Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA KE-2 PISMP AMBILAN JANUARI 2009 AKTIVITI KEMASYARAKATAN Pada 01.08.

2009 bersamaan dengan hari Sabtu, kami semua (kumpulan PISMP Ambilan Januari 2009) telah menjalankan BIG Fasa ke-2 bahagian aktiviti Kemasyarakatan. Program BIG fasa ke-2 ini merupakan Program Khidmat Masyarakat. Dalam program ini, kami diminta menjalankan aktiviti gotong-royong di sekitar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Gaya. Aktiviti ini adalah bertujuan utama untuk memupuk jiwa merdeka dan akhlak keguruan. Aktiviti ini mula berlangsung pada jam 7.30 pagi. Kami semua berkumpul di dewan besar sebelum jam 7.30 pagi untuk majlis perasmian BIG Fasa ke-2 ini. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Encik Ladius Emor, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Selepas majlis perasmian, Encik Abdul Aziz selaku penyelaras program ini telah memberi taklimat ringkas mengenai aktiviti gotong-royong ini dan pembahagian tugas. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada guru pelatih Muslim PISMP PJ dan BM. Mereka ditugaskan di kawasan surau. Kumpulan kedua terdiri guru pelatih bukan Muslim PISMP PJ dan BM. Mereka pula ditugaskan di bengkel kemahiran hidup. Kumpulan ketiga terdiri daripada guru pelatih PISMP PMU dan MAT. Kumpulan ini ditugaskan di Bilik Unit Gerko dan Sukan serta stor penyimpanan alatan sukan. Kumpulan saya adalah di bawah penyeliaan Encik Sonny Teh, Ketua Unit Gerko dan di bawah bimbingan tutor kumpulan kami, Cik Lee Bih Ni. Kami mula bergotong-royong pada lebih kurang jam 8.30 pagi. Kami mengemas dan membersihkan stor penyimpanan alatan sukan dan bilik unit gerko. Pada mulanya, kami memindah keluar semua alatan sukan dari stor. Kemudian, kami membersihkan stor tersebut. Selepas itu, kami menyusun semula alatan tersebut dan menyusun ke rak mengikut kategori dengan kemas dan rapi.

Setelah itu, kami mengemaskini semua fail unit Gerko dan membersihkan rak-rak di pejabat unit Gerko. Selain itu, kami juga diminta memindahkan beberapa alatan seperti tong air, alatan khemah dan lain-lain ke stor penyimpanan di bengkel kemahiran hidup. Sepanjang proses aktiviti ini, kami sekumpulan telah bekerjasama dengan baik. Kami membahagikan kepada beberapa kumpulan supaya dapat menjalankan aktiviti dengan lebih lancar. Ada yang mengangkat alatan dari stor, ada yang membahagikan alatan mengikut jenis dan saiz, ada yang membantu menghapuskira alatan yang tidak berguna lagi dan ada yang bertugas untuk membersihkan stor. Kami sekumpulan mendapat komen yang sangat positif daripada penyelia kami, Encik Sonny. Dia memuji kami buat kerja dengan serius dan efektif. Dalam aktiviti ini, saya berasa sangat gembira kerana melalui aktiviti ini, hubungan antara guru pelatih saya bertambah rapat dan dapat bekerjasama dengan lebih baik lagi. Melalui aktiviti, saya pelajari kemahiran pengurusan diri dan kumpulan, terutama cara berkomunikasi sesama lain. Saya juga dapat meningkatkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab saya. Di samping itu, saya pelajari bagaimana menunjukkan komitmen dalam menyempurkan suatu tugasan dan cara menghayati proses melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya juga berasa gembira kerana dapat menyumbangkan tenaga kepada institut kami melalui aktiviti ini. Harap ada peluang lagi untuk menyumbangkan tenaga kepada institut kami.

