Anda di halaman 1dari 17

SEKAPUR SIRIH

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyempurna dan menyiapkan Folio Praktikum ini dengan jayanya. Segala jerit perit dan penat lelah sepanjang menjalani praktikum dan menyiapkan folio ini akhirnya terbayar dengan terhasilnya folio ini dengan lengkap dan sempurna. Siapalah saya tanpa sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak yang telah banyak menghulurkan idea, bantuan dan pendapat. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan paling istimewa buat kedua ibu bapa dan suami tercinta serta puteri kesayangan di Terengganu dan Johor. Mereka adalah insan istimewa dalam hidup saya yang telah banyak memberi sokongan, dorongan dan panduan yang tidak ternilai sepanjang pengajian sehinggalah kini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat Cik Norizah bt Taib selaku pensyarah pembimbing dan Encik Mohd Nazaruddin bin Sarji selaku guru pembimbing atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan dalam menyiapkan folio praktikum ini. Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua warga pendidik, staf sokongan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Jelutong yang telah memberi kerjasama, bimbingan dan perhatian yang tidak berbelah bagi dalam menjalani praktikum ini . Tidak lupa juga ucapaan jutaan terima kasih kepada Encik Encik Kamarun Bin Haji Ishak selaku mentor peribadi. Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan guru pelatih dan pihak yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menyiapkan folio ini. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian.Kepada semua yang disebutkan di atas, diharapkan semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian semua dan dimurahkan rezeki. Insya Allah, bersama kita membentuk sistem pendidikan yang terbaik untuk masa depan generasi kita bersama. sEKAPUR SIREH Syukur kami ke hadrat Ilahi kerana kami akhirnya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pada mulanya kami berasa agak sukar untuk memahami kehendak soalan yang dikemukakan. Setelah membuat kajian berkali-kali ke atas soalan di samping perbincangan dengan rakan-rakan serta pensyarah, kami akhirnya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Tugasan yang disiapkan ini memerlukan kami mencari bahan-bahan rujukan dari pelbagai sumber seperti buku rujukan dan internet. Namun bahan yang diperlukan itu akhirnya berjaya ditemui dan diaplikasikan di dalam kerja kursus ini. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Rosli Bin Mohd Yusof dan Puan Hajjah Hartini Binti Husin selaku pensyarah PSK 3103 yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar untuk membolehkan kami menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah yang sentiasa bersedia untuk membantu

memberikan idea dan tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan yang disiapkan ini dapat memenuhi kehendak soalan yang diberikan. Sekian dan terima kasih.

Kaedah Pengajaran Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaituteknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai

nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lainlain. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran 2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai 3. kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar 4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar 5. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru 6. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan 7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada. An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching). Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan

berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif. Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya.
Kaedah Pengajalan Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Di Dalam Bilik Darjah.

Pengenalan Menurut Mok (1992), kaedah pengajaran merupakan satu cara mendekati objektif pengajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Menurut Sharifah (1986 ), kaedah pengajaran pula merupakan peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran. Antara kaedah pengajaran yang akan dibincangkan adalah seperti berikut: i) Kaedah tunjuk cara ii) Kaedah amali iii) Kaedah projek iv) Kaedah simulasi v) Kaedah syarahan vi) Kaedah latih tubi vii) Kaedah perbincangan
Kaedah Simulasi

Kaedah Simulasi miripkepada kaedah lakonan. Yang membezakan antara keduanya ialah Simulasi dilakonkan seolah-olah dalam situasi/ peristiwa yang sebenar berbanding dengan kaedah lakonan yang boleh merekacipta dialog dan latar cerita sendiri.
Sebelum memulakan simulasi, seseorang guru itu perlu ;

1. menentukan kandungan simulasi dan objektif yang ingin dicapai, 2. memilih kemahiran yang bersesuaian untuk dimasukkan, 3. merancang penyerapan nilai yang ingin diterapkan kepada pelajar, 4. memilih aspek-aspek pengukuhan dan pengayaan yang bakal digunakan. 5. memilih peralatan yang sesuai bagi melaksanakan kaedah tersebut. Setelah itu, barulah guru tersebut mampu mengaplikasikan kaedah Simulasi dengan mantap. Semasa Simulasi, sewajarnya ; 1. telah melaksanakan Set Induksi yang menarik. Sekiranya gagal, guru akan menghadapi masalah dalam memastikan pelajarnya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap simulasi tersebut. 2. memilih pelajar yang akan memainkan peranan/ watak. 3. memastikan suara watak jelas dan dapat didengari oleh semua pelajar lain. Elakkan memilih pelajar yang gagap/ tidak lancar membaca. 4. memberi arahan yang jelas kepada pelajar terlibat. 5. memberi tugasan lain kepada murid yang tidak mengambil bahagian seperti membuat catatan sbg. Selepas Simulasi, guru sepatutnya ; 1. berbincang dengan murid mengenai hasil simulasi. 2. menyuruh murid menulis laporan/ isi penting dsbg tentang simulasi yang telah dijalankan. 3. membuat penilaian sama ada objektif pengajaran telah tercapai atau sebaliknya.

Kaedah Lawatan Definisi Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah

Ciri-ciri Penting 1. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung 2. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran 3. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku 4. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah 5. Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat. 6. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar 3.14 Kaedah Inkuiri Penemuan Definisi Kaedah ini menggabungkan kedua teknik inkdiri dan teknik penemuan. Ia adalah satu pendekatan yang lebih saitntifik dan menjurus kepada proses penyelesaian masalah tetapi ia akan mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah dan teknik yang lain Ciri-ciri Penting 1. Terdapat beberapa langkah yang spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu mengenal pasti masalah, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat, menganalisis maklumat dan mendapat keputusan serta membuat rumusan 2. Pendekatan ini lebih sesuai untuk murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi oleh itu ia mungkin menimbulkan masalah untuk murid yang lemah 3. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan murid 4. Murid-murid yang terlibat dengan kaedah ini akam merasa puas hati apabila mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran 5. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti.

KAEDAH TUNJUK CARA

Definisi Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti Ciri-ciri penting 1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan 2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah 3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen 4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti 5. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah 6. Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran 7. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi KAEDAH PEMUDAHCARAAN Definisi Kaedah yang kurang menitikberatkan peranan guru dan lebih menitikberatkan peranan murid. Sangat berkesan dalam sekolah bestari diamana guru memainakan peranan sebagai guide dalam proses pembelajaran Ciri-ciri Penting 1. Guru menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi arahan dan panduan yang jelas 2. Guru hanya memberi bimbingan tetapi murid yang menyelesaikan masalah dalam bilik darjah 3. Guru memberi penekenan kepada murid untuk membina pengetahuan mereka sendiri 4. Peranan guru adalah lebih sebagai pemerhati dan pendorong dalam proses pengajaran dan pembelajaran 5. Ia juga akan menggalakkan proses interaksi dikalangan murid supaya dapat mencetus idea dan jawapan yang betul kepada penyelesaian masalah 6. Peranan guru juga ialah untuk menyediakan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran bagi merangsang pembelajaran pelajar.

(i) Kaedah Pembelajaran Kontekstual Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajukPengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan

mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran. Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Pengajaran Masteri Pendekatan Masteri bermaksud strategi dan pendekatan mengajar yang bertujuan memastikan pelajar betul-betul menguasai sesuatu isi pelajaran dengan baik sebelum beralih kepada peringkat yang lebih tinggi tinggi. Langkah dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam p&p iaitu cirigiri guru, gaya pembelajaran pelajar, kaedah atau aktiviti p&p, Bahan p&p, Nilai-nilai murni dan Pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.

Ciri-ciri Guru

Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus menyayangi semua pelajar, yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti. Mencintai mata pelajaran yang diajar. Guru harus Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Guru mesti merangsang dan mendorong pelajar untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Mesti bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah dan guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain,

tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.

Gaya Pembelajaran Pelajar

Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu iaitu: (a) pelajar visual: Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda, gambar atau gambar rajah dan demostrasi, tindakan atau lakonan. (b) Pelajar audio: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain, menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan. (c) Pelajar kinestetik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti Menulis atau melukis sesuatu, membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.

