Anda di halaman 1dari 4

Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur

Kaedah Terus

beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan

kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut

mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.

murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut

sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain

ciri-ciri kaedah terus

aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai

murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif

Kaedah Fonetik Atau Kaedah Linguistik

mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya

memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu

Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran

Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut

ciri-ciri Kaedah Fonetik

Guru memberi contohcontoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa

Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru

Kaedah Audio-Lingual

menggunakan alatalat rakaman

memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif

Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan

Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman

ciri-ciri kaedah audio-lingual

Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif

Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa

Kaedah Komunikatif

memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa

menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu

ciri-ciri kaedah komunikatif Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan

mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya