Anda di halaman 1dari 26

SIAKAP TIGA RASA Bahan A -1 ekor ikan siakap disiang bersih dan kelar2 badannya -serbuk kunyit n garam

halus -minyak utk menggoreng cara: -gaul ikan dengan serbuk kunyit n garam halus -panaskan minyak dan goreng sampai garing Bahan B 1/2 biji timun didadukan 1/2 biji nenas (saiz kecil) dihiris nipis kecil2 1 senduk cili boh 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram 5tangkai cili padi potong kecil2 1 labu bawang besar didadukan 1 biji tomato didadukan 2 ulas bawang putih hiris nipis garam/gula * 1 btg serai (boleh tmbah kalau suka) minyak utk tumis (guna minyak goreng ikan tadi *air (kalau pekat sgt)

cara: -panaskan minyak..tumis bawang putih sampai kekuningan. -masukkan cili boh dan masak sampai garing -masukkan sos tomato,sos cili n sos tiram.kacau sebati -masukkan timun dan bawang besar yang didadu.biar mddih -masukkan cili padi,buah tomato dan nenas.perasakan garam dan gula -kalau pekat sgt boleh tambah air -masukkan ikan yg digoreng..balik2kan biar sebati sos dan ikan @ boleh terus siram atas ikan yg digoreng..sedia hidang

PUTERI AYU Bahan2: 4 biji telur yang disimpan di dalam peti sejuk 250 gm gula (diblend halus) 250gm tepung gandum 400 ml air 1 biji kelapa diparut sedikit kelapa putih yang diparut 10 helai daun pandan 1 sudu teh tepung ubi 1 sudu teh pewarna hijau 1 sudu teh baking powder 1 sudu besar ovalett sedikit minyak sedikit garam acuan kuih

Cara2 membuatnya: 1. Ayak tepung gandum bersama2 baking powder.ketepi kan dahulu.

2. Sapu rata minyak sekitar bahagian dalam acuan supaya kuih tidak melekat pada permukaan acuan.. kemudian gaulkan kelapa putih bersama sedikit garam + tepung ubi (supaya dia melekat) di dalam sebuah bekas. Tekankan sedikit kelapa secara kemas ke dalam acuan. 3. Pukul gula + telur sehingga betul2 kembang... masukkan ovalett ( untuk menggebukan adunan)... pukul lagi sehingga betul2 gebu adunan tersebut smpi berwrna putih

4. potong kecil2 daun pandan. kemudian dengan menggunakan blender hancurkan daun pandan bersama 400 ml air untuk mendapatkan pati pandan.... 1 biji kelapa yang telah diparut tadi letakkan siap2 dia atas penapis... 5. Tuangkan pati pandan tadi ke atas kelapa yang telah diparut tadi... perah bersama2 kelapa tersebut...asingkan hampasnya.

Peringatan: Ada yang menggunakan cara blend sekali kelapa bersama2 pati pandan then baru tapis. kalau wat camtu,nanti kuih anda akan berasa sedikit pahit.

6. Tuangkan pati pandan + santan tadi ke dalam penyukat. tunggu beberapa minit hingga anda nampak 2 lapisan...

7., lapisan atas adalah pati and lapisan bawah sekali itu adalah air. so kita tak perlukan air nie.. Peringatan: kalau korang terus je masukkan semua2 nie tanpa mengasingkan air + pati, nanti kuih korang mula2 dalam kukus gebu.. tapi bila da angkat... nanti die jatuh and kecut. sebab kandungan air nie watkan kuih tak menjadi. 8.kita HANYA PERLUKAN 250 ml pati 9. Langkah seterusnya... kaupkan tepung gandum sedikit demi sedikit.. sambil diselang seli kan dengan pati ke dalam adunan yang telah dipukul gebu tadi..

Peringatan: jangan wat sekali gus semua tepung masuk sekali..nanti kuih anda bantat.

