Anda di halaman 1dari 18

2.

0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara
Rajah 2.0 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, dan serta berakhlak mulia,

bertanggungjawab kesejahteraan diri

berkeupayaan memberikan

mencapai sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Unsur Intelek Unsur intelek mengandungi aspek-aspek termasuklah hikmah, iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran. Seterusnya, aspek daya fikir yang kreatif dan inovatif, daya fikir analitis dan logik dan juga ilmu yang bermanfaat. Ini adalah aspek yang terdapat dalam unsur intelek. Unsur Rohani Dan Emosi Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek yang berikut iaitu keyakinan kepada tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat, berbudi pekerti mulia, berbakti dan berkorban. Unsur Jasmani Antara ciri-ciri unsur jasmani ialah termasuklah kecergasan fizikal dan kesihatan diri, juga dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

Matlamat FPK

Matlamat

Falsafah

Pendidikan dan boleh

Kebangsaan memenuhi

ialah

melahirkan

rakyat

yang

bertanggungjawab

kewajibannya

sebagai

seorang

warganegara. Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina negara Malaysia. Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.

Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsipprinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kesusilaan. kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan

Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai

murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran

Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai.

3.0 KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis.Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

kemahiran mendengar

kemahiran membaca

kemahiran bertutur
KEMAHIRAN BAHASA

kemahiran menulis

Rajah 3.0 : Kemahiran Bahasa

Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan intonasi, dan jeda yang betul.Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dengan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelabgai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginative.

4.0 KONSEP 5P Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.

penggabungjalinan

pengayaan

penyerapan

pemulihan

penilaian

Rajah 4.0 : Konsep 5P

Penggabungjalinan Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk

menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Penyerapan Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan. Pengayaan Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya

kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada

aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu. Pemulihan Pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas

membaca, menulis, dan mengira (3M). Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

Penilaian Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P.

5.0 PENGISIAN KOKURIKULUM Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan iaitu kemahiran berfikir , kemahiran belajar cara belajar , kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , kajian masa depan , kecerdasan pelbagai , pembelajaran konstruktivisme dan kontekstual.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Berbual dengan keluarga dan rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, atau dialami. Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan. Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila.

Kemahiran Membaca

Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai. Membaca dan memahami maklumat yang pelbagai dalam pelbagai teks. Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca.

Kemahiran Menulis

Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan. Mencatat dan meyusun maklumat. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca.

6.0 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

kemahiran berfikir

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

kemahiran belajar cara belajar

kajian masa depan

kecerdasan pelbagai

pembelajaran konstruktivisme

pembelajaran kontekstual

Rajah 6.0 : Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global.Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, serta pembelajaran konstruktiivisme dan kontekstual.

Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kristis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur ,membaca dan menulis. Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kemahiran menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian dan meyempurnakan tugasan dan pengunaan internet. Kemahiran Belajar Cara Belajar Penguasaan kemhiran ini meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi kehidupan dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup oleh muridmurid. Kajian Masa Depan Satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa hadapan. Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik matematik, muzik, kinestatik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Pembelajaran Konstruktivisme Pendidikan yang dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran Kontektual Kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat , dan alam pekerjaan.

7.0 Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian (Bahasa Melayu tahun 4 ) PENCEMARAN AIR Tarikh : 21.08.2012 Hari : Selasa Masa : 9.00-10.00 pagi Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 4 Amanah Bilangan Murid : 25 Orang murid Tema : Kita berhemat sentiasa selamat Tajuk : Pencemaran Air

Hasil pembelajaran: Fokus utama : Kemahiran menulis 8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan dalam sesebuah karangan.

Aras 1 (1) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana yang terdapat dalam teks yang dibaca.

Fokus sampingan : Kemahiran membaca 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 (1) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik

Objektif pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :

1) Menyenaraikan 5 penanda wacana yang terdapat dalam teks yang dibaca. 2) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. 3) Membina 8 perkataan daripada perkataan PENCEMARAN

Tatabahasa Sistem Bahasa : Penanda wacana

Pengisian kurikulum : 1) Ilmu -Kajian tempatan Geografi Nilai Kerjasama

2)

3)

Kewarganegaraan - Mencintai negara yang aman dan selamat

4)

Kemahiran Bernilai Tambah : a) Kemahiran berfikir -Menjana idea b) Belajar cara belajar -Belajar berkumpulan c) Pembelajaran kontekstual -Berkerjasama d) Pembelajaran konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar - Slaid ikan duyung, petikan teks, kad soalan, kertas sebak, kad perkataan, teka silang kata. Alat Bantu Mengajar - LCD Pengetahuan Sedia ada - Pelajar pernah melihat tragedi pencemaran air atau sungai yang berlaku di kawasan perumahan mereka.

RPH KSSR BAHASA MELAYU/ BAHASA MALAYSIA TAHUN 2


Ahsfantasy Ryu

| Sabtu, April 27, 2013 | 0 Buah Fikiran Pengunjung


: Bahasa Malaysia : 2 Anggerik : 8.15 hingga 9.15 pagi

Mata pelajaran Tahun Masa

Bilangan murid : 28 orang Unit Tajuk : 10. Yang Baik Jadikan Teladan : Pak Senik Insaf

Standard Kandungan : 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Standard Pembelajaran : 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Menyatakan antonim kepada kata adjektif yangdisediakan berdasarkan teks cerita Pak Senik Insaf.

Sistem Kosa kata : luas, kering, miskin, : bakhil, Kata

Bahasa gelagat. adjektif

Tatabahasa Kemahiran bahasa : Kemahiran membaca dan menulis.

Pengisian Ilmu:Budaya Nilai : Murah hati, tolong menolong. dan Amalan

kurikulum Hidup

Kemahiran Belajar Kecerdasan pelbagai a. Interpersonal b. kemahiran berfikir c. verbal linguistik

bernilai cara

tambah

(KBT) belajar

Elemen Merentasi Kurikulum Kreatif dan Inovatif

Bahanbantu mengajar (BBM) Teks cerita, kad ayat dan lembaran kerja.

Pengetahuan sedia ada Murid pernah mendengar cerita-cerita teladan yang lain dan kata adjektif.

Langkahpengajaran dan Pembelajaran Isi pelajaran Tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat. Sang Kancil Dengan Harimau. Pak Pandir Lebai Malang Teks cerita Pak Senik Insaf Penilaian Kemahiran Membaca Mekanis Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan BBB : Buku Cerita Nilai : Keyakinan KBT : Kemahiran Berfikir

Set induksi (5 minit) Murid diminta menyatakan tajuk-tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat yang diketahui. Guru menyatakan bahawa setiap cerita mempunyai pengajaran tertentu.

Langkah 1 (20 minit) Murid diedar teks cerita Pak Senik Insaf Murid ditunjukkan cara membaca cerita dengan kelancaran, sebutan dan intonasi yang betul. Murid membaca teks cerita secara bergilir-gilir. Guru mengambil markah untuk tujuan penilaian membaca secara mekanis. Langkah 2 (10 minit) Murid diterangkan tentang maksud kata adjektif. Dalam kumpulan, murid diminta mencari perkataan adjektif yang terdapat dalam teks. Murid mencari perkataan antonim dengan kata adjektif yang telah dicari dalam teks dan diisi dalam lembaran kerja. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Langkah 3 (10 minit) Murid diedar ayat yang tidak tersusun tentang cerita Pak Senik Insaf. Murid menyusun ayat tersebut secara berpasangan dan membuat kesimpulan tentang cerita tersebut.

BBB : Teks cerita Nilai : Berani, tekun. KBT : KBCB

Tatabahasa Kata adjektif. Perkataan berlawanan (Antonim).

BBB : teks cerita, lembaran kerja. Nilai : kerjasama, berani. KBT : KBCB, KB, TKP Keusahawanan: Etika Kerja Berkumpulan

Menyusun urutan cerita. Nilai yang terdapat dalam cerita.

BBB : lembaran kerja, kad ayat. Nilai : berani, tekun. KBT : KBCB, TKP

Beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas untuk menyusun ayat-ayat yang betul mengikut urutan cerita di papan tulis. Murid membuat kesimpulan cerita dengan membacakan nilai yang terdapat dalam cerita tersebut dengan bantuan guru.

Pemulihan dan Pengayaan

Langkah 4 (10 minit) Pemulihan: Mengeja dan membaca kata adjektif dan antonimnya. Pengayaan: Mencipta serangkap pantun berkaitan teks dan membacakannya di hadapan kelas Penutup (5 minit)

BBB : Kertas Manila

Penutup Kognitif:

BBB : Kertas sebak

Soal jawab Apakah perkara penting yang perlu dikuasai dalam pembacaan mekanis? Apakah kata adjektif yang terdapat dalam cerita? Apakah nilai yang kamu peroleh dalam cerita?

Murid menjawab setiap soalan yang disampaikan oleh guru. Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran.

Nilai : tekun. KBT : TKP, KBCB.

Penilaian: Kemahiran Membaca Teks Prosa Moden Secara Mekanis Aspek yang dinilai 1. Kelancaran 2. Sebutan 3. Intonasi JUMLAH Skor Markah /20 /15 /15 /50

Anda mungkin juga menyukai