Anda di halaman 1dari 26

PENGENALAN

Program kesihatan pergigian merupakan salah satu program kesihatan umum. Program kesihatan pergigian bertujuan untuk mengatasi masalah kesihatan yang dihidapi oleh pesakit dan masyarakat, dalam hal ini khususnya yang berhubungan dengan kesihatan pergigian. Menurut definisi Organisasi Kesihatan Sedunia: SIHAT dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan kesihatan yang menyeluruh baik daripada aspek jasmani, rohani mahupun social dan tidak hanya terbatas kepada ketiaadaan penyakit. Oleh itu, untuk mencapai taraf kesihatan yang diharapkan terdapat banyak factor yang mempengaruhi individu tersebut. Persekitaran juga memainkan peranan dalam membentuk taraf kesihatan yang diharapkan. Maksud program pendidikan kesihatan : Menurut Jawatankuasa Keahlian tentang Pendidikan Kesihatan untuk

Organisasi Kesihatan Sedunia, laporan teknikal nombor 89, 1954 : Tujuan umum sesuatu Program Pendidikan Kesihatan adalah : Untuk menjadikan kesihatan masyarakat sebagai suatu harta yang paling berharga. Menolong orang ramai menjadi lebih cekap untuk menjalankan aktiviti pendidikan yang terpaksa mereka lakukan baik secara perseorangan mahupun sebagai suatu kelompok. Untuk menyedarkan orang ramai
1

tentang

definisi

keadaan

SIHAT

seperti

yang

tercatat

dalam

perlembangaan Organisasi Kesihatan Sedunia. Untuk meningkatkan perkembangan dan penggunaan yang betul daripada perkhidmatan kesihatan yang baik dan betul. Pendekatan pendidikan kesihatan pergigian ini telah mengambil tempat di sebuah sekolah rendah Pekan Keningau,sabah dan lokasi aktiviti bertempat adalah di kantin sekolah tersebut. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah ceramah, pameran, dan demonstrasi.

Perlaksanaan program ini memerlukan perancangan yang teliti dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Program seperti ini hendaklah dilakukan bagi menyampaikan info tentang kesihatan pergigian kepada kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran mereka tentang kesihatan pergigian.

BAHAGIAN 1 PERSONEL KESIHATAN PERGIGIAN SEBAGAI PENDIDIK KESIHATAN Pendidikan kesihatan pergigian bukanlah sesuatu yang mudah untuk

dilaksanakan. Peranan seorang pendidik kesihatan pergigian juga tidak jauh bezanya dengan seorang guru. Yang berbeza hanyalah pendengarnya, tempat penyelengaraanya dan tujuan pendidikan yang diberikan. Jika tugas guru adalah sebagai penyampai ilmu kepada muridnya, tugas seorang pendidik kesihatan adalah untuk memastikan bahawa individu atau masyarakat yang sihat akan tetap mempertahankan aras kesihatannya, sementara yang sakit atau cacat pula akan berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatannya kepada tahap optimum agar mereka dapat hidup dengan selesa dan sihat. Dengan erti kata lain,seorang pendidik kesihatan tidak hanya membatasi tugasnya kepada pesakit tetapi juga perlu menumpukan tenaga dan usahanya kepada yang sihat dan segar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, melalui laporan teknikalnya nombor siri 89,1954 ; tidak kira dalam bentuk bagaimana sesuatu program pendidikan itu dilakukan, tujuan sesuatu pendidikan kesihatan itu mestilah diarahkan kepada usaha-usaha berikut; iaitu : Menyedarkan individu atau masyarakat bahawa kesihatan mereka ialah suatu harta yang tidak ternilai harganya.

Menggalakkan individu atau masyarakat untuk mengamalkan dan mempertahankan amalan-amalan yang akan menjamin keselesaan kehidupan sehari-harinya.

Menggalakkan mereka untuk menggunakan perkhidmatan kesihatan yang sedia ada dengan betul dan sebaik mungkin, dan

Memberikan dorongan kepada individu atau masyarakat itu untuk belajar berdikari dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan status kesihatan dan lingkungan persekitaran mereka .