10. Kacau rata adunan tadi... bila da sebati,baru lah masukkan tepung lagi diselang selikan dengan pati.... buat sampai tepung + pati habis. 11. Pastikan air sudah menggelegak dalam kukus then baru lah letak k. kukus selama 15-20 minit hingga ia menjadi gebu

MINI DOUGHNUT

(Tak perlu rehatkan doughnut. Habis buat boleh terus canai dan goreng)

Bahan-bahan 500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum 1 peket yis segera-11gram 50g marjerin/mentega 1 sudu besar (penuh) shortening 2 sudu besar (penuh) gula pasir 2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung 1 biji Telur 1/2 sudu kecil garam Gula Halus atau topping kegemaran anda 190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml) Cara-cara 1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit atau sehingga berbuih. 2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam. Kacau menggunakan sudu dahulu. 3. Kemudian masukkan baki tepung dan boleh lah mula mengadun dgn tgn sehingga sebati dan tidak melekat. Jika melekat tambah tepung. 4. Boleh canai dan terus menggoreng. Ayakkan gula caster di atas donat yg telah di goreng.

AYAM PERCIK Bahan2: 1 ekor ayam (potong 4 bahagian) serbuk kunyit garam halus cara: gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak bila ayam dah masak boleh ambik skit percik tadi siram atas ayam..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas ayam masa hidang... percik: 2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh *10 tangkai cili kering (potong pendek n rebus) *sedikit belacan *1 labu bawang besar *2 - 3 inci kunyit hidup *1 cawan santan cair *1 sudu kecil jintan manis * 1 inci halia * 4-5tangkai cili padi jus asam jawa/asam keping 1/2 cawan pati santan pekat garam dan gula secukup rasa 1 helai daun kunyit -bland bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik -masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping,pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh) -bila dah masak boleh siram atas ayam bakar tadi@masukkan ayam bakar dlm percik..gaul sebati dan hidangkan *kalau percik tu nak guna utk ikan/sotong xperlu tambah halia masa bland cili n bhn2 lain.

RESEPI KUIH SAGU Bahan: 2 cawan biji sagu (cuci bersih dan rendam 10-15mnt) 5 cawan air 2 cawan gula 2 sudu besar sirap rose 2 helai daun pandan (simpul) kelapa parut(putih ja) digaul sedikit garam halus minyak masak (untuk sapu pada acuan) cara: panaskan periuk kukus (air 3/4 periuk) masak 5 cawan air yg telah dicampur daun pandan,gula dan sirap rose sampai gula cair keluarkan daun pandan masukkan sagu dan kacau sampai hampir pekat tuang sagu dalam acuan dan kukus selama 15-20mnt (sampai biji sagu yg putih bertukar warna jernih) sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan gaul bersama kelapa parut yg digaul secubit garam *nak sedap makan bila dah disejukkan dalam peti ais

Resepi ayam goreng berempah

Bahan2:

*1/2 ekor ayam (potong beberapa bahagian) 5 batang serai (hiris pendek2) 3 inci halia 1 labu bawang besar 2 sudu besar serbuk kari daging 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu besar ketumbar 1 sudu besar serbuk cili garam secukup rasa *1 sudu besar serbuk pati ayam tumix *1 biji telur *2 sudu besar tepung jagung *1 sudu besar tepung beras *1 sudu kecil serbuk kunyit minyak untuk menggoreng -kalau ada daun kari lg sedap

cara: 1. bland semua bahan kecuali yg bertanda * dengan sedikit air lumur bahan yg dibland pada ayam.sebatikan 2. campurkan semua bahan * dan lumur pada ayam tadi dan perap sekurang2nya 1 jam (lagi lama lagi sedap) 3. goreng dalam minyak yg banyak n betul2 panas bila dah masak angkat dan toskan minyak sedia hidang.

CHEESY CREAM PUFF

Bhn2 utk kastad:

7 sb tepung kastad 3 cwn susu segar 2 cwn whipping cream 1 1/2 cwn gula 1 sk esen vanilla 3 atau lebih cheese slice (yg biasa org buh kat burger tu,lg byk cheese lg sedap) Cara2 utk kastad

1. Campurkan semua bhn kecuali cheese dan masak dgn api sederhana sehingga likat lbih kurang 10 minit. Kene sentiasa kacau supaya kastad tk berketul. 2. Tutup api dan masukkan cheese slice. Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan kastad ke dalam bekas kedap udara atau wrap dgn cling wrap supaya permukaan kastad tak berkerak. 4. Setelah kastad sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk utk keraskan sedikit. (lebihan kastad lbih kurang 1/4 adunan boleh disimpan atau boleh buat dessert dgn buah-buahan)

Bhn2 utk Pastry:

1 cwn air 1/2 cwn butter atau marjerin 1 cwn tepung gandum 4 biji telur gred A secubit garam kalau butter tak bergaram 1sk esen vanilla Cara2 utk pastry:

1. Panaskan oven 200c 2. Didihkan air, butter dan garam. 3. Perlahankan api dan terus masukkan tepung. Kacau laju sehingga tepung tk melekat pada periuk lebih kurang seminit. Tutup api. 4. Setelah adunan tepung suam2, masukkan sebiji telur dan esen vanilla. Sebatikan. Masukkan sebiji lg dan sebatikan. ulang sampai habis telur. 5. Alas dulang pembakar dgn aluminium dan griskan. Griskan lebih sikit supaya pastry tk mudah melekat bila dah masak nanti. 6.Scoopkan setengah sudu besar dan letakkan setiap scoop satu persatu atas dulang pembakar.Jarakkan lebih kurang 2 inci antara satu sama lain sebab adunan akan mengembang. 7. Bakar pada suhu 200c selama 20/30 minit. 8. Bila pastry dah sejuk, belah sedikit dan masukkan kastad yg dah sejuk td. Boleh juga taburkan gula icing sebelum hidang. Sy guna gula kisar je. Sgt mudah dan sgt sedap lebih2 lg rasa cheese.

Apam polkadot Bhn2:

3biji telur gred A 2 cwn gula 1sk ovalete esen vanilla 3 sk serbuk baking Powder 2 3/4 cwn @ 280gm tepung gandum 150ml susu cair filling@intinya apa2 jem bulih,,sy letak jem blueberrie,cipcoklat pewarna kesukaan anda papercup dan mangkuk acuan kuih lompang yg comel2.

cara:

1.pukul telur,gula dan ovalete dan esen vanilla sehingga kembang dan sebati 2.masukkan tepung berselang seli dgn susu sehingga selesai 3.bahagi2kan adunan kpd bbrp bahagian dan letak pewarna kesukaan 4.susunkan papercup ke dlm mangkuk2 acuan kuih lompang 5.isi 1/2 sudu pastu isi filling jem atau coklat chip sebiji dan tutup semula dgn 1/2 sudu adunan..dan buat dot2 di atasnyaa 6.gunakan api yg sederhana dan panaskan kukus terlebih dahulu....(jika api terlalu besar,apam akan pecah dan merekah jd apam mekar)

AYAM GORENG BERLADA Bahan2: 1. Kepak ayam - dibersihkan, dicuci dan ditoskan.

Dikisar halus:- 15 tangkai lada kering - direndam air panas supaya lembut. - 1 cteh penuh lengkuas hiris. - 1 cteh penuh halia hiris - 1 batang serai - dihiris beberapa camca air (jika guna pengisar) utk memekatkan

bahan rempah. - 1 cteh rata serbuk kunyit - dicampur dgn bahan kisar diatas. - minyak utk menumis. - garam secukup rasa. Cara Membuatnya:- kelar kepak ayam supaya perencahnya dapat diserap. Lipatkan bahagian hujung kepak ayam ke bawah, sperti bentuk tiga segi (supaya kepak ayam tidak mengembang keluar semasa digoreng). - Lumurkan kepak ayam dgn bahan2 kisar, dan perap selama 15-20minit. - Panaskan minyak. Setelah minyak pejar, kecilkan apinya, biar sederhana. Goreng kepak ayam hingga garing. Angkat dan toskan diatas kertas dapur. - satu cara lain ialah sapukan sedikit minyak pada kepak ayam, kemudian panggang kepak ayam dlm ketuhar hingga garing.

PAVLOVA

Bahan-bahan ( 2 adunan kecil )


4 biji putih telor ayam 3/4 cawan gula castor 1 sudu besar tepung jagung 1/2 sudu teh cuka makan 1/2 sudu teh esen vanila bahan-bahan topping : Secawan @ 250 ml whipping cream hiasan : strawberi anggur n kiwi

Cara-cara 1. Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah 2. Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.. saya guna suhu 110 darjah celsius

3. Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje 4. Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh)-make sure xde air pd bekas 5. Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.. Jgn berhenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar 6. Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit.. Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue" 7. Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td 8. Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn perlahan saje.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je. 9. Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn kertas minyak.. dan tuang adunan td ke atasnya 10. Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah. 11. Pastu masukkan ke dlm oven.. letak kat rak tengah2.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit bergantung pd jenis oven 12. Bila dah cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova tu dr oven.. biar jap sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang bg elakkan pavlova tu merekah. 13. Topping : Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. 14. toppingkan krim di atas pavlova dan hiaslah dgn buah2an mengikut kreativiti anda..

