Anda di halaman 1dari 39

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

RESPON MENDENGAR & RESPON EMPATI


DISEDIAKAN OLEH: FARAH FAZRIYANA BT BASRI FITRI NORLIDA BT IBRAHIM

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN RESPON EMPATI

PENGENALAN

Mendengar merupakan kemasukkan input bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga.

Kemasukan input bahasa adalah penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses.
Mendengar memerlukan perhatian dan mengkehendaki tumpuan berfokus kepada peranan minda.

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut kajian Barker (1971), dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis.

Rogers (1951) merumuskan : Tanpa perhatian,mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud. Di dalam proses komunikasi,kita harus mendengar setiap perkataan demi mengelakkan timbulnya pandangan prasangka.

MENDENGAR SECARA AKTIF

bermaksud seseorang berkeupayaan mendengar sambil menterjemah maksud dan mesej yang diterima dengan menimbangkan aspek-aspek lain seperti situasi, emosi penyampai mesej, bahasa badan dan berkeupayaan pula memahami mesejmesej yang tersirat. Oleh itu, kita bukan hanya mendengar dan menunjukkan yang kita sedang mendengar (bahasa badan/anggota) tetapi juga kata-kata lisan yang mengemukakan apa yang telah kita fahami.

TEKNIK MENDENGAR SECARA BERKESAN

Bersedia untuk mendengar Dengar dengan penuh tumpuan Kawal emosi dan tingkah laku ketika mendengar Berfikiran positif terhadap maklumat yang disampaikan Dengar dengan mata dan hati Menangguh penilaian Dengar dengan sabar Dengar dengan penuh perhatian dan kritikal

RESPON EMPATI

Apabila kita berempati dengan seseorang,kita sebenarnya menyelamai pandangan atau perasaan orang itu,untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut pandangannya. Kita perlu memahami orang berkenaan, agar sambutan yang kita kemukakan menunjukkan yang kita memahami apa yang dikata dan apa yang sedang dia alami. Dalam memberi respon empati, kita mendengar dengan telinga, mata dan hati kita

Egan (1975) menegaskan: Mendengar dengan baik-baik akan memberikan orang sesuatu struktur empati.

CONTOH RESPON EMPATI

RECOGNIZING LISTENING RESPONSES

Students : School stinks.

Situasi 1: Anda adalah seorang guru. Anda sedang berjalan menuju ke kelas tiba-tiba anda terdengar seorang murid mengadu bahawa sekolah ini teruk. Apakah tindakan anda?

Tindakan/ Strategi:

Menasihati murid tersebut supaya jangan berkata begitu. Bertanya mengapa murid tersebut berkata begitu. Menenangkan murid tersebut dan memberitahu murid tersebut yang ia tidak seteruk seperti yang difikir oleh murid tersebut. Memberitahu kepada murid tersebut bahawa sikap seperti itu tidak seteruk seperti yang difikirkan oleh murid tersebut.

Tindakan/ strategi yang paling sesuai digunakan ialah:

Menenangkan murid tersebut dan memberitahu murid tersebut yang ia tidak seteruk seperti yang difikirkan oleh murid tersebut.

Students : School stinks.

Answer : That attitude will get you nowhere.

Sebagai seorang guru, kita perlu menerangkan bahawa tanggapan sebegitu adalah salah dimana pelajar tersebut perlu mengetahui tujuan dia datang kesekolah dan memberitahu dia bahawa setiap orang ada tanggungjawab masing-masing terhadap sekolah.

Students : I cant understand fractions. Why we do have to learn this stuff.

Situasi 2 : Anda adalah seorang guru matematik. Semasa anda sedang mengajar tajuk pecahan tiba-tiba seorang murid mengadu tidak dapat memahami apa yang anda ajar dan bertanya mengapa perlu murid tersebut belajar tajuk pecahan. Apakah tindakan anda?

Tindakan/ strategi:

Memberitahu murid tersebut bahawa anda memerlukan kemahiran ini apabila dia melanjutkan pelajaran. Meminta murid tersebut supaya terus memberi perhatian dan dia akan memahami tajuk tersebut kemudian. Bertanya kepada murid itu apakah yang tidak difahami oleh dia. Meminta murid tersebut untuk menghadiri kelas tambahan selepas waktu sekolah bagi memahami tajuk tersebut.

Tindakan/ strategi yang digunakan:

Meminta murid tersebut supaya terus memberi perhatian dan dia akan memahami tajuk tersebut kemudian.

Students : I cant understand fractions. Why we do have to learn this stuff.

Answers : Just keep at it. Itll make sense after a while.

Guru perlu menerangkan kelebihan mempelajari fraction kepadanya apabila dia sudah besar nanti. Kaitkan pengunaa fraction dalam kehidupan seharian pelajar tersebut.

Students : I dont want to sit near those boys any more

Situasi 3: Seseorang murid mengadu bahawa dia tidak mahu duduk di tempat dia lagi kerana tidak selesa dengan murid yang duduk di sebelahnya. Anda sebagai guru kelas dan harus menyelesaikan masalah ini. Apakah tindakan anda?

Tindakan/ strategi:

Memberitahu bahawa tempat duduk muridmurid telah ditetapkan dan dia harus duduk di tempatnya. Bertanya jika terdapat perkara yang mengganggu anda boleh mengubah tempat duduk murid tersebut. Meminta murid tersebut menguruskan masalahnya sendiri. Bertanya kepada murid tersebut apakah situasi masalah murid tersebut.

Tindakan/ strategi yang digunakan:

Bertanya jika terdapat perkara yang mengganggu anda boleh mengubah tempat duduk murid tersebut.

Students : I dont want to sit near those boys any more

Answers : What is the situation?

Seorang guru perlu mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya. Guru perlu bertanya apakah sebabnya dia tidak mahu duduk di sebelah pelajar tersebut. Sekiranya pelajar tersebut menganggu dia untuk belajar. Guru boleh memindahkan pelajar tersebut supaya duduk disebelah pelajar yang lain.

Parent : My child is very upset and needs more help or she wont be able to pass. She says she doesnt understand anything

Situasi 4: Ibu bapa kepada murid anda datang berjumpa dengan anda dan memberitahu bahawa anak mereka tidak memahami apa yang diajar oleh anda dan memerlukan bantuan anda untuk lulus dalam ujian akan datang. Apakah tindakan yang diambil oleh anda?

Tindakan/ strategi

Meminta supaya waris kepada murid tersebut memberitahu masalah anak mereka dengan lebih mendalam. Meminta supaya murid tersebut memberi perhatianyang lebih dalam kelas selepas ini. Memberitahu kepada waris murid tersebut bahawa murid tersebut hanya terlalu gementar dan perlu lebih latihan sebelum ujian. Memberitahu bahawa semua murid memahami apa yang diajar oleh anda dan mungkin murid tersebut tidak mendengar apa yang diterangkan oleh anda.

Tindakan/ strategi yang digunakan:

Meminta supaya waris kepada murid tersebut memberitahu masalah anak mereka dengan lebih mendalam.

Parent : My child is very upset and needs more help or she wont be able to pass. She says she doesnt understand anything

Answer : Please go in. Id like to hear more about this.

Guru perlu menunjukkan sikap prihatin terhadap pelajarnya. Guru perlu mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya melalui bersemuka dengan ibubapa pelajar tersebut. Sekiranya pelajar tersebut mempunyai permasalah dalam pembelajaran, guru boleh mengadakan kelas tambahan bagi meningkatkan kefahaman pembelajran terhadap pelajar tersebut.

Teacher next door : My class is going to drive me up a wall. They have been Impossible lately.

