Anda di halaman 1dari 10

Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu Written By BearManja on Monday, 22 July 2013 | 08:34 Kisah

Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu | Dalam kesejukan malam itu ..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ay ubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia. Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan r ekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mende ngar cerita tentang pahlawan Islam.

Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman da ripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan? Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke o rang veteran ke.. Siapa Siapa Siapa Siapa Siapa Hurm.. Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya b ercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku.. Bila?? Suatu Masa Dulu .. " Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh? " kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tid ak pernah ketawa.. Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung men dapatkan Palestin dan Al-Aqsa? Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah b elah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditingga lkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahud din berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah walj amaah untuk berjuang atas nama Islam.. Hebatnya Kau Salahuddin . Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, A ku hampir mati kehausan . beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tan pa menunjukkan kemarahan.. Penyabarnya kau Salahuddin.. Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandi ngi Salahuddin. dia dia dia dia dia Salahuddin Al-Ayubbi? Syeikh Yusuf Qaradawi ? As-Syahid Hassan Al-Bana? Muhammad Al-Fateh? Syeikh Ahmed Deedat?

Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendir i akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentias a mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit dida lam khemah tentera kristian.. Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayu bi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah.. Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbad an sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah.. Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain su tera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Sala huddin. Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak t unggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam. Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor per ibadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap maka nan semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu .. Asakan Tentera Islam teramat dahsyat Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah. tiada lagi pertempuran berlaku Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis.. Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan k eatas orang-orang kamu terdahulu? Kata Ketua Tentera Kristian Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem te rsumbat dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, diba kar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai. Kami orang Islam tidak seperti kamu Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindaha n akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi.. Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersal

ah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Isla m, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan.. Hari itu, Langit begitu Cerah Laungan Allahhu Akbar dan Tiada tuhan melainkan Allah telah memenuhi langit.. Para tentera tersenyum girang.. Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasul ullah SAW. Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin. Ramai orang yang terdiri dari ulama, Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini Selepas menunggu hampir 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR! Salib yang terpampang di Dome of Rock telah diturunkan. Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu.. Kemenangan Seluruh Umat Islam Kemenangan Atas Kemenangan 27 Safar, 589H Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin Syeikh Abu Ja afar , seorang yang wara telah diberi kepercayaan untuk duduk disebel ah Salahuddin ketika beliau Nazak. Salahuddin Antara pengsan dan sedar. Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyat a (Al-Hasyr: 22) Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut, Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata Memang Benar Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah. Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beli au wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain ya ng ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos peng kebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumia n. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Empat puluh tahun kemudian, Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulm aqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Sala huddin sambil berkata: Sekarang aku datang semula ke sini. Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani ber

depan dengan Salahuddin yang telah mati.. Tidak cukup dengan itu, 1917 Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib , General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kub ur pembela Islam ini sambil berkata Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini! Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam Dalam tidak sedar, aku rasa ada air mengalir dipipi.. Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi? Reflexi dan cermin-cerminkan diri.. mana tahap kita? astaghfirullah.. lemah nya umat sekarang.. lemahnya aku Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba.. aku menjenguk diluar jendela.. Anak-anak muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,.. Aku menggelengkan kepala mungkin ini generasi Salahuddin Al-Ayubi?? hurm.. generasi AL-AYYUBI dalam bayanganku~

Tips : Meningkatkan Daya Ingatan By FADAH on 03 APRIL 2011 AT 12:07 AM

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di ma na kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lup a tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi p elupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjad

i terlalu pelupa. Antaranya ialah: Membaca Al-Quran Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan men ajamkan daya ingatan dengan lebih baik. Amalkan Tidur Yang Cukup 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari ker ana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi. Mengawal Tekanan Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan an da terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ing atan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermed itasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya. Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ad a yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperluka n oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan. Bersenam Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Ol eh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki. Elakkan Kemurungan Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa be rada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejask an daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubat ilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ib adah mendekatkan diri kepada Tuhan. Awasi Pengambilan Ubat Daya pil dapi Jgn ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda mengha masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Ba

hasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah da n motivasi. Permainan Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih ba ik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg menca bar minda. Banyak Membaca Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetah uan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak f akta yg terkandung di dalam bahan bacaan. Katakan Berulang Kali Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan denga n kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut. Fokus Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contoh nya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg anda fikirkan. Bermain Dengan Angka Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor te lefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut deng an sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

(INFO ILMIAH) Perhiasan Rumah Yang Kita Tak Perasan, Walhal Haram Mengikut Islam ?

Rumah adalah tempat di mana kita beristirehat dan berteduh. Jika mempunyai rumah , pastinya perlu ia dihias dengan cantik dan indah. Tetapi apakah kita tahu dan sedar bahawa bukan semua perhiasan dibenarkan dalam Islam? Apakah jenis perhiasa n tersebut? Untuk kali ini, edy nak berkongsi dengan korang info mengenai perhia san rumah yang dilarang oleh Islam. Jom kita baca sama-sama. RUMAH adalah tmpt perlindungan & beristirahat Pastinya setiap org inginkan ketena ngan setiap kali berada di rumah Dlm mencari ketenangan, tentu shj kita memerluka n rumah yg bersih tanpa wujudnya brg2 yg boleh mendtgkan kemusyrikan kpd kita Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: Empat uns ur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati Manakala dl surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman : Allah menjadikan utk kamu

rumah2 kamu sbg tmpt yg menyenangkan Oleh itu, dlm menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur2 berbentuk syirik spt p atung Ini krn, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rah mat masuk ke dlm rumah, krn malaikat tidak akn masuk ke dlm rumah yg mengandungi patung Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Ses ungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung Begitu juga dgn rumah2 yg dihiasi dgn gmbr yg berbentuk lucah, wanita tidak berp akaian & seumpamanaya Kdg kala, terdpt rumah yg mempunyai kwsn yg luas & pd zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sbb wujudnya gmbr2 berunsur ke maksiatan, patung2 hiasan & seumpamanya CACATKAN ANGGOTA PATUNG Sekiranya terdpt perhiasan berbentuk patung di dlm rumah, maka hendaklah dicacat kan anggotanya spt patahkan kepala patung tersebut / yg sewaktu dgnnya Ini berdsrkan sebuah hadis yg menceritakan ttg keengganan Jibrail a.s memasuki r umah Rasulullah s.a.w. krn di pintu rumahnya ada sebuah patung Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kpd Nabi M uhammad Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu . Maka dipotonglah ia sehin gga keadaannya menjadi spt sepohon pokok (Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban) Dgn kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akn diagung2 kan Bagaimanapu n, patung2 permainan yg digunakan oleh anak2 perempuan dibolehkan dlm Islam krn permainan sebegini ini sekurang2 nya boleh mengjr anak2 utk masa akn dtg cara me ndidik anak2 mereka TIDAK BERNYAWA Menyentuh isu perhiasan yg dibolehkan dlm Islam, adlh spt ayat2 suci al-Quran, p okok, gmbr pemandangan / benda yg tidak bernyawa Tidak salah dlm Islam membuat perhiasan drpd gmbr berbentuk pemandangan laut, pe rkampungan, pohon di hutan, sungai & sbgnya yg selari dgnnya Cuma, yg tidak dibnrkan oleh Islam antaranya ialah gmbr2 artis yg memperagakan a uratnya utk tatapan umum / gmbr org kafir (org bkn Islam) yg melakukan musyrik t erhdp Allah s.w.t Islam tidak menggalakkan gmbr2 spt ini krn ia melambangkan keagungan / timbul pe rasaan memuja mereka Menggantungkan gmbr2 org alim dibnrkan sbb ia dilht dr sudut ketokohan & kelbiha n ilmunya & Islam mengharuskan gmbr sebegini utk dijadikan contoh Begitu juga dgn gmbr2 keluarga / haiwan yg diambil scr fotografi dibnrkan krn bo leh menjdi kenangan SEKSAAN HARI KIAMAT Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dr emas & perak krn bilama na adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan bsr akn menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak & ingin menunjuk2 kemewahan yg ada padanya Larangan ini adlh utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yg berlebihan antara golongan kaya & miskin Manakala bekas2 acuan kuih-muih yg berbentuk haiwan, ia dibolehkan krn acuan2 in i akn dibuat dlm bentuk mknan yg akhirnya yg akn di mkn, tidak disimpan & tidak kekal maka ia dibolehkan Begitu juga halnya dgn permaidani yg ada gmbr binatang, tidak haram diltkan di d lm rumah sbb ia diltkkan di dlm kedudukan rendah Permaidani akn dipijak & ia akn tidak membygkan ia diagungkan. Islam juga mengingatkan, org yg mengukir & memahat patung akn menerima azab yg d ahsyat pd hari kiamat Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya org yg paling brt brt s eksaannya pd hari kiamat ialah org yg membuat ukiran / memahat patung ini Dlm 1 r iwayat ditrgkan: Org yg menandingi kuasa ciptaan Allah (Riwayat Bukhari & Muslim) Dlm hadis lain yg diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa

yg membuat patung, pd hari kiamat nanti dia akn dipaksa utk meniupkan roh pdnya, pd hal dia selamanya tidak dpt meniupkan roh itu Mksd hadis ini ialah, Allah akn menyuruh org yg membuat patung itu meniup roh se hingga boleh & ini tentu shj merupakan 1 seksaan & peghinaan krn bukan kerja ma nusia meniupkan roh. Rahsia senyum Rasulullah By FADAH on 22 OCTOBER 2011 AT 11:35 AM Salam semua,