Kaedah P&p Untuk Pembelajaran masteri

Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berlainan. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melakukan Syarahan, Penerangan, Penjelasan, Huraian, Demonstrasi, Bercerita, Pembacaan dan Memberi nota Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah: Soal jawab Latih tubi Bercerita Membuat latihan Penerangan, penjelasan, huraian, Perbincangan, Inkuiri

Penemuan, Bacaan, Sumbangsaran, Demostrasi oleh pelajar Kerja amali Eksperimen, Projek Kuiz, Penyelesaian masalah, Reka cipta Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan, Main peranan, Lakonan Simulas, Membuat nota sendiri, Lawatan Pengajaran berprogram, Pembelajaran berbantu komputer PAK (Pembelajaran Akses Kendiri). Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Pengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak. Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran, menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran. Guru boleh menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif. Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran dan menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.

Rumusan

Penggunaan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan p&p yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri. Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik. Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran

yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn. Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.

KAEDAH SYARAHAN Syarahan atau pengajaran secara lisan adalah kaedah umum yang selalu digunakan oleh guru dalam menyampaikan pengajarannya. Kaedah ini boleh dilakukan dalam keadaan formal, dalam jangkamasa yang lama, berstruktur tinggi atau tidak formal, berbentuk ringkas, menggunakan peralatan multimedia atau menggunakan sedikit penglibatan pelajar. Guru memainkan peranan utama dalam bilik darjah dan pembekal ilmu pengetahuan serta sumber penyampai maklumat. Kaedah pengajaran melalui syarahan atau secara lisan boleh mendatangkan kesan baik kerana:
Maklumat boleh disampaikan dengan cara yang cepat dan terus kepada pelajar. Sesuai

digunakan terutama dalam memperkenalkan tajuk yang baru.


Berkesan sekiranya tujuan utama ialah untuk menyampaikan maklumat tetapi bukan untuk

mengembangkan kemahiran atau nilai.


Keadaan ini sesuai jika pengajaran yang melibatkan penggunaan bahan atau alat bantu yang

digunakan tidak boleh didapati di tempat lain.


Sesuai digunakan walaupun tanpa persediaan yang rapi atau kemudahan yang lengkap.

Ada pendapat menyatakan kaedah syarahan dan pengajaran melalui lisan, jika terlalu kerap digunakan akan menimbulkan rasa bosan, pasif dan tidak berkesan. Bagaimanapun, kaedah ini sesuai digunakan dengan syarat guru menyampaikannya dengan cara yang menarik, dapat mencabar imaginasi pelajar dan pelajar pula dibenar berinteraksi atau bersoal jawab dengan guru.

Panduan dan cadangan untuk menjadikan pengajaran berbentuk syarahan dan lisan ini menjadi lebih menarik, iaitu:
Nada suara yang menarik, gunakan ekspresi wajah/mimik muka, bahasa badan dan pastikan

percakapan guru boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar di dalam bilik darjah.
Galakkan pelajar mengemukakan soalan atau pendapat mereka sendiri ketika pengajaran

dibuat.

Gunakan alat multimedia, model, kertas hand-out atau papan putih dan bahan yang

bersesuaian sebagai alat bantu mengajar bagi merangsang pembelajaran pelajar.


Permulaan pengajaran yang menarik ialah dengan menggunakan kaedah induksi dan gaya

penyampaian yang menyegarkan.


Mengukuhkan pengajaran dengan melakukan demonstrasi di hadapan bilik darjah, memanggil

pelajar dengan nama mereka dan menyediakan nota ketika atau selepas pengajaran.
Hadkan masa tidak melebihi 20 minit bercakap secara berterusan dan sentiasa menyesuaikan

pengajaran dengan tahap kebolehan dan minat pelajar.


Bergerak di seluruh kawasan bilik darjah sambil memerhatikan tingkah laku pelajar bagi

memastikan bahawa mereka sedang mengikuti pengajaran guru. Kaedah Kajian Kes Kajian Kes adalah cerita yang digunakan sebagai bahan pengajaran yang menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang berlaku. Pelbagai displin ilmu telah menggunakan Kajian Kes termasuk bidang kemanusiaan, sains sosial, sains, kejuruteraan, undang-undang, perniagaan dan perubatan (http://www. vanderbilt.edu/cft/resources/gleanings/ casestudies/). Muhamad Muda (2003: 3) mendefinisikan Kajian Kes sebagai satu deskripsi tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran. Ia adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan. Surjit Singh dan Osman Md. Zain (t.th: 1) pula memberi takrifan, Kajian Kes ialah satu metode latihan yang menggunakan kes-kes sebagai bahan pengajaran. Metode kajian ini digunakan secara meluas dalam bidang perundangan dan perubatan. The University of Chicago Department of Sociology, di Amerika Syarikat, telah mempelopori Kajian Kes diawal abad 1900 sehingga 1935. Malangnya, terdapat segelintir cendekiawan mempersoalkan aspek kebolehpercayaan (reliability) metod ini berdasarkan penggunaan satu sampel sahaja atau sampel bersaiz kecil dan ketidakmampuan dapatan kajian untuk digeneralisasikan kepada umum. Selepas 1935, penggunaan Kajian Kes semakin berkurangan kerana peralihan dunia penyelidikan kepada kaedah kuantitatif. Walaubagaimanapun, kekangan yang terdapat pada metod kuantitatif, menukar lensa dunia penyelidikan kepada bentuk Kajian Kes pada tahun 1965 (Tellis, 1997: 3). Sehingga hari ini, Harvard University adalah universiti tersohor dalam menggunakan kajian kes sebagai wadah utama pembelajaran. Terkini, pelajaran Sains, Pendidikan, ICT, Ekonomi, Perniagaan dan Pemasaran mempunyai banyak laman web yang menawarkan sampel-sampel kajian kes untuk dimuat-turun secara percuma bagi tujuan pedagogi dan endragogi.

Terdapat lima kategori kes yang terdiri daripada kes berbentuk: - Masalah/Keputusan (Problem/Decision). - Penilaian (Appraisal). - Sejarah (Case Histories). - Catatan Industri (Industry Notes). - Kes Bersiri/Berkelompok (Series Cases). Setiap bentuk kajian kes mempunyai kelebihan tersendiri. Kes boleh ditulis berdasarkan kesesuaian bidang berkenaan dengan objektif pembelajaran. Kajian kes tidak lari dari skop dan metodologi kajian-kajian lain. Ia berbentuk deskriptif dan tertakluk kepada unsur-unsur kesahan dan kebolehpercayaan (validity and reliability) sebagaimana kesemua metod kajian yang lain. Kajian Kes sebagai wadah pembelajaran menghuraikan suatu teori dalam jangkamasa yang pendek, tetapi diolah dengan cara yang menarik dan tersendiri untuk menepati suasana kuliah yang lazimnya mengambil masa tidak lebih dari dua jam. Para pelajar bertanggungjawab sepenuhnya dalam mencerakinkan kes yang diberi dan mencari pendekatan terbaik untuk mendapatkan penyelesaian win-win-win. Proses pembudayaan ilmu (Ad-Tadayyun) secara kajian kes akan memperkasakan pembentukan kognitif (pengetahuan), afektif (keperibadian) dan psikomotor (kemahiran) individu (Muhamad Muda, 2003: 3). Tujuan asas penggunaan metode kes sebagai strategi pengajaran ialah bertujuan untuk memindahkan tanggungjawab belajar daripada guru, kepada pelajar yang memainkan peranan dan hasilnya ia dapat menukar penyerapan pasif ke arah pembangunan aktif. Melalui perbincangan kes secara teliti, pelajar dapat mengenal pasti punca masalah, mengenali pembuat keputusan dan agendanya dan menjadi peka terhadap keadaan persekitaran yang menyumbang kearah keputusan yang diambil dalam kes tersebut. Pelajar juga didorong untuk membuat keputusan berdasarkan analisa mereka sendiri dan mengaplikasi pengetahuan mereka tentang teori-teori masalah tersebut. Di samping itu juga, pelajar mampu menyelesaikan masalah-masalah yang lebih rumit dengan cara mengenalpasti dan menganalisa faktor-faktor penting, mampu mencambahkan idea, menyelaraskan idea dengan fakta sebenar dan menggabungkan idea tersebut secara kreatif. Perbincangan kes juga dapat membantu para pelajar untuk menghadapi masalah yang timbul dalam situasi dan krisis dunia yang sebenar dengan fakta kes yang digarap berdasarkan simulasi keadaan sebenar (contohnya situasi bilik kuliah, dewan, mahkamah atau hospital). Dengan demikian, melalui pendedahan terhadap kajian kes, para pelajar berpeluang untuk mengasah tahap profesionalisme mereka melalui cabaran, keperitan dan pengalaman sebenar