APAM MEKAR

Bahan-bahan ( 30 biji (papercup medium) )


100gm gula kastor 2 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 2 sudu teh ovalete 250gm tepung gandum 1 cawan aiskrim soda (guna jenama F&N lebih baik) Pewarna

Cara-cara 1. pukul gula & telur sehingga betul2 kembang (warnanya agak keputihan) 2. masukkan esen vanilla & ovalete. kemudian, pukul lagi sehingga betul2 kembang/gebu (warnanya putih krim) 3. masukkan aiskrim soda & tepung gandum berselang seli, sedikit demi sedikit. kemudian, pukul lagi sehingga sebati/gebu. 4. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pewarna 5. rehatkan selama 2-3 jam 6. masukkan adunan ke dalam papercup yang sudah diletakkan ke dalam acuan apam. kemudian, masukkan ke dalam pengukus yang sudah benar2 panas/mendidih 7. kukus selama 5-10 minit

NASI AYAM ISTIMEWA Bahan-bahan ( 6-8 orang ) Untuk rebus: 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya 2 ulas bawang putih 2 cm halia yg diketuk Untuk perap: 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tiram 1 cm halia 2 ulas bawang putih Sedikit kicap cair Sedikit minyak bijan

CARA-CARA 1. Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk. 2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan. Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.

Untuk nasi: 5 cawan beras 3 sudu besar butter 1 cm halia - ditumbuk 4 ulas bawang putih ditumbuk air rebusan ayam secukupnya Sedikit garam 1 bunga lawang 2 buah pelaga 1 kayu manis 1 batang serai ketuk 2 helai daun pandan Pewarna kuning Cara-cara: 1. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 2. Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.

Untuk sos: 5 biji cili merah 5 ulas bawang putih 2 cm halia 1 sudu teh cuka 1 sudu teh garam 1 sudu teh gula 1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup: Air rebusan ayam 1 biji bawang besar kisar Rempah sup Garam Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Untuk kicap: Kicap manis cap kipas udang Gula 3 biji cili api (jangan banyak takut pedas) Air rebusan ayam Blend sume bahan smpi pekat

RESEPI NASI TOMATO

bahan untuk nasi tomato: 3 cawan beras *2 inci halia * 3 ulas bawang putih *3 ulas bawang merah bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis 4 sudu besar puree tomato 2 sudu besar minyak sapi 2 sudu besar marjerin 4 cawan besar air (depend pada jenis beras korang) garam dan gula secukup rasa cara memasak-

1.kisar halus bahan bertanda * 2. panaskan periuk, masukkan mentega dan minyak sapi 3. masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis.masak biar sampai naik bau 4-masukkan bahan yang dikisar tadi.masak sampai naik bau yang wangi 5- masukkan puree tomato dan masak sehingga wangi.. 6-masukkan beras yang sudah dicuci bersih.gaul sebati..biar lama sikit. 7-masukkan air , sedikit garam dan gula dan gaul sebati..masak nasi seperti biasa..

P/s: kalau resepi lengkap, perlu la letak daun pandan supaya lebih wangi.letak kacang peas utk lebih sedap.letak susu cair untuk lebih lemak berkrim..oleh sebab bahanbahan tersbut takde..yg terhasil nasi tomato simple :)

resepi ayam masak merah

ayam dipotong sedang-sedang.digaulkan garam dan kunyit dan digoreng :) *3 ulas bawang putih *2 ulas bawang merah *1 biji bawang besar * 3 inci halia * kisar bahan bertanda * # 15-20 cili kering(ikut kepedasan yang korang suka) 1 batang serai -diketuk 1 cawan air kosong 4 sudu besar puree tomato sos tomato secukupnya garam dan gula secukupnya sebiji bawang besar dipotong bulat daun sup cara memasak:-

1. tumiskan bahan yang bertanda * sehingga wangi bersama bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis 2.masukkan cili kering yang sudah dikisar. masak sampai betul2 masak. masukkan gula dan garam secukupnya 3. masukkan secawan air, serai, puree tomato dan sos tomato 4-masak sampai likat dan masuukan ayam 5-masak sampai pecah minyak..baru sedap..