TEO TSAI VUN PISMP PMU BC AMBILAN JANUARI 2009

Gambar sekumpulan bersama tutor, Cik Lee Bih Ni

Memindah keluar semua alatan sukan dan mengkategorikan mengikut jenis

Mengemas alatan dengan rapi ke dalam kotak

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA KE-2 PISMP AMBILAN JANUARI 2009 CERAMAH Pada 16.10.2009 (Jumaat), kami telah menjalankan aktiviti kedua dalam BIG Fasa ke-2 ini, iaitu aktiviti ceramah, bertempat di bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya Kota Kinabalu. Bengkel Pengucapan Awam ini telah dihadiri seramai 80 orang guru pelatih yang terdiri daripada empat opsyen iaitu PISMP Bahasa Melayu, PISMP Pendidikan Jasmani, PISMP Matematik dan PISMP Pemulihan Bahasa Cina Ambilan Januari 2009. Aktiviti ini diadakan bagi melengkapkan kriteria yang terkandung dalam sukatan subjek PISMP semester dua. Sejak pukul 1.30 petang, semua guru pelatih telah tiba dan berkumpul di bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) sementara menunggu penceramah yang akan menyampaikan ceramah pada hari tersebut. Pada kira-kira pukul 2.00 petang ketibaan pensyarah iaitu Encik Abdul Aziz Bin Abas selaku penyelaras program BIG dari jabatan HEP bersama-sama penceramah yang telah dijemput khas daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran iaitu Encik Datu Raiman Bin Datu Kauman. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh AJK kerohanian iaitu saudara Ibrahim Bin Samsuddin dari opsyen PISMP Pendidikan Jasmani. Selepas itu, Pengacara majlis telah memperkenalkan serba sedikit tentang biodata diri penceramah kepada semua guru pelatih. Pada pukul 2.15 petang, ceramah dimulakan dan penceramah telah menyampaikan ceramah yang bertemakan tentang Protokol Dan Etiket Pengucapan Awam. Beliau telah menerangkan mengenai pengucapan awam / komunikasi khalayak seperti ucapan, syarahan, pidato, laporan , taklimat, kertas kerja dan pengacaraan majlis. Beliau juga telah menerangkan mengenai konsep pengucapan awam yang diperoleh daripada pelbagai sumber dan tokoh-tokoh. Beliau juga telah menerangkan tentang tujuan ucapan, jenis ucapan dan strategi dalam membuat ucapan serta kesesuaian ucapan. Kesesuaian salutasi amat dititikberatkan dan mempunyai beberapa teknik yang perlu dipelajari.

Dalam bengkel ceramah ini, satu aktiviti telah dijalankan dalam kumpulan iaitu cara menarik minat audiens melalui ucapan. Empat kumpulan telah dibentuk mengikut opsyen masing-masing dan diminta untuk membuat pendahuluan yang dapat menarik perhatian audiens. Beberapa teknik yang telah diterangkan dalam ceramah telah digunakan oleh guru pelatih mengikut kesesuaian tajuk yang diberikan. Terdapat empat tajuk yang telah diberikan oleh penceramah iaitu mengenai ucapan menyambut persaraan guru besar sekolah, factor-faktor gejalah sosial, ceramah minggu suai kenal, dan cara bagaimana menjadi usahawan yang maju. Setiap kumpulan telah memberikan pendahuluan masing masing dengan mengaplikasikan teknik menarik perhatian dalam pengucapan. Setelah tamat aktiviti tersebut, penceramah meneruskan ceramah mengenai pengacaraan majlis dan protocol serta etika dalam menjalankan aktiviti rasmi. Setelah selesai ceramah disampaikan, aktiviti penutupan telah dilaksanakan dengan pemberian cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada penceramah daripada guru Pelatih PISMP semester II ambilan januari 2009. Acara berakhir kirakira pukul 5.00 petang dan disusuli dengan jamuan ringan yang diadakan di kafetaria IPGM Kampus Gaya Kota kinabalu. Aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya. TEO TSAI VUN PISMP PMU BC AMBILAN JANUARI 2009

Anda mungkin juga menyukai