dan liputan dari dapatan kajian orang lain. Kelebihan metode kajian kes adalah para pelajar didedahkan kepada realiti hidup yang benarbenar berlaku, yang mungkin tidak pernah dan tidak akan mereka alami di luar kuliah. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang tertarik untuk mengkaji kesan kemiskinan kepada pencapaian akademik pelajar sekolah menengah secara keseluruhannya, dapat mengakses dan menganalisa maklumat daripada sekolah-sekolah yang berbeza di Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak tanpa perlu meninggalkan bilik kuliah. Metode kajian kes juga menggabungkan idea individu dan idea ahli-ahli kumpulan di mana para pelajar saling bergantung dan belajar daripada satu sama lain. Idea-idea yang dicerna akan dikupas bersama melalui perdebatan dan pertikaian ahli-ahli kumpulan dan dilontarkan semula untuk dimurnikan bersama. Kesimpulannya, para pelajar mampu berdikari dan mempunyai kemahiran untuk merumus soalan sekaligus meningkatkan pemahaman proses pembelajaran mereka (http://writing.colostate.edu/references/research /casestudy/com2a3.cfm). Kes yang baik mempunyai unsur pengajaran yang boleh dipelajari daripada masalah yang timbul, adanya masalah atau keputusan yang perlu diselesaikan, terdapat pembuat keputusan, fakta kes lengkap dan jelas dan diolah berdasarkan konvensyen penulisan kes serta menarik perhatian pelajar untuk melibatkan diri dalam perbincangan kes itu (Muhamad Muda 2003: 7). Kes-kes yang baik juga mempunyai ciri-ciri berikut; cerita yang baik, terkini, ada dialog, mewujudkan empati terhadap watak utama, relevan kepada pembaca, memenuhi fungsi pengajaran dan bersifat umum (http://www.vanderbilt.edu/ cft/resources/gleanings/casestudies/). Kajian Kes (Case Study) Dalam Bidang Pengajian Islam UF telah menyiapkan satu Kajian Kes yang bertajuk Pencegahan SARS (Irwan(a) 2003: 1-9) beserta Panduan Mengajar (Teaching Guide) kes ini (Irwan(b) 2003: 1-6). Kajian kes ini boleh digunakan sebagai sampel atau bahan pengajaran di dalam bilik-bilik kuliah dan tutorial. Ia bukan sahaja sesuai digunakan dalam bidang pengajian Islam, bahkan ia juga sesuai untuk bidang ekonomi, pengurusan, perubatan dan yang berkaitan dengannya. UF telah membahagikan Kajian Kes Pencegahan SARS ini kepada lima bahagian iaitu mukaddimah, fakta, kronologi, kesan dan tindakan lanjut yang sewajarnya diambil. Penulis telah menyediakan maklumat yang mencukupi sebagai asas kepada pelajar untuk memahami perkara yang perlu dibincangkan. Untuk bahan pengajaran subjek Usul Fiqh, penulis memfokuskan konsep Siyasah Syariyyah yang berpaksikan Maslahah Syariyyah dalam langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menangani masalah wabak SARS yang melanda negara awal tahun 2003.

