bekalan kuasa.Jika rintangan elemen pemanas ialah 40, kira
a) Arus yang mengalir dalam elemen pemanas? b) Jumlah haba yang dihasilkan dalam masa 10minit?

Soalan 2
Pemanas rendam mempunyai kuasa 240V, 750w.

a) apakah maksud kadar kuasa? b)apakah rintangan pemanas rendam itu? c) Berapakah tenaga elektrik yang digunakan dalam masa 15minit?

Soalan 3
Lampu motosikal berlabel 12V, 15w.
a) Apakah maksud 12V, 15W?

b) Apakah arus yang mengalir melalui lampu apabila

disambung dengan 12V bekalan kuasa? c) Berapakah rintangan filamen lampu?

Soalan 4
Lampu dilabel dengan 240V, 100W. Apakah kecekapan lampu jika kuasa output ialah 12W?

Cara untuk meningkatkan kecekapan elektrik?

Anda mungkin juga menyukai