Jika diteliti dengan lebih mendalam lagi, dalam melaksanakan sesuatu program pendidikan kesihatan, intergrasi antara berbagai-bagai bidang perubatan dengan alam sekitar merupakan factor yang penting. Ia penting agar tujuan yang ingin kita sampaikan itu adalah sekata. Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut meraka, dalam melaksanakan tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan berikut : Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah

kesihatan yang sedang dihadapinya.

Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segala sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu atau masyarakat itu.
4

Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran ini, diharapkan orang yang menerima atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah nasibnya.

Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai.

Dalam menyampaikan maklumat terdapat halangan-halangan yang dikatakan menjadi penyebab kegagalan penyampaian Pendidikan Kesihatan Pergigian. Diantara halangan-halangan yang dikenalapsti adalah Perbezaan pendapat diantara profesion kesihatan dan orang biasa tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian disebabkan tidak cukup informasi atau pengetahuan dikalangan mereka, Kesukaran pesakit menepati temujanji rawatan pergigian, Masalah ekonomi- kekurangan pendapatan menjadikan penjagaan pergigian sebagai pilihan yang kurang penting, Konflik budaya, Kebiasaan yang jauh berbeza dengan kehendak kesihatan pergigian, Kurang kesabaran dalam menerima dan member rawatan pegigian, Halangan bahasa, Tingkahlaku samada dipihak pesakit mahupun perawat, Takut sakit semasa diberi rawatan, Pentadbiran yang kurang baik,kurang memberi perhatian kepada kebajikan pesakit, Personality personel kesihatan sendiri

Selain itu

juga, dalam menjalankan tugas kita sebagai seorang pendidik

terdapat berbagai cara yang digunakan untuk mendidik individu bagi pendidikan yang berkesan dapat dilakukan. Terdapat 4 gaya pendidik iaitu gaya memerintah, sifat kebapaan, gaya permisif dan gaya bertolak ansur. Gaya memerintah adalah bertujuan untuk mendapatkan perhatian yang sepenuhnya. Pendidik bertutur manakala pesakit hanya akan mendengar. Gaya ini sesuai digunakan untuk pesakit yang sedia menerima pendapat atau pendangan daripada personel pergigian dan tidak sesuai untuk mengendalikan pesakit yang agresif dan berpendirian sendiri. Sifat kebapaan pula adalah bertujuan untuk melindungi pesakit. Pesakit akan bertutur manakala pendidik akan mendengar sambil mengambil kesempatan untuk mendorong esakit dalam perubahan sikap pesakit itu sendiri. Gaya permisif pula ialah gaya yang mengikut kehendak pesakit supaya tidak timbulnya percanggahan emosi. Gaya ini mempunyai kebaikannya iaitu pesakit akan merasa senang hati namun keburukannya ialah pendidik akan kurang memberikan penjelasan dan akhirnya pesakit akan terbiar. Gaya yang terakhir ialah gaya bertolak ansur di mana gaya ini menimbulkan komunikasi dua hala. Ia akan mewujudkan suasana saling faham memahami, hormat menghormati dan saling percaya antara pendidik dan pesakit. Faktor-faktor penggalak dalam memberi kesihatan pergigian ialah individu, perawat (doktor dan jururawat), bahagian pendidikan, organisasi dan
6

masyarakat. Individu merupakan salah satu jalan yang paling baik untuk memperbaiki kehidupan supaya menjadi lebih sihat. Perawat pula

bertanggungjawab untuk melaksanakan program mereka dengan sebaiknya. Bahagian pendidikan berperanan untuk menggunakan cara dan kemudahan yang ada sebaik mungkin untuk mencapai hasil yang maksima. Masyarakat juga perlu bekerjasama untuk melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Melalui organisasi, Pendidikan Kesihatan Pergigian merupakan satu cara untuk mendapatkan kesan maksimum daripada perkhidmatan kesihatan yang telah diberi atau disediakan.

BAHAGIAN 2 KETERANGAN MENGENAI AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIRANCANG.