Ketika anda membuka lembaran sirah kehidupan Muhammad saw., anda tidak akan pern ah berhenti kagum melihat kemuliaan dan kebesaran peribadi beliau saw. Sisi kebe saran itu kelihatan dari sikap seimbang dan selaras dalam setiap perilakunya, si kap beliau dalam menggunakan segala media untuk meluluhkan kalbu setiap orang da lam setiap kesempatan. Media paling besar yang dilakukan Muhammad saw. dalam dakwah dan perilaku beliau adalah, gerakan yang tidak memerlukan kos yang besar, tidak memerlukan tenaga b erlebihan, meluncur dari bibir untuk seterusnya masuk ke lubuk hati yang sangat dalam. Jangan anda tanyakan keberkesanannya dalam mempengaruhi akal fikiran, menghilang kan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan tembok penghalang di antara anak manusia!. Itulah ketulusan yang mengalir dari dua bibir yang bersih, itulah sen yuman! Itulah senyuman yang dicatat dalam Al Qur an tentang kisah Nabi Sulaiman as, ketik a Ia berkata kepada seekor semut, Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjak an amal saleh yang Engkau ridhai; Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh . An Naml:19 Senyuman itulah yang sentiasa keluar dari bibir mulia Muhammad saw., dalam setia p perilakunya. Beliau tersenyum ketika bertemu dengan sahabatnya. Semasa beliau menahan amarah atau ketika beliau berada di majlis peradilan sekalipun. Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindari dariku. Dan beliau tidak melihatk u kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku. Suatu ketika Muhammad saw. didatangi seorang Arab Badwi, dengan serta merta ia b erlaku kasar dengan menarik selendang Muhammad saw., sehingga leher beliau membe kas merah. Orang Badwi itu bersuara keras, Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul Maal! Muhammad saw. menoleh kepadanya lalu tersenyu m. Kemudian beliau menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya. Ketika beliau memberi hukuman keras terhadap orang-orang yang terlambat dan tida k ikut serta dalam perang Tabuk, beliau masih tersenyum mendengarkan alasan mere ka. Ka ab ra. berkata setelah mengungkapkan alasan orang-orang munafik dan sumpah pals u mereka: Saya mendatangi Muhammad saw., ketika saya mengucapkan salam kepadanya, beliau te rsenyum, senyuman orang yang marah. Kemudian beliau berkata, Kemari. Maka saya me ndekati beliau dan duduk di depan beliau.