Para pelajar perlu membincangkan langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menangani wabak SARS, samada ia menepati Maslahah Syariyyah ataupun tidak dan seterusnya perlu menyokong dakwaannya itu dengan dalil-dalil nas ataupun kaedahkaedah fiqh. Sebagai contoh, antara langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan dalam menghadapi SARS ialah pembekuan visa perjalanan bagi pelawat dari negara-negara yang terjejas teruk akibat SARS. Dari satu sudut, sekatan ini dapat mengawal kemasukan pesakit SARS dari menyebarkan virus itu kepada masyarakat Malaysia. Namun dari sudut yang lain, sekatan itu menghalang para pelabur masuk ke Malaysia yang mungkin akan menjejaskan ekonomi negara dan akan menjejaskan sektor pelancongan akibat tiada pelancong yang dibenarkan masuk daripada negara-negara yang dijangkit SARS. Contoh kedua ialah kuarantin ke atas individu yang disyaki dijangkiti SARS sekurang-kurangnya sepuluh hari. Pesakit yang dikuarantin akan diasingkan di tempat khas dan tidak dibenarkan bergaul dengan pesakit-pesakit biasa atau pelawat kerana virus SARS mudah berjangkit. Dalam isu kuarantin ini para pelajar dihadapkan dengan dua situasi iaitu, sekiranya individu itu dikuarantin, ia dianggap mengongkong hak individu, tetapi kalau dia dibiarkan tanpa kawalan, berkemungkinan virus SARS akan merebak kepada orang lain. Di sini para pelajar akan memberi pandangan masing-masing berkenaan isu ini berdasarkan dalil-dalil nas dan kaedahkaedah fiqh untuk merealisasikan Maslahah Syariyyah dalam langkah pencegahan yang diambil. Pendekatan one way traffic yang diamalkan selama ini oleh kebanyakan pengajar subjek Usul Fiqh bersifat spoon feeding. Kebanyakan pelajar sukar memahami dan cepat lupa apa yang dipelajarinya dalam kelas. Metode begini juga tidak membangunkan pemikiran kritis para pelajar. Berbanding metode Kajian Kes yang lebih bersifat kendiri pelajar dalam menyelesaikan sesuatu isu. Ia dapat menarik minat para pelajar untuk turut serta dalam perbincangan kes yang dibentangkan. Hasilnya pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih efektif kerana mampu menggabungkan teori dan praktikal sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia sebenar. Ini kerana Kajian Kes amat berguna dalam menggalakkan perbincangan mengenai cara terbaik dan strategi penyelesaian masalah-masalah (http://whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci54625 6,00.html). Bentuk pengajaran Kajian Kes lebih sesuai jika jumlah pelajar adalah kecil dan kerusi-meja di susun atur bulat supaya setiap pelajar dapat berhujah dengan bernas mengikut simulasi keadaan kes tersebut. Pelajar diberi peluang untuk mengutarakan pandangan masing-masing dan pensyarah hanya perlu bertindak sebagai fasilitator. Di akhir sesi, tiada resolusi yang dianggap benar atau salah. Para pelajar dianggap telah memainkan peranan masing-masing

dengan jayanya sekiranya mereka dapat mengaplikasikan teori yang sepatutnya digunapakai semasa perbincangan kes tersebut. Kejayaan metod kajian kes ini bergantung kepada cara pembelajaran mahasiswa di institusi pembelajaran terbabit. Menurut kajian Victoria Salin pada tahun 2001, mahasiswa boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama, Dependent learner, Collaborative learner dan Independent learner. Kumpulan pertama akan bertindak pasif dan menanti arahan, kumpulan kedua akan melibatkan diri secara aktif didalam perbincangan dan kumpulan ketiga akan cuba untuk mengubahsuai kandungan dan struktur kes semasa perbincangan. Fasilitator perlu bijak mengenalpasti kategori pelajar dan menggunakan pendekatan yang bersesuaian. Yin (1994: 75) pula mencadangkan agar mahasiswa digalakkan memahami pendekatan kaedah kajian kes itu sendiri dengan penekanan terhadap aspek-aspek berikut: - Membincangkan sinopsis kes (mengenalpasti objektif dan isu utama kajian). - Melakukan Kajian Lapangan. - Soalan-soalan (soalan spesifik yang perlu dikenalpasti oleh penulis kajian kes). - Cara menulis laporan akhir Kajian Kes (format kes, konvensyen penulisan kes). Para penulis Kajian Kes perlu melengkapi Kajian Kesnya dengan satu set Panduan Mengajar (Teaching Guide) yang mengandungi sinopsis, objektif, kumpulan sasaran berserta panduan terperinci pengendalian kes tersebut, termasuk strategi memimpin kes, soalan dan penyelesaian. Panduan Mengajar ini hanya diberikan kepada pengajar atau fasilitator yang menngendalikan kelas dan tidak diberikan kepada para pelajar. Ini untuk memudahkan pengajar atau fasilitator yang menggunakan kes itu dalam pengajarannya. Pengajaran yang menggunakan metode Kajian Kes dapat mengubah suasana bilik kuliah daripada keadaan muram kepada keadaan yang ceria dengan adanya brain storming di kalangan para pelajar. Di samping dapat melatih mereka berinteraksi, berkomunikasi, berdebat dan melahirkan pendapat, mereka juga akan berasa bangga kerana diberi peluang bertindak sebagai penyelesai masalah. Sewajarnya pengajar menghargai pendapat mereka dan tidak menghentam mereka jika pendapat mereka salah, kerana tujuan Kajian Kes bukanlah untuk mencari siapa benar dan siapa salah.