Memberi pendidikan kesihatan merupakan satu proses perhubungan yang melibatkan penyaluran maklumat yang berupa pengetahuan kepada pesakit samada secara individu mahupun secara berkumpulan. Ia merupakan sebahagian dari proses pendidikan. Oleh itu cara atau pendekatan mengajar untuk berinteraksi dengan pelajar iaitu kumpulan sasar atau subjek perlu dirangka agar dapat mencapai objektif yang diharapkan. Proses penerimaan pengetahuan baru penting untuk memastikan ilmu atau mesej disampaikan dengan betul dan berkekalan. Ilmu atau mesej lebih mudah diterima dan diserap apabila mesej disampaikan menggunakan alat bantuan mengajar atau kaedah yang dipelbagaikan. Pendidik juga perlu bijak memilih kaedah yang bersesuaian dengan kumpulan sasarnya dan perlu tahu menggunakan alat bantuan mengajar yang dipilih dengan betul dan berkesan malah penyampaian mesej perlulah menarik.

Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang untuk menarik gologan sasar. Diantaranya ialah :

a) CERAMAH
8

Ceramah merupakan penyampaian maklumat secara pertuturan

di antara

pendidik kepada kumpulan sasarnya. Aktiviti ini merupakan langkah pertama dalam mempromosikan pendidikan kesihatan pergigian kepada masyarakat umum khususnya kepada kumpulan sasaran. Melalui ceramah, mesej dan ilmu pengetahuan pendidikan kesihatan pergigian dapat disampaikan melalui teoriteori mengenai kejadian karies serta pencegahan sesuatu penyakit pergigian.

Persiapannya merangkumi penyediaan isi kandungan bagi ceramah serta penggunaan peralatan bantuan mengajar yang akan digunakan. Isi kandungan dan mesej ceramah yang disediakan adalah ringkas, mudah difahami dan sesuai bagi tahap pemikiran serta kefahaman kumpulan sasar.

Tajuk yang dipilih untuk disampaikan kepada kumpulan ini adalah ringkas dan mudah difahami. Antaranya adalah makanan seimbang. Pemilihan alatan bantuan mengajar juga penting untuk mewujudkan suasana penyampaian ceramah yang menyeronokkan bukan leteran semata-mata. Penggunaan komputer riba, LCD, pembesar suara, mikrofon dan skrin sangat berkesan kerana gambar dan tulisan boleh dibuat dengan berwarna-warni,dapat ditayangkan dengan jelas serta menarik.

Contoh pelan yang dibuat : PERANCANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN

NAMA JURURAWAT : AZLIFAH BINTI ALI TARIKH : 27.FEBRUARI 2009 SEKOLAH : PRA SEKOLAH KAMPUNG BUKIT BIL.MURID : 20 MURID MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : KANTIN TAJUK : CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN PERGIGIAN

OBJEKTIF UMUM : MENERANGKAN CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN PERGIGIAN

OBJEKTIF SPESIFIK MENERANGKAN KEPENTINGAN MEMBERUS GIGI MENERANGKAN KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG DALAM KESIHATAN PERGIGIAN MENERANGKAN MAKANAN YANG BAIK DAN TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN PERGIGIAN MENERANGKAN KEPERLUAN MELAKUKAN PEMERIKSAAN SECARA BERKALA

10

Metadologi Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajar Aktiviti Murid ABM Penilaian

3 minit

Set induksi

3 minit

Objektif 1

Menerangka n kepentingan memberus gigi 3 minit Menerangka n kepentingan makanan seimbang dalam kesihatan pergigian Objektif 2

Memperke nalkan diri Mengemu kakan tajuk ceramah Menunjuk kan gambar memberus gigi Memberi ceramah

Mend engar

Mikrof on

Pemerh atian

Melih at gamb ar Mend engar ceram ah

Mikrof on Slide show

Pemerh atian

Menunjuk kan gambaraj ah piramid makan Memberi ceramah Memberi soalan

Melih at gamb ar Mend engar ceram ah Menja wab soala n

Mikrof on Slide show

Pemerh atian

11

2 minit

Objektif 3

Menerangka n makanan yang baik dan tidak baik 4 minit Menerangka n keperluan melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala 2 minit rumusan Objektif 4

Memberi ceramah Menunjuk kan gambar makanan manis dan buahbuahan Memberi ceramah Menunjuk kan gambar

