Anda di halaman 1dari 7

Pantun Nasihat dan Pendidikan

Pantun Dua Kerat


Rangka
p1

Sakit pandan tak tahukan duri;


Sakit badan tak tahukan diri.

Seseorang yang tidak menyedari akan kesusahan


yang dialaminya.

Rangka
p2

Daun palas daun kelapa;


Orang malas rugi saja.

Orang yang malas selalaunya akan menanggung


kerugian.

Rangka
p3

Langit berkelikir bumi bertembirang;


Salah-salah fikir jadi hamba orang.

Jika salah membuat sesuatu tindakan,mungkin kita


akan menjadi hamba orang

Rangka
p4

Pisang sesikat gulai sebelanga;


Tanda muafakat bersama-sama.

Melakukan sesuatu kerja dengan cara


bekerjasama.

Rangka
p5
Tebu pisang ubi keladi;
Jemu datang rugi jadi.

Sekiranya kita bosan pergi ke sesuatu tempat,


mungkin kita akan rugi.

Tema : Sikap positif dan negatif dalam kehidupan


manusia seharian.

Persoala

Kesan Positif

Bermuafakat atau bekerjasama akan membawa


kebaikan dalam hidup bermasyarakat

Kesan Positif

Sikap malas akan membawa kerugian.

Mesej

Pentingnya seseorang itu berfikir

Sebelum seseorang itu melakukan sebarang tindakan


dia harus berfikir terlebih dahulu. Dia juga mesti
melakukan pekerjaan dengan berhati-hati demi
kebaikan diri kita sendiri. Contohnya pada rangkap ke
tiga
Langit berkelikir bumibertembirang;

Kita harus bermuafakat dan


Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh hidup
secara sendirian. Ianya penting mengamalkan sikp
bermuafakat atau bekerjasama. Contohnya pada
rangkap ke empat
Pisang sesikat gulai sebelangga;
Tanda muafakat bersama-sama
Sikap malas membawa

Sifat malas mestilah dihindari sama sekali kerana


orang malas tidak akan ke mana, ia akan sentiasa
mengalami kerugiaan. Contohnya
Daun palas daun kelapa;
Orang malas rugi sahaja

Sentiasa beringat dan sedar

Kita hendaklah sentiasa beringat dan sedar diri


terutama apabila ditimpa kesakitan. Apabilaseseorang
itu beringat dan sedar diri dia akan meningati Allah
dan berubah.
Sakit pandan tak tahukan duri;
Sakit badan tak tahukan diri.

Nilai

Bekerjasama
Bekerjasama atau bermuafakat akan mendatangkan
hasil yang baik. Ia akan memudahkan dan
mempercepatkan sesuatu kerja.

Ketelitian
Ketelitian dalam melakukan sesuatu tindakan.
Tindakan yang terburu-buru atau tidak berfikir terlebih
dahulu akan mendtangkan kesan buruk.

Kesedaran
Seseorang seharusnya mempunyai kesedaran dalam
diri supaya tidak lupa diri
Bentuk

Jumlah rangkap

Mempunyai lima rangkap

Jumlah perkataan dalam baris

Jumlah perkataan dalam barisnya ialah 4-5 perkataan

Jumlah sukukata dalam baris

Jumlah sukukata dalam baris adalah 8-12 sukukata

Rima

Kesemua rangkap mempunyai rima a-a

Jumlah baris dalam rangkap

Kesemua rangkap mempunyai dua baris.Berbentuk


distikhon. Baris pertama adalah pembayang maksud.

Gaya
Bahasa

Pengulangan

Pengulangan perkataan di awal baris.


Sakit pandan tak tahukan duri;
Sakit badan tak tahukan diri
Pengulangan perkataan ‘sakit’
Inversi

Gaya bahasa inversi iaitu unsur gaya bahasa yg diterbalikkan, supaya


lebih menarik dan mewujudkan kesan tertentu. Contohnya :
Jemu datang rugi jadi.

Sinkof

Gaya bahasa sinkofi iaitu unsur gaya bahasa yang disingkatkan.


Contohnya perkataan ‘tak’ disingkatkan daripada perkataan ‘tidak’

Asonansi

Penggunaan gaya bahasa asonansi iaitu unsur pengulangan vokal pada


baris yang sama. Contohnya : Langit berkelikir bumi bertembirang.
Iaitu pengulangan vokal ‘i’
Pisang sesikat gulai sebelanga
Iaitu pengulangan vokal ‘a’

Aliterasi

Penggunaan gaya bahasa aliterasi iaitu unsur pengulangan bunyi


konsonan pada baris yang sama. Contohnya : Langit berkelikir bumi
bertembirang.
Iaitu pengulangan konsonan ‘b’
Tanda muafakat bersama-sama
Iaitu pengulangan vokal ‘m’

Nada

Sinis

Pengarang menyindir orang yang malas,orang yang tidak menggunakan


akal fikiran, dan juga oran yang jemu atau bosan ke sesuatu tempat
yang boleh mendatangkan manfaat.