Anda di halaman 1dari 4

Mortar

Kapur (Pengganti Simen) dan Pasir

MORTAR

Mortar adalah bahan yang penting dalam kerja-kerja pembinaan yang menggunakan batu bata ataupun blok. Tujuan : mengikat ataupun bahan pelekat untuk kerja-kerja ikatan bata. Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau kedua-duanya sekali dengan pasir pada kadar tertentu. Kegunaan utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok dan kerja-kerja melepa pada dinding dan lain-lain kerja yang berkaitan.

Mempunyai kekuatan yang cukup untuk mengikat bata

Tahan dari sebarang cuaca dan sebarang tindakan kimia

SIFAT-SIFAT MORTAR YANG BAIK

Senang mengerjakannya (workability)

Memberi ikatan yang baik antara mortar dengan batu atau blok

Mortar Simen
JENIS-JENIS MORTAR YANG BIASA DIGUNAKAN

Mortar Kapur
Mortar Compo Mortar Warna Mortar Kalis Air

MORTAR SIMEN

Hasil campuran antara simen dan pasir dengan kadar 1:3 atau 1:4 Kadar campuran ini boleh diubah mengikut jenis kerjayamh dikehendaki Simen dan pasir hendaklah digaul dalam keadaan kering, kemudian air dituangkan perlahan-lahan dan digaul sehingga sebati

MORTAR KAPUR

Apabila batu kapur , gumpalan kapur atau kapur tohor (quick lime) hendak digunakan untuk membuat mortar ia mestilah direndam didalam air supaya menjadi seperti susu pekat Kapur yang cair ini dicampurkan terus dengan pasir bagi menghasilkan mortar Mortar ini dibiarkan selama 7 hari-10 hari sebelum digunakan
Mortar compo adalah campuran simen, kapur dan pasir dengan nisbah bancuhan 1 bahagian simen, 1 bahagian kapur dan 6 bahagian pasir (1:1:6), atau 1 bahagian simen, 2 bahagian kapur dan 9 bahagian pasir (1:2:9) Mortar ini mudah digunakan semasa melepa atau diratakan berbanding dengan mortar simen Mortar warna boleh dibuat dengan cara mencampurkan bahan pewarna (pigment) kepada mortar simen Bahan pewarna boleh didapati dalam bentuk tepung yang kering dan terdapat dalam berbagai-bagai warna Pemilihan warna ini adalah bergantung pada tempat yang hendak digunakan

MORTAR COMPO

MORTAR WARNA

MORTAR KALIS AIR

Mortar kalis air ini ialah dari mortar jenis biasa juga tetapi ia dicampurkan dengan bahan-bahan kalis air yang mana dijual dalam keadaan tepung, keping dan cair Tujuannya ialah untuk memenuhi lubang-lubang halus pada mortar bagi mengelakkan air meresap masuk kedalam dinding bangunan Bahan kalis air sesuai juga digunakan dengan disapukan terus pada dinding.

Anda mungkin juga menyukai