RESEPI ACAR TIMUN Bahan-bahan ( 4 orang )


1 batang timun 1 batang lobak merah 2 ulas bawang putih 1/2 bawang besar 3 sudu besar cuka garam gula 1 cawan air 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar cili giling 1/2 sudu kecil biji sawi

Cara-cara 1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar 2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam 3. Panaskan minyak, tumis bawang putih 4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi. 5. Masukkan air. Biar sampai mendidih 6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

Resepi: Nasi Minyak Bahan A: 3 mangkuk beras Bahan B: 1 batang serai - diketuk 2 helai daun pandan 3 1/2 mangkuk air Bahan C: 2 sudu besar minyak sapi 2 sudu besar marjerin rempah penumis: kayu manis, cengkih, bunga lawang 4cm halia - dikisar 3 ulas bawang putih - dikisar 2 ulas bawang merah - dikisar 2 sudu besar rempah beriani Bahan D: 2 sudu besar air mawar 3 sudu besar susu cair 1 sudu besar susu pekat garam secukup rasa 1 biji limau nipis Cara: 1. Rebus Bahan B di dalam periuk nsi 2. Panaskan minyak sapi dan marjerin. kemudian tumis kesemua Bahan C hingga kekuningan. 3. Masukkn rempah beriani dan beras. Gaul beras sehingga berkilat dan kemudian matikan api. 4. Masukkan kesemua Bahan D ke dalam air rebusan Bahan B tadi. 5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras dan kacau rata. 6. Akhir sekali masukkan ir limau nipis, kacau lagi dan tutup periuk. 6. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air di dalam periuk kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk dan perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak dan bolehlah dihidang. 7. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreg di atasnya.

Resepi : Ayam Masak Merah

Bahan A: 1 ekor ayam - potong 12 2 mangkuk minyak 1 sudu besar serbuk kunyit 1 sudu besar garam 2 helai daun limau purut Bahan B : kisar 1 batang serai 4cm lengkuas 15 tangkai cili kering 2 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 4cm halia 2 cm kunyit Bahan C: 3 sudu besar madu atau gula merah 2 sudu besar gula 1 mangkuk sos tomato 1 sudu besar garam 1/2 mangkuk air Cara: 1. Gaulkan daging ayam dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. 2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi dan tumis kesemua Bahan B sehingga terbit minyak atau sehingga masak. 3. Masukkan kesemua Bahan C. Kacau rata sehingga kuat pekat. 4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati. 5. Akhir sekali masukkan daun limau purut.

Resepi : Acar Timun Berempah Bahan A: 2 biji timun - buang biji, potong kecil memanjang 2 inci 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 inci 2 sudu besar rempah kari 2 sudu besar minyak Bahan B: kisar 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C: 2 sudu besar puri tomato 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu besar gula 1 sudu besar biji sawi rempah penumis: bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis Cara: 1. Rendam timun dan lobak merah bersama air kapur dan garam. Kemudian cuci hingga bersih. 2. Perap timun dan lobak merah tadi dengan garam dan gula. Kemudian toskan. 3. Tumis kesemua Bahan B hingga terbit minyak. 4. Masukkan rempah kari dan gaul rata. 5. Masukkan kesemua Bahan C, dan kacau hingga pekat. 6. Masukkan timun dan lobak merah. Gaul hingga timun dan lobak merah mesra dengan rempah.

NASI GORENG CINA

Bahan-bahan ( 3 org mkn )


3 cawan nasi 2 biji telur sayur campur 2 sudu besar sos tiram 3 ulas bwg putih 3 biji bwg merah Ayam Cara-cara

1. Tumbuk bwg putih dan bwg merah. 2. Tumis bahan2 yang ditumbuk dan ayam. Masukkan sos tiram. 3. Masukkan sayur campur. Biar seketika sehingga sayur agak lembut.Tambah sedikit garam. 4. Masukkan telur dan kacau. 5. Last sekali masukkan nasi. 6. Kalau nak pedas, letakkan beberapa biji cili padi dlm step 2.

KUE TEOW KUNGFU Bahan-bahan ( 1 orang )


kueh teow 2 biji telur lada hitam / lada putih mix seafood lobak 1~1setengah sudu besar tepung jagung 1 cawan air sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak) 1 ulas bawang putih 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih) sos tiram

Cara-cara 1. pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas. 2. masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow) 3. tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis. 4. balikkan supaya kedua-dua belah masak. 5. masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung. 6. [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix. 7. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali. 8. masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran. 9. biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air

Anda mungkin juga menyukai