Anda di halaman 1dari 2

Berkunjung Ke Dusun Datuk

Pada hari Jumaat yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke dusun datuk. Dusun datuk terletak di hujung kampung. Kami menaiki kereta Proton bapa ke sana. Dalam perjalanan, kami berbual-bual di dalam kereta bapa. Kami sangat gembira kerana sudah lama tidak balik menjenguk datuk dan nenek. Pada waktu petang, kami tiba di halaman rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kedatangan kami dengan mesra. Menurut nenek, datuk menunggu kedatangan kami sejak awal pagi lagi. Malam itu, kami menikmati masakan nenek seperti nasi kunyit, rendang ayam, asam pedas ikan dan lain-lain. Kami makan malam bersama dengan gembira. Pada keesokan harinya, datuk membawa kami melawat dusunnya yang tidak jauh dari rumahnya. Di dalam dusun itu, terdapat banyak jenis pokok buah-buahan seperti pokok durian, rambutan, langsat dan sebagainya. Oleh sebab musim buah-buahan, kebanyakan pokok buah-buahan berbuah lebat. Saya dan adik memanjat pokok rambutan dan memetik buahnya. Kami makan di atas pokok. Kemudian, saya dan adik terus memanjat pokok buah-buahan yang lain. Kami juga makan buah manggis. Apabila sudah kenyang, kami menolong datuk mengutip buah-buahan. Kemudian kami mengumpulkan dan memasukkan buah-buahan itu ke dalam bakul. Kata datuk, buah-buahan yang berlebihan dia akan menjualnya di Pasar Tamu. Setelah dua hari berada di rumah datuk, kamipun mahu pulang. Datuk membekalkan buah rambutan dan buah manggis untuk kami sebagai buah tangan. Sebelum pulang, kami berpeluk-peluk dengan nenek dan mengambil gambar bersama sebagai kenangan. Kami bertolak pada sebelah petang. Walaupun sedih hati kami tetapmelonjak riang. Terima Kasih, Datuk dan Nenek! Sesungguhnya kenangan indah bersama kalian pasti saya abadikan dalam ingatan.

Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.

ARAHAN : Senaraikan isi-isi penting berdasarkan tajuk Berkunjung ke Dusun Datuk.

BERKUNJUNG KE DUSUN DATUK