Situasi 5 : Rakan sejawatan anda mengadu bahawa kelas yang diajar oleh beliau adalah teruk dan beliau sudah tidak tahan dengan sikap murid di dalam kelas tersebut.

Tindakan/strategi

Meminta guru tersebut supaya lebih tegas dengan murid-murid di dalam kelas tersebut. Memberitahu bahawa kelas tersebut adalah kelas tersebut adalah kelas paling bising di sekolah dan semua guru mengetahuinya. Memberitahu guru tersebut bahawa murid di dalam kelas anda lebih kerap membuat bising dari kelas tersebut. Memberitahu bahawa walaupun murid di dalam kelas tersebut selalu membuat bising tetapi mereka adalah murid yang rajin membantu guru.

Tindakan/ strategi yang digunakan:

Meminta supaya guru tersebut lebih tegas dengan murid-murid tersebut di dalam kelas.

Teacher next door : My class is going to drive me up a wall. They have been Impossible lately.

Answer : have you ever considered being more assertive with them?

Saya perlu memberitahu kepada guru tersebut bahawa kita boleh berlembut dengan pelajar tetapi ada tahapnya dan keadaan di mana kita perlu tegas dalam menjalankan tanggungjawab kita. Saya menasihatinya supaya tegas dalam pengajaran supaya pelajar-pelajarnya tidak menggangunya semasa proses P&P berjalan.

PRODUCING EMPATHIC RESPONSES

Saya perlu memberi kata-kata semangat kepada Monica dengan mengatakan bahawa hasil penulisannya adalah baik kerana dia melakukannya dengan usaha sendiri. Terangkan kepadanya bahawa dia boleh memperbaiki penulisannya lebih sempurna sekiranya dia banyak melakukan ulangkaji dalam penulisan.

Saya akan menerima cadangan yang diberikan oleh David tersebut tetapi mengikut keadaan dan aktiviti yang bersesuaian. Sekiranya aktiviti yang dicadangkan oleh pelajar tidak bersesuaian, saya boleh mengubah sedikit aktiviti yang dicadangkan itu supaya lebih menuju kepada akademik. Aktiviti ini boleh dijalankan semasa 10 minit sebelum berakhir pembelajaran mengikut keadaan.

Saya perlu bertanya kepada Barry apakah masalah yang dihadapinya sehingga dia membuat keadaan sedemikian. Saya perlu memberi peluang kepada Barry untuk menenangkan diri dan sekiranya dia menghadapi permasalahan dalam menyiapkan tugasan tersebut, saya perlu meringankan tugasan tersebut ataupun memberikan penerangan yang sempurna terhadap tugasan bagi memudahkan pelajar tersebut menyelesaikannya.

Saya akan memberi nasihat kepada SueAnn dan bertanya masalah yang dihadapinya sehingga dia melewatkan diri dalam menghantar tugasan. Saya juga akan memberitahu kepada dia apakah tujuan dia datang ke sekolah sekiranya dia tidak mahu belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya akan memberikan pelauang kepada dia untuk menyelesaikan tugasan itu seminggu lagi.

Saya perlu merangkan kepada Armand bahawa mungkin terdapat perilakunya yang membuatkan dia tidak disenangi oleh kawan-kawannya yang lain. Dia perlu mengubah tingkahlakunya dan saya juga perlu membantunya dengan memberi nasihat kepada rakan sekelasnya yang lain bahawa mereka perlu berkawan dengan baik.

KESIMPULAN

Mendengar dengan baik/aktif akan mewujudkan komunikasi yang benar-benar berkesan Respon empati cara menang-menang bermaksud pendengar benar-benar mendengar dengan tujuan untuk memahami dan seterusnya betul-betul memahami masalah yang dikemukakan oleh seseorang itu. Untuk mencapai penyelesaian masalah secara menangmenang, kita memerlukan tahap timbang rasa dan keberanian yang amat tinggi serta keinginan secara jujur untuk cuba memahami dan difahami.

SEKIAN, TERIMA KASIH