Anda di halaman 1dari 16

Disediakan oleh: Espary Krishnan Mala Murugan

Kelemahan pengamatan adalah terdiri daripada dua punca

yang besar iaitu : i. Faktor Internal ii. Faktor External i. Faktor Internal Faktor-faktor ini termasuklah : Minat dan kecenderungan serta perhatian kanak-kanak. Keupayaan tenaga, tekanan emosi dan kesukaran peribadi kanak-kanak. Kerosakan pendengaran dan penglihatan. ii. Faktor External Kurang pendedahan. Kurang rangsangan ( dorongan ).

Dalam mengatasi masalah pengamatan, seseorang guru boleh memberi latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk, penyelarasan bentuk motor-tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Dua jenis masalah pengamatan yang utama : - Kelemahan pengamatan penglihatan - Kelemahan pengamatan pendengaran

1. Kelemahan Pengamatan Penglihatan


Diskriminasi penglihatan

Penerimaan penglihatan
Perhubungan penglihatan Ingatan visual (visual memory)

2. Kelemahan Pengamatan Pendengaran

a. DISKRIMINASI PENGLIHATAN Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara visual akan persamaan dan perbezaan

yang ada pada objek-objek, bentuk-bentuk, gambar-gambar,


huruf-huruf, dan perkataan. Untuk belajar membaca seseorang kanak-kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara

m dan n atau pun lari dan lori. Diskriminasi penglihatan


juga termasuk dalam bahagian orientasi arah atau kedudukan seperti lagu dan gula, daki dan baki. Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini maka haruslah ia diberi bimbingan dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran ini dapat berkembang dengan baik.

Cadangan Aktiviti
Mencari gambar, bentuk, huruf, dan simbol yang tidak

sama.
Perbezaan dan persamaan objek-objek kerusi, meja,

papan hitam, dan sebagainya.


Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi

daripada gambar haiwan, bunga, dan daun-daun.


Memadankan huruf-huruf dengan perkataan. Menekap corak-corak, bentuk-bentuk dan huruf-huruf.

b. PENERIMAAN PENGLIHATAN

Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan

memahami tanda-tanda yang seseorang itu melihat.


Sesetengah kanak-kanak sukar untuk mentafsir atau menterjemahkan simbol-simbol yang dilihat. Pemulihan dijalankan untuk menolong kanak-kanak memahami sImbol-simbol, pergerakan badan, isyaratisyarat, gambar-gambar, dan lukisan supaya ia dapat menceritakan makna objek-objek itu.

Cadangan Aktiviti:
a) Ajar kanak-kanak untuk mengenal dan membeza

pelbagai bentuk benda-benda yang mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna, dan kedudukannya.
b) Adakan permainan seperti menyoal siapa yang

boleh lihat dengan banyak benda-benda yang ada di dalam kedai.

c. PERHUBUNGAN PENGLIHATAN ( VISUAL ASSOCIATION )

Kemahiran ini berkait rapat dengan kanak-kanak menceritakan dua atau lebih kenyataan mengenai sesuatu objek yang dilihatnya. Ini termasuklah menakul, mengkritik, berfikir, dan menyelesaikan masalah.

Cadangan Aktiviti a. Galakkan kanak-kanak melahirkan pemikirannya terhadap sesuatu objek dan suruh ia mengkritik objek itu. Beri beberapa soalan bimbingan.

b. Bimbing kanak-kanak seperti konsep berlawanan

contohnya kecil dan besar, tinggi dan rendah atau mengenai apa yang dilihatnya. c. Gunakan dua gambar yang ada kaitannya antara satu sama lain seperti anjing dengan tulang, kucing dengan tikus, dan buku dengan pensel. Minta murid ceritakan antara kedua-dua benda ini. d. Latih murid-murid mengenal konsep kumpulan dengan menyediakan gambar-gambar dari jenis makanan, haiwan, bunga, tumbuhan dan sebagainya.

d. RUMUSAN ATAU MELENGKAPI PENGAMATAN ( VISUAL CLOSURE )

Kemahiran ini ialah satu kemahiran di mana kanak-kanak dapat membuat sesuatu rumusan dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap. Dalam bacaan seseorang kanak-kanak akan memerlukan kebolehan membaca dengan hanya melihat beberapa perkataan dan dapat menanggap ayat itu.

Cadangan Aktiviti
a. Memadan atau mencantumkan gambar-gambar jigsaw puzzle. b. Membuat teka-teki, misalnya guru beri perkataanperkataan seperti merah, biru, kuning, dan hijau. Kemudiaan minta murid beri satu perkataan yang boleh merumuskan maksud perkataan tadi. Jawapan murid mestilah warna.

e. INGATAN PENGLIHATAN ( VISUAL MEMORY )

Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang telah dilihat. Untuk membaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang telah dilihatnya.

Cadangan Aktiviti

a) Sediakan benda-benda di atas meja dan minta

murid menelitinya. Tutupkan benda-benda tersebut dan minta murid menyebut kembali benda-benda yang dilihatnya. b) Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan suruh murid melukisnya. c) Tunjukkan satu gambar kepada murid dan kemudian tutup. Bincangkan dengan murid mengenai gambar tersebut.

d) Ambil satu tali dan gantungkan beberapa keping

gambar dalam susunan yang tertentu. Turunkan gambar itu dan minta murid susun semula sebagaimana yang telah dibuat oleh guru. e) Perkembangkan ingatan kanak-kanak dengan membincangkan benda- benda yang telah mereka lihat. Kemudian minta mereka ceritakan semula apa yang mereka ingat seperti tempat yang telah mereka lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian, dan sebagainya.

RUJUKAN
Jabatan Pendidikan Khas. (2003) (Buku panduan pelaksanaan program pemulihan khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Syed Abu Bakar Syed Akil.(1997). Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.