Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKTIVITI MINGGU PANITIA SAINS 1.

0 PENGENALAN Minggu Panitia Sains diadakan bertujuan untuk menyokong proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah di samping mengikis pandangan murid-murid yang menganggap Sains itu sukar. Pelbagai aktiviti telah dirancang dalam Minggu Panitia Sains yang melibatkan seramai murid yang mungkin. 2.0 MATLAMAT Minggu Panitia Sains diadakan bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri, bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara. Di samping itu boleh mempertingkatkan dan mencungkil bakat murid-murid melalui program yang disusun. 3.0 OBJEKTIF 1. Menanamkan dan menambah minat murid terhadap mata pelajaran sains. 2. Membuatkan murid berasa seronok dalam Sains 3. Menambahkan keyakinan murid untuk mempelajari Sains. 4. Menambahkan pengetahuan murid dalam penggunaan istilah Sains. 5. Memupuk kemahiran murid menggunakan Sains dalam kehidupan seharian. 6. Mencungkil bakat dan kebolehan murid melalui aktiviti yang dijalankan. 4.0 JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat: Pengerusi: Puan Hajah Nor Aishah Bt Asadur Rahman (Guru Besar) Encik Mohd Razif Bin Mohd Tahir (GPK Kurikulum) Puan Hashafa Binti Husin (GPK Hal Ehwal Murid) Penyelaras: Setiausaha: JK Hadiah: Puan Mazidah Binti Mat Saad Encik Hariz Bin Osman Puan Mazidah Bt Mat Saad

N/Pengerusi: Puan Niziani Binti (GPK Kokurikulum)

JK Penyelia Pemenang: Puan Aznida Nasruddin 1

Dokumentasi: Puan Aznida Binti Nasruddin JK Penyediaan aktiviti: Tahun 1: Puan Azilin bt Abdul Hamid Tahun 2: Puan Norheda Binti Ismail Tahun 3: Encik Mior Ahmad Nazril Tahun 4: Puan Nabilah Tahun 5 : Encik Hariz Bin Osman Tahun 6: Puan Aznida Nasruddin Aktiviti luar kelas Tahap 1 : Puan Azilin Binti Abdul Hamid Aktiviti luar kelas tahap 2: Puan Aznida Binti Nasruddin 5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN AKTIVITI Tarikh Minggu Panitia Sains : 17 September 20 September 2013 Aktiviti Aktiviti dalam kelas Tahun 1: Mewarna Gambar Haiwan Tahun 2: Membina Piramid Makanan Tahun 3: Kuiz Litar Elektrik Tahun 4: Teka silangkata dan mencari perkataan tersembunyi Tahun 5: Teka silangkata Tahun 6: Recipta kenderaan masa hadapan Aktiviti Luar Kelas Tahap 1: Explorace Aktiviti Luar Kelas Tahap 2 : Pengembaraan Sains 19 September 2013 (Khamis) 18 September 2013 8.00 9.35 pagi 2.30 4.30 petang Dewan Terbuka Makmal Sains 2 17 September 20 September 2013 Waktu P&P Di dalam kelas Tarikh Masa Tempat Perlaksanaan

(Rabu) Rujuk lampiran 1.0: Contoh lembaran aktiviti yang disediakan

6.0 SENARAI NAMA PEMENANG

Rujuk Lampiran 2.0: Senarai Pemenang Aktiviti Minggu Panitia Sains Rujuk Lampiran 3.0: Contoh hasil kerja murid 7.0 IMPAK Pada tahun ini semua aktiviti yang dirancang telah dapat dijayakan oleh semua guru dan murid-murid yang terlibat. Aktiviti di dalam kelas dapat disempurnakan dengan penglibatan semua murid. Guru juga telah berjaya menyediakan lembaran aktiviti sebagaimana yang telah dirancang. Semua aktiviti di dalam kelas dibuat pada masa pembelajaran dan pengajaran Sains. Aktiviti yang dirancang merupakan aktiviti aras sederhana di mana semua murid dapat memahami serta menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. Bagi aktiviti Explorace, guru terpaksa mengadakan aktiviti ini di luar minggu panitia disebabkan pertembungan masa dengan latihan kejohanan sukan tahunan sekolah serta keperluan guru untuk menghadiri kursus KSSR. Masalah masa yang agak singkat menyebabkan aktiviti ini terpaksa ditangguhkan sehingga guru benar-benar bersedia untuk menjalankan aktiviti ini. Aktiviti kumpulan tahap 2 telah dijalankan pada waktu kokurikulum dengan kebenaran GPK Kokurikulum memandangkan kesuntukan masa. Sebanyak 6 kumpulan bertanding yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Murid menjalankan aktiviti mengikut stesen yang ditetapkan dan murid perlu menyiapkan soalan serta pemerhatian yang diperoleh pada setiap stesen. Sebanyak 3 kumpulan telah terpilih sebagai pemenang. Masalah yang timbul sepanjang perjalanan aktiviti ialah apabila berlaku pertembungan dengan latihan sukan serta raptai kejohanan sukan tahunan sekolah. Perkara ini menyebabkan Minggu Panitia Sains pada tahun ini kurang menyeronokkan dan tidak meriah dengan sambutan daripada murid-murid. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pada tahun hadapan diharapkan agar Perasmian Minggu Panitia Sains dapat dijalankan dan dirancang dengan menarik serta pemilihan tarikh yang bersesuaian supaya guru-guru dan murid-murid dapat memberi sepenuh perhatian dan sambutan untuk menjayakan Minggu Panitia Sains.

Disediakan oleh:

(PUAN AZNIDA NASRUDDIN)

Anda mungkin juga menyukai