Mend engar ceram ah Melih at gamb ar

Mikrof on Slide show

Pemerh atian

Mend engar ceram ah Melih at gamb ar

Mikrof on Slide show

Pemerh atian

Soal jawab

Memden gar menjawab

mikrof on

pemerh atian

12

OBJEKTIF Set induksi

ISI KANDUNGAN Assalamualaikum dan selamat pagi adik- adik semua. Adik-adik sihat tak hari ini? Kakak harap adik semua sihat-sihat belaka. Kalau ada yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat ye. Ok, kakak hendak perkenalkan diri, nama kakak Azlifah Binti Ali. Hari ini, kakak nak member ceramah yang bertajuk cara-cara menjaga kesihatan pergigian. Adik-adik tahu tak macam mane nak jaga kesihatan gigi adik-adik? Kakak nak tanya antara dua gambar ini, yang mana lagi cantik?mestilah gambar yang kedua kan? Ada tak diantara adik-adik yang ada gigi macam gambar yang pertama? Ok, mula-mula kakak nak tanya macam mana kita nak jaga gigi kita supaya sentiasa nampak cantik dan sihat? Pertama kita mestilah mengosok gigi kita dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan pada waktu malam sebelum kita tidur. Kenapa kita perlu gosok gigi kita pada waktu pagi? Kita perlu gosok gigi kita pada waktu pagi bagi mengelakkan nafas kita

ABM Mikrofon

i) Menerangkan kepentingan memberus gigi

Mikrofon

13

berbau dan gigi kita bersih selepas kita bersarapan. Kalau kita malas mengosok gigi pada waktu pagi, mesti rakan-rakan kita tidak mahu berkawan dengan kita kerana mulut kita berbau busuk. Kita dah tahu kenapa kita perlu mengosok gigi pada waktu pagi, sekarang kenapa pula kita perlu mengosok gigi pada waktu malam? Pandai, kita perlu mengosok gigi pada waktu malam kerana kita tidak mahu makanan yang tertinggal dalam mulut kita menjadi makanan kepada bacteria didalam mulut dan menyebabkan gigi kita berlubang. Ada tak diantara adik-adik yang ada gigi yang berlubang? ii) meneranakan kepentingan makanan seimbang dalam kesihatan pergigian Sekarang cuba adik-adik tengok gambar nie. Adik-adik tahu tak gambar apa? Betul, ini adalah gambar piramid makanan. Piramid makanan ini hendaklah dijadikan panduan dalam kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Paling bawah didalam piramid makanan adalah air, kita perlu minum sekurangkurangnya 8 gelas air sehari,kita juga perlu mengambil banyak karbohidrat seperti nasi, bijirin dan roti untuk memebekalkan tenaga Mikrofon

14

kepada kita. Selain itu juga, kita perlu makan banyak buah-buahan untuk menjaga kesihatan gigi kita. Vitamin C didalam buah-buahan adalah baik untuk kesihatan gusi kita. iii) Menerangkan makanan yang baik dan tidak baik untuk gigi Adik-adik tahu tak apa makanan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan gigi kita? Ok, pandai adik-adik. Sekarang kakak nak bagitau adik-adik makanan seperti gula-gula, coklat, aiskrim dan kek adalah makanan yang tidak bagus untuk kesihatan pergigian kita. Makanan yang manis ini akan merosakkan gigi kita dan menyebabkan adik-adik sakit gigi. adik-adik hendaklah mengurangkan pengambilan makanan tersebut. Adik-adik boleh makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran bagi menjaga kesihatan gigi kita. Oren sepertimana yang adikadik tahu mengandungi banyak vitamin C yang amat abgus untuk gusi kita. Ok adik-adik, cara yang terakhir sekali untuk kita mengekalkan kesihatan pergigian kita adalah dengan melakukan pemeriksaan secara berkala di klinik pergigian yang berdekatan dengan adik-adik. Adik-adik perlu melakukan Mikrofon

IV)menerangkan keperluan melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala

Mikrofon

15

pemeriksaan gigi sekurangkurangnya dua kali setahun bagi memastikan gigi adikadik sentiasa sihat dan cantik. Rumusan Untuk menjaga kesihatan gigi kita, kita hendaklah selalu memberus gigi, menjaga pemakanan kita dan melakukan pemeriksaan gigi secara berkala. Adik-adik ada soalan untuk tanya pada kakak? Ok. Kakak harap adik-adik semua akan sentiasa berusaha untuk menjaga kesihatan gigi adikadik. Sentiasa senyum kerana senyuman kita akan buat orang lain bahagia. Tapi untuk senyuman yang cantik, mestilah mempunyai gigi yang cantik. Terima kasih

a) PAMERAN

Pameran bertujuan menyampaikan mesej untuk kumpulan masyarakat dan memerlukan kerjasama kumpulan dalam organisasi. Ia juga adalah bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai teori-teori dan isi kandungan yang telah dibentangkan dalam sesi ceramah yang diterima.
16

Melalui pameran juga, mesej-mesej pendidikan kesihatan pergigian dapat disampaikan. Penggunaan poster-poster dan gambar-gambar serta peralatan pergigian yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan pergigian, dipamerkan untuk memberi gambaran sebenar tentang penjagaan kesihatan pergigian.

Pengedaran risalah-risalah mengenai pendidikan kesihatan pergigian kepada masyarakat juga, secara tidak langsung memuatkan mesej pendidikan kesihatan pergigian. Papan-papan pameran juga diperlukan dalam meletakkan poster-poster berkaitan.

Bahan-bahan pameran seperti jenis-jenis makanan yang tidak sihat dan yang baik untuk kesihatan dipilih untuk dipamerkan dalam program ini. Dalam hal kata lain, pameran adalah maklumat tambahan dalam mempromosikan pendidikan kesihatan pergigian.

b) DEMONSTRASI Demonstrasi dilakukan adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej secara pemerhatian yang dibuat oleh murid-murid. Ia juga merupakan cara pengajaran yang paling sesuai untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dan cara terbaik untuk mengaplikasikan pelajaran teori ke praktikal.Pemerhatian ini mendorong murid-murid untuk berfikiran secara logik dan cuba untuk
17

mengingati langkah-langkah yang ditunjukkan oleh jururawat pergigian semasa memberikan demonstrasi.

Demonstrasi yang biasa dibuat adalah latihan memberus gigi dan penggunaan flos pergigian. Melalui aktiviti demostrasi ini juga dapat menarik minat mereka untuk cuba mengikuti cara-cara yang betul untuk membersihkan gigi.

18

BAHAGIAN 3 PERLAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DISUSUN DAN PENILAIAN AKTIVITI

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu dilaksanakan dengan sistematik dan berperingkat-peringkat. Aktiviti PKP perlu dilihat melalui 3 peringkat iaitu sebelum aktiviti, semasa perlaksanaan dan penilaian. Sebelum menjalankan mana-mana aktiviti yang telah dirancang, adalah penting untuk memastikan semua bahan yang diperlukan dalam setiap aktiviti tersedia dan berfungsi dengan baik.

Sebelum memberikan ceramah, peralatan elektronik seperti komputer, pembesar suara, mikrofon, LCD serta skrin haruslah disediakan dengan lebih awal. seboleh-bolehnya sehari sebelum hari perlaksanaan program dilancarkan.

Bahan-bahan dalam aktiviti pameran juga perlu disediakan sehari sebelum hari perlaksanaan program. Persiapannya merangkumi, penempatan poster-poster dan papan-papan pameran di tempat yang sesuai dengan lokasi pameran.

Walaubagaimanapun adalah penting untuk bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang boleh timbul pada hari perlaksanaan program. Keadaan cuaca yang tidak menentu juga boleh mengugat pelancaran perlaksanaan program nanti. Oleh yang demikian, persiapan awal mesti dilakukan untuk
19

menghadapi sebarang kemungkinan. Penyediaan sumber elektrik seperti generator juga perlu sebagai pengganti sumber tenaga elektrik jika masalah berkaitan sumber ini timbul. Kawalan juga harus dirancang untuk mengawal keadaan yang mungkin menjadi masalah pada hari perlaksanaan nanti kerana program ini melibatkan ibu bapa dan murid-murid. Keadaan akan menjadi sesak dan tidak terkawal jika pengawalan tidak dilakukan.