Suatu ketika Muhammad saw. melintasi masjid yang di dalamnya ada beberapa sahaba t yang sedang membicarakan masalah-masalah jahiliyah terdahulu, beliau lewat dan tersenyum kepada mereka. Beliau tersenyum dari bibir yang lembut, mulia nan suci, sampai akhir detik-deti k hayat beliau. Anas bin Malik berkata diriwayatkan dalam sahih Bukhari dan Muslim, Ketika kaum m uslimin berada dalam solat subuh, di hari Isnin, sedangkan Abu Bakar menjadi ima m mereka, ketika itu mereka dikejutkan oleh Muhammad saw. yang membuka hijab bil ik Aisyah. Beliau melihat kaum muslimin sedang dalam shaf shalat, kemudian belia u tersenyum kepada mereka! Sehingga tidak menghairankan beliau mampu meluluhkan kalbu sahabat-sahabatnya, i steri-isterinya dan setiap orang yang berjumpa dengannya! Menyentuh Hati Muhammad saw. telah meluluhkan hati siapa saja dengan senyuman. Beliau mampu meny ihir hati dengan senyuman. Beliau menumbuhkan harapan dengan senyuman. Beliau mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan beliau saw. men sunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan beliau menjadikan senyuman sebagai tempat berlumba dalam kebaikan. Rasulu llah saw. bersabda, Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah. At Tirmidzi dalam sahihnya. Meskipun sudah sangat jelas dan terang petunjuk Nabi dan praktik beliau secara t erus ini, namun anda masih banyak melihat sebahagian manusia masih berlaku keras terhadap anggota keluarganya, tehadap rumah tangganya dengan tidak melebarkan s enyuman dari bibirnya dan dari ketulusan hatinya. Anda merasakan bahawa sebahagian manusia -kerana bersikap marah dan muka masammengira bahawa giginya bahagian dari aurat yang harus ditutupi! Di mana mereka d i depan petunjuk Nabi yang agung ini! Sungguh jauh mereka dari contoh Nabi muham mad saw.! Ya, kadang anda melepasi jam-jam anda dengan dirundung duka, atau disibukkan ber agam pekerjaan, akan tetapi anda selalu bermuka masam, marah dan menahan senyuma n yang merupakan sedekah, maka demi Allah, ini adalah perilaku keras hati, yang semestinya tidak terjadi. Wal iyadzubillah. Pengaruh Senyum Sebahagian manusia ketika berbicara tentang senyuman, mengaitkan dengan pengaruh psikologi terhadap orang yang tersenyum. Namun, seorang muslim memandang hal in i dengan kaca mata lain, iaitu kaca mata ibadah, bahawa tersenyum adalah bahagia n dari mencontohi Nabi saw. yang disunnahkan dan bernilai ibadah. Para pakar dari kalangan muslim mahup un non muslim melihat seuntai senyuman san gat besar pengaruhnya. Dale Carnegie dalam bukunya yang terkenal, Bagaimana Anda Mendapatkan Teman dan M empengaruhi Manusia menceritakan: Wajah merupakan cermin yang tepat bagi perasaan hati seseorang. Wajah yang ceria, penuh senyuman semulajadi, senyum tulus adalah sebaik-baik media memperolehi te man dan kerja sama dengan pihak lain. Senyum lebih berharga dibanding sebuah pem berian yang dihadiahkan seorang lelaki. Dan lebih menarik dari lipstik dan bedak yang melekat di wajah seorang wanita. Senyum bukti cinta tulus dan persahabatan yang murni. Ia meneruskan, Saya minta setiap mahasiswa saya untuk tersenyum kepada orang tert entu sekali setiap bandarnya. Salah seorang mahasiswa datang bertemu dengan peni aga, ia berkata kepadanya, Saya pilih tersenyum kepada isteriku, ia tidak tahu sa ma sekali perihal ini.

Hasilnya adalah saya menemui kebahagiaan baru yang sebelumnya tidak saya rasakan sepanjang akhir tahun-tahun ini. Yang demikian menjadikan saya senang tersenyum setiap kali bertemu dengan orang. Setiap orang membalas penghormatan kepada saya dan bersegera melaksanakan khidma t -pelayanan- kepada saya. Kerana itu saya merasakan hidup lebih ceria dan lebih mudah. Kegembiraan meluap ketika Carnegie menambahkan, Ingatlah, bahawa senyum tidak mem erlukan kos sedikitpun, malah membawa kesan yang luar biasa. Tidak akan menjadi miskin orang yang memberinya, justeru akan menambah kaya bagi orang yang mendapa tkannya. Senyum juga tidak memerlukan waktu yang berlarutan, namun membekas keka l dalam ingatan sampai akhir hayat. Tidak ada seorang fakir yang tidak memilikin ya, dan tidak ada seorang kaya pun yang tidak memerlukannya. Betapa kita sangat memerlukan sosialisasi dan penyedaran petunjuk Nabi yang muli a ini kepada umat. Dengan niat taqarrub ilallah -pendekatan diri kepada Allah sw t.- lewat senyuman, dimulai dari diri kita, rumah kita, bersama isteri-isteri ki ta, anak-anak kita, teman sepejabat kita. Dan kita tidak pernah merasa rugi sedi kit pun! Bahkan kita akan rugi, rugi dunia dan agama, ketika kita menahan senyum an, menahan sedekah ini, dengan selalu bermuka masam dan marah dalam kehidupan. Pengalaman membuktikan bahawa kesan positif dan efektif dari senyuman, iaitu sen yuman menjadi pendahuluan ketika hendak meluruskan orang yang keliru, dan menjad i muqaddimah ketika mengingkari yang munkar. Orang yang selalu masam tidak mensengsarakan kecuali dirinya sendiri. Bermuka ma sam bererti mengharamkan menikmati dunia ini. Dan bagi siapa sahaja yang mahu me nebar senyum, selamanya ia akan senang dan gembira. Allahu a lam. http://al-fanshuri.blogspot.com/2013/07/bolehkah-bertabarruk-dengan-rambut.html

Anda mungkin juga menyukai