Perlaksanaan program ini mengambil tempat di kantin sekolah. Kawasan kantin ini dapat menampung murid-murid seramai 20 orang. Kedudukan stesen-stesen aktiviti seperti lokasi pameran, ceramah,dan demostrasi ditempatkan di suatu lokasi yang strategik untuk mengelakkan sebarang kesesakan berlaku.

P E N T A S

T E M P A T D U D U K M U R I

C E R A M A

P A M E R A N

D E M O N S T R A SI

20

Sesuatu program itu sebenarnya dinilai untuk melihat sejauh mana si pelaksana telah dapat mencapai objektifnya setelah menjalankan program tersebut dengan sumber kewangan dan tenaga serta alat yang diperuntukkan. Hasil penilaian akan banyak membantu seseorang pentadbir dalam meninjau kembali hasil usaha yang dijalankan dan memberi pentadbir tersebut ruang untuk membuat sebarang perubahan yang perlu. Antara beberapa persoalan yang mungkin timbul ataupun terjawab dengan adanya proses penilaian ini dinyatakan dibawah:

Patutkah program yang sedia ada dikekalkan Penggunaan sumber Aspek etika Penilaian kaedah atau tatacara penyampaian Penerimaan ikhtisas

Penilaian dilakukan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung. Disini yang dilihat adalah kesan aktiviti yang ditinggalkan. Penilaian dapat dibuat dengan menyediakan borang kuiz selepas ceramah diadakan.

Murid-murid akan menjawab salan-soalan dalam borang tersebut berpandukan pengetahuan yang mereka dapat melalui ceramah yang telah diterima. Melalui jawapan- jawapan yang diberikan, maka tahap penerimaan murid-murid

21

kumpulan ini dapat dikesan dan keberkesanan perlaksanaan program ini dapat dinilai.

Pemilihan aktiviti ini amatlah sesuai untuk kumpulan sasar kerana ianya boleh melibatkan kumpulan yang besar serta penerimaan pengetahuan yang sama rata. Ianya mudah untuk dilakukan tanpa memerlukan tenaga yang banyak. Kelemahan dalam perlaksanaan program promosi pendidikan kesihatan pergigian adalah tiada bentuk dorongan seperti hadiah-hadiah yang menarik untuk dimenangi. Ini adalah disebabkan, program ini bertujuan untuk mempromosikan pendidikan kesihatn pergigian. Oleh itu ganjaran yang cukup besar diterima adalah ilmu pengetahuan mengenai pendidikan kesihatan pergigian.

22

KESIMPULAN Umumnya bagi merencanakan atau melaksanakan sesuatu program kesihatan , focus seringkali hanya diarahkan kepada program itu sendiri dan seringkali juga memencilkan peranan masyarakat atau orang perseorangan yang merupakan pengguna utama program itu. Hal ini sebenarnya salah dan akan mencapai kegagalan . Program pendidikan kesihatan umum dan pergigian adalah suatu proses pendidikan yang bertujuan untuk menolong masyarakat atau orang

perseorangan bagi mengubah pengertian dan sikap serta tindakan dan tingkah laku mereka secara sukarela,iaitu kerana kemahuan mereka sendiri. Program ini malah dapat merupakan alat yang sangat penting dan membantu kakitangan kesihatan bagi menjayakan program kesihatan mereka untuk mencapai matlamat rakyat sihat hidup sempurna.

23

RUJUKAN 1. Rahimah Adbul kadir, Ilmu pergigian pecegahan, panduan untuk penuntut dan pengamal pergigian. Dewan bahasa dan pustaka, 199I:207-214

2. Rahimah Abdul kadir, Pendidikan Kesihatan, Teori dan amalan. Dewan bahasa dan pustaka,1995.

3. Dental services ministry of health Malaysia, dental division ministry of health Malaysia 1986.

4. Oral healthcare for school children in Malaysia, September 2006

5. The dental public health specialist, dental services division ministry of health Malaysia, 1997

24

LAMPIRAN

25

26